Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12

"Lai kau dah silap". Elya memandang Laila gelisah. Laila elok saja beriak tenang. Disebabkan dia semua ni jadi.

"ish kau diam sikit boleh tak! Aku serabut ni". Elya pula dijerkahnya. Laila juga tidak sangka Adriel turut menggunakan tangga tersebut.

"kalau kantoi macam mana?!". Elya sudah mula takut. Macam mana kalau semuanya terbongkar. Pasti dia akan dibuang dari kolej itu.

"tak... Aku dah pastikan kat situ takda CCTV". Jelas Laila. Sebelum dia merancang sesuatu dia akan pastikan dahulu tiada apa yang menganggu.

*****

Terangguk-angguk Nelyna menahan ngantuk. Berjam-jam juga dia di kerusi menunggu.

"Diorang dah balik ke hah?". Bilik ward Adriel dipandang sekilas. Mungkin mereka sudah pulang kerana tadi Nelyna tertidur dan tidak perasan.

Ruangan bilik itu dia jengul sedikit melalui cermin lut sinar.

"takda orang...". Tangan Nelyna membuka pintu perlahan. Akhirnya dia memasuki bilik ward Adriel.

Sekujur tubuh yang terbaring lemah, wajah yang pucat, kepala dan tangan pula dibalut.
Nelyna memandang kasihan.

"takpa ke ek aku duduk sini? Dia marah tak?". Kerusi yang disediakan Nelyna duduk.
Lama Nelyna meneliti wajah Adriel.

"syukur saya boleh tengok awak...". Nelyna ingin beredar. Kalau dilihat oleh ibu tiri Adriel habis dia.

"eh?!". Lengan Nelyna seperti ditarik seseorang. Nelyna berpaling untuk melihat.
Tangan Adriel.

"ka-kau dah sedar?". Entah mengapa apabila bercakap dengan Adriel saja dia akan gagap.
"hm". Pegangan Adriel tadi dilepaskan.
Nelyna masih membatu disitu.

"kau okay?". Soal Nelyna.
"hm". Itu saja Jawapan Adriel.

"ak-aku balik dulu...". Mahu saja Nelyna ingin beredar. Baginya Adriel dah balas dendam kepadanya. Sepatutnya dia menjauhi Adriel tetapi lain jadinya.

"kejap laa". Suara lemah Adriel menghentikan langkah Nelyna.
"teman aku please". Pinta Adriel. Adriel dah pesan pada Tengku Adam bahawa dia tak mahu ditemani sesiapa pun. Dia tak suka Tengku Adam atau mana-mana perempuan menemaninya. Kecuali... Nelyna?.

"tak boleh". Nelyna ingin beredar dari situ lagi.

"tolong laa aku tak ada siapa-siapa". Sebak hati Nelyna mendengar. Sekurang-kurangnya Adriel ada Tengku Adam. Dia?

"kau ada Daddy kau... Aku?.. Aku dah tak ada kedua-duanya sekali". Tubir mata Nelyna sudah mula berair.

"Nel ak-". Terhenti ayat Adriel apabila Nelyna pergi dari ward itu. Keluhan berat dilepaskan.

"isk... Isk.... Isk...". Tangisan Nelyna bergema pada ruangan yang agak sunyi. Dia sedih dengan diri sendiri, Adriel mahukan dia rasa apa yang dirasa. Dan Nelyna merasainya. Ianya sakit, sakit sangat.

*****

Adriel terjaga dari lenanya apabila terasa tekaknya perit. Dia perlukan air. Tubuhnya bangun secara perlahan-lahan.

"auch!". Matanya dipejam erat menahan sakit pada tangannya yang berbalut.
"kejap aku ambilkan". Terhenti kelakuan Adriel apabila ada satu tangan yang menolongnya menuang air ke dalam gelas.

"Nelyna?". Berkerut Adriel memandang wajah tidak beriak Nelyna. Bukankah tadi Nelyna sudah pergi untuk pulang. Namun sedikit sebanyak membuatkan hati Adriel senang.

"nah minum pelan-pelan". Segelas air kosong dihulur ke arah Adriel. Air diteguk sedikit demi sedikit.

"bukan tadi kau dah balik?". Soal Adriel seusai gelas diambil oleh Nelyna.
"erk nak balik laa ni". Puas Nelyna memikirkan alasan. Dia nak sangat temankan Adriel tapi dia takut Mama tiri Adriel tahu.

"tak payah laa". Pelik Nelyna melihat Adriel. Lain sangat.
"tolong belikan makanan aku lapar". Arah Adriel. Nelyna hanya turuti sahaja. Beg tangannya dicapai sebelum Nelyna keluar dari bilik ward Adriel.

*****

HAMPIR 15 minit Nelyna turun beli makanan untuk Adriel kini Nelyna masuk semula.

"nah". Adriel yang tengah termenung tersentak dengan suara Nelyna.
"satu je?". Bungkusan nasi dibelek Adriel.
"tu pon banyak. Kenapa tak cukup ke?". Adriel ni bela saka agaknya fikir Nelyna.

"kau punya mana?". Tergaman Nelyna dengan soalan Adriel.
"aku punya? Erm aku dah kenyang". Adriel mengabaikan jawapan Nelyna lalu membuka bungkusan nasi tersebut.

"Suap". Sudu dihulurkan kepada Nelyna. Lama Nelyna.memerhati ingin mamahami maksud.
"tengok ni, tangan aku sakit". Balutan di tangannya ditunjuk kearah Nelyna.

"eleh tadi bagi sudu boleh pulak?".

"tu tangan kiri laa gila". Membutang Nelyna apabila dipanggil gila oleh Adriel.
"haih kejap". Nelyna menapak kearah pintu lalu dibuka luas.

"kenapa bukak pintu pulak?". Kelakuan Nelyna diperhati Adriel.
"aku taknak kena tangkap basah dengan kau". Jawapan Nelyna mengundang senyuman daripada Adriel.

"eleh, sapa nak kawin dengan kau. Perasan". Nelyna sabat saja dengan kata-kata Adriel. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk mencegah sesuatu yang mungkin terjadi.

Sudu yang dipenuhi nasi disua ke arah Adriel.
Adriel memandang lama sebelum mulutnya dibuka perlahan. Makanan dikunyah perlahan.

Tanpa disedari mata Adriel terpandang mata cantik Nelyna.
Degupan jantung masing-masing bergerak laju. Perasaan yang belum dikenal pasti oleh mereka tetapi readers sudah dapat meneka. Eh HAHA.

"dah jangan tengok aku macam tu, nak tercekik pulak aku". Nelyna membuat muka toya. Riak wajah nya cuba dikawal supaya tidak kelihatan yang dia sedang gementar.

"sapa tengok kau". Nelyna menafikan kenyataan.
"tipu". Nelyna meregus. Apa yang Adriel tak puas hati ni?.

"dah makan la cepat, aku nak balik". Arahan Nelyna tidak diterima Adriel. Makin lambat pula Adriel mengunyah.

"takyah la balik...". Sumpah. Suara Adriel membuatkan Nelyna cair.
"haih kau memang manja ke waktu sakit?". Adriel pantas menggeleng.

"tak".

"ye laa tu". Bungkusan nasi diletakkan di atas meja sebelum telefonnya di capai nombor seseorang didail dan Nelyna beredar dari situ buat seketika.

Selesai membuat panggilan Nelyna mendekati Adriel.

"kejap lagi Haiden dengan Zarreen datang temankan kau". Adriel mencebik. Ingatkan Nelyna telefon adiknya bahawa dia tidak pulang malah sebaliknya.

"Adriel.. Tak elok kalau aku temankan kau, kita tak ada hubungan, harap kau faham". Nelyna mula mengambil beg tangannya untuk pulang.

"lagipun, takkan kau nak "pembunuh" ni temankan kau". Perkataan pembunuh ditekankan. Sedikit sebanyak dia masih terasa hati dengan Adriel. Selesai saja melihat riaksi Adriel yang agak terkesan dengannya. Nelyna berlalu pergi.

"sorry...". Adriel masih tidak mampu untuk meminta maaf pada Nelyna. Dari dulu dia berdendam dengan Nelyna. Apabila dia tahu kebenarannya rasa bersalah terhadap Nelyna amatlah tinggi.

*****

Buk!

Buk!

"kalau aku nampak muka kau lagi kat sini, pecah muka kau!". Haiden memberi amaran keras kepada lelaki itu.
Tercungap-cungap nafas lelaki itu kerana lelah berlawan dengan Haiden.

"dah laa... Bosan laa". Zarreen yang dari tadi memerhati akhirnya bersuara.
Haiden melepaskan cengkamannya pada lelaki itu.

"jom". Haiden dan Zarreen mula beredar dari lorong yang agak sunyi.
"eh kejap". Zarreen menghentikan langkahnya, dia mengundur kearah lelaki tadi sebelum...

Buk!

Sepakan kuat Zarreen berikan kepada lelaki tadi. Puas hatinya. Lalu Mereka berdua terus beredar.

"aku tak akan berdiam diri...". Kata lelaki itu lemah.












TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro