Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 28

"sweety....". Meleret suara Adriel. Sejak pulang dari restoran tadi tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Nelyna. Confirm dia merajuk!

"abang mintak maaf...". Tangan Nelyna yang sedang memeluk tubuh itu cuba dipegang. Wajah Nelyna tidak lepas dari permandangan suasana malam itu.

"eh! No pegang-pegang". Tangan Adriel pula ditampar. Tak rasa benda itu lawak bagi Nelyna tapi Adriel sudahpun tergelak.

"sorry la sayang.. Abang gurau ja". Wajah Nelyna ditilik minta simpati.
Dah sebulan Nelyna tidak diganggu dengan perempuan itu. Baru rasa tenang sikit hidup.
Entah kemana dia tidak kisah.

"yang awak tiba-tiba ja sebut nama dia tu kenapa? Rindu? Kesiannya... Kenapa tak call?". Bertubi-tubi Nelyna mengejek. Biar rasa bersalah sikit.

"tak. Abang saja nak bergurau ja. Mana ada niat lain". Adriel masih meminta kemaafan dari Nelyna.
"yelatu". Siapa saja tak terasa, tengah syok nak sweet-sweet, suami sebut nama perempuan lain. Memang potong mood lah.

"please sweety....". Nelyna mengeluh. Mungkin Adriel betul, niatnya cuma nak bergurau. Yang Nelyna nak emo sangat kenapa?.

"okay..". Akhirnya Nelyna maafkan juga.

"aww thankyou sayang". Lembut sikit hati Nelyna.
 
 
*****
 
Nampaknya Nelyna harus mencari pembantu. Kalau dia ajak Airani mahukah dia?. Memandangkan dia juga mencari tempat untuk kerja.

"aku setuju!". Kuat juga suara Airani. Semua mata di situ memandangnya. Airani sengeh tanda tidak bersalah.

"kau ni...". Malu juga Nelyna. Dia turut terlibat kerana berdekatan dengan Airani.
"baguslah. Lagipun kau pun kerja... Bukannya kuli aku. Cuma membantu". Jelas Nelyna. Tak mahu pula Airani mensalah tafsir.

"yee aku tahu". Minuman dihadapannya disedut menghilangkan dahaga.

"hye! Airani...". Tersembur Airani dengan sapaan itu. Lagi-lagi apabila tahu pemilik suaranya.

"awak buat apa kat sini?!". Berkerut wajah Airani. Berani betul Zarreen menegurnya dihadapan Nelyna.

"kalau saya kata nak meminang awak?". Airani membuat muka toya. Kalau boleh sentuh dah lama tapak tangannya ni melekat dekat pipi Zarreen.

"hye Nel". Senyuman diberikan kepada Nelyna yang dari tadi melihat drama mereka berdua.
Senyuman dibalas.

"Duduk lah reen kitorang lepak je". Perlawa Nelyna. Takkan nak sombong pula. Airani sudah membulat matanya.

"tak payah! Pergi balik". Halau Airani. Zarreen membuat muka sedih.
"Aira...". Keluhan berat dilepaskan. Dia mengalah.

Zarreen yang tampa segan silu itu duduk dengan teruja. Siap pesan air lagi.

"Adriel dengan Haiden mana?" soal Nelyna. Selalunya mereka asyik bertiga.
"diorang tengah settle kan pe....". Kata-kata Zarreen terhenti. Air liurnya ditelan.

Nelyna dan Airani menunggu Zarreen menghabiskan ayatnya.

"pe?". Pelik Nelyna dengan Zarreen.

"per...kakas dekat office... Haaa". Zarreen menghembuskan nafas lega, lama juga dia fikirkan alasan. Hampir dia terlepas cakap.

Nelyna mengangguk saja. Tapi dia pelik dengan Zarreen, nampak gelabah.

"hish awak kacau kitorang lah, baru nak gosip hal perempuan". Airani masih tidak puas hati.
"takpa la Aira... Nanti kita tiap-tiap hari jumpa jugak". Nelyna tergelak.

Zarreen menjongketkan keningnya tanda menang. Nelyna membela dirinya.

Air yang dipesan tadi Zarreen sedut untuk membasahkan tekaknya.
"werk! Pahit gila". Wajah Zarreen berkerut.

Nelyna dan Airani memandang pelik. Apa yang pahit air diorang okay saja.
Lama Nelyna berfikir dia tersenyum lalu memandang Zarreen. Zarreen seperti membuat isyarat kepadanya.

"Aira. Senyum". Airani bertambah aneh. Dah kenapa pula suruh orang senyum tiba-tiba.
Bibir Airani naik ingin senyum.

"ikhlas". Haih macam-macam Nelyna ni.
Airani senyum lagi. Kalini ikhlas.

Wajah Zarreen dipandang pula, lelaki itu menyedut semula air tersebut.

"manisnya Ya Allah". Berang Airani dengan manusia dihadapannya. Boleh pula bersetongkol.

"eeee menyampah". Zarreen dan Nelyna sama-sama tergelak.

 
*****
 
"sudah Riel!". Haiden menghalang Adriel dari menikam peha lelaki dihadapan mereka.

"malam tu aku belum puas lagi seksa dia!". Peluh yang bercucuran jatuh tidak menganggunya. Tanganya penuh dengan darah.

"tapi dah lunyai tu Riel". Nafas lelaki dihadapan mereka bagaikan nyawa-nyawa ikan.

Langkah Adriel mendekati lelaki dihadapanya. Rambut dicengkam kuat.
"nasib orang yang berani intip atau kacau isteri aku...". Perlahan-lahan pistol
Glock Meyer 22 dikeluarkan dari poket belakanhnya. Muncung pistol itu diletakkan betul-betul di kepala lelaki itu.

"tol-tolong... Jang-jangan...". Rayu lelaki itu. Dia sudah tersalah langkah.
"it's too late". Picu ditarik sebelum...

BANG!

Sekali tembakan sahaja lelaki dihadapnnya sudah tidak bernafas. Adriel menjauh.  Pistolnya dilap sebelum disimpan.

Tangannya juga dibersihkan daripada sisa-sia darah yang tepercik.
Haiden hanya diam memerhati. Dia sudah tahu perangai Adriel. Dia perlu lakukan itu demi orang yang dia sayang.

"Zarreen ada dengan diorang?". Haiden mengangguk dengan soalan Adriel. Memang mereka menghantar Zarreen untuk menjaga Nelyna. Sekarang musuh mereka sudah mengenali Nelyna.

"Riel. Diorang dah tahu Nel. Mesti lepas ni kita lagi kerap kena serang". Beritahu Haiden berbaur risau.

"apa-apa jadi lepasni kita kena selalu bersedia" pesan Adriel sebelum keluar dari bilik yang berbau hanyir darah itu. Haiden juga menurut.
 

*****
 
"awak tak reti balik ke?". Airani memandang Zarreen geram. Dari tadi lelaki itu mengekori kemana sahaja mereka pergi.

"alah saya bosan ja sebab tu saya ikut". Zarreen membuat muka kesian. Airani menjeling.

"sayang!". Zarreen menelan liurnya kesat. Habis dia.
Seorang gadis menghampiri mereka. Pakaian tak payah cakap. Airani memandang sinis Zarreen.

"you sapa?". Zarreen buat-buat tak kenal. Gadis ini mesti salah seorang gadis yang dingorat Zarreen.

"sayang... Sampai hati you tak kenal i". Suara gedik gadis itu membuatkan Airani dan Nelyna nak muntah. Tangan pula tidak henti dari mengusap dada Zarreen.

"ee geli aku, jom Nel". Lengan Nelyna ditarik dan berlalu dari situ.

"eh! Aira! Nel!". Suara Zarreen yang memanggil tidak sedikit pun memberhentikan Nelyna dan Airani dari melangkah.

"kesia dia Aira". Wajah Nelyna dipandang Airani pelik.
"kesian apanya? Tu girlfriend dia dh teman, biar lah". Bengang Airani.

Nelyna hanya menoleh melihat Zarreen dari belakang. Zarreen sedang memerahi gadis tadi. Wajah Zarreen juga kelihatan marah.

 
 
HULURAN Beg kertas hanya dipandang kosong.
"kenapa bagi aku?". Soal Airani.
"aku berlanja kau". Ternganga Airani bila mendengar perkataan berlanja.

"aww thankyou! Kau beli apa?!". Huluran disambut riang. Beg kertas itu dibuka sedikit ingin memandang apa yang dibeli Nelyna.

"wah! Cantik!". Nelyna tersenyum. Dia cuma membeli Blouse berwarna maroon. Syukur Airani suka.

"jom". Mereka menyambung perjalanan untuk mencuci mata di Mall itu.

"Nelyna". Kepalanya ditoleh kearah orang yang memanggilnya.

"Fikry". Lengan Airani disebelah kanan dipegang erat.
"banyak shopping". Tegur Fikry. Lol bukannya guna duit dia.

"biasalah hujung minggu". Jawab Nelyna sekadar berbasa-basi.
"kitorang pergi dulu eh?". Nelyna dan Airani terus beredar dari situ. Kalau Adriel tahu habis dia.
 
"i'll get you soon". Mata tidak lepas daripada memandang susuk tubuh yang baru pergi.

  
 
 
 
 
 
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro