BAB 11
"adik, kau rasa tak apa yang aku rasa?". Berkerut Nadia mendengar soalan Nelyna.
"kau rasa apa? Yang aku tau sekarang ni aku rasa... Lapar". Mahu saja Nelyna mengetuk kepala Nadia boleh pula dia lapar time macam ni.
"ish kau ni, cuba bayangkan nanti peguam papa cakap "rumah kamu akan di sita" hah! Macam mana?". Cerita Nelyna atas apa yang ada difikirannya dari semalam.
"haih kalau macam tu, kita nak buat macam mana... Redha jelah". Nadia dan Nelyna mengeluh.
Dari kecil mereka diberi kemewahan oleh Dato Haznan. Tetapi mereka tidak dididik untuk menjadi riak.
Mungkin sekarang mereka akan terima seadanya jika mereka kemungkinan akan menjadi miskin.
"Cik Nelyna dan Cik Nadia". Panggil seseorang menyebabkaan dua gadis itu berpaling.
"ye?". Nelyna segera berdiri untuk menghormati peguam papanya.
"mari ikut saya ke office Dato Haznan". Nelyna mengangguk dan mengikuti langkah peguam Dato Haznan bersama.
Sampai saja dibilik Dato Haznan aura kerinduan mula merasuki diri Nelyna. Dia selalu datang kesini untuk berjumpa papanya. Selalu bergelak ketawa.
"jemput duduk". Arahan Peguam Dato Haznan dituruti.
"saya Encik Amin, merupakan peguam yang diarahkan Oleh Arwah Dato Haznan untuk menyampaikan beberapa arahan dan wasiat kepada Cik Nelyna dan Cik Nadia". Encik Amin memulakan perbicaraannya.
"erm maaf bertanya, rumah kami kena ambil atau disita ke?". Soalan Nadia mengundang tawa dari Encik Amin.
"setakat ni Alhamdulillah arwah Dato Haznan tak hutang siapa-siapa". Memang benar, Dato Haznan tidak berhutang. Dia lebih suka usaha sendiri dari meminta pertolongan orang lain.
"owh..."
"berdasarkan senarai arahan Dato Haznan, Cik Nelyna akan mengambil alih syarikat ini selepas saja habis pelajaran dengan syarat Cik Nelyna harus berkahwin. Jika tidak syarikat ini akan jatuh ke tangan orang lain". Terbutang mata Nelyna mendengar apa yang dibaca Encik Amin. Setakat dia nak uruskan syarikat ok lagi tapi... Kawin?
"eh kenapa pulak macam tu... Saya mana boleh kawin lagi". Seharusnya Nelyna membangkang.
"boleh... Disini arwah Dato Haznan sudah nyatakan umur untuk Nelyna berkahwin". Amboi siap beritahu umur.
"berapa?". Makin berdebar Nelyna menunggu jawapan dari Encik Amin.
"22". Terus Nelyna menghembus nafas lega. Dia baru umur 22. Masih ada masa.
"kak... Bukan birthday kau bulan depan ke? 23 la kan?". Mati terus kelegaan Nelyna. Bulan depan hari lahirnya dan akan menginjak ke umur 23.
"haih pasal kawin ni takpa kan kita tangguh dulu?". Soal Nelyna pada Encik Amin.
"boleh..". Kalini Nelyna betul-betul lega.
"alhamdulillah". Ucap Nelyna syukur.
"okay untuk Cik Nadia juga sama, Cik Nadia harus habiskan pelajaran dahulu baru boleh mengambil alih syarikat Dato Haznan yang berada di Johor".
"tapi.. Saya kena kawin jugak ke?". Soalan Nadia menarik perhatian Nelyna. Bukan calang-calang arahan papanya. Buat orang jadi stress wo.
"jika lelaki itu baik dan pandai menjaga Cik Nadia di mata Cik Nelyna, ya you can, tapi Cik Nelyna yang akan menilai lelaki itu". Kata-kata Encik Amin membuatkan Nelyna tersenyum kepada Nadia. Nelyna tahu Nadia sudah mempunyai teman lelaki tapi dia tidak pernah bertemu.
"okay..."
"mari kita teruskan untuk harta".
Hampir 2 jam Nelyna dan Nadia berada di syarikat Arwah papanya. Banyak juga dia terjumpa gambar Dato Haznan di merata tempat. Mereka juga dititip ucapan takziah oleh pekerja-pekerja di situ.
"kau ada kelas tak pagi ni?". Soal Nelyna kepada Nadia.
"tak, petang nanti... Kau?". Soal Nadia kembali.
"tak tapi aku nak pergi jumpa Aira la, kau balik naik grab eh? Aku pergi dulu bye!". Nadia menjeling.
"sanggup kau tinggalkan aku kat sini! tendang karang". Kakinya ditala pada kereta Nelyna yang berlalu pergi.
*****
"Lai kau nak buat apa ni?". Terkejut Elya melihat sebotol sabun ditangan Laila.
"tengok jelah". Rasanya sekaranglah dia perlu melancarkan rancangannya.
"kerja kau sekarang, bila nampak perempuan tu bagi tahu aku". Elya yang faham perkataan "perempuan" itu mengangguk sahaja.
"she's here". Nampak saja figura Nelyna yang datang ke arah tangga Elya memberitahu Laila. Dengan pantas Laila menuang sabun yang likat dan banyak di salah satu anak tangga.
"jom". Laila beredar dari situ bersama Laila, mujur tiada siapa di situ. Mereka mencari tempat yang tersorok bagi menyaksikan sesuatu.
Nelyna hanya fokus pada telefonya. Ada saja Lawak dari Airani. Sesekali Nelyna tergelak.
Buk! Buk!
Wajah Nelyna diangkat apabila terdengar bunyi yang jatuh dari tangga. Terbutang mata Nelyna atas apa yang dilihatnya. Ada orang jatuh dari tangga.
Mata Nelyna tertumpu pada cecair yang ada pada salah satu anak tangga.
Tanpa berlengah Nelyna turun ingin menolong orang yang jatuh.
"ADRIEL!!!". Tergetar tangan Nelyna melihat Adriel terlentang jatuh. Kepalanya berdarah. Tubuh Adriel tidak bergerak sama sekali.
"adriel?!". Tangan Nelyna mengoyangkan bahu Adriel. Namun tiada riaksi.
"tolong!". Air mata Nelyna bertakung.
Orang yang kebetulan lalu disitu membantu Adriel bangun.
Pipi Nelyna sudah basah melihat keadaan Adriel.
HOSPITAL
Nelyna bermundar mandir memikirkan keadaan Adriel.
"Ya Allah kau lindungilah dia...". Doa Nelyna dalam hati.
"Nelyna". Tengku Adam yang baru sampai bersama Karlina dan Laila disisi menegur Nelyna yang berdiri gelisah.
"uncle... Aunty". Sapa Nelyna. Tangan dihulur hendak menyalami Karlina namun tidak dibalas, membuatkan Nelyna berasa kekok. Karlina menjeling Nelyna dari atas hingga bawah. Kipas ditangan tidak henti mengibas diri Karlina. Rasanya air-con Hospital sudah cukup sejuk.
"macam mana boleh jadi macam ni?". Soal Tengku Adam. Terkejut juga dia apabila terdengar berita tentang anaknya.
"Adriel jatuh tangga kat kolej, mungkin sebab tergelincir". Cerita Nelyna setakat dia tahu.
Tengku Adam mengangguk dan turut serta menunggu kabar tentang Adriel.
"daddy... Abang Adriel okay ke?". Suara Laila bertanya kepada Tengku Adam. Nelyna memandang geli. Pakaian yang dipakai oleh Laila... Erm malas cakap.
"sabar ya.. Kita tunggu doktor". Laila mengangguk. Mulutnya dinaikkan muncung. Rasa macam nak tampar pon ada.
Klak!
Pintu bilik pemeriksaan dibuka dari dalam. Terpancul wajah doktor dan seorang jururawat.
"macam mana dengan anak saya?". Tengku Adam terus menerpa.
"Pesakit masih belum stabil sekarang, semasa saya buat rawatan tadi tekanan darah agak terganggu, mungkin akibat pesakit kehilangan darah". Jelas Doktor lelaki itu.
"jadi sekarang kami dah buat pemantauan dan kemungkinan 90% pesakit akan sedar". Tambah doktor itu lagi.
"kami boleh tengok dia sekarang?". Soalan Tengku Adam mendapat anggukan dari Doktor.
"tapi jangan ramai sangat ya nanti akan mengganggu pesakit". Tengku Adam mengangguk faham.
Tanpa berlengah Tengku Adam dan Laila masuk ke bilik ward Adriel.
Nelyna ingin mengikuti langkah mereka juga tetapi ditolak kasar oleh Karlina.
"kau jangan dekat dengan Adriel, aku tak suka!". Bisik Karlina namun suaranya agak mendalam dan keras. Nelyna memegang bahunya kuat juga Karlina menolaknya.
"haih apa salah aku?". Gumam Nelyna sendirian. Bilik ward Adriel dipandang kosong. Entah kenapa Dia nak sangat menjengok Adriel.
Akhirnya Nelyna hanya mampu tunggu diluar saja...
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro