Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

"KITA nak ke mana ni sebenarnya, Abang Aifan?" Orkid sudah dapat mengagak dalam hati yang Aifan akan membawanya ke Duncan Diner.

"Kan abang cakap nak belanja Orkid makan?"

Gadis berbaju T putih dan berseluar denim biru pudar itu hanya terus melangkah seiring dengan Aifan.

"Yalah, tapi kat mana?" Orkid betulkan leather tote bag hitam di bahu.

"Kat sinilah..." Mereka berhenti di hadapan pintu masuk Duncan Diner.

"Jom masuk." Tangan Orkid dipimpin masuk. Mereka kemudian mengambil tempat di meja bersebelahan dinding kaca.

"Restoran ni la yang kawan abang selalu cakap. Tapi abang tak pernah dapat join dia orang lepak. Cool kan tempat ni? Interior macam Diner kat negara orang putih. Makanan pun sedap. Harga pun berpatutan. Sebab tu abang nak belanja Orkid makan kat sini..."

"Ala...Orang dah pergi dah, dengan Fayadh hari tu masa abang kat Sarawak..." Orkid telan air liur. Hanya hatinya yang masih terus berbicara, yakin tiada siapa boleh mendengar. Dan masa tu juga orang telah 'pergi', abang... Di hadapan orang yang tak ada kena-mengena dengan kita, yang tak tahu orang ni siapa... Nasib baik tak kantoi!

"La... Abang la yang lambat ni? Hmmm... So, apa yang sedap?"

"Kalau menu yang waiter suggest, spagetti bolognese. Fayadh pun pernah bagi tau yang banyak orang puji spageti kat sini. Hari tu, Fayadh dan Orkid makan fish and chips. Pun sedap, bang..." puji Orkid ikhlas. Memang sedap, menepati cita rasanya. Orkid kemudian pandang sekeliling ruang restoran. Tak nampak pun kelibat yang dicari.

Cuti ke? Kalau cuti, alhamdulillah! Orkid berdoa. Entahlah. Tak tahu kenapa, dia dah tak nak bersua muka dengan pemuda yang telah melihat dirinya 'pergi'. Malu? Mungkin. Atau dia sebenarnya hanya mahu lari dari soalan yang mungkin keluar dari orang yang tidak dia kenali yang telah melihat dirinya 'pergi' secara langsung depan mata?

"Kempunanlah kau, Badrish!" Muncul Iqbal di ruang membasuh membuatkan Badrish sedikit terperanjat.

"Kempunan apanya? McD? Untuk pengetahuan kau, aku pergi McD seorang diri malam tadi tau, gara-gara kau yang tiba-tiba cancel nak belanja aku! Huh!" Badrish masih terus membasuh pinggan mangkuk di singki. Sesekali, peluh di dahi dilap dengan lengan. Apron di badan sudah agak lembap dek percikan air dari singki.

"Bukan tu la..." Iqbal meletakkan tangannya di bahu Badrish.

"Habis apa?" Tangan yang berbuih segera dibasuh sebaik pinggan terakhir disimpan di rak pinggan. Air di tangan kemudian direnjis ke muka Iqbal.

"Hesy, kau ni!" Cepat-cepat Iqbal mengelap muka yang direnjis air.

"Dasar samdol... Tu awek rama-rama kau ada kat luar tu."

"Hah?" Bulat mata Badrish pandang wajah bersahaja Iqbal. Ya ke? Tapi apa pasal tak ada rama-rama yang datang jenguk aku kat dalam ni, tanda dia ada kat sini?

"Tak percaya? Pergilah tengok."

Cepat-cepat Badrish membuka apron di badan dan melangkah keluar. Selesai meninjau, dia kembali ke dapur. Iqbal sedia menunggunya sambil berpeluk tubuh dan bersandar di birai pintu antara dapur dan ruang membasuh.

"Apa macam? Rama-rama dah terbang ke? Haha..."

Badrish mencebik. Iqbal, kadang-kadang memang menyakitkan hati. Nampak nerd, muka baik bagai tapi memang menyakitkan hati.

"Aku cabar kau pergi serve mereka sekarang." Iqbal kemaskan pelukan di tubuhnya sendiri.

"Cabar aku?"

Pemuda berkemeja baby blue dengan kedua-dua belah lengan dilipat hingga ke siku itu mengangguk sekali.

"Jangan pernah cabar aku!" Badrish lantas ke luar dengan buku nota dan pensel yang baru dirampas daripada Jidi. Terpinga-pinga budak itu dikerjakannya.

Masih ada rama-rama tetapi rama-rama tu tak endahkan aku. Badrish tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan perlahan sambil kaki melangkah ke meja di mana Orkid dan Aifan berada.

"Good afternoon! Can I take your order, sir, madam? Ini menu kami. Semuanya dijamin sedap, halal, bersih, mantap. Walah!" Badrish mengucup ibu jari dan jari telunjuk yang disatukan.

Orkid yang mahu ketawa segera ditahan oleh rasa egonya yang menebal. Entah mengapa, dia tidak mahu hubungan mesra atau selesa antara dia dan pemuda yang menyaksikan 'pemergiannya' itu terjalin. Mereka bukan kawan.

Orkid tak nak pergi sejauh itu pun. Biarlah semuanya berakhir sebaik dia melangkah keluar dari Duncan Diner awal pagi pada hari kejadian. Walaupun jauh di sudut hati, dia tahu pemuda itu tidak bersalah, malah sangat berjasa kepadanya.

Aifan ketawa kecil. Pelayan itu amat mesra dan meyakinkan. Aifan memuji dalam hati. Baginya semua restoran patut ada pelayan sebegitu, bukan yang bermuka masam mencuka 24 jam tanpa sebab. Hati pelanggan harus dijaga. Bak kata pepatah, if you don't take care of your customer, others will.

"Give me, spaghetti bolognese dengan Duncan salad satu..." Orkid bersuara.

Hati Badrish berbunga. Awak oder menu pertama yang saya cadangkan pada awak malam tu? Awak mesti ingat saya, kan? Oh, rama-ramaku!

"Saya nak... Hmmm, sama macam dia." Giliran Aifan membuat pesanan.

"Oh maaf, kami hanya boleh siapkan satu spagetti bolognese untuk satu oder aje. Encik kena order lain!" bohong Badrish. Ambil kau... Nak sangat jadi boyfriend dia. Mulai hari ni, kita musuh!

"Ada ke macam tu?" Aifan tergelak.

"Alfredo please... And two orange juice."

"Okay, sir! I'll be back with your meal!" Badrish buat senyum plastik sampah.

Badrish segera ke dapur menyampaikan pesanan sebelum kembali mendekati Iqbal yang masih berdiri di situ. Dia kemudian bercerita tentang apa yang dilakukannya di luar sana.

"Ya, Allah, Badrish! Apa pasal kau cakap macam tu kat dia?" Iqbal mengetap bibir geram.

"Ada ke buat macam tu kat customer aku?!" Kepala Badrish ditolak.

Badrish mencemik.

"Kau la, cabar-cabar aku pergi ambil oder. Sakit betul hati aku tengok kemesraan mereka..." Badrish tumbuk tangan kirinya.

Iqbal tak jadi naik angin. Badrish ditarik ke sisinya.

"Kau ni betul-betul dah jatuh suka kat perempuan tu ke sampai sanggup buat macam tu kat pelanggan aku? Tak takut kena pecat?" Iqbal tersenyum sinis.

"Tak. Dahlah. Aku nak mintak cuti setengah hari. Demam. Bye!"

"What the?!"

BADRISH merengus. Tin 100Plus digenggam hingga kemik. Di matanya masih terbayang-bayang wajah gembira gadis rama-rama dengan lebah yang datang entah dari mana. Ya, lebah! Itulah gelaran buat pemuda yang datang bersama gadis pujaan hatinya tadi.

"Awal sini, bro?" Pemuda dengan rambut ikal itu menegurnya. Penumbuknya kemudian ditemukan dengan penumbuk pemuda bernama Thaqif itu. Badrish senyum segaris.

"Tak kerja ke hari ni?" Thaqif sudah duduk di sebelahnya.

"Half day, bro..."

"Aaa... Lupa nak cakap. Sabtu ni ada comp..."

"Comp? Kat mana?"

"Kat parking lot bawah theSummer."

"Interesting..." Pemuda dengan baju T hijau dan seluar panjang jean biru pudar itu mengusap dagu. Deck yang tadinya jadi alas kaki kini dibaringkan di riba.

"Tapi panas gila bawah tu..."

"Before ni pernah comp kat sana juga ke?"

Thaqif angguk sambil tangannya sibuk melekatkan stiker Macbeth ke deck yang baru dibelinya.

"Once in two years..."

"Ya?"

Sekali lagi Thaqif mengangguk. Deck jenama Girl itu dibelek-belek.

"Join la... Grand prize dapat RM1K."

"Aku tak hebat mana, bro."

"Untuk suka-suka aje. Aku pun bukannya hebat sangat." Thaqif tersengih, sudah bersedia untuk meluncur dari ramp yang agak curam itu.

"Sagu hati kira okey apa? Last two years aku dapat. Hehe..."

"Apa kau dapat?"

"Kupon jamming free untuk 3 sessions..." Thaqif letak trucker cap di atas kepala. Jam di tangan dipandang sekilas. Sudah pukul 5.45 petang.

"Nampak Raaiq tak?"

"Raaiq?"

"Budak blade yang selalu lepak dengan aku tu..."

"Oh, tak ada. Belum sampai lagi kut."

"Mustahil. Dia cakap dah on the way masa aku masih dalam kelas lagi tadi..."

"Oh, singgah somewhere kut..."

"Agaknya la. By the way, kalau kau nak borang comp ada dekat aku. Nanti kau mintak aje..."

"Orait!"

Badrish menghantar pemergian Thaqif yang sudah pun meluncur laju dan melalui beberapa obstacles yang disediakan di skatepark itu. Hanya di situlah tempat Badrish mencari ketenangan. Dia dapat kenal banyak pemuda SummerShine di sana.

Thaqif salah seorang daripadanya. Thaqif baru 19 tahun tapi sudah mula berjinak-jinak dengan skateboarding sejak darjah 5 lagi. Tak hairanlah skills yang setiap hari digilap semakin mantap sepanjang tahun-tahun yang berlalu itu sehingga hari ini.

Badrish mengeluh kecil. Sudah lama juga dia tidak menyertai mana-mana pertandingan atau lebih mereka kenali sebagai 'skate comp'.

Tak salah kalau dia mencuba. RM1K bukannya sedikit. Lebih-lebih lagi dengan keadaan hidupnya sekarang. Hidupnya yang tidak lagi semudah dulu. Kini kalau hendak wang, dia perlu berusaha untuk mendapatkannya.

"Assalamualaikum!"

Badrish tersentak. Muncul seorang pemuda berkopiah mendekatinya.

"Waalaikumussalam."

"Awal hari ni. Selalu lepak malam?"

Badrish tersengih.

"Hari ni half day... Dari mana?"

"Dari surau."

Badrish menelan air liur, tergamam mendengar jawapan yang baru keluar dari pemuda di hadapannya itu. Jawapan yang di luar jangkaannya.

"Lewat kau, Iq?!" jerit Thaqif dari tengah skatepark.

"Aku join jemaah tadi!" balas pemuda itu. Kopiah di atas kepala dilipat sebelum dimasukkan ke dalam poket.

"Ooo... Okey-okey!"

Badrish mengangguk-anggukkan kepalanya. Itulah Raaiq yang Thaqif maksudkan tadi. Raaiq dilihat mengeluarkan rollerblade dari dalam beg galas yang tadinya disangkut di bahu. Penampilan Raaiq dengan minat dan personalitinya memang betul di luar jangkaannya.

"Kau duduk mana?" soal Raaiq sambil sarung stoking ke kaki.

"DownThree Apartment."

"Kau macam bukan budak sini. Baru pindah?"

Badrish angguk.

"Dapat kerja sini?"

Lebih kepada dipaksa bekerja di sini. Badrish senyum paksa.

"Kerja kat Duncan Diner. Waiter biasa. Cari pengalaman kerja. Tak ada kerja tetap lagi."

"Oh, I know that place! One of tempat lepak yang best kat town kecik kita orang ni. Tak apalah kalau sekarang kerja waiter aje sekali pun. Setiap orang ada journey masing-masing. Kita tak boleh nak compare life kita dengan siapa-siapa. Tak boleh nak sama ratakan semua macam umur begini, kau mesti dah macam ni, umur begitu mesti dah macam tu... All we have to do is fokus dengan perjalanan kita sendiri, destinasi kita, cita-cita, impian kita. Jangan malas dahlah! Usaha. Doa. Tawakal. Kesimpulannya, jangan lupa Dia la. Yang kat atas tu!" Raaiq pandang langit petang sekejap sebelum kembali betulkan rollerblade di kaki.

"Kau ni cikgu BM ke, lecturer ke, penulis ke apa?"

"Nope. No. No." Raaiq angkat tangan seraya tergelak.

"Ayat tu aku dapat dari brother yang aku kenal masa sekolah dulu. Aku tak kerja, aku student lagi! Macam Thaqif! Kau ni berapa umur? Entah-entah kau ni kira pangkat abang kita orang tak?"

"Ya, aku lebih tua. Tapi tak kesahlah! Kau orang boleh panggil aku Badrish aje."

"Oh, okey. Aku Raaiq. Yang tadi tu mesti kau dah kenal, kan? Tu Thaqif."

Badrish bersalaman.

"Okey! Aku main dulu!"

Giliran Raaiq berlalu pergi meninggalkan Badrish yang masih duduk, tak nak berganjak dan masih berfikir tentang kata-kata yang baru keluar dari mulut pemuda yang jauh lebih muda daripadanya.

"Setiap orang ada journey masing-masing. Kita tak boleh nak compare life kita dengan siapa-siapa. Tak boleh nak sama ratakan semua macam umur begini, kau mesti dah macam ni, umur begitu mesti dah macam tu. All we have to do is fokus dengan perjalanan kita sendiri, destinasi kita, cita-cita, impian kita... Jangan malas dahlah! Usaha. Doa. Tawakal. Kesimpulannya, jangan lupa Dia la. Yang kat atas tu!"

Kabur sudah kisah gadis dengan rama-ramanya, hilang dibawa angin petang yang bertiup lembut. Yang tinggal di dalam kepalanya sekarang hanya tentang dia dan hidupnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro