11:Provokasi
Selepas kedua-dua pegawai tinggi tentera Drakness itu disambut dengan hormat. Panglima Tinggi itu mula berucap di khalayak ramai.
" Wahai Kesatria-kesatria tanah air bapa pertiwi, wira aquilla perak kesemuanya, kamu semua telah buktikan yang kamu ialah pahlawan terbilang. Berdirinya Sir Donald Duke Trumpet di sini ialah bukti kehandalan kamu sebagai Tentera Diraja Empayar ini. " Beliau, Apocalypse General Lancelot Forten menghalakan tangannya itu kepada senator Trumpet.
"Jika Beliau tumbang bersama para saudara-saudara kita yang telah tumpah darah mereka melindungi nyawa Senator, kita pasti akan hilang seorang lagi bintang sebagaimana yang menbidai seorang patriot kita, mendiang Dr Weiss Von Voght Borealis yang terkorban dalam tragedi malang tanggal 1 Decrete pada bulan lalu. Tetapi kerana kamu semua gigih dalam usaha kamu sekalian. Tragedi itu tidak menimpa kita semu pada tanggal hari ini. " General Lancelot berhenti berucap untuk mengambil nafas pendek seketika.
" Tetapi penceroboh-penceroboh ini bukan menyasarkan beliau, Tuan Senator tetapi mereka memburu individu yang tengah berucap di hadapan kamu sekarang ini. " General lancelot menepuk dada bagi menjelaskan maksudnya. tetapi kerana ketangkasan Colonel Schmidht, usaha mereka tumpas dan nyawa saya sejahtera. " beliau kemudian menghalakan tangannya menunjukkan Colonel Schmidht.
" Jadi inilah individu yang paling berkuasa dalam dewan ini sekarang bukan ?" Leon bertanya kepada Grizzly.
"seorang merupakan komander kanan briged elit pengawal panglima kiamat manakala seorang lagi merupakan salah seorang dari empat panglima kiamat itu sendiri. Beliau berdiri in person di hadapan kita sekarang ni. " Grizzly berjawab dengan nada yang dipenuhi dengan kekaguman.
Guinevere melihat kedua-dua pegawai tinggi itu seperti ingin mengharapkan sesuatu.
" kau nak tahu plot twist tak, Leon? " Grizzly bertanya dengan curious kepada Leon.
"Kau diam dan biarkan aku teka sendiri Grizzly " Leon hanya mampu mendengus pelawaan Grizzly itu.
"Takpa Leon, kau hanya perlu tunggu je apa yang bakal berlaku selepas ni. "
Selepas General Lancelot memberi ucapannya itu, beliau menjemput Senator Trumpet untuk memberi pembukaan kata. Senator Trumpet tidak berucap panjang dan terus kepada point utamanya.
" Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada beliau , General Lancelot kerana memberi peluang kepada saya untuk mengucapkan sepatah dua kata walaupun beberapa minit yang lalu dewan ini ialah medan tempur. " Senator Trumpet bercakap dengan ton suara jelas.
" Adalah suatu dukacita, sebagaimana apa yang disentuh oleh General Sendiri. kita kehilangan beberapa individu berani yang terkorban dalam pencerobohan di dalam dewan ini, takziah kepada keluarga mereka kerana mereka telah berjasa kepada Empayar terbilang kita. Saya berdoa supaya mereka semua diberikan penganugerahan tertinggi di Elysium atas di sana. semoga Saint Reise memberkati mereka semua dengan memberikan darjah kebesaran tertinggi di sana " senator trumpet mengambil masa untuk berdiam kerana dia mengenang kembali para etruscan guard yang terkorban melindungi beliau dari serangan hendap insurgen yang menyelinap beberapa jam yang lalu.
" Apa- apa pun saya ingin menjemput seorang pegawai muda yang tenang ketika operasi tadi... "
Senator Trumpet memandang kepada Guinevere.
"Cik Guinevere Cyrila Forten, sila mara ke hadapan sekarang " kata senator menjemputnya untuk ke hadapan. Guinevere berjalan dengan cergas bagi menjemputnya ke hadapan bagi memperkenalkan dia kepada seluruh Briged Elit Forten itu. Guinevere berdiri sopan santun sambil memandang wajahnya ke hadapan.
" benda yang aku musykilkan sudahpun terjawab. " bisik Leon. Grizzly hanya tersenyum sahaja didepannya.
Colonel Schmitdht membisikkan sesuatu kepada telinga senator. Senator seperti terlintas seuatu.
"Hampir terlupa, seorang lagi pegawai muda yang berkaliber hampir saya lupa untuk beri penghargaan." kata Senator
"Sir Abadeer Zerachiel Xerxes, tolong mara ke hadapan." kata Senator trumpet.
Selepas sahaja dijemput oleh Senator, satu tepukan gemuruh diikuti mengiring Xerxes yang berjalan megah itu. tepukan itu lebih kuat jika dibandingkan dengan apa yang diterima Forten. Dia kemudian berdiri , mendabik dada seketika, lalu tunduk sambil senyum sinis seperti burung merak yang bangga dengan diri sendiri. Dia kemudian berdiri di sebelah Guinevere.
"Splendid, kita bertemu kembali, puteri " Xerxes bercakap sindir kepada Guinevere. Guinevere tidak menghiraukan percakapan Xerxes dan hanya memandang ke hadapan sahaja.
"kedua-dua individu di hadapan kamu ini ialah pegawai yang cerah kerjaya mereka. " kata Senator Trumpet.
" Beberapa bulan selepas sahaja Cik Forten selesai menghabiskan pendidikannya dari Akademi Imperial, cawangan barat, kamu semua dengan rasminya perlulah merujuk Cik Forten Sebagai Major Forten. Dia merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Cawangan Barat dan pengkitirafan pangkat pegawai atasan ini secara mutlaknya akan di anugerahkan kepada beliau. " Colonel Johann Schmidht menyambung kata-katanya itu.
" BAIK TUANNNNN !!!! ", suara bergema jelas memenuhi dewan itu selepas menyahut seruan Colonel Schmidht itu.
"Tetapi buat masa sekarang saya minta kamu semua jangan terlalu keras mendesak Cik Forten kerana dia masih bergelar pelajar. bimbinglah dia kerana kamu lebih bepengalaman dalam medan tempur daripada Beliau. kamu semua sebagai kesatria juga wajarlah mempraktikkan budaya Chivalry yang kita semua jadikan sebagai jalan hidup mutlak kita. " General Forten memberi arahan jelas kepada pimpinan tentera beliau itu.
" Tuan Forten, maafkan saya untuk mencelah tetapi izinkan saya untuk mencelah. " Guinevere menyuarakan sesuatu.
" sebagaimana apa yang General kita ucapkan itu, saya hargai tindakan toleransi tuan tetapi saya masih bergelar penuntut ilmu dan masih banyak perkara yang saya perlu belajar dari awak semua. Jadi tidak mengapa bagi saya untuk terima kritikan dari kamu walaupun kritikan itu sangatlah pedas macam habanero berapi Argentine kerana saya masih lagi seorang pegawai kadet.
" Feedback daripada awak semualah apa yang saya sangat perlukan dan saya benar-benar hargai jika awak semua cuba untuk jujur dengan saya kerana itulah apa yang saya paling value sebenarnya " Guinevere menggenggam kedua tapak tangannya sambil senyum rendah diri tetapi juga bangga dengan pencapaiannya itu.
.... .... ....
" Bravo Major Forten !!!! " suara jelas didengari dari Captaim Alex Wood dan juga dari platoon pointed deer itu. mereka bersorak bagi memberi semangat kepada beliau.
Selepas mendengar sorakan dari platoon dan company Pointed Deer, Guinevere semakin jernih air mukanya itu.
***
Dewan Senat Emperium Drakness itu telah secara rasminya di imbas secara menyeluruh. Berbagai anggota beruniform hadir bagi melakukan peranan- peranan mereka. Ambulans, polis dan tentera telah bergerak menjaga perimeter Dewan itu. Tanggal 7 justiniux 2009 mungkin menjadi tragedi 1/12 yang baharu tetapi kerana ketangkasan tentera Drakness yang giat menjalankan misi mereka, Dua individu yang dianggap teras dalam Emperium Drakness itu selamat.
Senator Donald Duke Trumpet, seorang ahli parlimen dari House Of Lords mewakili negeri Etruscan yang merupakan Capital of Emperium Drakness. Ibu Negara ialah hati sesebuah negara dan apabila hati mengalami masalah maka ia akan menjejaskan seluruh badan, di dalam kes ini, Hati Buat Emperium Drakness ialah Negeri Etruscente.
Apocalypse General Lancelot Forten merupakan Panglima kedua tertinggi selepas Grand General Rex Palantine Tremendee. Dalam erti kata lain beliau merupakan Timbalan Ketua Angkatan Tentera Emperium Drakness.
Di dalam organisasi ketenteraan mereka, suatu sistem dikenali sebagai Tri-Round Table System telah diwujudkan. Sistem ini dibahagi kepada 4 bahagian iaitu Outer, Inner, Core dan Centre. sistem ini mewakili kesemua pimpinan tertinggi empayar Drakness di mana
Outer=Dianggotai oleh Brigadier Generals dan Major Generals .
Terdapat 27 orang ahli yang mewakili rantaian ini. mereka mengetuai brigade dan division tentera Drakness yang mengelilingi pelusuk dunia Venusia Communea, terutamanya di benua Eunostrassia dan benua As- sahrah. Mereka inilah Generals paling bawah namun juga berpengaruh dalam pimpinan ketenteraan Drakness
Inner= Dianggotai oleh Lieutenant Generals dan Generals.
Terdapat 9 orang ahli yang menganggotai rantaian ini. Mereka dikenali sebagai Flag Generals kerana setiap dari mereka diberikan autoriti untuk mengetuai sektor-sektor yang diamanahkan kepada mereka. terdapat 5 Army Group Utama Drakness di dunia ini di mana setiap dari mereka mengawal Teater di setiap benua-benua . Autoriti mereka menandingi authoriti Apocalypse Generals cuma mereka masih di bawah perintah dan tertakluk di bawah Panglima Agung iaitu Grand General
Core= Dianggotai oleh Apocalypse Generals.
Hanya 3 ahli sahaja yang layak mengangotai rantaian ini dan pemilihan mereka dilantik dari tangan Grand General sendiri. Mereka ialah penolong kanan kepada Grand General dan merupakan kategori Timbalan Panglima Agung. Mereka diibaratkan seperti celebriti kerana mereka dilantik khusus oleh Grand General. General Lancelot Forten ialah salah seorang "ahli dalam rantaian ini ". Struktur pangkat mereka adalah sedikit unconventional di mana pemilihan kategori ini dipilih dari kalangan Brigadier General , Major General, Lieutenant General dan General yang mengaggotai Outer dan Inner Round Table.
teras = Hanya seorang sahaja dan merupakan Grand General.
Pemilihan calon Grand General baharu akan dipilih secara autokratik oleh Grand General yang mendahului sebelumnya. Calon yang dilantik adalah dari Candidates Apocalypse Generals. Grand General memegang kuasa mutlak di mana beliau berperanan sebagai Supreme Commander in Chief yang mengetuai seluruh induk Militari Drakness di seluruh pelusuk Venuseia Communea . keputusan seorang Grand General sangatlah veto di mana Apocalypse General juga tidak berupaya untuk menentang tindakan yang diusulkan oleh Apocalypse General. Budi Bicara mereka masih boleh dipertimbang kembali.
Dengan mengetahui authoriti individu ini maka pristiwa yang berlaku siang hari tadi dapat turut dibayangkan oleh rakyat jelata Drakness maka dengan itulah laporan tergempar jam ini ditamatkan. Saya Edward L. Taylor , dari Unity Broadcasting News Network (UBNN) melaporkan.
... ,,, ... ,,, ...
Jam 2100, Hospital Vitality Virtua ,
Etruscente,
Unicia Straites, Emperium Drakness,
" Arghh !, kepala aku berpusing lagi ni... , aku ada dekat mana sekarang ni ? " jawab Loyde yang masih dalam confusion itu .
" Demi Tuhan Loyde kau bangun jugak akhirnya bro ! " seorang lelaki muda berambut perang berambut low ponytail duduk di sebelah katil hospital itu. bersamanya terdapat seorang lelaki budiman berambut hijau bercoat jingga gelap yang usianya hampir separuh abad dengan seorang remaja perempuan di kiri katil itu.
Vil juga ada di situ sebagai Personal assistant beliau.
" Oswell tu kau ke tu? " tanya Loyde.
"kau punya bleeding dah stabil syukurlah ! " jawab Mosely Oswell, seorang Diplomat muda Drakness yang juga kenalan Loyde di sini.
Loyde kemudian melihat kakinya itu. kakinya dianduh simen keras yang menandakan dia buat sementara waktu mengalami paralisis ketidakbolehupayaan untuk berjalan. Loyde hanya diam sahaja kerana berfikiran yang kakinya akan hilang buat selamanya dan dia boleh berjalan seperti biasa balik.
"Kamu bertuah kerana laporan doktor di sini mengesahkan peluru 50 Cal, itu tidak menembusi arteri kaki kamu yang boleh menyebabkan fatality . Namun malang sekali peluru senapang raifal amatlah parah dan ajaib jika ada yang terselamat dari peluru hendap ini. " kata lelaki budiman itu.
Loyde mukanya cuak kerana menerima hakikat yang kakinya sekarang ini tempang dan tidak normal seperti dahulu. Dia mesti menerima hakikat yang insiden ini akan mengubah nasib hidupnya itu. Loyde mengambil nafas panjang sebelum bermula bercakap.
" This is indeed an unwarranted woe that ever occured in my life right know.... " keluh Loyde selepas mendengar berita itu.
" Tetapi kerana usaha seseorang , kami dapat elakkan Provokasi yang bakal mengundang kegelisahan Federation IFA ke atas Drakness. " kata lelaki budiman itu.
" Loyde terpingga-pingga lalu berfikir sejenak. "
" Papa, saya suggest kita biarkan Loyde berehat dahulu, dia baru sahaja terima berita ni secara mengejut lepastu kita press dia balik. Agak mendesak buat pandangan saya sebenarnya " kata perempuan itu yang risau kerana lelaki budiman itu menakutkan Loyde.
"Eh jap awak Guinevere yang saya jumpa di Dewan Senat tadi bukan ? " tanya Loyde yang makin cerah matanya itu.
" Saya rasa nama awak Guinevere Forten dan awak punya nama macam seiras dengan nama seorang yang agak terkenal juga " Loyde Curious
" 50 markah untuk encik sejarawan ", Guinevere bersorak. Loyde kemudian meneliti lelaki budiman itu.
" Forten... Forten... Forten, nama yang familiar seperti General Lancelot Forten " Loyde membuat diduksi.
"Allow me to make to make an inference sir, tetapi adakah Encik ini ialah Apocalypse General Lancelot Forten, Timbalan Panglima Agung Drakness ? ". lelaki budiman itu mengangguk senyum jujur .
" dan jika Guinevere panggil encik " papa " maka Guinevere ini ialah.... !!, Oh No !! " Loyde terkejut besar selepas mengetahui rahsia itu. Adakah ini satu mimpi " Loyde overthinking.
" Good Grief, aishhh ..... " Mosely hanya sengih sahaja melihat reaksi loyde itu
" 100 markah buat Encik Sejarawan " Sindir Guinevere mesra.
"Dah-dah, Encik Loyde, kamu jangan buat spekulasi macam itu. Saya ni bukan bapa mertua kamulah " kata lelaki budiman itu. kami datang ke sini atas urusan penting bagi kestabilan negara kita, bukannya untuk saya ke sini minta marriage proposal daripada kamu." Encik Lancelot menarik nafas panjang.
"...ah darah muda... . Suatu desire yang dirasai oleh golongan belia sekarang " Encik lancelot bernostalgia sekejap.
*******
" tujuan saya datang ke sini ialah kerana intel yang disampaikan oleh Guinevere sebenarnya. Dia kata kamu ada jawapanya, Encik Loyde " tanya Encik Lancelot ramah. "
" Betul tu Loyde, awak ada nak cakap sesuatu sebelum serangan insurgen tadi bukan, ke awak dah lupa dah ? "Tanya Guinevere
" kejap, saya nak ambil masa untuk mengingat kembali " Loyde berfikir sejenak
beberapa minit berlalu dan akhinya Loyde dapat ilham
" Ah yes I know remember the missing link " kata Loyde spontan.
" Ianya pasal Dalang di sebalik Insiden Von Tirpitz tu Tuan Forten " loyde menjelaskan jawapanya itu.
"Good, now diligently proceed your inference, Loyde Hilmate " Encik Lancelot menyuruh loyde untuk menerangkan dengan lebih lanjut.
....
.....
.....
.....
.....
PRESENT DAY, 10.00 pagi
Cafe Schneeweiss,
Grundstadht,
Algharmaine, IFA Federation, Eunostrassia
Selepas mendengar kisah penuh dari Loyde melaui aplikasi Cike itu, Guderian Javier masih tidak boleh proses dengan apa yang diterimanya itu.
" Aku masih tak boleh percaya, Capital Drakness diserang pengganas panji hitam timur dan kau ialah mangsa pertama loyde. Kaki kau pulak sekarang ni macam mana. " Tanya Guderian dalam kerisauan.
" Guderian, kau perlu tenang sikit, perkara ini dah menjadi sejarah dah, Aku tak boleh nak buat apa-apa " loyde menerima seadanya. Setidaknya aku masih bernyawa kan. " Loyde senyum dengan gaya semangat.
" ...... Selagi kita masih bernyawa, hargailah nyawa kita sepenuhnya Guderian . Jangan kita buang sewenang-wenangnya ... " loyde memberi kata semangat
Guderian mengangguk dengan falsafah yang keluar dari mulut Loyde itu.
" aku masih tak boleh terima, berita yang sampai dekat aku ni ... masa aku tengah cuti, alahai " guderian menundukkan kepalanya.
"Thats unfortunate, My friend, hahaha " jawab loyde ceria walaupun dia masih berada di wad hospital.
Okay Loyde aku pergi dululah. Terima kasih untuk info engkau tu. aku punya sangkaan selama ini sedikit sebanyak membantu tu.
"Sama-sama Guderian " Loyde senyum. namun sesuatu menarik perhatian Loyde dari kaca mata television berdekatan dengan Guderian.
" Eh Guderian, aku nampak ada macam sesuatu yang cerah di televison dekat kau tu. Cuba kau tengok jap. ianya macam breaking news je "
" Guderian bangun dari meja makannya itu lalu pergi mendekati televisyen itu. Semua pelanggan dalam seperti terkejut. Heliza, pelayan yang mengambil order dari Guderian itu, mukanya biru dan paling risau selepas melihat paparan berita itu. Dia menutup mulutnya dek sangat terkejut.
"tak.... Grimm.... ! " Heliza takut memikirkan keadaan itu.
" Pak Cik, Aunty, izinkan saya lalu boleh. " Guderian mencelah. Guderian meneliti paparan berita itu.
PAPARAN TERGEMPAR:
Pengganas Panji Hitam Timur menyerang Green City Mall sebagai cubaan kedua selepas insiden serangan yang terjadi tempoh hari di Etruscente, Drakness. lokasi dipercayai adalah di
Grundstadht, Algharmaine. Polis dan pasukan khas telah bergerak bagi menghentikan heist ini.
Tanpa berlengah panjang, Guderian dengan segera berlari keluar dari cafe itu. Dia segera mengambil barangan supaya tidak ketinggalan.
" Guderian, kenapa mata kau bulat ?!, kenapa tiba kau macam laju ni. " tanya loyde dari Apps cike kebingungan.
"takda masa Loyde, tetapi ianya sudah sahkan persoalan aku. Ok gerak dulu, Loyde !!! " Guderian menutup laptopnya itu dengan sudden shut down. Dia kemudian pergi ke Cik Heliza untuk tanya sesuatu.
" Heliza, ini bukan masa yang sesuai tapi boleh awak serahkan fon awak sekarang, cepat!! "
" Baik, " Heliza menyerahkan fon pintarnya itu kepada Loyde.
"thank You heliza " jawab loyde yang tengah laju. Dia keluar dari cafe itu, masuk ke dalam MPV membuat gps ke arah lokasi baru.
Green Mall City sebenarnya 2 km sahaja dari cafe Schneeweiss. itulah mengapa dia dengan segera keluar dari cafe itu. Guderian menarik nafas panjag sebelum memandu pacuan mpvnya itu.
"ini Domino efect ke? satu demi satu serangan terjadi ni. Dua Di benua remusyence dan satu di sini. di GRUNDSTADHT pulak tu. " Guderian memicit kepala
" Ah, tak boleh cakap panjang, kalau aku lambat, akan ada massacre nanti di sana aku kena cepat !!!!! " Guderian lalu menghidupkan ejen kenderaanya lalu memecut laju ke lokasi kejadian itu.
" Pengganas ni nak cetuskan peperangan. Diorang tak boleh terlepas dengan lama atau akan ada nyawa civilian yang terkorban nanti " bisik Guderian kencang dalam hatinya.
Guderian mengambil pistol Glock 15 yang dia simpan dalam bonet hadapan keretanya itu bagi persediaan untuk intercept dengan wave serangan berikutnya.
"....... Satu balak baru melanda bumi Eunostrassia selepas balak melanda bumi remusyence.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro