Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 22

Nelyna mengeliat kecil untuk meregangkan badannya. Mata dicelikkan beberapa kali untuk betul-betul sedar.
Selepas hilang sahaja ngantuknya dia bangun dalam posisi duduk.

Dahinya berkerut pelik. Ya dia masih ingat yang dia dah kawin. Tapi semalam... Bukan dia tidur kat sofa?.

Kini dia berada di atas katil. Matanya teralih pula kearah sofa yang dia tidur semalam. Memang ada sekujur tubuh Adriel.

"takkan lah...". Nelyna berfikir yang dia mungkin mengigau dan jalan untuk tidur sisini.
Malunya!.

Kaki Nelyna memijak lantai dan menuju kearah Adriel. Wajah bersih Adriel ditenung lama. Tenangnya wajah dia semasa tidur. Tiada sebarang riaksi marah dan beku. Tak sangkakan. Sekarang mereka sudah menjadi suami isteri yang sah. Namun tidak seperti pasangan lain.

"i know im handsome, don't look at me like you want to eat me". Matanya terpejam tetapi bibirnya tersenyum senget. Nelyna sudah lama tersentak dengan suara itu. Nelyna kalau tidak memalukan diri sendiri tidak sah.

Sejak bila Adriel bangun?. Terasa tangan Adriel bergerak mengusap kepala Nelyna.

"goodmorning sweety". Akhirnya Adriel membuka matanya. Sabarlah duhai hati. Jangan mudah cair dengan kata-kata.
"kenapa aku tak tahu ha?. You have a beautiful eyes , hairs, and... Your lip...". Mata dia tidak lepas dari memandang bibir Nelyna. Bahaya betul. Jantung Nelyna sudah bergetak hebat.

"mengarut! Dah jom kita solat sama-sama". Daripada melayan Adriel yang mungkin sedang mamun itu lebih baik solat. Perkara biasa sebab mood Adriel sentiasa berubah-ubah. Lagi-lagi dari semalam. Pelik betul. Tiba-tiba bersweet macam dapat mimpi buruk

Pergi universiti harus diteruskan. Apa ingat mereka kawin kena cuti?. Memang tidak la, belajar tetap belajar.
  

 
SALAM diberi sebelum tangan ditadah untuk membaca doa. Mata Nelyna tidak lepas daripada Adriel yang berada di hadapannya sebagai imam. Hati tiba-tiba berasa sejuk dan senang.

Seusai saja doa diaminkan Nelyna berura-ura ingin pergi.
"ark!". Tersentak Nelyna dengan lengannya ditarik Adriel.

"apa?". Soal Nelyna.

"aku...". Ayat Adriel tergantung lama.
Nelyna masih setia menunggu.

"kenapa?".

"nothing...". Tangan Nelyna nilepaskan semula.
Berkerut dahi Nelyna dengan Adriel.

*****

"jangan sampai satu kolej tahu yang kita dah kawin". Pesanan yang membuatkan Nelyna sedikit terasa. Tetapi Nelyna cuba untuk sedapkan hati mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.

"awak jangan risau lah, saya tak akan sakitkan hati peminat-peminat awak tu". Agak-agak macam mana lah riaksi perempuan yang sukakan Adriel. Lagi-lagi... Laila.

Sebut pasal Laila... Nelya hampir terlupa tentang perempuan itu. Mesti dia akan kena lagi teruk nanti. Haih hadap sajalah.

"termenung apa! Keluar cepat!". Tinggi suara Adriel. Dah la paksa orang naik dengan dia. Lepastu suruh turun jauh sebab taknak orang perasan.

"sabar lah...". Pintu kereta sudah dipegang tetapi terhenti. Nelyna menoleh semula kearah Adriel.

Tangan yang Nelyna sua itu dipandang kosong. Ingin salam. Tak salah kutip pahala harini.

"what?". Kening Adriel dijongket pelik.

Tiada sebarang jawapan tetapi tangan Adriel dirampas Nelyna dan dicium sebelum keluar dengan pantas. Dia malu.

Adriel yang masih terpinga-pinga itu terasa ada satu perasaan yang menyelinap masuk ke dalam hatinya.

 
*****

Satu jam kelas berlalu Adriel dan geng dia masih tidak munculkan diri. Kehadiran mereka pon tidak diambil kisah oleh semua. Tapi tidak bagi Nelyna.

Dari tadi termenung ingatkan Adriel. Bukan risau... Eh risau la jugak. Tapi lelaki itu pergi mana?.

"oi!". Hampir terpelanting pen yang dipegang Nelyna dengan sergahan Airani.
"aduhh apa lah masalah kawan-kawan aku ni". Dadanya diurut.

"kau la masalah. Dari tadi termenung je, mujur sir Amirul tak tegur". Sir Amirul keluar tadi pun Nelyna tidak bangun.

"mana dia?". Mata Nelyna mencari kelibat Sir Amirul yang mengajar tadi.
"tu kan! Tengok la jam dah pukul berapa". Benar sangkaan Airani. Nelyna mengelamun.

"tadi aku tidur ke?". Airani mengeluh pula. Memang sah Nelyna ada masalah.

"cerita dekat aku sekarang". Nelyna pelik cerita apa?.
"apa yang mengganggukau...". Itu maksud Airani.

"Adriel pergi mana ha?". Terluah juga dari Nelyna. Hatinya berasa tidak sedap.

"lah tu ja?". Nelyna mengangguk.

"biasa lah dia tu, bukannya kau tak tahu". Sebelum ni Adriel memang selalu ponteng pon. Apa yang nak dirisaukan.

"aku tak sedap hati la". Airani yang faham itu mengangguk sahaja.
"dah. Jangan fikir sangat, kita pergi makan nak?". Nelyna hanya menuruti Airani. Mungkin Nelyna hanya memikir negative saja.

   

TUBUH cantik itu diperhati dari jauh. Muka risau jelas terpancar diwajahnya.

"nak risaukan laki kau?... Heh dah lunyai agaknya". Sinis saja mulutnya menutur sebelum beredar dari pintu dewan itu.

*****
  
JAM hampir menginjak ke tengah malam. Paling merisaukan, Adriel masih belum pulang. Naik pening Puan Nuriani melihat Nelyna yang bermundar mandir.

"Nel, dah tengah malam ni. Pergi la tidur". Tegur Puan Nuriani. Tak tenang kalau dia tidur sahaja.

"MakSu naik lah dulu, Nel tunggu Riel". Puan Nuriani akhirnya meninggalkan Nelyna sendirian.

Klak!

Bunyi sahaja pintu utama rumah itu dibuka Nelyna cepat-cepat menerpa.

"awak!". Luruh jantung Nelyna melihat keadaan Adriel. Muka lebam dan bibir berdarah.

"awak kenapa?!". Wajah Adriel berkerut apabila Nelyna terpegang lengannya.
Soalan Nelyna tadi dibiarkan sepi.

Adriel dipimping menuju kebiliknya. Sampai saja Adriel diletakkan perlahan-lahan diatas katil.

"kejap saya ambilkan ubat!". Tergopoh-gopoh Nelyna mengambil peralatan untuk merawat Adriel.

  

KAIN basah dilapkan perlahan-lahan di wajah dan badan Adriel.

"auch!".

Sesekali Adriel mengaduh apabila terkena pada luka. Selalunya Adriel biasa saja apabila berkeadaan macam ni. Saja nak kenakan Nelyna.

"so-sorry". Nelyna membuka baju Adriel pula untuk mencari dimana lagi luka.
"stop". Tangan kecil Nelyna digenggam erat.

"saya nak tengok kot-kot ada luka lagi". Jelas Nelyan kerana tidak mahu disalah tafsir.
"biar aku buat sendiri". Adriel bangun dan membuka baju sendiri. Kalau Nelyna yang buka lain pula jadi nanti.

Pelik Nelyna apabila selamba sahaja Adriel mengangkat tangannya untuk membuka baju. Tadi bukan main sakit lah apa lah.

Seusai itu Adriel kembali baring. Sudah Nelyna agak, banyak luka dan lebam di badan Adriel.

Kain tadi dilap pada tubuh Adriel.

"haih dah. Bahaya pula kau nanti". Lagi bertambah pelik. Apa yang bahaya. Dia cuma mahu tolong ubatkan Adriel.

"kau ingat aku tak rasa apa-apa? Lagi-lagi kita dah halal". Terlopong Nelyna dengan kenyataan Adriel. Dia boleh fikir macam tu?.

"awak fikir apa ha?!". Kain yang dipegang tadi dilempar pada wajah Adriel. Tergelak lelaki itu.

"aku fikir...". Air liur ditelan kesat apabila mata Adriel seperti meneliti tubuhnya.

"ish! Dasar otak kuning! Nah letak ubat sendiri". Nelyna berlalu pergi. Berdebar jantungnya.

Adriel masih dalam gelaknya.

"why you're so cute ha?".

   

TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤

 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro