22
"Gwaenchanha?"
Haechan mengambil tempat di sisi Jiseul.
"Aku tak sangka Jeno akan-,"
Jiseul menundukkan wajahnya. Tidak sanggup menyebut perkataan yang menjijikkan itu.
"Orang bila dah sayang, kerja bodoh pun dia sanggup buat," ujar Haechan.
"Mungkin kalau aku terima je lamaran dia, semua ni takkan jadi," kata Jiseul.
"Jadi dia jadi gila macam tu sebab kau tak terima lamaran dia?" soal Haechan sambil memandang gadis itu.
Jiseul mengangguk.
"Kenapa? Kenapa tak terima dia?" soal Haechan lagi.
"Bukan urusan kau," balas Jiseul.
Mereka berdua diam kembali.
"Chan, macam mana kau boleh datang tadi? Bukannya kau keluar ke?" Jiseul memecahkan tembok kesunyian antara mereka.
"Aku tertinggal phone. Balik je, aku nampak kereta dia ada lagi. Aku intai lah nak tengok korang buat apa kat dalam. Rupanya si tak guna tu dah tengah menggila. Nasib baik kau tak kunci pintu,"
"Gomawo," ucap Jiseul.
"Small matterlah. Lepas ni kau kena hati-hati. Even orang tu kau dah lama kenal pun, tak semestinya dia takkan buat benda tak elok pada kau," pesan Haechan.
"Chan,"
Haechan menoleh memandang Jiseul.
"Kenapa kau balik?" soal Jiseul tanpa berselindung.
Itulah yang ingin ditanya kepada lelaki itu sejak hari pertama dia muncul semula.
"Kenapa? Aku tak boleh balik sini ke?"
"Aniya. Cuma aku pelik. Lepas tujuh tahun, kau baru nak muncul. Kenapa lepas tujuh tahun? Kenapa tak dulu je?" soal Jiseul lagi.
"Entah. Maybe sebab aku rindukan kau,"
Jiseul tertawa sinis.
"Rindukan aku? Lepas apa yang kau buat kau cakap kau rindukan aku? Aku ingatkan kau dah bahagia dekat sana. Sebab tu kau tinggalkan aku dulu,"
"Jiseul, tentang tu aku boleh jelaskan,"
"Tak payah Chan. Benda dah lama, dah basi pun. Tak payah nak ungkit lagi. Aku pun dah tak nak ingat,"
"Jiseul, aku-,"
"Aku nak kena siapkan makanan untuk Omma Appa. Aku masuk dulu Chan. Lagi sekali, gomawo sebab tolong aku,"
Jiseul terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja pintu ditutup, air matanya mengalir.
"Kenapa baru sekarang Haechan ah?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro