BAB 25
Masing-masing mengunci mulut. Tiada apa yang perlu dibahas ketika ini.
Teringat saja tentang semalam bibir Nelyna tiba-tiba ingin senyum.
Adriel yang perasan itu melihat sekilas.
"kau dah kenapa? Gila?". Walaupun percakapan Adriel masih kasar. Nelyna masih terima.
"tak... Semalamkan saya ada mimpi best tau". Wajah Adriel seperti tergamam. Berharap agar Nelyna tidak dengar apa yang dia kata semalam. Dia belum bersedia.
"mimpi apa?". Soal Adriel.
"saya mimpi, awak cakap yang awak lindungi saya, awak akan jaga saya yang lain tu apa entah tak ingat". Cerita Nelyna. Dia sengaja sebenarnya ingin kenakan Adriel. Dia tahu itu ada lah realiti semalam.
Adriel menelan air liur kesat.
"tapi sayangnya tu mimpi". Nelyna beriak sedih.
"dah turun". Baru Nelyna tersedar yang mereka sudah sampai di university. Tapi kalini Adriel berhenti di depan-depan pintu masuk university itu.
"okay... Bye! Jangan lupa masuk kelas. Kalau tak saya cekik awak". Sempat tangan Adriel dicapai untuk salam seperti selalu. Terlepas tawa kecil Adriel. Kecil pon tak apalah janji dia gelak.
"if you know that's not your dream....". Perlahan Adriel berkata selepas hilangnya kelibat Nelyna.
*****
"wahh datang dengan suami lah". Sengeh Airani. Sebelum ni memang Nelyna datang dengan Adriel, cuma itulah selalu suruh turun kan depan jalan sana.
"diam lah kau". Wajahnya cuba beriak biasa.
Nelyna memandang Airani apabila secara tiba-tiba perempuan itu diam. Melihat Airani seolah-olah memandang kearah pintu masuk Dia juga menoleh.
Dahinya berkerut. Bukan Airani seorang saja yang tidak percaya, malah satu kelas tercegang dengan kehadiran sekumpulan itu.
"apahal semua tengok diorang macam nak halau je?". Soal Nelyna masih tidak faham.
"Nel, kau ada bagi hadiah apa-apa ke kat Adriel semalam?". Nelyna cuba memahami apa yang dikatakan Airani.
"mana ada, kenapa?". Pelik pula dengan Airani.
"cuba kau fikir balik, korang... Erk haih susah laa nak cakap, kau goda dia ke". Tak semena-mena bahu Airani ditimpa sesuatu.
Pap!
"kau punya otak... Sama macam Nadia". Kata Nelyna apabila tangannya selamat menampar bahu Airani. Mujur suara Airani perlahan. Kalau kuat tadi habis dia.
"alaa sorry la". Airani tergelak. Dalam beberapa saat dia kembali ke mood sirius semula.
"dalam seminggu, ada 3 hari kelas pagi...". Airani mula cerita. Nelyna hanya memasang telinganya.
"dalam 3 hari tu, kau pernah nampak ke mamat-mamat tu masuk kelas pagi?". Baru Nelyna perasan. Sebelum ini tiga jejaka itu selalu masuk kelas petang. Waktu pagi bukan setakan orang, bayang pun tak nampak.
Nelyna membiarkan soalan Airani itu tanpa jawapan.
Takkan disebabkan ugutan Nelyna tadi?. Nak cekik Adriel? Mustahil. Silap-silap dia yang kena cekik dulu dengan Adriel.
"biar lah diorang". Malas Nelyna ingin mengambil tahu. Yang penting Adriel masuk belajar. Minggu hadapan dah final exam untuk mereka semua menamatkan gelaran sebagai pelajar.
"wah, sesuatu yang menarik, mimpi apa kamu masuk kelas pagi saya ni?". Suara Puan Aminah menyapa mereka semasa ingin masuk.
Beginilah guru, tak masuk marah, masuk pulak banyak bertanya. Adriel membuat muka bosan.
"kalau kitorang tak masuk, nanti bini dia cekik dia Puan". Jari terlunjuk Zarreen ditunjuk kearah Adriel. Mata-mata lain sudah memandang kearah Dia kerana terdengar perkataan yang mencurigakan.
Nelyna dari jauh menepuk dahi. Mulut Zarreen bukan setakat pandai menggayat perempuan malah. Dalam bahasa utara "mulut capoi". Tak pandai jaga satu rahsia langsung.
"eh! Bukan! Banny, Puan tau tak Banny ex student Puan tu, dia kan ganas sikit, dia marah la kitorang sebab tak masuk kelas Puan...". Zarreen yang baru perasan akan keterlanjuran dia bercakap cepat-cepat mencari alasan.
Entah tahu ke tidak Puan Aminah tu tentang ex student yang direka Zarreen.
"macam-macam la kamu ni Zarreen, dah pergi duduk saya dah nak mula buka slide". Adriel dan Haiden sudah lama mengambil tempat. Zarreen berlari menuju ke tempatnya.
Sempat juga dia mengenyitkan matanya kepada Airani. Namun jelingan maut yang dia dapat.
DUA jam kelas berlalu, masing-masing melepaskan lelah. Puan Aminah kalau mengajar non stop.
Buku dikemas rapi sebelum dimasukkan kedalam beg sandangnya. Airani disebelah meletakkan kepalanya seketika. Puas tahan mengantuk.
Nelyna berpaling untuk melihat seseorang di belakang. Dalam pada masa yang sama Adriel juga turut memandang.
Nelyna menoleh kembali, tengok sikit pon buat jantung dia berdebar. Haih.
"Aira bangun, jom laa kita pergi mana-mana petang ni, minggu depan dah start busy". Lebih baik Nelyna luangkan masa dahulu sebelum bertarung dengan otak.
"shopping or tengok movie?". Airani mengangkat kepalanya.
"erm movie. Tapi kita pergi library dulu siapkan task Puan Aminah tadi". Putus Nelyna.
Airani hanya mengangguk lemah.
Telefon dicapai untuk memberitahu Adriel. Dengan gelarannya sebagai isteri sekarang, haruslah meminta izin dari suami dahulu. Ceywah.
Berkerut Nelyna apabila Adriel hanya membalas emoji tangan yang menandakan "ok". Tak sweet langsung.
Nelyna menoleh kembali memandang Adriel. Tetapi kalini lelaki itu tidak memandangnya lagi. Malah menghadap telefon.
Jari Nelyna menekan keybord di iphone miliknya.
"pergi dulu bye! Assalamualaikum🙄".
"Wslm. take care sweety". - ADRIEL
Berang jugak dengan Adriel. Jawap salam pon ambil perkataan yang penting. Lagi satu, letak la emoji sikit love ke!. Entah-entah emoji kat keybord dia yang melibatkan love tu tak pernah tekan. Bersih lagi.
Nasib ayat last tu berbunga sikit. Tu pon sikit!.
Beg diambil geram dan keluar bersama Airani. Malas ingin memandang wajah Adriel lagi. Dirumah sajalah dia tengok. Sekarang memang tiada mood.
"kau dah kenapa?". Tegur Airani. Dari tadi dia perasan Nelyna muncung sahaja.
"kenapa?". Nelyna dan blur berpisah tiada.
"nampak marah betul". Nelyna mengeluh. Nampak sangat ke dia marah?.
"saja". Rasanya tidak perlu dia menceritakan kepada Airani. Bukannya hal besar sangat pon.
Yang peliknya kenapa Nelyna nak marah sangat ni?. Rilek sudah.
*****
"aku tak sangka wey cerita tu sad ending". Tubir mata Airani dilap menggunakan tisu. Seperti dijanjikan mereka keluar menonton wayang. Beberapa jam berlalu hari sudah menginjak malam.
Mereka baru selesai menonton filem yang baru ditayangkan. Mujur tidak masuk waktu Magrib lagi.
"tak laa sad ending sangat, memang patut la si James tu mati, dia kan jahat". Mentang-mentang lah watak bernama James dalam filem itu orang yang handsome, Airani menyokong lelaki itu.
"sejahat-jahat dia pun dia helok apa". Tengok. Kan dah kata.
"dah laa move on ja, sekarang kita balik okay". Pasal Movie pon nak dibincangnya.
SELEPAS menghantar Airani kerumahnya Nelyna pula memandu untuk pulang.
"eh? Kenapa ni?". Kereta Nelyna bagai tersekat-sekat. Hatinya mula tidak sedap. Jarang-jarang keretanya bermasalah.
Enjin yang mati secara tiba-tiba membuatkan Nelyna semakin gelabah.
"alaaa depan tu je. Nak sampai dah". Rumah banglo Adriel sudah nampak. Sudahla hari semakin gelap.
"nak jalan ke call Adriel?". Fikir Nelyna. Kalau call Adriel belum tentu lelaki itu ada dirumah. Kalau jalan kaki boleh saja, tapi cuma satu. Jalan itu gelap juga kerana tiada cahaya lampu.
"kalau bukak Flash boleh kot...". Lampu ditelefonnya dinyalakan. Dia keluar sebelum sekeliling di perhati. Boleh tahan seram juga.
Adriel pun satu, kenapa pilih rumah yang jauh dari kawasan perumahan lain entah. Masa sekarang dia perlu salahkan Adriel.
Kereta dipastikan kunci dan Nelyna membuka langkah untuk berjalan. Lampu disuluh supaya menerangi jalan tersebut.
Sungguh hatinya tidak senang sekarang. Langkah dilajukan sedikit untuk cepat sampai.
Prak!.
Langkah Nelyna terhenti. Dia menyuluh belakangnya dimana keretanya terletak. Kosong. Hanya pokok yang rendang dan sedikit semak.
Tapi tadi bunyi apa?.
Kalini Nelyna lari sedikit. Lama kelamaan dia terdengar seperti nafas seseorang seperti mengejarnya sedang berlari juga. Jantungnya berdebar ketakutan. Dahinya pula mula berpeluh.
Tak sampai lima minit dia tiba di depan pagar rumah Adriel. Begnya diselongkah ingin mencari kunci rumah. Lepas dipagar kini pintu utama rumah itu pula.
Bamm!!
Pintu ditutup rapat sekuat hatinya. Dia takut. Fikirannya dipenuhi perkara yang negatif.
Nelyna mengatur nafas sebelum sekeliling rumah diperhati. Masih gelap. Tak kan Adriel belum pulang?. Tak sempat pula Nelyna ingin melihat kereta yang selalu dipakai lelaki itu.
Selepas dia kembali tenang Nelyna berpaling untuk menuju ke bilik.
Buk!.
Terasa seperti dia terlanggar manusia.
Suasana yang gelap itu membuatkan Nelyna takut kembali. Terasa ada seseorang dihadapannya sekarang. Macam mana kalau orang tadi sudah berjaya masuk rumah ini?.
ARGH!!!
jerit Nelyna sekuat hati dan berharap ada sesiapa akan menolongnya. Tetapi hampa apabila terasa mulutnya ditekup dengan kain.
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro