BAB 10
"heh, tahu nak takut". Orang sekelilingnya dijeling saja. Walaupun dia tahu berita ni akan tersebar tapi dia kisah apa.
Bilik khasnya dituju.
Sempat pintu dikuncinya dan meletakkan Nelyna di sofa yang tersedia.
Nelyna yang perasan dia seperti bebas cepat-cepat berlari ingin keluar dari bilik itu. Sesungguhnya dia takut dengan Adriel.
"ish!". Lagi bertambah bengang dengan pintu yang tidak boleh dibuka.
"tak payah nak lari, duduk situ diam-diam". Adriel yang berada di peti sejuk memandang Nelyna.
"scan pakai bulu ketiak agaknya". Marah Nelyna pada pintu itu.
Akhirnya Nelyna mengalah dan menuju ke sofa tadi semula. Dia tidak tahan untuk berdiri lama. Gastrik nya semakin menjadi-jadi pula.
Perutnya diurut perlahan.
"aku dah suruh kau makan tadi, kau degil". Adriel datang membawa sepinggan nasi dan segelas minuman.
"tak lapar". Nelyna memejamkan matanya untuk menahan kesakitan.
"makan". Arah Adriel.
"taknak".
"makan".
"taknak!".
"makan"
"ya Allah... Aku taknak!". Stress juga dipaksa sebegini.
"cuba kau tengok sekelilingkau, takdak sapa tau jangan samp-". Terpotong ayat Adriel setelah melihat Nelyna mengambil pinggan.
Adriel cuba menyimpan senyum.
"perlu ke aku minta maaf?". Soal Adriel di sudut hatinya. Memang rasa bersalahnya terhadap Nelyna amat tinggi. Tapi selebih hatinya berkata tidak.
*****
"kawan kau tu kenapa? Lain macam ja aku tengok". Soal Zarreen yang turut serta melihat adegan tadi.
"aku rasa lah kan, dia dah termakan kata-kata dia". Haiden begitu yakin yang Adriel tidak lagi berdendam dengan Nelyna malah sebaliknya.
"macam mana dia makan tu?". Soal Zarren polos dan mendapat renungan tajam dari Haiden.
"kau punya bodoh buat aku rasa nak tembak". Harap saja playboy tapi hm.
"alah tu pon nak marah, dah jom". Haiden memandang Zarreen pelik.
"Jom pergi mana?".
"mana lagi, tempat kita lah". Pantas Haiden menggeleng. Tak silapnya Adriel dengan Nelyna ada di sana.
"tak yah, kita pergi tempat lain". Zarreen pula tidak senang duduk.
"taknak aku nak main game, bilik tu ada wifi free". Haiden mendengus.
"wifi tu aku yang bayar, jangan sampai aku buang". Zarreen merengus. Kedekut itu adalah Haiden.
"ish yelah!"
*****
Airani menahan telinganya dari mendengar kata-kata yang keluar dari mulut orang sekelilingnya.
"perempuan tak sedar diri".
"baru masuk sini dah menggatal"
"taktahu malu agaknya"
"mesti dia dah goda ramai lelaki".
Dan banyak lagi hinaan dari mulut.mereka untuk Nelyna.
"dan habis korang punya mengumpat?!". Airani yang sudah hilang sabar menjerkah kearah beberapa wanita yang dari tadi menghina Nelyna. Siapa yang tahan bila kawan sendiri dituduh?.
"yang kau nak marah sangat asal? Nak backup kawan kau tu? Heh jangan-jangan kau pon sama". Sinis salah seorang wanita ity berkata.
Airani menarik nafas dan dihembus geram. Dia cuba untuk menenangkan hatinya. Kalau dia membalas keadaan akan menjadi lebih teruk.
"haih, lantak kau la, dengan hati busuk, muka tak payah cakap macam.. hm malas laa nak cakap. Tapi ada laa iras Anjing. Eh tercakap". Damn. Apabila Airani bersuara. Sempat Airani menjeling sebelum beredar dari situ.
Pelajar tadi sudah berang.
"wuu interesting, i like..". Zarreen melihat perangai Airani yang garang dan kasar dari jauh.
"cukup reen, kau tu dah banyak scandal. Aira tu tak suka orang macam kau". Haiden yang perasan akan Zarreen memandang Airani mula menegur.
"mana kau tau? Belum cuba belum tahu tau". Zarreen menafikan kenyataan. Airani memang seorang yang susah untuk jatuh cinta.
"mana aku tau? Heh, dia pernah cakap dengan kau? Tak kan?". Haiden tergelak senget.
"maleh laa cakap dengan kau". Secawan air lamon Tea dicapai sebelum disedut.
*****
"takguna!". Beg tangannya dilempar geram. Tipulah kalau berita pasal Adriel dan Nelyna tak tersebar dan tidak sampai pada dia.
"aku dah bagi warning kat kau...". Ujar Laila sendirian. Sungguh dia tidak puas hati dengan Nelyna dari dulu.
"sabar Lai, kau nak marah sangat kenapa?". Elya yang baru datang dari dapur menegur Laila. Mata dijeling sekilas kearah Elya.
"perempuan tu melampau". Nelyna yang dimaksudkan Laila.
"so, what's your plan?". Elya menunggu jawapan daripada Laila yang tersenyum sinis.
*****
Tanpa memandang Adriel yang sedang memerhatinya makan dari tadi, Nelyna meletakkan pinggan itu semula.
"mata tu, balik nanti buta karang". Marah Nelyna, siapa saja suka ditenung begitu oleh seorang lelaki. Malu titew. Eh
Adriel masih diam seperti tersedar sesuatu. Dia tenung Nelyna?.
"sapa tengok kau, aku tengok nasi. Habis eh kau makan? Tadi bukan main tak naklah, tak lapar la. Tengok-tengok hm". Adriel seakan-akan mengejek Nelyna.
Nelyna menjeling. Lama-lama dia pelik dengan Adriel, kejap marah, kejap diam, kejap kejam haa.
"tengok aku kenapa? Cium nak?". Selamba saja ugutan Adriel. Amat berbeza dengan ugutan Nelyna.
Nelyna berkerut. Sah! Lelaki ini banyak mood.
"dah, tolong bukak pintu tu, aku nak keluar". Arahan Nelyna tidak memberi riaksi daripada Adriel.
"pekak ke?!". Nelyna meninggikan suara, teringat pula sewaktu Adriel menjerkah kepadanya dulu. Sekarang tak salah dia membalas.
Melihat wajah Adriel merah seperti geram Nelyna menelan air liur. Adriel marah?
"erk, kau dah kenapa... Aku suruh bukak pintu ja, tak elok berdua-duaan macam ni boleh mendatangkan fitnah". Takut-takut Nelyna memandang wajah bengis Adriel.
Adriel berdiri menuju ke pintu...
BAM!
Pintu dibuka kuat. Nelyna lalu depan Adriel tidak berani dia memandang wajah Adriel.
"terima kasih sebab bagi makanan". Nelyna senyum dan beredar.
Adriel yang terpandang senyuman Nelyna memegang dadanya. Something wrong
*****
"mama, Kila tak suka laa abang Adriel dengan Laila tu". Adu Syakila. Karlina yang sedang membelek barang kemasnya terhenti seketika. Wajah anaknya dipandang sekilas.
"it's okay dear... Mama akan carikan lelaki yang lagi kaya for you nanti". Dengan berlagak Karlina berkata.
"no! Kila nak Abang Adriel jugak". Muncung Syakila sudah naik. Siapa saja tidak mahu pada Adriel. Muka elok, badan hm takpayah cakap. Tangan Karlina menggosok kepala anaknya perlahan.
"mama tengah ada plan ni sayang...". Mata Syakila tertumpu pada Karlina. Plan?.
"okay...". Akhirnya Syakila mengalah. Asalkan plan mamanya mendatangkan hasil.
*****
"eh Nel, Mak Mah dah siapkan makanan, pergi laa makan". Makmah yang terlihat kelibat Nelyna terus mengajaknya.
"takpa Mak Mah, Nel dah makan tadi". Tolak Nelyna ikhlas. Mak Mah mengangguk faham.
"Nel, tadi peguam papa Nel datang". Terhenti langkah Nelyna yang baru ingin beredar.
"kenapa?". Soal Nelyna ragu-ragu.
"dia minta Nelyna dan Nadia pergi ke pejabat Dato Haznan". Beritahu Mak Mah.
Berkerut Nelyna mendengar. Hatinya mula berdebar memikirkan sesuatu.
"okay...". Nelyna senyum dan perlahan-lahan menapak pergi.
Selalunya kalau dalam tv...
"jangan-jangan rumah ni disita..".
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro