OGP. XVI
" cari nahas, " tuan seungyoun ke arah dalgeom dan anjing tu diikatnya semula.
" tahulah takut, nak juga dekat "
dohye duduk di bangku halaman rumah tu, " ingatkan comel tadi. rupanya anjing gila "
tuan seungyoun duduk sebelah aku, eh
INI BUAT JANTUNG AKU RASA MACAM TAK SIHAT LAH
" dekat sini tenang kan? " menyoal dia. aku anggukkan ja,
" runsing lah fikir permintaan appa tadi, " sambung nya lagi.
aku rasa tuan seungyoun nak bercerita ni. aku pandang dia tanda aku nak fokus pada cerita. tapi, lain pula yg aku terpandang...
omg kancing kemeja dia buka sikit nampak sikitlah dada bidang dia, rambut dia sikit berantakan, dan lengan kemeja dilipat ke atas.
HENSEMNYA TUAN SEUNGYOUN TAHAP DEWA
AMPUN YA TUHAN, DAFTAR GALI KUBURAN DI MANA YA
RASANYA AKU NAK MATI LAGI KALI KEDUA
" apa dia tuan seungyoun? " soal aku.
aku tahu ni mesti dorang ada bincang pasal keluarga dorang dekat dalam, itu lah aku tinggalkan tadi.
" appa nak angkat aku jadi ceo syarikat " aku setia mendengar,
" tapi, aku mesti kahwin dulu " lanjutnya lagi. lepastu dia pandang aku.
AMPUN LAGI YA TUHAN, JANTUNG INI MASIH BERFUNGSI APA TIDAK
BAGI AKU BORANG DAFTAR JADI ISTERINYA TUAN SEUNGYOUN
" lepastu tuan? " soal aku saja sembunyikan gembira hati ni.
" entahlah. " lepastu dia berdiri, tangan dimasukkan dalam kocek seluar.
HENSEM NYA JADI 2X TAHAP MAHADEWA
" aku suka seseorang.. tapi dia bodoh " tuan seungyoun jalan masuk dalam rumah. aku ketawa kecil. apalah
" dia tak kan faham yang aku suka kan dia " dari jauh aku dengar apa kata tuan seungyoun tu.
━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━
malam itu, nenek seungyoun meminta aku menemani dia tidur dalam biliknya. aku akur. nak juga aku bercerita dengan nenek tuan seungyoun ni. mengorek rahsia lah.
" nak dohye, kamu dah lama kerja dekat rumah tu? " soal nenek pada aku
keadaan kami sekarang berbaring atas tilam kecil atas lantai. biasalah orang kampung tak suka tidur atas katil. nenek dan aku tidur bersebelahan.
" tak lah halmeoni. baru ja dalam 3 bulan. kenapa halmeoni tanya "
" nampak sangat mereka dah suka kan kamu. sebelum ni ada juga orang gaji mereka tapi tak pernah bawa sini " kata nenek.
" ala nenek saya cuma buat tugas sebagai orang gaji je " hehe aku garu kepala, sembunyi rasa malu.
" dohye mau tahu..awal² tadi kan nenek ada tercakap yang dohye bini cucu nenek? "
" ya lepastu? " fokus aku cerita dilanjutkan.
" cucu nenek seungyoun tu bisik dekat nenek. kamu bakal isteri dia "
bibir diketap, sembunyi rasa malu, " ah nenek, main-main " aku cucuk² pipi nenek tuan seungyoun ni. tiba² pintu dibuka sebab tak berkunci.
" uyon tak boleh tidur lah nenek. uyon nak tidur dekat nenek "
tuan seungyoun datang dengan selimutnya, mata dia gosok² . dia terus baring dan ambil tempat tidur ke sebelah kanan nenek dia. aku di belah kiri.
aih, tuan seungyoun tak tahu kah yang aku tidur dekat nenek dia.
" jangan melencong ke sebelah ya. ada dohye ni " cucunya tu abaikan dan terus tidur.
laju tuan seungyoun duduk semula, " apa! "
gulp. air liur basi aku telan. ada lah ni bergaduh tempat tidur malam ni.
❏ END POV
------
hari kedua di kampung, nenek minta beli bahan makanan di pekan berhampiran kampung tu.
lumayan dekat jugalah, jalan kaki pun boleh.. jadi, dohye menawarkan diri untuk membelikannya. seungyoun diarah untuk temankan.
" aih. tuan seungyoun ikut kah? " soal dohye sambil pakai selipar.
seungyoun turut pakai selipar, " kau nanti sesat "
selepas tu, deorang dua jalan ke kedai dekat pekan. selesai membelikan apa yang diminta nenek. dohye merasakan ada yang melihatnya. buat dia rasa kurang selesa. dari dalam kedai lagi orang tu melihat dia. seungyoun pula tunggu di luar kedai.
keluar dari kedai. dohye berjalan bersama seungyoun.. orang tu mengekori mereka dari belakang.
seungyoun berhenti dan toleh belakang,
" apa? " dia pandang lelaki tu. lelaki muda jugalah macam umur 20-an.
" apa? " jawab lelaki tu.
" apa! " kata tuan seungyoun tegas.
" apa! " lelaki tu ikut cakap tuan seungyoun.
" apa tengok² ni! " tegas tuan seungyoun.
ok dohye mematung bersama barang dalam plastik dia bimbit.
" salah ke tengok." kata lelaki tu ringkas.
" yah.salah lah! tengok² bini orang! " tuan seungyoun pegang tangan dohye, " mari balik! " dia tarik dohye untuk balik bersama.
dohye pandang belakang ke arah lelaki tu, dan senyum tak ikhlas. tanda minta maaf atas perlakuan tuan seungyoun tadi.
" mari balik cepat " kata tuan seungyoun dan lajukan jalan. tangan dohye masih dia pegang.
dohye ikut dan tengok tangan dia yang dipegang tuan seungyoun. ee comel!
dia betul² banyak side lah. kali ni, perlakuan dia macam budak² la pulak.
━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━
dalam berjalan kaki, dohye bersuara. " tuan seungyoun ni ada lesen ke suka hati pegang tangan orang, " saja dohye menyindir.
pegangan dilepaskan, " nanti aku apply lah " katanya ringkas.
lalu, barang yang dohye bimbit tu dia rampas. dia nak bawa.
" eh-- "
kata dohye dipintas, " balik nanti kau yang masak "
" apa pul---"
sekali lagi katanya dipintas, " aku rindu masakan kau " laju tuan seungyoun berjalan tinggalkan dohye. mulut seungyoun tekup .kenapalah boleh dia terlepas cakap!
geleng² kepala dohye, " baru 1 hari tak masak dah rindu masakan saya yeah " dohye kejar tuan seungyoun.
━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━
❏ DOHYE POV
balik dari pekan, ada tamu di rumah nenek tuan seungyoun. ianya jiran sebelah. ibu dan anak kecil nya.
" annyeong unnie. daehan imnida " budak kecil tu ke arah aku.
badan aku bongkokkan untuk samakan ketinggian dengan budak tu, " annyeong daehan "
" haih, seungyoun. kamu bila lagi nak dapat anak? " tanya ibu daehan, puan kim kepada tuan seungyoun kemudian puan min pandang aku.
tuan seungyoun terus ke bilik, dan aku lah yang jawab, " saya bukan isteri dia lah aunty " hehe, " saya orang gaji je "
" hehe, aunty ingat kamu isteri dia " aunty tu pukul lembut bahu aku.
" nak dohye, ada belikan nenek ikan salmon yang nenek pesan tadi? " soal nenek pada aku.
matilah. aku lupa " hehe lupalah nenek " aku garu kepala dan sengih.
" ala. aunty ni datang sini nak plan tolong nenek buat kimchi salmon, tapi tak jadi lah kalau macam tu " kata puan kim.
aku berdiri, " takpa, dohye pergi beli balik "
" biar aku yang beli "
eh, sejak bila tuan seungyoun dah depan pintu ni?
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro