Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

OGP. XXI

" kami dapat berita yang selepas puan wolyoung dihalau, dia dan keluarga nya terlibat kemalangan "

" semuanya dipercayai nahas " lanjut peguam lelaki tua itu. " tapi... "

" saya tak mati. dan... ini anak² waktu itu " kata ayah kepada peguam itu. ditunjuknya dohye dan donghyun yang setia mendengar.

walaupun pada hakikatnya, dohye dan donghyun tahu itu hanya tipu ayahnya. tipu terpaksa, keadaan memaksa. jika sahaja ada yang tahu yang mereka bertiga adalah hantu yang hidup semula jadi manusia. habis!

" saya besarkan mereka berdua sendiri. " kata ayah. " kami terselamat dari kemalangan, tapi kenapa perlu mencari kami sekarang? " soal ayah.

" kerana puan wolyoung satu² nya waris. semua harta keluarga atas nama dia. sekarang, bermakna harta jadi milik anak dia "

peguam itu pandang dohye dan donghyun. dua anak itu sedih dan berhingus kerana menangis, sedih bila dengar cerita ayah.

" tak sangka puan wolyoung ada anak cantik dan lucu. " peguam tua itu tersenyum. donghyun kena cakap lucu.

fail diambil dan dua anak itu disuruh tanda tangan. satu lagi fail diberi pada ayah mereka.

" ini untuk suami puan wolyoung. pesan tuan kim dulu, satu²nya wasiat ini dia beri untuk tuan min " kemudian fail ditandatangan oleh ayah dohye. ayah nya baca surat dalam fail itu,

Surat Pertukaran Pemilik Syarikat Automotif Hwi.

changing properties. bermakna, ayah mereka dapat syarikat penghasilan kereta.

" yeah! boleh lah hyun minta kereta satu kan ayah " gembira donghyun. laju dohye cepuk kepala adik nya itu. orang bersedih, dia sibuk pula nak berkereta.

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

❏ DOHYE POV

" tak sangka ya ayah, kita jadi manusia balik untung juga hehe " kata aku pada ayah.

kami 3 anak beranak sedang berbual di ruang tamu. seperti biasa, donghyun tengok music bank dia.

" sampaikan ayah terpaksa menipu. " kata ayah. " jadi, ayah putuskan kita pindah ke seoul. beli rumah di sana, sebab syarikat tu dekat sana "

" tapi ayah, macam mna dengan dohye? " aku meluah rasa hati, aku masih mau kerja di rumah majikan aku tu.

" tak payahlah kerja situ lagi. kita kan dah banyak duit " menyampuk donghyun, " boleh la hyun beli tiket konsert tour blekpink yeay! "

betul² tak boleh bawa bincang lah perangai adik aku ni.

" tahu lah ayah dengan donghyun tu tak ada pantang larang jadi manusia. dohye ni tak boleh itu lah, ini lah " sedih aku. aku saja yang ada masalah ni. aku masih terikat dengan pantang larang itu.

mesti kahwin dengan lelaki keturunan dinasti joseon!

" dah kakak sendiri lambat buat dia jatuh cinta dengan kakak " menyampuk lagi adik aku tu.

" HUARGHHH! "

jauh di sudut hati aku, sebenarnya berat hati nak tinggalkan rumah majikan aku. sebab, aku masih ada harapan. harapan yang tuan seungyoun- aku boleh kahwin aku. tak mahu aku terikat dengan pantang larang ini.

️ ━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

petang itu, aku memutuskan untuk pulang ke rumah majikan aku. nak bagitau yang aku akan berhenti kerja dan ikut ayah ke seoul.

hidup baru.

mungkin aku perlu biasakan diri untuk mengelak pantang larang itu.

turun dari tangga rumah sewa donghyun, aku nampak lelaki mabuk duduk atas tangga itu. tangga paling bawah.

kereta yang di parking depan itu. tidak lain tidak bukan, kereta tuan seungyoun. apa dia buat sini waktu begini?

" tuan seungyoun? " sah. memang dia, mabuk. bau arak aku terhidu. pemabuk rupanya tuan seungyoun ni.

berfikir dua kali aku nak bawa tuan seungyoun naik atas rumah donghyun atau bawa pulang sahaja. ok, bawa pulang lah.

" handphone tuan mana? " pinta aku. tuan seungyoun bagi phone dia dan aku cari contact name. ibunya.

" puan ini dohye, boleh puan ambik saya dekat rumah sewa adik saya sekarang? "

" kenapa ni dohye? ada apa? masalah apa? "

" tuan seungyoun mabuk ,dia ada dengan saya sekarang "

" ok. tunggu pacik seho ambil ya. hantar alamatnya "

laju tangan aku send location.

------

" dohye " aku dengar samar² suara tuan seungyoun panggil aku.

" 2 hari kau tiada, "

tuan seungyoun dekat dengan aku. aih, kena----

" aku rindu kau. "

pipi aku memanas. muka naik merah, tangan ditekup pada pipi yang baru sahaja dihadiahkan ciuman oleh tuan seungyoun. " pemabuk! " aku pukul bahu dia.

cepat lah sampai pacik seho! makin pelik perangai tuan seungyoun ni! nanti lain benda lagi dia boleh bu----

" jangan dekat lagi dengan lelaki artis tu "

tuan seungyoun peluk aku.
YA TUHAN LELAKI INI MABUK TERUK AMPUN

" tuan seungyoun. macam mana kalau saya berhenti kerja? " aku tau. bercerita dengan orang mabuk tiada gunanya.

" memang kau akan berhenti pun. sebab " pelukan dia eratkan, " kau akan jadi isteri aku "

YA TUHAN KEADAAN BEGINI LAGI BUAT AKU TAK BOLEH BERNAFAS

DI TAMBAH LAGI DIA CAKAP MACAM TU

OKSIGEN PLEASE! O2 O2 O2

aku cuba keluar dari dipeluk nya. bisa mati ni kalau begini terus. berjaya!

HONK HONK

kereta sampai. pacik seho dah sampai. here we go tuan seungyoun pemabuk!

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

" terima kasih lah dohye, youn ni memang macam ni kalau ada masalah. " puan cho papah anak dia masuk bilik.

" eh tak apa lah puan. "

" kamu ambil dia dekat mana? " puan cho tanya aku.

aku geleng, " tak lah puan, saya nak pulang tadi, tuan seungyoun ada dekat tangga rumah sewa adik saya " jujur aku bagitau.

puan cho itu tersenyum.
senyuman banyak maksud tersirat.

" dohye, kamu masak sedap² ya malam ni " arah puan cho. aku dapat dengar dari tingkat atas.

" baik puan, " aku nak menuju bilik, simpan beg dan masak.

" 2 hari kamu tiada, youn ni merengek rindu masakan kamu "

telinga aku tampar² . kepala digeleng² . betul kah apa aku dengar tadi. itu suara puan kan? bukan suara lalat kan?

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

lepas keluarga tu makan, aku bersihkan dan kemas dapur. cuci semua pinggan. sedar tak sedar pinggan dah dicuci semua, kerja dah habis. aku main² lah air di singki tu.

" mau buang² air? "

tersentak aku. tuan seungyoun datang dan buka peti ais. minum. aku rasa dah sedar dah dia. hilang dah mabuknya tu.

cepat² aku matikan air. tutup tingkap kecil di dapur tu, nak masuk bilik tidur.

" sejak bila kau kenal si wooseok tu? " tuan seungyoun duduk di meja makan sambil minum soya.

aku susun pinggan, " itu hal saya. tuan urus lah hal tuan itu, dengan seol tu " mahu saja aku tampar mulut ni. terlepas cakap lagi.

" dekat dengan wooseok tu buat kau dalam masalah. dia tu idol "

apa ni? aku cakap lain, dia cakap lain? " ikut suka hati saya lah nak kawan dia. tuan urus kan lah urusan kah--- "

" kalau kau ada masalah, cakap dengan aku, bukan dengan lelaki idol tu! " dia tinggikan suara.

" habistu, tuan seungyoun pula ada masalah, mabuk saja! " aku balas tinggikan suara juga.

" kau betul² buat aku tak berhenti risau kan kau! " naik lagi oktaf nada suara tuan seungyoun.

" tak perlu risau kan saya! risau kan seol itu " habis cakap aku terus berjalan nak masuk bilik.

tuan seungyoun tarik lengan aku, " jangan berhenti kerja "

maksudnya, petang tadi tuan seungyoun sedar lah ni! dasar si tukang ambil kesempatan. malu aku bila ingat balik kejadian petang tadi. mahu saja aku cepuk kepala lelaki ini.

aku lepas, " saya ikut ayah saya. kahwin tuan seungyoun. jangan lupa jemput saya ya! " lepas cakap aku terus masuk bilik.

➳❥ tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro