Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

ORKID mengeluh perlahan. Sudah hampir seminggu hujan tidak turun. Bahang panas sedikit terasa lalu suhu pendingin hawa diturunkan lagi. Jam yang tergantung di dinding ruang tamu dipandang sekilas.

Aaa... Bosan tahap dewa dewi! Majalah fesyen dibelek helaian demi helaian. Butiran fesyen-fesyen terkini diteliti satu per satu. Nak kata dia ikut sangat trend tak adalah. Cuma dia ingin bantu Sofea. Sofea hendak keluarkan pallete eye shadow terbaru di bawah jenama yang telah dia usahakan lebih 10 tahun yang lalu iaitu HanaAulia. Justeru, Orkid cuba membantu mencari ilham di sebalik warna-warna yang tengah in dalam dunia fesyen sekarang. Bolehlah senang dipadankan dengan pallete tu nanti.

Sesekali, jus oren dari dalam gelas diteguk buat pembasah tekak yang kering sekejap-sekejap. Entah mana pergi semua orang. Abang Aifan pun tak balik-balik! Aina tak usah cakaplah. Kelas habis pukul lima, malam baru nampak muka. Nak drive keluar sorang-sorang karang tiba-tiba hujan tengah jalan nanti macam mana? Umi memang takkan bagi punya! Ni kalau berendam dalam air pantai Pulau Nirwana ni... Aduh, syoknya! Kalau tak dapat naik bot ke Resort Taman Langit, at least dapat berendam sakan kat Pearl Beach tapi tak syoklah pergi sorang-sorang...

Gadis yang ringkas berbaju T kosong warna putih dan berseluar panjang kelabu itu capai telefon bimbit dari atas meja di hadapannya lantas nombor Fayadh didail.

"Hei..." ucapnya sebaik panggilan disahut.

"Haaa... Apa cerita?" Suara Fayadh kedengaran di hujung talian.

Majalah segera disimpan ke tepi lantas Orkid bersandar dengan kaki berlunjur di atas sofa di suatu sudut dalam bilik.

"Buat apa?"

"Facebooking... And you?"

"Lepaking... Alone and damn bored!"

"Ya ke? Aifan dan Aina mana? Umi kau tak balik lagi, kan?"

"Yeap. Umi masih di Indonesia. Aina kelas tak balik lagi. Aifan entah. Tak balik lagi. Selalunya, time macam ni dia dah kat rumah dah. Pergi berenang di Pearl Beach nak tak weh?"

"Nope!"

"Apa pasal pula?"

"Aku lepas ni nak keluar. Ada job."

"Job?"

"Dude, I'm a part time programmer. Of course aku akan ada job okey..."

"Bukan kau sibuk siapkan assignment nak hantar minggu ni ke?"

"Well, for your reminder, Fayadh ni orangnya rajin, berdedikasi dan bijak bahagikan masa. Of course la everything dah settle dan aku boleh concentrate buat benda lain."

"Haaa...Nanti upah dah dapat jangan lupa belanja aku!"

"Tu kita tengok prestasi layanan kau terhadap aku tu macam mana."

Orkid mencebik. Dia tahu Fayadh tak nampak tapi Fayadh mesti dah tahu macam mana riak mukanya sekarang.

"Tak typing hari ni?"

"You're obviously talking to Orkid okay... Not Serena!"

Terdengar Fayadh ketawa kecil di hujung talian.

"Kenapa awak gelak pula?"

"Aku buat hujan, nak?"

"Kau ada kuasa magik ke sekarang ni?"

"Hehe...I wish!"

"Kenapa? Kau nak aku pergi ke? Kau tak nak Orkid? Nak Serena?"

"Novel terbaru bila nak keluar?" Fayadh tukar topik dalam sekelip mata.

"Entah. Serena tak pesan apa pun."

"Senang jadi kau, kan?"

"Kenapa pula?"

"Orang lain buat duit, orang lain yang belanja. Haha!" usik Fayadh. Usikan berulang yang Orkid tidak pernah ambil hati.

"Eh-eh... Doktor aku cakap, Serena atau Orkid, tu tetap aku. Hmmm... Ramalan cuaca cakap esok akan hujan." Mendatar nada Orkid.

"So, perintah berkurunglah ni?"

"Yes. After many years hidup macam ni... And after many years kau jadi kawan aku, takkan tak tahu lagi? Hmmm... Okeylah, Fayadh. Kau teruskanlah dengan FB kau tu. Aku nak suruh Mak Esah buatkan kek untuk minum petang nanti. Kalau kau rajin nak drive, kau pergi aje rumah aku. Kita boleh minum petang sama-sama."

"Okay, bestfriend. Bye!"

"Bye!" Telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja. Orkid segera ke dapur. Mak Esah sedang sibuk mengelap kabinet.

"Ha, Cik Orkid!" Wanita lewat 40-an dengan sanggul satu itu tersenyum.

"Ada apa yang Mak Esah boleh bantu?"

Orkid melompat duduk di atas meja dapur.

"Bosan. Kita main UNO card nak tak, Mak Esah?"

Berkerut dahi Mak Esah memandang wajah Orkid di hadapannya. Gadis itu kemudian tergelak besar.

"Kidding! Petang nanti menu apa untuk hi tea?"

"Cik Orkid nak apa? Cakap aje, Mak Esah buatkan."

"Hmmm, let see..." Gadis itu mengurut dagu sebelum petik jari sekali.

"Kita buat cupcake aje, nak?"

"Kalau macam tu, sekejap lagi Mak Esah suruh Pak Amir belikan bahan-bahan."

"Orait!" Orkid melompat turun dari meja.

"Kalau dah ada bahan-bahan semua, Mak Esah panggil orang kat bilik, okey?"

"Baiklah..."

"ORKID mana, Mak Esah?!" jerit Aifan sambil meletakkan kasut kulit ke rak. Tali leher diungkai dari kemeja hitam pekat. Mak Esah terkocoh-kocoh keluar dari dapur.

"Cik Orkid ada kat bilik dia."

"Dia tak keluar?"

"Dia kata nak tolong Mak Esah buat cupcake untuk minum petang. Tapi bila Mak Esah ketuk bilik, tak ada yang menjawab. Dia tertidur kut..." jelas wanita berkurung Kedah itu dengan dahi yang berkerut.

Aifan menjenguk ke tingkap dari ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu. Cuaca yang tadinya cerah kini berubah serta-merta. Langit kini mendung kelabu.

"Di luar macam nak hujan tu, Mak Esah. Pak Amir mana?" Aifan kembali berpaling ke arah Mak Esah.

"Pak Amir ada kat bilik. Sakit kaki katanya balik dari pergi bahan-bahan nak buat cupcake ni tadi..."

"Mak Esah dah tengokkan keadaan Pak Amir ke?" Risau Aifan dibuatnya. Suami isteri itu sudah lebih lima tahun berkhidmat untuk keluarganya sebaik mereka berpindah rumah. Setelah Nek Som meninggal dunia, Mak Esah dan Pak Amir diambil bekerja untuk membantu urusan rumah selain untuk memastikan ada yang akan menemani Serena pada saat Orkid terpaksa 'pergi' setiap kali hujan.

"Belum lagi. Ada satu lagi tray cupcake kat dalam oven."

"Mak Esah pergi jenguk Pak Amir. Biar Aifan tengokkan cupcake."

"Boleh?"

"Apa pula tak bolehnya, Mak Esah? Tapi Aifan nak mandi sekejap. Lepas tu Aifan turun balik..." Aifan berlari anak menaiki anak tangga. Mak Esah segera kembali ke dapur. Sepuluh minit kemudian, pemuda itu turun semula dengan hanya berbaju T putih dan berseluar pendek kelabu.

"Siap!" Aifan menepuk tangan.

Empat biji kek cawan diletakkan ke atas pinggan di atas dulang dengan dua cawan teh susu. Aifan segera ke bilik Orkid. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Harap-harap budak ni masih belum terbang lagi. Karang tak pasal-pasal kempunan makan cupcake.

"Orkid?" Tombol pintu dipulas lantas daun pintu ditolak perlahan.

"Orkid..." panggil Aifan.

Orkid yang duduk dengan muka tersembam di meja kerjanya tidak memberikan apa-apa reaksi lantas Aifan meletakkan dulang di atas meja di suatu sudut lain di bilik Orkid.

"Orkid!" Aifan kini berdiri di sisi Orkid, menggoncang lembut bahu adiknya. Perlahan, gadis itu membuka mata dan mengangkat muka.

"Abang... Bila abang balik?" soal Orkid. Rambutnya yang panjang menutupi mukanya diraup ke belakang. Rambut yang lembut itu kembali jatuh lantas Orkid selit ke telinga.

"Hour ago. Kenapa tidur kat sini? Kenapa tak tidur kat katil?"

"Orkid tertidur..." Matanya digosok perlahan.

"Nah... Ni cupcake untuk minum petang."

"Laaa... Orkid plan nak proper hi tea dengan abang, Mak Esah dan Pak Amir..."

"Mak Esah tengah urut Pak Amir sakit kaki. Jom kita hi tea sama-sama..." Aifan menarik lengan adiknya untuk mengikutinya ke sofa.

"Satu untuk Orkid, satu untuk abang..." Cawan teh susu segera dihidang sebaik Orkid melabuhkan punggung ke sofa.

"Dua cupcake untuk Orkid, dua untuk abang..." Aifan tersenyum sebelum melabuhkan punggungnya di sisi Orkid.

Berkerut dahi Orkid melihat keadaan cuaca di luar yang agak mendung. Selesai menghirup teh susu dan menghabiskan sebiji kek cawan, Orkid melangkah ke pintu beranda biliknya.

"Nak hujan dah kat luar tu..." Orkid menoleh ke arah Aifan yang masih menikmati kek cawannya.

"Haah. Dah mendung macam tu sejak abang sampai rumah tadi..."

"Tapi ramalan cuaca cakap..."

"Esok hujan, kan?" Orkid angguk.

"That's why it is call as ramalan, semuanya boleh berubah. Kenapa? Orkid kan dah lama tunggu hujan..."

Gadis itu tersenyum nipis.

"Abang pergi bilik kejap, ambil handphone. Manalah tahu kut-kut umi ada call..." Aifan berlari anak meninggalkan bilik Orkid.

"Orkid... Umi tanya kenapa Orkid tak jawab call tadi and want to know whether Orkid nak flat shoes yang Orkid pesan tu white colour or beige..." Kata-kata Aifan mati di situ saat dia kembali ke bilik Orkid.

"Umi call back later? Orkid dah 'pergi' la, mi. Okey, bye..." Aifan mengeluh kecil. Talian mati di situ.

"Yang tinggal hanya Serena." Aifan mengeluh kecil.

Serena sudah pun duduk di meja kerjanya menghadap komputer riba berwarna putih miliknya itu, tekun menaip di papan kekunci. Sejak berusia belasan tahun, buku hitam sengaja Sofea gantikan dengan komputer riba untuk kemudahan Serena. Siap ada nota dan manual penggunaan lagi yang Sofea tulis untuk kemudahan Serena yang tidak lagi pernah bercakap dengannya.

Pengantara mereka cuma nota dan juga Orkid. Orkid juga turut diajar. Dan lama-kelamaan, tanpa sedar Orkid yang sudah tahu menggunakan komputer turut sama mempengaruhi Serena. Aifan memandang ke luar tingkap. Hujan turun mencurah-curah, sebab itulah Orkid terus 'pergi' menjadi Serena, si rain novelist.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro