10
"Perkenalkan diri,"
"Annyeonghaseyo, nama saya Lee Jeno. Sila beri tunjuk ajar," pelajar baru itu menunduk hormat kepada seisi kelas.
"Jeno, kamu boleh duduk di meja kosong sana," ujar Puan Jung.
Jeno berjalan ke arah meja kosong yang ditunjuk Puan Jung. Dia kemudian duduk di situ.
Koeun yang melihat pelajar baru duduk di hadapannya mula tersenyum. Dengan menggunakan pen, dia mencuit bahu pelajar baru itu.
"Saya Koeun," ujarnya.
"Jeno," Jeno membalas senyuman Koeun.
Koeun kemudiannya menyiku perlahan Jiseul yang masih menatap bukunya itu.
"Er hai, aku Kim Jiseul," ujar Jiseul tersenyum kekok.
Jeno hanya tersenyum dan mengangguk.
"Saya harap kamu semua boleh berkawan dan beri tunjuk ajar pada Jeno. Jangan buli dia pula," pesan Puan Jung.
"Baik saem!"
"Lagi satu, Encik Lee kamu cuti sakit harini. Jadi waktu kelas Fizik ni, buat ulang kaji. Jangan nak main je," ujar wanita itu lagi sebelum dia berjalan keluar dari kelas tersebut.
Sementara itu Haechan di tempat duduknya hanya melihat Jiseul dan Koeun yang sudah nampak mesra berbual bersama pelajar baru itu. Entah kenapa, hatinya merasa cemburu.
Selama ini Jiseul jarang tersenyum begitu bila dengannya. Ya lah, dia asyik mengusik dan membuat gadis itu marah sepanjang masa.
"Tch," desisnya.
"Kau kenapa?" soal Mark.
"Takde apa," dia meletakkan kepalanya ke atas meja.
Ting!
"Haish, apa lagi?" rungutnya sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket blazer.
Yerim Sunbae
Jangan lupa rehat nanti jumpa dekat belakang blok.
Saya tunggu awak ya sayang <3
"Gila. Sejak bila entah aku jadi sayang dia?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro