11
"Sunbaenim,"
"Wae? Satu sekolah dah tahu awak dengan saya bercinta? Buat apa nak takut?"
Yerim menolak Haechan ke dinding di sebalik rak buku paling hujung di perpusatakaan itu.
"Bercinta? Tu kan cuma lakonan kita je. Dan Sihyeon sunbae pun dah kalah taruhan tu sebab sunbae dah berjaya tarik saya masuk kumpulan sunbae ni. Dah tiga bulan pun. Bila sunbae nak lepaskan saya?" soal Haechan.
Sudah tiga bulan dia menyertai 'kumpulan popular' Yerim itu. Dan berita mengenainya bercinta dengan Yerim sudah tersebar satu sekolah. Sudah tentu hasilnya ada yang mula membenci dirinya.
Lagi-lagi kumpulan pelajar lelaki senior yang sudah lama menyukai Yerim.
"Ah, awak nak saya lepaskan awak ke? Kalau saya tak nak?" soal Yerim sambil ketawa.
Tangannya memeluk pinggang Haechan.
"Sunbae, please lah. Saya dah cakap saya tak suka sunbae sentuh-sentuh saya macam ni," Haechan cuba meleraikan pelukan Yerim.
"Ah wae? Kalau orang lain nampak mesti diorang cemburu. Saya ni Kim Yerim tau? Pelajar perempuan kegilaan semua," Yerim memegang wajah Haechan pula.
"Tu diorang, bukan saya. Saya dah cakap yang saya takde perasaan macam tu pada sunbae," tangan Yerim ditepis perlahan.
"Kenapa? Sebab budak perempuan yang duduk depan awak dalam kelas tu ke? Apa nama dia? Jiseul kan?"
Haechan mengetap bibirnya. Ini pasti Karina dan Herin yang melaporkan semuanya pada Yerim. Ya lah, dia selalu memerhatikan Jiseul setiap hari dan tersenyum tanpa sedar.
Malah sejak dulu lagi ada beberapa pelajar kelas mereka yang berandaaian dia sukakan Jiseul kerana selalu mengusik dan mengenakan gadis itu.
"Diam je? Betul lah kan?" soal Yerim.
"Saya nak balik kelas," Haechan menolak tubuh Yerim.
"Yaa, sabarlah. Rehat belum habis pun lagi," lengan Haechan ditahan.
"Awak betul-betul sukakan dia Haechan? Awak rasa apa reaksi dia kalau dia tengok gambar kita haritu?"
"Yaa! Sunbae dah janji nak buang gambar tu kan?" soal Haechan geram.
"Saya simpan sebab saya suka. Kita nampak macam betul-betul bercin-arghh!"
Yerim menjerit perlahan bila Haechan menolak tubuhnya rapat ke dinding. Belakang badannya terhentak ke dinding putih itu.
"Buang gambar tu sunbae!" gertak Haechan.
Yerim tersenyum.
"Cium saya lagi sekali macam dalam gambar tu. Baru saya buang," ujarnya.
"Gila. Saya tak nak,"
"Okay. Kalau macam tu saya takkan buang polaroid kita tu," Yerim ketawa sinis.
Haechan menggenggam tangannya. Rasa sabarnya makin hilang dengan Yerim.
"Cepat," Yerim menarik lengan Haechan.
Haechan membiarkan Yerim menarik wajahnya dan gadis itu menempelkan bibir mereka.
Bukk!!
Tubuh Yerim segera ditolak. Dia memandang ke arah bunyi tadi.
"Mianhei, saya tak tahu ada orang kat sini,"
Jiseul menunduk dan mengutip buku-buku di lantai. Lalu dia terus bangun dan berlalu dari situ.
"Nanti saya bagi polaroid tu pada awak okay?" pipi Haechan dicium sekilas sebelum Yerim melangkah pergi dari situ.
"Tak guna," gumam Haechan perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro