Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

OGP. XVII

tidak disangka, sudah seminggu lebih dohye bersama keluarga majikan nya si kampung dekat Ilsan tu.

sebelum pulang pada keesokan harinya, mereka menghabiskan masa beriadah di pantai berdekatan kampung tu.

daehan dibawa bersama oleh dohye, dia janji jaga budak tu. dohye bawa daehan ke tepi pantai. dan menulis atas pasir.

daehan lukis bentuk hati, " ini apa unnie? "

" hati " jawab dohye.

daehan lukis lagi sebelah hati yang dia lukis, lukisan orang lidi pakai skirt, " ini apa unnie? "

" hm, orang lidi "

" bukan lah unnie. "

" habistu. itu unnie ke? "

daehan lukis lagi sebelah satu lagi hati yang dia lukis pertama tu, orang lidi dengan rambut pacak² .

" daehan!" semangat dohye jawab.

" salah lah unnie " merajuk kecil budak tu. " unnie teka lah betul² "

" okay² . hmm apa ya? " dagu ditongkat untuk berfikir.

" unnie ni. itu seungyoun hyung lah "

" apa? " laju dohye tengok lukisan atas pasir tu, jadi maknanya, 👦 ♡ 👧 , seungyoun dan dohye.

" yah.. nakal kamu ya daehan! " budak kecil tu lari ke arah puan cho yang duduk bawah pokok. dohye nak kejar, tapi

tak jadi dohye kejar sebab tuan seungyoun menghala ke arahnya. laju kaki dia menguis² pasir tu untuk tutup lukisan tersebut. hehe. dohye pura² tak tahu dan duduk atas pasir itu.

tuan seungyoun duduk atas pasir tu juga sebelah dohye, lepastu dia berbaring dengan menutup matanya guna lengan nya, nasib lah tak panas matahari sebab hari dah nak petang.

" tuan seungyoun? " panggil dohye.

" takkan dah tidur? " dohye nak sentuh lengan dia tu, tapi tak jadi. tidur rasanya.

" tuan seungyoun, saya rindu ayah saya lah."

kesempatan tu dia ambil untuk bercerita. biarlah tak didengar, asal ada tempat meluah.

" rindu adik saya. " pasir pantai tu di guis² gunakan jari.

" rindu mendiang ibu saya " dohye rasa nak nangis pula. laju air mata dia seka,

tiba² tangan nya yang satu lagi dipegang oleh tuan seungyoun. aih bukannya tidur ke?

dohye nak tarik tangan dia tu, tuan seungyoun ni betul² lah si tukang ambil kesempatan.

" biar macam ni sekejap. aku perlu ketenangan " aih, pegang tangan orang jadi tenang ya.

tangan dohye yang dia pegang dia ambil dan letak atas dada dia. sambil tangan nya masih atas tangan aku.

" ada apa tuan seungyoun?" soal dohye.

dohye diabaikan, sedar tak sedar dohye nampak pipi tuan seungyoun mengalir air mata. sambil lengan dia masih tutup mata dia. dohye diam, mesti dia ada masalah ni. biarkan je lah. tenang kan katanya.

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

❏ SEUNGYOUN POV ↬ FLASHBACK

" appa mahu angkat youn jadi ceo syarikat "

laju aku pandang ayah, " bila? "

" lepas kamu kahwin." ringkas kata ayah.

" uyon mau kahwin dengan siapa? ala appa ni "

" its depend on you. nak kahwin lambat pun boleh. tapi lambat lah kamu jadi ceo " kata appa dan bingkas bangun ke luar.

aku runsing oleh permintaan appa,

" kahwin lah dgn mana² gadis yg kamu suka " aku dapat dengar kata appa dari jauh.

" nak pilih yang diluar tu pun boleh " bersuara omma sambil tunjuk dohye yang duduk di halaman rumah.

aku cuba sembunyi senyuman, pandang sisi lain.

" tak kiralah siapa, yang penting youn suka. omma dgn appa pun suka " tambah omma lagi.

aku bingkas bangun dan ke halaman rumah,

" dah nak melamar ke tu? " bersuara nenek saja menyindir aku. aku senyum ke arah nenek sambil berjalan keluar, ke dohye.

❏ END POV ↬ END FLASHBACK

------

❏ JAEIN POV

aku berjalan masuk ke dalam butik kawan aku, Jessica Chua. kaki dihentak² tanda sedang geram.

" ah jane. kenapa ni? seungyoun lagi ke? " soal jessy.

" semua ni sebab perempuan maid tu. dia rampas seungyoun dari aku " bentak aku naik marah.

" chill la jane. jane yg aku kenal tak macam ni " senyuman sinis diberikan.

pada waktu itu, aku terfikir idea bernas!

❏ END POV

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

pada waktu makan tengah hari, dohye diarah utk menghantarkan bekal makanan untuk tuan seungyoun ke pejabatnya.

jane bersembunyi di sebalik pondok pengawal,

' ini jane la, bitch! ' bisik hati hitam nya.

dohye masuk dalam bilik pejabat tuan seungyoun. malangnya, tuan seungyoun tiada dalam biliknya.mungkin, ada meeting.

dohye meletak bekalan tu atas meja tuan seungyoun kemudian keluar.

sebaik sahaja tiba di luar, dia menyuruh pacik driver, seho mengambil nya petang kemudian. dia hendak berjumpa adiknya.

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

" wah. bersih jugak rumah kamu ya hyun " rumah sewa donghyun di teliti setiap inch.

bersih juga. pembersih rupanya ni pocong cina. tv dohye buka, dan tertayanglah music bank.

laju donghyun duduk depan sofa, " jangan matikan! "

" tak boleh bawa bincang betul lah perangai kamu ni hyun " membebel sendiri dohye dibuat nya. masih tak ubah sikap adiknya ni.

" kakak. masak untuk hyun ya boleh? " adiknya menyoal.

" hm yelah " dohye masuk dapur dan macam biasa.. jari dipetik, terus siap semuanya.

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

❏ JAEIN POV

aku mengekori perempuan maid tu sampai dia masuk dalam rumah sewa. aih rumah siapa ni. mesti, ada sesuatu ni. dia keluar dari rumah itu bersama lelaki.

" ok hyun. nanti kakak datang lagi ya " maid tu peluk lelaki yg nampak muda dari dia.

euh, bercinta dgn adik. lain juga taste maid ni. hm, aku mula berfikir jahat. mesti scandal dia ni. kalau aku nak dapat seungyoun balik, aku kena rancang sesuatu.

handphone aku hidupkan dan ambil gambar dorang berpelukan. dan banyak lagi. semua perlakuan perempuan maid tu aku gambar. heh, ini jane la. aku tau nak buat apa.

selepas itu, aku hidupkan enjin kereta dan pandu ke rumah seungyoun.

masa untuk menghancurkan hidup orang yang sudah menghancurkan ku!

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

tepat masa, keluarga cho tu duduk bersama di ruang tamu.
pintu aku kuak dan meluru masuk,

" awak tengok ni " beberapa keping gambar yang telah siap dicuci aku lempar pada meja.

gambar tu diambil oleh tuan dan puan cho. terkejut mereka, aku lihat seungyoun hanya diam.

" dia main kayu tiga belakang awak " kata aku lagi.

tuan cho dan puan cho hanya diam. tak pedulikan aku nampaknya,

" balik lah jaein. "

" tapi seungyoun. teruk² saya, teruk lagi dia " cuba aku meyakinkan.

gambar seungyoun ambil dan pandang sekilas, " baliklah! " seungyoun lempar tepat kena muka aku.

" itu adik dia " tegas seungyoun.

aku pulang. ok aku pulang.


➳❥ tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro