BAB 19
Terbeliak mata Nelyna memandang juadah pagi dihadapannya. Biar betul... Apa guna keluar peluh tadi?. Nothing!
"like seriously?". Pesan makanan dah macam untuk 4 orang. Roti canai dua pinggan ada tiga lapis. Meraung lah Nelyna lepas ni.
"awak oder untuk sapa lagi?". Tanya Nelyna. Mana tahu Adriel mengajak sapa-sapa.
"no, just for us. Lagipun aku dah lama tak makan macam ni". Untuk kita?. Untuk dia sudah la! Tak payah nak libatkan Nelyna!.
Akhirnya Nelyna memakan juga. Kalau tak makan membazir pulak. Kalau dah membazir amalan. Dah la maleh cakap.
"cantik cincin, beli mana?". Sah! Nelyna kena bawak selipar lain kali. Dia boleh tanya beli mana?. Sapa yang ajak kawin selama ni?.
"kedai dua ringgit". Nak main-main sangatkan?. Sure.
"kedai dua ringgit pon cantik". Selamba sahaja Adriel membalas.
"hm". Malas Nelyna mahu melayan. Baik dia makan sekarang boleh balik cepat.
*****
"wuu sapa hantar tu?". Sura Darwish seakan-akan mengusik.
"adalah". Kalau Nelyna bagitahu Adriel yang hantar tadi, erm habis dia kena bahan.
"eleh tu pon nak berahsia... Tu Adriel kan?". Tengok. Kalau tak bagitahu pon tak apa, dia dah tahu.
"dah tahu nak tanya lagi buat apa". Sofa berdekatan dia duduk sebentar menghilangkan penat.
"kau kenapa jumpa dia?". Nelyna memandang Darwish.
"kenapa?". Adakah salah dia berjumpa dengan Adriel?. Tadipun sebab kebetulan.
"yelaa kau kan nak kawin dah dengan dia minggu depan". Darah Nelyna seakan-akan terhenti.
"minggu depan?!". Suara Nelyna naik meninggi. Setahunya dia belum bagi tarikh lagi.
"kau nak terkejut sangat kenapa?". Darwish memegang dadanya terkejut.
"Mak Su ke yang cakap?". Soalan Nelyna, Darwish geleng.
"tunang kesayangan kau la". Darwish tak habis-habis mengusik. Nelyna cuba menyimpan senyum. Kesayangan?.
Namun cepat-cepat dibuang perasaan itu.
"buat hal betul la mamat ni". Nelyna merengus dan berlalu pergi dari situ. Terbantut niatnya nak berehat.
*****
Suasana yang agak bising di dalam dewan kuliah itu sedikit pun tidak mengganggu Airani dan Nelyna.
"habis laa kau Nel". Fikiran Nelyna masih runsing dari pagi tadi. Bila tak tahan sangat Nelyna menceritakan kepada Airani.
"ergh. Aku pening gila fikir". Kepalanya yang sudah berdenyut diurut perlahan. Kenapa terlalu cepat?.
"it's okay la Nel... Adriel tu nampak je macam tu, aku yakin sebenarnya dia baik". Airani meyakinkan Nelyna. Nelyna masih diam.
"aku takut....". Mata Nelyna sudah berair. Airani cepat-cepat memeluk bahu Nelyna. Entah kenapa Nelyna berat sangat nak kawin dengan Adriel. Kawin untuk selamanya atau seketika dia pun tidak tahu.
"takpa... Kalau kau ada masalah datang terus jumpa aku". Nelyna mengangguk lemah.
MATA helangnya tertumpu kearah orang yang membelakanginya. Hatinya turut terasa apabila melihat air mata gadis itu mengalir. Sebab diakah?.
"Riel kau memang betul-betul sirius?". Ni lagi sorang. Dari tadi lagi tak percaya yang Adriel ingin berkahwin dengan Nelyna minggu hadapan.
"entah". Jujur. Adriel sendiri pon tak tahu kenapa dia buat macam ni.
"dia belum tahu pasal 'tu' kan?". Adriel berfikir sejenak. Bagaimana lah rasanya apabila Nelyna mengetahu apa yang dilakukan Adriel.
"suatu hari nanti aku akan bagitahu tapi bukan sekarang". Lebih baik dia diam dahulu. Kalau beritahu mungkin Nelyna akan batalkan semuanya.
"good luck". Bahunya ditepuk Haiden ingin memberi semangat. Ramai yang belum tahu apa pekerjaan sampingan mereka bertiga.
*****
"ark!". Terkejut Nelyna apabila tudungnya ditarik dari belakang!. Ni yang Nelyna paling pantang ni siapa yang sesuka hati tarik tudung orang. Sempat tudungnya diperbetulkan sebelum menarik nafas sedalam-dalamnya. Perang akan berlaku sebentar lagi.
"woi!". Berang Nelyna apabila mengetahui orang itu ialah Laila. Haih again. Mata tajam Laila memandang Nelyna. Ingat Nelyna takut?. Garang dah la tu?.
"melampau eh kau...". Sinis Laila memandang Nelyna dari atas bawah.
"ada masalah?". Kalau boleh nak saja dia layangkan penumbuk tapi disabarkan sahaja.
"yes! Memang ada masalah! Aku dah bagi amaran dekat kau! Jangan dekat dengan Adriel! And up kau buat apa?! Siap nak kawin lagi!". Sah. Si karlina ibu tiri Adriel tu sudah bagitahu Laila.
"buk-"
"kau ni gatal jugak eh?! Dari dulu sampai sekarang! Kononnya pakai tudung baik sangat la?! Tapi perampas!". Mata-mata yang ada disitu sudah pandang serong terhadap Nelyna.
"hah! Jangan-jangan kau ni murah, mesti kau dah goda Adriel kan?". Perlahan saja Laila berkata tetapi cukup jelas ditelinga Nelyna. Dengan tidak semena-mena Nelyna sudah hilang sabar.
Pang!
Keadaan semakin tegang. Puas sedikit hati Nelyna dapat menampar Laila. Mulut tak ada insurans memang layak dapat.
"what the...". Perlahan suara Laila menahan geram. Nelyna menampar dirinya.
"kau!". Tangannya dihayunkan juga untuk menampar Nelyna.
Pang!
Kalini luar biasa, tamparan Laila lebih kuat berbanding Nelyna. Tanpa diduga bibir Nelyna sudah pecah.
"puas?! Nak lagi?!". Soal Laila kuat. Orang sekeliling yang memerhati mereka berdua sudah gerun. Sekali lagi Laila mahu menampar Nelyna kerana ingin melepaskan geram.
"enough!!!". Terus bergema ruangan itu. Suara keras dan cukup dingin. Terhenti tindakan Laila. Takut-takut wajah lelaki itu dia pandang.
"sayang...". Nada suara Laila sudah berubah. Dasar talam 14 muka. Nelyna hanya diam bibirnya yang pecah diabaikan.
"who's your 'Sayang' ?!!". Jerkah Adriel. Terhinjut bahu Laila. Kalini rasanya Adriel menyinga.
"Riel... Dia tampar I". Adu Laila sambil memegang pipinya. Tangan dihala kearah Nelyna yang dari tadi menunduk. Nak salahkan Nelyna agaknya.
Adriel abaikan Laila malah dia menarik Nelyna pergi dari situ.
Lagi bertambah geram Laila. Kakinya dihentak-hentak tanda memprotes.
RONTAAN Nelyna tidak mampu merungkai pegangan Adriel yang kuat dilengannya. Tarik macam tarik lembu. Kasar betul.
"lepas!". Akhirnya Nelyna bersuara. Terhenti langkah Adriel.
Buk!
Belakang Adriel Nelyna langgar akibat berhenti mengejut. Dahinya digosok. Badan Adriel ni besi ke apa?. Bibirnya turut berdenyut-denyut. Darah sudah mulai kering.
"masuk". Muka beku Adriel menyuruh Nelyna masuk kedalam bilik khasnya. Tanpa membalas Nelyna masuk saja.
"duduk situ". Punggung Nelyna dihenyak pada sofa empuk itu.
Tidak lama kemudian Adriel datang membawa First aid.
Berkerut Nelyna memandang Adriel. Dia nak buat apa ni?. Bukannya sirius pon. Luka kecik je.
Lama Nelyna memerhati Adriel yang menuang iodin dan mula menghala kearahnya.
"eh kejap!". Nelyna menjauh tidak selesa. Ni dah lebih ni. Adriel diam menunggu apa yang ingin dikatakan Nelyna.
"no need". Sinis Adriel memandang sebelum...
"adoi!!". Terasa sakitnya kembali parah. Adriel menekan tempat luka itu dengan kasar. Air mata Nelyna cuba ditahan. Bukan manja tapi... Sakit gila!. Bayangkan luka yang tengah sakit lepastu ditambah lagi dengan sakit.
"perlahan laa". Tiada sedikit pun suara yang keluar dari mulut Adriel. Hanya raut wajah yang sedang menahan marah dan dingin menghiasi wajah kacak Adriel.
"sorry...". Hati Nelyne seperti tersentuh. Lembutnya suara Adriel berkata maaf. Walaupun riak wajahnya masih sama.
"for?...". Kenapa Adriel pula yang harus meminta maaf?.
"because of me, all of this happened to you". Tiba-tiba saja mata Adriel memandang Nelyna sayu.
"i'm okay lah". Nelyna cuba untuk senyum walaupun terasa pedih dihujung bibirnya.
Jantung Adriel seperti berdegup kencang, hati pula sedikit sakit apabila melihat Nelyna senyum dalam kesakitan. Kemarahannya cuba ditahan.
"you hurting me". Bisik suara hati Adriel.
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
You guys know what!.... Haih takpala😂 simpan jalah excited ni.😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro