Bab 11
SOFEA hirup coklat panas yang baru Orkid hidangkan di atas meja kerjanya.
"Nak orang urutkan bahu tak?" soal Orkid mesra.
"It's okay, sayang. Umi okey lagi." Kaca mata dari batang hidung ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja bersama fail-fail dan kertas kerja.
"So, hari tu mesej umi cakap ada benda nak Orkid bincangkan dengan umi. Apa dia?"
"Umi sibuk lagi ni. Nanti-nantilah orang cakap." Orkid duduk di atas kerusi berhadapan Sofea.
"Nope. Sekarang umi dah free untuk anak umi yang seorang ni..." Sofea tersenyum.
"Anything you want? Anything you need? Anything yang Orkid nak share dengan umi? Pasal Serena ke?"
"Hmmm..." Orkid teragak-agak untuk meluahkan segala kata-kata yang sudah siap dia rangka selama Sofea tiada. Dia memang sudah lama persiapkan dirinya untuk hari ini, hari di mana Sofea sedia hendak mendengar apa yang hendak dia perkatakan.
"It's okay... Umi akan dengar apa sahaja yang Orkid hendak luahkan pada umi. I'm here. Anytime when you're ready." Tangan Orkid digenggam perlahan.
"Umi."
"Hmmm?"
"Orang nak pindah balik rumah orang dulu."
"Kenapa... Kenapa tiba-tiba ni? Anyone in this house sakitkan hati Orkid ke? Aina buat apa pada Orkid kali ni?"
"No! No! Aina tak buat apa-apa. Aina okey. Semua yang kat rumah ni okey."
"Then? Rumah ni umi beli untuk kita semua. Umi nak semua selesa. Sayangnya Nek Som dah pergi dulu sebelum umi mampu..." Sofea mengeluh kecil.
"Why, Orkid? Kenapa tiba-tiba nak pindah keluar?"
"The fact that orang ni cuma anak angkat..."
"Ssshhh!" Sofea memotong.
"Umi..."
"Cukup. Kalau sebab benda tu Orkid nak pindah keluar, umi tak setuju."
"No... No... It's not just that!"
"Then?"
"It's about time."
"Time? What time? For you to leave us behind?"
"Bukan macam tu, umi... Orang just nak hidup berdikari. Lagipun, rumah lama orang memang lama dah tak berpenghuni. Rumah tu aje yang Orkid ada sebagai memori tentang arwah ibu, ayah, abang dan adik. Dan sampai bila orang nak harapkan orang lain untuk jaga orang, uruskan semua benda untuk orang? Umi dan kumpulan manusia indah umi dah buat yang terbaik untuk orang. Orang selama ni dah susahkan umi dan keluarga umi. Semuanya terpaksa bertolak ansur dengan keadaan diri orang ni. Orang tahu orang tak macam Aina, tak macam gadis-gadis lain kat luar tu tapi orang rasa orang dah cukup besar untuk fikir dan selesaikan masalah orang sendiri dan berhenti susahkan siapa-siapa..."
"Umi tak pernah rasa yang Orkid atau Serena susahkan umi. Umi sayang Orkid Serena macam umi sayang anak-anak umi yang lain." Sofea cuba menahan air mata yang mahu mengalir.
Orkid berdiri lalu mendekati Sofea. Tubuh Sofea kemudian dipeluk erat.
"Orang pun sayangkan umi. Sayangkan arwah Nek Som. Sayangkan Abang Aifan dan Aina. Dan sebab tu orang pilih jalan ni. Orang nak senangkan semua orang," ujar Orkid perlahan.
"It's about time, umi. It's about time."
"Well, I'll think about it," balas Sofea seraya menyeka air mata yang akhirnya tertumpah.
"ORKID macam mana, mi?"
"Tak apa. Orang stay."
Jawapan yang tiba-tiba muncul membuatkan Aifan dan Sofea sama-sama menoleh ke muka pintu bilik bacaan. Orkid bersandar di situ sambil berpeluk tubuh.
"Orkid tak tidur lagi?" sapa Sofea mesra. Sanggul satu rambutnya dibetulkan sedikit.
Orkid yang berpijama merah jambu itu menggeleng sambil langkah diatur mendekati Sofea yang sedang duduk di atas sofa.
"Dah lewat ni... Pergilah tidur." Sofea mengusap lembut rambut Orkid sebaik sahaja Orkid melabuhkan punggung di atas lengan sofa.
"Orang dah dengar semua dah. Branch dekat Sarawak ada problem, kan?"
Sofea dan Aifan berpandangan sesama sendiri sebelum kembali menatap wajah Orkid. Gadis itu masih berwajah bersahaja.
"Hmmm..." Sofea menangguk.
"Umi akan ke sana esok," tukasnya perlahan.
"Abang pun akan ikut umi..." sambung Orkid.
Bulat mata Aifan memandang Orkid di hadapannya.
"Abang akan stay dengan Orkid di sini..." Aifan bersuara.
Orkid menggeleng.
"Abang akan ikut umi, tolong umi. Umi perlukan abang..."
"Tapi siapa nak jaga Orkid?"
"Abang, umi, I'm 23, remember? Not twelve!"
"Tapi macam mana kalau hujan dan abang atau umi tak ada dengan Orkid?" Aifan masih tidak bersetuju dengan kehendak Serena untuk tinggal sendirian di SummerShine.
"Aina ada!"
"Aina tu? Aina yang busy 24 jam dengan hal dia sendiri tu ke?" Aifan tidak puas hati.
"Orkid pun tahu Aina tu macam mana."
"Kalau abang dan umi tak boleh nak harapkan Aina..." Orkid pandang wajah Aifan dan Sofea satu per satu sebelum lengan Sofea dipeluk.
"Mak Esah dan Pak Amir kan ada? Lagipun, orang akan sentiasa alert dengan ramalan cuaca. Abang dan umi janganlah risau. Kena settlekan dulu masalah di Sarawak tu."
"Umi risaukan Orkid. Takut nak tinggalkan Orkid sorang-sorang." Sofea mengeluh berat.
"Don't worry, okay? Everything will be just fine here! Orang promise takkan keluar alone. Selain Mak Esah dan Pak Amir, Aina dan Fayadh kan ada. Umi perlukan abang. Abang kena tolong umi. Umi takkan dapat selesaikan problem tu seorang diri, bang. Abang kena tolong umi," ujar Orkid bersungguh-sungguh.
"Orang pun kena belajar berdikari hidup tanpa abang dan umi atau sesiapa pun. So, this is the best time for that!" Orkid tersenyum nipis.
"Orkid pergi tidur," arah Aifan setelah lama terdiam.
"Abang akan ke Sarawak dengan umi?"
"Tengoklah nanti." Ringkas jawapan itu sebelum Aifan kembali ke meja kerjanya.
Sofea mengusap lembut rambut Orkid.
"Umi dan abang nak discuss kerja ni. Orkid pergi masuk tidur, okey?"
"Okey..." Orkid melangkah ke muka pintu.
Sebelum menutup semula daun pintu, dia sempat memandang ke wajah Aifan yang nyata kerisauan. Tentu banyak benda yang tengah abang fikir sekarang. Tentang umi, tentang syarikat dan tentang aku. Tentang aku sejak aku wujud dalam keluarga ni sampailah sekarang, abang memang tak pernah nak lupa fikir pasal aku. Kesian abang... Kesian umi.
"Tengok apa lagi tu, Cik Orkid Serena?" Suara Aifan menyedarkan Orkid daripada lamunan.
"Pergi tidur..." Aifan mengukir senyuman.
Orkid senyum kembali.
"Goodnight, umi... Goodnight, abang..." Pintu bilik bacaan segera ditutup.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro