Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24

"kau masak ke oder?". Soal Adriel selepas melicinkan pinggannya. Suka-suka saja kata oder.

"2 jam saya kat dapur awak ingat saya tengah cari menu kat food panda ke?". Adriel menahan senyum. Sesungguhnya Nelyna comel bila marah.

"tanya je, tu pon nak marah". Adriel bangun untuk meninggalkan ruang makan itu.
"awak nak pergi mana?". Dah la rumah itu sunyi. Adriel pula nampak macam nak keluar.

"keluar". Tepat tekaan Nelyna.

"habis tu saya?".

"duduk la rumah". Mudah saja Adriel menjawap.
"erk sorang?". Adriel berpaling. Nampaknya dia terlupa sesuatu. Dia lupa yang Nelyna penakut.

Terdengar seperti Adriel mengeluh. Telefonnya dicapai sebelum nombor seseorang didail.

"cancel". Hanya sepatah dan talian terus dimatikan.

*****

"dia cakap cancel macam tu je?!". Berang Zarreen. Punya lah mereka berdua tunggu selama sejam untuk Adriel datang tengok manusia yang sudah lunyai sebelum ajalnya menjemput.

"dia kan ada bini". Tuala kecil diambil dan dilap pada leher Haiden yang berpeluh.
"eh haah laa lupa... So, dia ni nak buat apa?". Sempat kaki disepak kepada muka manusia di hadapan mereka. Raungan dan jeritan lelaki itu hanya dibiarkan.

Seperti biasa mereka selalu diintip dan selalu juga terkantoi. Nampaknya mereka mengintip orang yang salah.

"biar. Nanti mampus la tu". Haiden dan Zarreen keluar dari sebuah bilik kecil.

"jom pergi rumah dia nak?". Lama Haiden berfikir sebelum mengangguk dengan ajakan Zarreen.

*****

Bosan mula melanda diri. Tiada apa yang best dalam rumah itu. Nampak saja besar tapi sunyi.

Kelibat Adriel dicari Nelyna. Hampir 10 minit masih tidak dijumpai.

"takkan dah tidur?". Kaki bergerak pula ke bilik. Memang benar. Adriel sedang baring sambil tangan menaip sesuatu di Laptop nya. Rajin pulak lelaki itu buat assignment.

Niat nak ajak Adriel tengok movie terbatal. Nelyna ingin keluar semula. Namun terhenti apabila suara Adriel menyapa gegedang telinganya.

"what do you want?". Diam.

"awak sibuk?".

Pap!

Bunyi laptop ditutup rapat.

"tak, why?". Harap Adriel tidak fikir bukan-bukan. Nelyna cuma mahu ajak menonton movie.

"erk nak ajak tengok movie, jom?". Adriel seakan-akan mencebik. Mesti fikir benda lain.

"hm".
   

SETENGAH minit masa berlalu. Panas juga hati Nelyna kerana Adriel memilih cerita seram. Nampaknya Adriel memang sengaja.

"ish tukar!". Akhirnya Nelyna berani bersuara. Bantal tidak lepas dari pegangan. Takut-takut hantu dalam cerita itu muncul secara mengejut.

"itu pon takut ke? Bukannya real pon". Adriel masih selamba.
"or... Kau sengaja kan? Nak dekat dengan aku kan?". Lengan Adriel terus dilepaskan oleh Nelyna.

"tak sengaja". Jarak dijauhkan sedikit. Bajunya yang sedikit melorot jatuh mendedahkan bahunya. Adriel menelan liur. Lama mata mereka bertaut.

"Nelyna Naira...". Adriel mendekat secara tiba-tiba. Naik bulu Roma Nelyna dengan suara itu.

"ap-apa?".

Terasa deruan nafas Adriel menyapa kulit pipinya. Makin berdebar jantung mereka berdua. Cerita yang ditayangkan di tv tidak dihiraukan. Entah kenapa Nelyna hanya membiarkan Adriel mendekat.

Ting! Tong!

Dua saat sebelum hidung dan bibir Adriel menyentuh pipi Nelyna loceng rumah itu berbunyi.

"shit!". Gumam Adriel perlahan. Nelyna pula melepaskan nafas yang tak keruan tadi. Lega rasanya.

"erk, saya pergi tengok". Nelyna bangun ingin meninggalkan Adriel. Namun tarikan ditangannya menghalang.

"biar aku". Hilang sahaja kelibat Adriel Nelyna menjerit kecil.

"apa dah jadi dengan kau ni Nel?!". Apabila teringatkan kembali adegan tadi membuatkan wajah Nelyna mulai merah.
Mahu saja dia bersembunyi didalam gua.

PINTU dibuka kasar. Wajah dua orang dihadapan Adriel dipandang geram.

"nak apa sial datang rumah aku malam-malam?!". Tanpa menunggu Haiden dan Zarreen menyapa, Adriel sudah menyembur kemarahannya.

"uih kau kenapa? Marah nau". Soal Zarreen. Dia tidak tahu dihadapannya sekarang bukanlah Adriel tetapi singa betina.

"tengok la pukul berapa sekarang, macam la tak tahu sekarang kita selalu buat apa". Adriel mengeluh. Hampir dia terlupa.

"turun bawah dulu, nanti aku pergi". Pintu dibuka luas untuk membenarkan Haiden dan Zarreen masuk.

"ikut laluan kanan, jangan memandai ikut kiri, Nel ada kat situ". Pesan Adriel. Almaklumlah Nel tak pakai tudung tadi.

*****

"aku rasa dia dah tahu kau dah kawin". Beritahu Haiden tentang lelaki yang mereka baru selesaikan tadi.

"kalau betul la, aku rasa Nel dah tak selamat". Wajah Zarreen terus dipandang. Maksudnya Nel akan terancam oleh musuhnya.

"buat masa sekarang kau sabar dulu, aku tak rasa dia nak serang dalam masa terdekat". Lama Adriel memikirkan apa yang terjadi.

Mk 14 EBR diambil sebelum...

BANG!!

BANG!!

BANG!!

Bunyi tembakan itu bergema di ruangan bawah tanah itu.

"Riel..., Nel tu lawa jugak kan, lagi-lagi bila dia dah kawin". Tiba-tiba Zarreen bersuara. Tajam mata Adriel memandang. Apa masalah Zarreen ni, bini orang pon nak.

"ambik lah kalau kau nak kepala kau pecah". Niat nak bergurau terhenti apabila picu pistol dihala kearah Zarreen.

"eleh, gurau sikit pon tak boleh, mentang-mentang dapat bini lawa". Cebik Zarreen.

"nanti bila dah penat, balik terus". Pesan Adriel sebelum beredar dari ruangan itu.

"kenapa kawan kau tu? Tiba-tiba badmood". Adu Zarreen. Haiden yang dari tadi menjadi pemerhati hanya mengelengkan kepalanya. Macamlah Zarreen tak tau perangai Adriel.

"ingat aku nak sangat ke kat bini dia, kawan bini dia pon tak apa". Yang ni kelakar, Zarreen masih mahukan Airani selepas ditolak mentah-mentah.

"selagi kau tak tingal perangai playboy kau tu, selagi tu lah Airani tak nak kat kau, kau dah tinggal pon belum tentu dia nak". Keputusan. Terletak pada Zarreen. Kalau dia usaha mana tahu hati Airani akan berlembut nanti.
Keluhan berat dilepaskan.

   

PERLAHAN-lahan pintu ditutup kerana tidak mahu mengejutkan sekujur tubuh yang sudah lena itu. Langkah dituju kearah bilik mandi dahulu untuk membersihkan diri.

30 minit belalu dia keluar semula. Setelah selesai tuala digantikan dengan pakaian, Punggungnya dihenyak keatas katil.

Wajah polos Nelyna diperhati. Hatinya rasa sesuatu. Fikiran pula tertanya-tanya, adakah dia cintakan gadis itu.

Jawapannya...

Tangan Adriel naik mengusap pipi Nelyna. Tergerak kecil gadis itu akibat ada gangguan. Hujung bibir Adriel naik.

"i don't know when i'm in love with you... But it's 6 years ago i think". Kalini Adriel pasti dengan perasaannya. Dia sayangkan Nelyna sejak dulu.  Kebencian dia terhadap Nelyna masa dulu mengubah dia untuk menyayangi gadis itu.

"aku janji, aku akan jaga kau, lindungi kau dan sayang kau sepenuh hati aku". Ucap Adriel ikhlas. Bibir Adriel mendarat pada dahi Nelyna.

"good night ma sweety". Tangannya melingkari pinggang Nelyna.

Apabila terasa sunyi mata Nelyna terbuka. Ya, Dia belum tidur kerana menunggu Adriel. Jantung yang berdegup kencang cuba dikawal. Matanya pula jatuh pada pinggangnya, ada tangan kekar Adriel.

Dia mimpikah?. Tapi kata-kata Adriel tadi... Buat hatinya sedikit berbunga dan terharu, namun disudut lain... Sejujurnya rasa suka dan sayang pada Adriel dari dulu tak penah pudar, malah semakin berkembang.

  
  
  
TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
Haih lama kan sis menghilang dan tak update?. Sorry🦋💔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro