OGP. XX
dohye nak turun jalan kat bawah sekejap. ayah, dan donghyun dia tinggal kat rumah sewa adiknya. biar lah donghyun bual dengan ayahnya dulu.
turun dohye dari rumah sewa, ada kereta kelabu dekat bawah. cermin diturunkan dan tersembul keluar kepala wooseok.
" dohye. dohye sini! " wooseok panggil dohye.
" wooseok. awak buat apa dekat sini? " soal dohye.
wooseok buka pintu belah dia, " ayo masuk. kita jalan makan angin nak? " ajak wooseok.
" okeh kehyo! " dohye masuk dan meluncur laju lah kereta wooseok di atas jalan raya.
━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━
disebabkan cuaca sejuk, wooseok bawa dohye ke elite coffee house. minuman panas sangat sesuai waktu itu.
wow, sesuai nama cafe ni, elegant betul lah setiap hiasan dalamnya . selesai membeli 2 coffee dan dessert. mereka meluangkan masa ke taman di sekitar muara seossangwok.
muara dengan 2 aliran sungai yang bertemu namun tidak bercampur air nya, air sungai dan air laut. nampak. indah pemandangan petang itu.
" wooseok. peminat awak tak tau ka kita keluar ni? " dohye memecahkan suasana.
" asalkan tiada paparazzi dekat sini " kata wooseok ringkas. " nanti deorang tangkap gambar dan hebohkan, silap² ada peminat yang serang awak. terutamanya, perempuan " lanjutnya lagi.
dohye meneguk air liur basi, " kalau macam tu, lebih baik kita jaran--- "
" shh. saya tak nak dengar awak cakap macam tu " wooseok letak jari telunjuk dia dekat bibir gadis tu,
dohye tepis perlahan, " paparazzi ! "
wooseok sapu tengkuk dia, malu. tindakan refleks sebegitu mampu menjatuhkan nya. dia perlu lebih berhati-hati bila bersama dohye.
untuk meng-cover malu dia, wooseok pergi ke truk yang menjual makanan manis. dia membeli setangkai. paling tepatnya, segulung gula kapas. dia beri pada dohye, dohye makan ia.
" awak nak juga wooseok? " gula kapas dia beri pada wooseok.
wooseok geleng perlahan, " saya makan sikit ja. manis sangat tu " dia ambil secubit gula kapas tu dan makan.
wooseok maju pada dohye, menghapus jarak. dohye kaku, " apa awak buat woo-- " mata bertemu mata dan,
kepala dohye dia sapu perlahan, " ada daun mati atas kepala awak " lepastu, wooseok tengok muka dohye. dah merah², menahan malu.
wooseok cubit dua pipi tembam gadis itu, " ala comel nya dia buat muka malu hehe "
dohye tepis pelahan sekali lagi tangan wooseok, " hmm.. saya pergi cuci tangan dulu. " gula kapas dia beri pada wooseok. lalu, dia pergi mencuci tangan di paip kecil dekat taman itu.
dalam pada itu, kereta hitam seungyoun berlalu pergi.
️ ━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━
❏ SEUNGYOUN POV
handphone berdering menandakan ada panggilan masuk, nama pemanggil tertera diperhati lalu disambut panggilan itu.
" tuan, saya dah kenal pasti lelaki tu "
" siapa dia? " soal aku pada orang suruhan yang aku upah itu, Lee Eunsang.
" dia wooseok. up10tion "
panggilan aku matikan, permandangan yang aku nampak tadi betul² mencabar aku.
pandai dia sembunyikan pasal hubungan nya dengan lelaki artis tu. patutlah, aku rasa dia mula menjauhkan diri dari aku. sebab itu, atau mungkin juga sebab seol.
masih segar terbayang perlakuan si wooseok itu pada dohye, dia hampir saja menyentuh gadis yang aku suka tu. mahu saja aku keluar dari kereta daripada terus memerhati.
kereta aku pandu menuju ke satu²nya tempat yg aku tuju jika aku bermasalah.
------
tiba di bar nathan, kawan aku itu tiada di sana. dia keluar sebentar, bar dibawah pengawasan kakak dia. natasha lee, tasha.
" seungyoun. sudah lah, dah banyak awak minum ni " botol arak tasha ambil dari seungyoun. sudah 5 botol dihabiskan lelaki tu.
" tasha jangan. aku masih mau minum lagi " botol dia tarik kembali. tasha enggan beri.
" kalau awak mahu minum lagi, tunggu adik saya datang, " tasha bawa botol arak semuanya. tinggalkan aku dalam bilik itu. menunggu nathan.
sekejap kemudian, pintu dikuak dan nathan masuk. " masalah apa lagi ni youn? "
aku pengsan tiba² sebab kepala terlalu pening, " dohye... dohye.. " sebelum. mata dipejam rapat, aku sedar aku sebut nama itu.
❏ END POV
️ ━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━
dohye, donghyun, dan ayahnya meluangkan masa bersama. ditemani minju, mereka berempat ke shopping mall. membeli belah. kasi nampak hensem lagi ayah deorang hehe.
tak sengaja ayah mereka terlanggar bahu dengan lelaki tua semasa berjalan, " maaf. awak tak apa² " lelaki tua itu melihat ayah dohye.
" min. kamu seo min kan " lelaki tua itu pegang lengan ayah dohye.
ayah dohye angguk, terlintas memori difikiran nya. dia kenal lelaki tua ini. peguam keluarga mendiang isteri nya.
" kamu suami wol young kan? " soal lelaki tua itu lagi. ayah dohye, encik min angguk.
" ikut saya balik tuan. saya kena buat tanggungjawab terakhir saya." kata lelaki tua itu lagi.
maka, tiga anak beranak itu mengikutinya lelaki tua itu sehingga ke rumah agam. besar rumah tu. minju pula kembali ke rumahnya untuk bersiap bertugas di hospital pada waktu petang.
" tuan ingat saya. saya Han Goongwon. dah lebih 30 tahun saya, berkhidmat jadi peguam keluarga mendiang isteri tuan " kata lelaki tu nama goongwon itu.
satu briefcase coklat dicapai dan fail di buka, surat wasiat. " berdasarkan surat wasiat ni. waris terakhir keluarga adalah puan wolyoung, isteri tuan. tapi, "
FLASHBACK
wanita muda itu berjalan masuk ke dalam rumah agam keluarganya. bersama seorang lelaki. suaminya, anak kecil digendong nya dan suaminya mendukung anak perempuan kecil umur 2 tahun.
" keluar wolyoung. kamu dah malukan keluarga. "
" daddy mau kamu kahwin anak kawan daddy. tapi kamu kahwin lari dengan lelaki ini " pandangan sinis diberikan kepada lelaki yg menjadi suami anaknya itu, Seo Min.
wolyoung menangis, tiada rasa kesal dihatinya. pilihan hatinya sendiri. dia perlu menanggung akibatnya.
" kamu satu²nya anak daddy. kamu dah kecewakan daddy. kalau mendiang mommy kamu masih ada lagi, dia lebih kecewa daripada daddy "
" tengok lah sekarang kamu baru nak pulang. dah bawa dua anak tu "
" tapi.. ini cucu daddy juga "
" ah, daddy tak mahu menantu miskin macam dia " min ditunjuk oleh daddy nya wolyoung, ringkasnya datuk kpd dohye dan donghyun.
" bawa mereka keluar goongwon! "
" daddy, kalau ini lah kali terakhir wolyoung jumpa dengan daddy... tak boleh kah daddy tengok walau sekali cucu daddy ni " wolyoung menangis. min memujuknya, anak kecil di dukungan nya, donghyun turut menangis.
" keluar! " daddy wolyoung menunduk. sukar dia melepaskan satu² ahli keluarga nya itu,
semenjak isterinya tiada, anak itu ada lah segalanya baginya. namun, hancur sudah hatinya. kecewa dengan anaknya yang telah mengecewakan nya. wolyoung lebih memilih lelaki nama seo min itu banding daddynya sendiri.
END FLASHBACK
" kami dapat berita yang selepas puan wolyoung dihalau, dia dan keluarga nya terlibat kemalangan "
" semuanya dipercayai nahas " lanjut peguam lelaki tua itu. " tapi... "
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro