Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23

"bye! Awish!!". Tangan Nelyna dilambai kearah Darwish yang sudah menjauh. Harini lelaki itu sudah pulang ke France kecuali Puan Nuriani.

Tangan sebelah lagi mengusap seekor arnab putih dan gebu pula.

"jauhkan benda berbulu putih tu dari aku". Adriel mengambil langkah berjaga-jaga daripada haiwan kecil itu.

"no, ni anak angkat saya nama dia montie". Kaki Nelyna semakin dekat dengan Adriel. Arnab kesayangan Nelyna dipangku padanya.
"anak angkat? Montie? Kau gila?". Ada pula seekor arnab dianggap anak angkat oleh Nelyna.

"gila apanya?". Haiwan berbulu gebu itu diusap sayang.
"awak la yang gila. Muka ketat, garang tapi takut arnab". Nelyna menyimpan tawanya. Kalau terlepas dihadapan Adriel habis dia.

"kau...". Terus mata tajam Adriel memandang Nelyna.
"haa meh dekat laa nah". Arnab itu disua kepada Adriel. Cepat-cepat dia menjauh, waktu sekarang sahaja Nelyna berani. Mujur ada arnab. Baru Nelyna tahu kelemahan Adriel.

"aku nak cakap dengan kau sikit, but letak benda alah tu jauh-jauh". Anti betul Adriel dengan arnab.

"awak dah okay?". Soal Nelyna sambil tangannya memasukkan arnab tadi kedalam sangkar.

"hm". Itu sahaja balasan Adriel seperti biasa.

"siapa yang buat awak sampai macam tu? Dia rompak awak ke? Ke awak yang cari gaduh dengan orang?". Entah kenapa terasa lucu pula apabila melihat wajah polos Nelyna bila bertanya.

"dah lupakan, sekarang ni aku yang nak cakap ke kau?". Diam terus Nelyna.
Adriel tak jawap soalan dia pon tak apalah.

"jom duduk rumah aku". Nelyna memandang Adriel. Duduk rumah dia?.
"no!". Semestinya Nelyna bangkang. Rumah ni siapa yang nak jaga.

"why?". Adriel ajak pindah sahaja bukannya jual.
"erk. Duduk rumah awak? Kita berdua ja?". Adriel angguk.

"yes, and... Takpayah dah ada anak angkat kau tu sedangkan kita boleh buat anak sendiri". Ringan sahaja tangan Nelyna ingin mencepuk Adriel. Boleh pula dia fikir begitu. Naik merah wajah Nelyna.

"rumah ni sapa nak jaga?". Risau pula Nelyna apabila meninggalkan rumah ini kesepian. Puan Nuriani mungkin akan balik semula ke France. Nadia mungkin akan tinggal seorang nanti dengan Mak Mah. Uish tak boleh...

"Mak su tak balik lagi Nel...". Tiba-tiba suara Puan Nuriani mencelah.
"lagipun Nel dah kawin, kena ikut suami". Yang ini laju saja senyuman herot di bibir Adriel. Suka la tu.

"okay... Tapi saya nak bawak arnab saya". Boleh saja dia pulang sekali sekala. Tapi Montie dia harus bawa bersama. Nak suruh Nadia yang jaga?. Silap-silap dia pijak aja menatang ni.

"hell no". Bisik Adriel. Tercemar lah rumah dia nanti.
"kalau macam tu saya tak nak". Nelyna pergi dari situ. Puan Nuriani memandang Nelyna dan menggeleng.

  
*****

SEKELILING dipandang sebelum mulutnya terlopong. Rumah atau istana?. Kalah rumah Nelyna. Yes, Nelynq ikut juga Adriel ke sini. Montie? Dalam kereta Nelyna. Mereka datang pon berasingan sebab Nelyna berkeras nak bawak Montie.

"mana awak dapat rumah ni?". Adakah soalah Nelyna kalini agak bodoh?.
"curi". Terbeliak mata Nelyna.

"ish saya nak balik la". Bagasinya ditarik untuk keluar semula.
"hey!... Kau kenapa?".

"tak elok la duduk rumah orang...". Jelas Nelyna.
"haih nasib aku sayang kau". Suara Adriel agak perlahan menyukarkan Nelyna untuk mendengar.

"ap-apa dia?". Nelyna ingin Adriel mengulangi.

"nothing... Ni rumah aku la". Cebik Nelyna. Tadi cakap curi.
"kau boleh pergi mana ja dalam rumah ni, kecuali...". Fokus diberi kepada Adriel. Ada kecuali pulak.

"you know rumah ni ada 3 tingkat right?". Nelyna angguk.
"bawah sekali jangan suka-suka nak jejak". Bawah sekali yang dimaksudkan Adriel adalah bawak tanah. Itu khas untuk mereka bertiga sahaja.

"okay...". Senang ja peraturan dia. Tapi kalau bagi Nelyna. Larangan adalah arahan.

"mana bilik saya?". Tingkat atas diperhati.
"let's go". Langkah Adriel dituruti.

Sampai sahaja di tingkat atas pintu berwarna coklat besar itu dibuka.
Sekali lagi rahang Nelyna ingin terjauh.

"ni bilik saya atau awak?". Adriel nak menayang bilik dia agaknya. Mentang-mentang lah besar.

"bilik kita". Terdiam terus Nelyna.
"haih, bagi saya bilik lain". Nelyna ingin beredar. Namun cepat tangannya direntap Adriel.

"tak payah". Renungan itu... Tajam betul.

*****

Bunyi loceng menyentakkan Nelyna yang sedang memasak di dapur. Nelyna memasak?, takat untuk dua orang boleh la.

Sampai saja dipintu dia terus buka.

"Laila....?". Laila tahu rumah Adriel. Tiba-tiba hati Nelyna sedikit terasa.
"kau... Jadi bibik kat sini ke? Dah tak ada duit agaknya kan?". Sinis saja Laila memandang Nelyna dari atas sampai bawah.

"kenapa datang sini?". Tanpa banyak bicara Nelyna terus menyoal.
"baru duduk dah berlagak eh? Kau dengar sini, walaupun kau dah kawin dengan Riel, dia tetap akan jadi milik aku lah!". Keras suara Laila. Nelyna pula mengeluh. Bosannya.
Ni mesti mama tiri Adriel bagi tahu.

"so? Nak apa datang sini?". Sungguh tahap kesabaran Nelyna mulai menipis.
"boyfriend aku ada?". Dasar tak malu. Laki orang kata teman lelaki dia.

"tepi!". Dengan penuh tak beradapnya Laila terus masuk mencari Adriel.

"ee kalau aku boleh pijak perempuan ni". Kakinya dihentak sebelum menuju ke dapur semula. Laila nak cari Adriel sangatkan. Lantak engkau la.
  

"you!!". Jerit Laila. Rumah yang tadi sunyi menjadi bingit dengan suara katak Laila.

"Laila?! Sapa benarkan you masuk dalam rumah ni?". Merah muka Adriel menahan amarah

"orang gaji you?". Adriel berkerut. Setahunya dia belum mengupah mana-mana orang gaji.
"i mean Nelyna". Sesedap mulut dia saja cakap Nelyna orang gaji.

"she's. My. Wife". Rahangnya bagai diketap geram.

"whatever, btw jom kita keluar?". Ajak Laila. Tangan lelaki itu dirangkul erat.
Adriel yang perasan cepat-cepat menarik. Dalam pada masa yang sama Nelyna lalu disitu.

"no. Pergi balik". Keras suara Adriel menyuruh.
"alaaa jom laaa". Merelet suara Laila.

"pergi balik!!". Akhirnya keluar kemarahan Adriel. Mukanya merah bersama nafas turun naik.
Laila diam tak terkutik.

"ish!". Laila terus beredar. Sempat membelah bahu Nelyna dengan kasar. Jelingan maut dihadiahkan oleh Laila.

"apa masalah perempuan ni?". Gumam Nelyna bahunya dipegang. Kuat juga dia dirempuh tadi.

"dia selalu ke datang sini?". Takut juga Nelyna bertanya.
"hm".

Nelyna mencebik. Agak-agak diorang buat apa?. Pelbagai perkara bermain difikiran Nelyna.

"Jealous ha?". Adriel tersenyum senget.
Nelyna pula membuat muka toya.

"yes! Saya jealous!". Sayangnya itu hanya terluah didalam hati.

"lambert lagi, dah jom makan saya ada masak sikit". Nelyna membuka langkah untuk turun semula.

Terasa seperti pinggang Nelyna dirangkul. Membutang mata Nelyna melihat tangan kekar Adriel selamat merangkul pinggangnya.

"how dare you! Lepas". Nelyna cuba untuk melepaskan rangkulan tersebut. Manakala Adriel masih tetap disitu.

"shhuuu... You are mine laa sweety...".
    

  
    
   

TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤

Sorry if ada typo😪sis tak larat nak baca balik,
side effect vac dos 2 pfizer ni tk rilek bethol🤒

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro