9: My cute boyfriend
"Eunji ah."
"Nae." Gadis itu berpaling tatakala mendengar namanya dipanggil.
"Nak tak kita datang sini lagi untuk musim luruh seterusnya?"
Gadis bernama Eunji itu mengangguk.
Lengan Yoseob dipeluk erat
Eunji memuncungkan bibirnya lalu bersuara, "cara awak cakap macam tu buat saya terfikir kita tak akan jumpa lagi."
Yoseob mencuit hidung Eunji menyebabkan Eunji tersengih kecil.
"Anni. Maksud saya, manalah tahu kita datang sebagai suami dan isteri selepas ni."
Eunji tersengih. Dirinya sudahpun membayangkan dia dan Yoseob memakai baju perkahwinan. Sedang berehat di bawah pohon yang rendang. Mereka tersenyum bahagia.
Yoseob hairan melihat tingkah Eunji. Dia turut sama tersenyum.
Pipi Eunji dicucuk lembut. Yoseob bertanya, "ha sengihkan apa tu? Sempat ek termenung."
Eunji menggeleng. Tersedar dia telah hanyut dalam dunianya. Mujurlah Yoseob sedarkan. Jika tidak, makin lama dia tersenyum sendiri.
"Eunji ku sayang. Suap boleh tak?" Tangannya ditujukan pada bakul berisi makanan
Eunji kemudian mencapai biskut yang dia masak special buat Yoseob.
"Say AAAAAA Yoseob!" arahnya.
Lelaki itu akur lalu Eunji bersedia untuk suap. Tetapi akal nakalnya bekerja menyebabkan tangan Eunji berpatah semula dan selamat masuk dalam mulutnya.
"Hya Jung Eunji!" Tubuh Eunji dipeluk dari belakang. Ada gaya mahu samckdown tetapi Yoseob biarkan kepala Eunji mendarat pada ribanya.
"Mian." Eunji bangun semula dan kali ini dia serius menyuapkan Yoseob.
"Bla... Bla..." Suara yang rancak berbual itu mencuri perhatian Eunji. Dia rasa terganggu kerana Yoseob turut terselit dalam perbualan mereka
Dialog mereka berbunyi macam ni.
"Uwu namja tu macam ex-namchin kau la. Muka cute."
Kedengaran tawa membalas.
"Yeah tapi dia cute lagi."
Mata mereka tidak lepas dari memandang ke arah Yoseob.
Eunji berdecit geram dalam diam.
Akalnya memikirkan sesuatu.
"Yeobo!"
Yoseob terkejut mendengar panggilan itu. Hairan dengan perubahan Eunji. Yoseob masih berkeadaan tenang.
"NANTI NAK NAMAKAN ANAK KITA NAMA APA YA?" Sengaja dia kuatkan suara agar dua perempuan di hujung sana mendengar.
Yoseob tercengang.
What the fish!
Eunji mengandungkan anak dia ke?
"Gulp!" Dia menelan air liur dalam kepayahan.
"YEOBO! PPALIWA BAGITAHU NAMA BAKAL ANAK KITA TU."
"Err.... Ah ye," Yoseob tiba-tiba menjadi gagap. Terkejut mungkin.
"Namakan Yoyo kalau laki. Kalau perempuan kita namakan Jiji."
Eunji tersengih suka sambil menampar lembut lengan Yoseob.
"Sukalah nama tu. Eloklah sebab kita pun dapat anak kembar kan?"
Yoseob tercengang. Ha?
Sejak bila?
Kelihatan dua perempuan tadi tidak senang duduk saat mengetahui diri mereka diperli. Kedua mereka tiba-tiba beredar pergi.
Eunji tersenyum suka. Rancangannya berjaya.
"Eunji betul ke awak mengan-"
"Aaaaaaa! Comel sangat la awak ni!" Eunji mencubit kuat pipi Yoseob.
"Sakit Sayang. Sakit!"
"Mwo? Sayang?"
"Yelah pasal pregnant tu jelaskan."
Eunji merehatkan kepalanya di riba Yoseob.
"Saya main-main jek sebab perempuan-perempuan tu usyar awak. Macam nak takcle."
Yoseob ketawa kecil.
"Cemburu ye?"
"Encik Yoseob. Kalau tak cemburu tu saya rasa dia alien."
Yoseob ketawa lagi.
Hari-harinya bahagia bersama Eunji kerana Eunji adalah moodmakernya.
--------------
Suasana di photoshoot kelihatan tidak terkawal. Visual yang dimiliki Yoseob buatkan gadis-gadis yang berada di situ menggila. Namun yang mencuit hati mereka adalah interaksi dia dan muweol
"Muweol! Ppaliwa sini!" panggil Yoseob.
Woof! Woof!
Anjing doodle bernama Muweol berlari ke dalam dakapan Yoseob. Senyuman lelaki itu mencairkan semua gadis.
"Aarrrrgh!" Mereka menggila.
Lintasan cahaya dari kamera bersama bunyi terus menghasilkan foto mereka berdua.
Selesai sahaja photoshoot kelihatan ramai perempuan mengerumuni untuk minta tanda tangannya.
Yoseob meminta mereka bertenang.
Eunji turut menghampiri namun dia ditolak hingga jatuh bergolek ke lantai.
Yoseob terlopong melihat dari jauh. Dia ingin menolong Eunji tetapi agak mustahil dalam keadaan peminatnya yang sedang sesak di hadapan
Eunji bangun lalu bercekak pinggang merasakan dirinya terabai.
Dia memuncungkan bibir mencari akal untuk mendekati Yoseob.
Eunji tidak berfikir panjang. Dia lantas menolak perempuan-perempuan tersebut. Akhirnya dia berjaya berhadapan Yoseob. Mata mereka saling bertemu.
Yoseb tersengih malu memandang Eunji. Manakala si Eunji pula dalam sengihan terpaksa menahan kerumunan perempuan yang asyik menolak mereka.
Ikutkan hati mahu saja dia tolak semuanya dan biarkan saja dia yang ada di situ. Tetapi Eunji tidak dapat berbuat apa. Hubungan mereka juga dirahsiakan demi karier Yoseob.
"Eunji mari sini!"
"Nae?"
Panggilan Yoseob buatkan Eunji menjongketkan keningnya.
Kerumunan perempuan tadi menjadi senyap.
Eunji mengorak langkah tanpa berfikir panjang.
Sebaik Eunji di sisinya, Yoseob memandang ke arah manager sepintas lalu. Mereka saling mrnghantar isyarat mata. Dia kemudian melihat ke arah peminatnya.
"Hari ini saya ingin mengumumkan sesuatu yang penting."
Suara-suara mereka saling menyoal.
Yoseob tersenyum memandang Eunji. Si Eunji pula sudah terkebil-kebil kebingungan
"Semua, hari ni saya nak umumkan gadis di sebelah saya ini adalah yeochin saya. Kami dah lama bercinta dan akan berkahwin dalam masa terdekat."
Eunji menggeleng menolak dada Yoseob jauh darinya.
"Eunji wae?" Yoseob terkejut dengan tindakan Eunji.
"Awak nak musnahkan karier awak ke Yoseob?" Eunji berusaha berbisik namun suara Eunji masih dapat didengari semua orang.
Tepukan diselangi sorakan mengejutkan mereka berdua.
Fikir Eunji, hubungan mereka bakal dibenci. Tidak menyangka mereka masih menyokong Yoseob
"Untung kan yeochin dia dapat Yoseob yang comel tu."
"Hurm yelah. Sedih aku tak dapat Yoseob. Tapi aku doakan kebahagiaan dia."
Seorang mc naik ke pentas membuatkan perhatian para peminat tadi beralih.
Slot menghiburkan dan beramah mesra bersama peminat dimulakan
Yoseob perlu menunaikan segala hajat peminat. Hanya tiga orang terpilih yang dapat membuat permintaan.
"Caranya begini. Siapa yang dapat teka berapakah gol yang Yoseob dah berjaya berikan setakat ni. Dia berpeluang buat permintaan."
"Saya!"
"Saya!"
Kelihatan ramai berebut-rebut ingin menjawab.
Kesemua mereka mulai menjawab secara random.
Seorang berdua berjaya menjawab. Mereka menerima pelukan dan nyanyian khas dari Yoseob.
Eunji di sebelah sana hanya memandang dengan cemburu. Tetapi melihat Yoseob gembira. Dia turut sama merasa yang sama.
"Baiklah...," ujar mc
"Seorang lagi yang bertuah. Apakah permintaan anda?"
"Saya mahu Yoseob kiss yeochin dia."
Eunji melopong mendengarnya manakala Yoseob sekadar tersengih.
Yoseob menghampiri Eunji. Gadis itu malu-malu.
"Yoseob shi. Takkan la awak nak buat betul-betul." Yoseob terasa Eunji mencuit hati kerana berbisik padanya.
"Anni. Ready ya."
Jantung Eunji berdegup menggila
"Saya minta izin ya."
Yoseob kemudian mencium lembut pipi Eunji. Eunji terus kaku di tempatnya.
Kata-kata Yoseob kemudiannya membuatkan dia hilang arah.
"I love you Eunji."
Yoseob berpaling tersenyum memandang audiens. Beriak tenang sedangkan Eunji sudah mahu meroyan di situ.
"Yeoseob shi buat aegyo!" Permintaan tiba-tiba itu buatkan Yeoseob tidak dapat menolak.
Tepukan diselangi sorakan saat Yeoseob bertingkah comel di atas pentas. Bukan mereka sahaja tertawan Eunji di situ terasa seakan mahu saja mencubit pipi Yoseob kuat-kuat kerana geram. Terlalu comel!
"Yoseob saya nak kahwin dengan awak!"
"Yoseob awak cute! Saya nak bawa balik simpan dalam poket."
Eunji berpeluk tubuh melihat ke arah audiens. Mereka bersahaja saja mengucapkannya tanpa memikirkan dia.
Yoseob hanya ketawa.
Dia atas pentas ini dia mungkin kelihatan comel tetapi saat dia di padang, Yoseob tangkas dan serius bermain bola.
Ya, Yoseob pemain bola sepak terkenal. Tahun lepas dia memenangi banyak anugerah menyebabkan namanya terus menjadi sebutan tahun ini. Dia juga menerima banyak hadiah tanda penghargaan kerana dia dan pasukannya berjaya memasyhurkan nama negara mereka di banyak negara.
Yoseob ditawarkan untuk menjadi model sementara dan duta dalam banyak iklan. Antaranya hari ini, dia dijemput untuk menjadi iklan sebuah syarikat minuman isotonik yang memberi tenaga. Berkesempatan itu penaja iklan itu meminta Yoseob mengadakan pertemuan dengan peminatnya atas permintaan peminatnya juga.
-------------------
"Eunji." Yoseob memberhentikan langkah. Dagu Eunji ditolak lembut. Keadaan Eunji yang bermulut muncung itu menyentuh hatinya.
"Wae irae?" soalnya.
Eunji pantas menggeleng menyembunyikan rasanya.
"Eunji ah. Kan kita dah janji takkan berahsia."
Eunji memandang Yoseob dengan mata berkaca-kaca.
Yoseob tidak tenang melihatnya
"Ppali, beritahu saya."
Eunji menggeleng.
Takkan la dia mahu beritahu dia jeles.
Melihatkan Eunji berkeras tidak mahu memberitahu, Yoseob menarik lembut lengan Eunji ke sebuah gerai.
"Eunji, nah!"
Hotdog bersaiz gergasi stick diserahkan pada Eunji.
Eunji menyambut ceria.
Yoseob tahu makanan boleh buatkan Eunji menjadi baik semula
Yoseob tersengih melihat bibir Eunji yang comot. Jarinya naik mengelap bibir itu.
"Awak tak makan Yoseob?"
Yoseob menggeleng. Melihatkan Eunji makan pun sudah buat dia kenyang.
"Yoseob ah, saya nak mintak sesuatu boleh tak?"
"Nae... Apa tu?"
"Saya... Nak awak berubah."
Yoseob menjongketkan keningnya tanda bingung.
"Saya nak awak jadi gentleman. Jangan jadi comel lagi!"
"Ha?"
----------------
Yoseob menilik wajahnya di cermin
Apa comel sangat ke muka dia?
Dia menyentuh pipi menggerakkan atas ke bawah.
Nak buat macam mana. Dah memang dia dilahirkan comel
HAHAHAHAA Yoseob bangga sekejap!
Yoseob mencapai sebuah kemeja kosong hitam dari alamari.
Setelah menyembur pewangi pada tubuhnya yang terdedah, dia menyarungkan baju tersebut.
Yoseob mencapai beberapa krim. Rambutnya dia keringkan dengan pengering rambut sebelum dia bentukkan rambutnya dengan alat haba. Krim disapukan pada rambut. Rambut itu disikat kemudian.
"Dah cukup gentleman la kan?"
Yoseob kemudian berjalan keluar dari rumah untuk menemui Eunji.
Saat mata mereka bertemu, Yoseob melambai-lambai ke arahnya.
Eunji terkesima.
"Omo Yoseob awak ke tu?"
"Eunji!" Lelaki itu terus tersenyum buatkan Eunji tenggelam dalam dunianya.
"Omo tu Yoseob kan?" Jeritan seorang perempuan menyebabkan ramai perempuan terus menggerumuni Yoseob. Akhirnya lelaki itu tenggelam dalamnya. Eunji tidak dapat melihat wajah Yoseob. Dia geram!
"Argh Yoseob! Awak jadi comel balik je la!"
Eunji duduk kemurungan di atas lantai.
-----------
"Maafkan saya Eunji. Saya tak tahu mereka datang dari mana."
Eunji menggeleng
"Hurm takpelah Yoseob. Janji awak tak abaikan saya."
Eunji gembira kerana Yoseob belanja dia makan sebagai tanda maaf.
"Terima kasih ya Yoseob.. Mashieso."
Eunji kemudian memandang Yoseob sejenak
"Yoseob shi. Boleh tak awak tukar jadi comel semula?"
"Nae? Nae."
Yoseob akur sahaja. Biarpun dia juga kebingungan dengan sikap Eunji.
-------------
Akhirnya Yoseob kembali dengan imejnya yang comel.
Yoseob menegur Eunji, "Eunji ah. Dating time."
Mereka berdua berpegangan tangan gembira
"Yoseob ah terima kasih sudi jadi namchin saya. My cute boyfriend."
"Anni. Terima kasih jadi yeochin saya. Tak kira datanglah mana gadis. Tak ada siapa dapat gantikan awak. You're mine."
Eunji terharu.
Mereka berdua berpelukan erat
The end
Maaf Rin kalau tak best. Huhu. Sorry semalam dah taip pastu terlelap ha😭 pagi ni sambung balik kat tempat kerja. And ni ha baru siap. Enjoy!
Kalau ada typos sorry. Huhuks June tak cek sebab cust dtg tk kira masa. Huhuks
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro