Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8: You're not mine

"Seo Rin ah pandang sini."

Gadis itu menoleh saat mendengar namanya dipanggil.

Doojoon menolak rambut Seo Rin yang berjuntai ke belakang telinga Seo Rin

"Yipeo," pujinya

"Yelah aku tau aku memang lawa." Seo Rin ketawa kecil.

Doojooon tersengih. Dia membalas, "yelah."

"Ha yang kau panggil aku kenapa? Ada apa-apa nak share ke?"

Doojoon mengangguk. Dia telah terbabas dari tujuan utamanya.

"Ini. Rasakan gimbap yang aku buat ni. First time au."

Seo Rin mengambil gimbap yang berada dalam pinggan.

Dia mengunyah perlahan dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

"Erm... Erm..." Berkerut wajahnya. Padahal dalam hati dia sudah ketawa jahat.

"Seo Rin ah... Macam mana? Asal muka kau tu?"

"Herm..." Seo Rin masih mengunyah dalam kerutan.

"Hya, seriuslah. Cepat bagitahu." Doojoon tersengih.

"Rasa dia..." Seo Rin masih berteka-teki. Doojoon yang sudah tidak betah menanti, bangun dari tempatnya. Seo Rin dihampiri.

"Mwo?" Seo Rin agak hairan Doojoon menghampirinya. Sempat juga tangannya mengambil gimbap lain.

"Tak nak beritahu ya?" Doojoon beriak wajah lain macam.

"Emmmm.. Emmm." Mulut Seo Rin penuh. Dia menahan Doojoon dengan tangannya.

"Masih berteka teki ya?"

Seo Rin menggeleng. Tanda mengusik.

Doojoon tiba-tiba menggeletek menyebabkan Seo Rin ketawa. Mujurlah makanannya sudah habis.

"Hya, Doojoon berhentilah."

Gadis itu tidak dapat berhenti dari ketawa. Kakinya menjadi mangsa geletek oleh Doojoon. Mahu senak perut dibuatnya.

"Seo Rin..." Suara yang tiba-tiba menyeru buatkan kedua mereka terhenti perbuatan. Masing-masing melihat ke luar rumah.

Seorang jejaka penuh tangan dengan plastik menghampiri mereka.

"GIKWANG AH!" Seo Rin berlari menuju ke arah lelaki itu.

Air muka Doojoon  berubah. Baru saja dia rasa bahagia namun perasaan itu hancur tiba-tiba.

"Wah banyaknya beli apa ini?" Seo Rin membelek-belek plastik tersebut.

"Kita kan nak buat barbecue." ini semua barang untuk membakar nanti. Ada daging segar saya dapat beli."

Seo Rin membelek daging yang dimaksudkan Gikwang.

"Omo, daging lembu." Seo Rin bertepuk tangan gembira. Rasa terujanya makin bertambah-tambah.

Doojoon disebalik sana hanya memerhati dengan riak wajah mendung.

Gikwang kemudian terpandangkan Doojoon, " tolong aku siapkan  sekali  tempat membakar ya Doojoon."

Lelaki itu membalas dengan anggukan.

----------------

Doojoon membantu Gikwang menyediakan tempat untuk memanggang daging.

Kelihatan suasana sepi kerana masing-masing tekun membuat kerja tanpa sebarang suara. Seo Rin yang berada di tempatnya menghisap lolipop merasakan kedua jejaka itu membosankan. Awkward feeling!

EHEM!

"Kat mana ye air limau yang Rin buat tadi?"

Kedua mereka berlari ke arah meja memegang  jug yang sama.

Seo Rin menggaru leher melihat mereka. Argh! Situasi apa ni? Nampak tegang.

Kedua mereka masih memegang jug bagai tidak mahu lepas. Mereka saling bertikam mata. Berebut satu jug itu.

"Korang. Dah saya tak dahaga. Rin tanya jek. Hurm.."

Seo Rin menghampiri tempat pemanggang. Kelihatan daging mahu hangit disebabkan mereka berdua tinggalkan.

Gikwang dan Doojoon berlari ke arah Seo Rin ingin mengambil alih semula kerja mereka.

Seo Rin memandang mereka dengan renungan tajam..

"No! Biar Rin buat. Habis daging ni hitam. Daging mahal ni. Herm..."

Seo Rin murung kerana bukan mudah untuk dia makan daging lembu ini.

-------------

Saat daging-daging dan beberapa makanan laut lain siap dipanggang. Ketiga mereka mulai bersedia mahu menikmati makanan.

Ada banyak makanan di atas meja. Tidak terlupakan ramen. Wajib ada.

"Terima kasih  atas makanannya."

Ketiga mereka akhirnya menyuap makanan ke dalam mulut.

"Erm mashieso," ujar Seo Rin.

Gikwang tersengih memandang Seo Rin. Comel! Segala tingkah Seo Rin dirasakan dia comel.

"Rin ah, sini..."

Seo Rin menerima suapan salad didalamnya ada daging dibuat khas Gikwang.

Seo Rin makan dengan gembira, dia tersengih. Terasa amat sedap tetambah pabila orang yang disayangnya yang menyuapkan.

Doojoon di hadapan mereka terasa cemburu melihat kelakuan mereka. Dia menyuap kasar salad ke dalam mulutnya. Terasa tidak berselera mahu menelan. Doojoon mengeluh. Mungkin dia tidak perlu datang. Tetapi Seo Rin menjemputnya. Sebagai rakan baik Seo Rin sejak kecil, dia tidak boleh mengecewakannya.

Seo Rin terpandangkan Doojoon yang ralit memerhatinya dalam diam.

"Doojoon ah, makan sikit jek?"

Seo Rin bangun perlahan dari tempatnya. Jarinya kemudian membawa  salad yang dia buat disuapkan ke dalam mulut Doojoon.

Doojoon tersentuh. Matanya tidak dapat dilarikan dari terus memandang gadis manis itu.

"Mwo? Kenapa kau pandang aku macam tu?"

Doojoon membalas dalam gelengan

Dan saat itu Gikwang sedar sesuatu.

Iaitu Doojoon juga ada hati pada Seo Rin

Dirinya terkedu.

"Okay, now acara for cake. Baiklah dua penyanyi merdu kat depan saya ni. Sila la nyanyi lagu birthday saya."

Mereka berdua mulai menyanyi. Tetapi Gikwang sedikitpun tidak serius. Sengaja mahu mengusik Seo Rin

"Hya, Gikwang. Awak main-main yer..nyanyilah serius sikit."

Gikwang menggeleng tanda dia tidak akan akur.

"Cha, mari buat hajat sekarang dan tiup lilin ni."

Seo Rin mengangguk patuh kata Gikwang.

Dia memejam mata dan mulai berdoa.

Setelah siap, lilin ditiup.

Gikwang menepuk tangan gembira. Saat itu matanya berkalih ingin melihat wajah Doojoon.

Ternyata benar tekaan dia. Doojoon kelihatan kurang senang. Sebentar tadi lelaki itu mengalihkan wajahnya dan berpura melihat ke arah lain sambil sambung makan.

Ikutkan hati mahu dia bertanya terus untuk kepastian namun Gikwang tidak mahu mengeruhkan suasana.

Dia bangun kemudian menghampiri Seo Rin mencalit pipi Seo Rin dengan kek di hadapannya.

"Hya, Gikwang. Siaplah awak."

Gikwang melarikan diri dari Seo Rin.

"Mana nak lari?" Dan mulalah mereka bermain lari sambil berkejaran meninggalkan Doojoon sendiri di situ. Seolah mereka terlupa keberadaannya.

Doojoon cuba mengukir senyum dalam payah. Suara hatinya berbisik, 'asalkan Rin bahagia. Aku pun bahagia untuk dia.'

Doojoon bangun dari tempatnya. Dia berhasrat mahu pulang

Namun tarikan di hujung bajunya menyebabkan langkahnya terhenti

Doojoon berpaling melihat si pelakunya.

"Hya, parti belum habis kau nak ke mana?"

Hati Doojoon bertambah pilu melihat senyuman Seo Rin. Dia tak kuat.

Doojoon menolak pegangan Seo Rin perlahan. Tindakan lelaki itu membuatkan Seo Rin terkedu.

"Aku balik dulu Rin."

Tubuh Seo Rin kaku. Dia tidak menyangka Doojoon akan melayani dia sedemikian rupa. Lelaki itu melangkah pergi langsung tidak berpaling walau sedikitpun.

"Yah Yoon Doojoon. Berhenti di situ."

Lelaki itu terus termati langkah mendengar jeritan Seo Rin.

"Aku ada buat salah ker Doojoon. Bagitahu aku apa dia?"

Doojon berpaling melihat ke dalam anak mata Seo Rin. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Tak... Kau tak ada buat salah. Aku yang salah."

"Salah? Apa salah kau dengan aku? Bagitahu aku mungkin aku boleh maafkan."

Doojoon menggeleng dalam anak matanya berkaca.

'Aku salah kerana mencintai kau Rin.'  Amat menyedihkan sekali kerana kata itu hanya terdapat dibalas melalui kata hati sahaja.

"Aku balik dulu Rin. Pastikan kau tak tidur lewat. Selamat malam."

Doojoon memandang Gikwang.

"Gikwang jaga dia okay."

Lelaki itu mengangguk.

Doojoon tersenyum memandang Seo Rin sebelum dia berlalu pergi.

Hati Seo Rin sayu. Perubahan Doojoon buatkan hati dia tidak tenang.

Gikwang kemudian merapati Seo Rin. Tangan Seo Rin digenggam erat.

Riak wajah Seo Rin yang kelat itu buatkan Gikwang menarik gadis itu masuk  ke dalam pelukannya. Dia perlu tenangkan gadis itu. Semua ini tak mudah untuknya.

---------------

Sudah beberapa hari Seo Rin dan Doojoon tidak bertemu.

Seo Rin bengang.

Panggilan telefon berkali-kali tidak diangkat. Balik-balik suara perempuan yang jawab. Yang dia tunggu suara lelaki Doojoon.  Seo Rin frust.

Seo Rin menghidupkan enjin kereta lalu kereta dipandu laju pergi. Kereta itu kemudian diberhentikan di hadapan sebuah rumah kecil.

Seo Rin keluar dari perut kereta menuju ke hadapan rumah tersebut.

Tin tong! Loceng ditekan.

Berkali-kali.

Namun tiada jawapan.

Dahi Seo Rin sudah berkerut habis

Dia yang berasa tidak sedap hati segera memulas tombol pintu rumah.

Klak!

Tidak berkunci. Seo Rin terus menerjah masuk. Doojoon tidak bersikap seperti kebiasaan. Ini membuatkan gadis itu tidak dapat senang duduk.

"YOON DOOJOON! EODISEO!"

Dalam rumah kelihatan kelam. Barang-barang terabur di mana-mana. Pemandangan di hadapan Seo Rin ini tak ubah seperti scene dalam sebuah kisah horor.

"Doojooon?"

Seo Rin masih mencari. Matanya meliar sekeliling.

Sepi.

Jantungnya mulai berdegup pantas saat mindanya mulai terfikir hal yang bukan-bukan.

"Doojoon!"

PRANG!

Bunyi pinggan terjatuh menyebabkan jantung Seo Rin berdebar menggila.

Dia takut untuk melangkah lebih jauh.

"Doojoon jangan main-main dengan aku."

Bayang-bayang menghampiri dari belakang buatkan Seo Rin tidak tentu arah. Matanya membesar.

"Doojon... Itu kau ke?"

Dia ingin memusing ke belakang. Namun semuanya sudah terlambat saatnya tubuh dicengkam dari belakang.

"Argh!"

Seo Rin memukul-mukul tangan figura  yang memaut pinggangnya.

"Seo Rin. Jangan tinggalkan aku..."

Pergerakan Seo Rin terhenti.

Hidung Seo Rin bergerak tanda dia bau sesuatu.

Bau arak kuat menusuk hidungnya.

"Yoon Doojoon kau minum?"

Seo Rin menyiku perut Doojoon lalu pegangan lelaki itu terlepas

"Doojoon kau tak boleh minum. Kenapa kau sanggup jejaskan kesihatan kau?"

Doojoon tidak boleh minum arak seumur hidup kerana dia ada penyakit. Dia perlu hidup dengan pantang-larang itu selamanya.

"AKU JADI GILA SEBAB KAU RIN!"

Teriakan Doojoon mengejutkan Seo Rin. Tidak pernah lelaki itu meninggikan suaranya.

"Apa yang aku dah buat Doojoon. Maafkan aku kalau aku ada guriskan hati kau."

"Aku dah cakap kau tak salah Rin. Aku yang salah."

"Apa benda kau merepek sejak dari parti tu lagi. Apa kena dengan kau Doojoon. Kau buat aku makin tak faham." Seo Rin menarik nafas perlahan untuk menenangkan dirinya

"Aku... Aku..."

"BAGITAHU AKU DOOJOOON. JUJUR DENGAN AKU."

"Aku sukakan kau Rin dan itu menyeksa hati aku." Akhirnya kata-kata itu meluncur keluar juga dari bibirnya.

Seo Rin yang mendengar pengakuan Doojoon menjadi kaku. Tidak menyangka Doojoon rupanya ada perasaan padanya.

Dia memejam mata cuba mencerna segala isi kata Doojoon. Seo Rin berpaling ke arah lain. Tangan digenggam bersama nafas dihela pendek. Mencari kekuatan untuk berhadapan lelaki itu.

"Jadi... Jadi sebab ni la kau macam jauhkan diri dari Gikwang. Kau  berubah jadi pendiam dan tiba-tiba tak pedulikan dia?"

Doojoon memejam mata mencari kekuatan untuk membalas kata Seo Rin. Doojoon takut. Dia merasa takut kehilangan Seo Rin jika meluahkan segalanya.

"Jawab aku Doojoon!" 

Tekanan yang diberikan membuatkan Doojoon menguak rambutnya ke belakang.

Doojoon buntu.

Tidak sangka hari itu akhirnya tiba. Hari dimana dia perlu luahkan segalanya dan mungkin kehilangan Seo Rin

"Jujur dengan aku Doojoon. Kau janji takkan sorokkan apapun dari aku."

Seo Rin menangis dan itu sungguh melemahkan Doojoon.

"Stop it Rin. Jangan nangis disebabkan lelaki tak guna macam aku." Dia lemah. Lemah jika melihat Seo Rin menangis. Jari-jemari Doojoon menyeka lembut pipi Seo Rin.

"Aku hanya ada kau dan Gikwang. Kau tahu kan betapa aku sayang kau dan Gikwang?"

Doojoon mengangguk bersama matanya berkaca.

Tubuh Seo Rin ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Hati Doojoon membisik, 'yeah aku ada untuk jadi orang yang kau bergantung harap tetapi tidak layak memasuki ruangan hati kau.'

"Kau satunya keluarga yang aku ada. Aku sayang kau Doojoon. Kau segalanya bagi aku."

Kata itu buatkan air mata Doojoon mengalir.

Esakan Seo Rin membuatkan Doojoon tersentuh.

Bahu Seo Rin bergerak tanda dia menahan esakan tangis sendiri. Doojoon menggosok belakang tubuh Seo Rin yang masih dalam pelukannya secara perlahan.

"Aku sayang kau. Kau tahu kan?"

Doojoon mengganguk mengiyakan dalam air matanya terusan mengalir.

Mengimbau ke hari itu.

Berbelas tahun yang lalu.

Keluarga Seo Rin dan Doojoon sama-sama merancang untuk pergi berkelah bersama. Dua biji kereta dibawa semasa dalam perjalanan.

Akibat hujan lebat meninggalkan kabus membataskan penglihatan di kawasan berbukit itu.

Seekor kijang yang tiba-tiba melintasi menyebabkan kereta yang dinaiki keluarga Seo Rin tidak terkawal dan terseret. Diikuti kereta milik keluarga Doojoon yang cuba untuk mengelak pelanggaran telah terbabas ke dalam gaung. Kereta milik appa Seo Rin hilang kawalan berpusing-pusing sebelum remuk dan terbakar menghentam pembagi jalan

Seo Rin dibantu keluar bapanya dan sempat ditinggalkan di atas lantai. Ketika dia mahu menyelamatkan ibu Seo Rin kereta itu meletup. Doojoon dilihat tidak jauh darinya. Seo Rin berusaha mendapatkan lelaki itu. Mujurlah lelaki itu terkeluar dari keretanya. Dia terselamat.

Sejak itu Doojoon dan  Seo Rin tinggal di rumah anak yatim. Mereka membesar bersama.

Doojoon membantu Seo Rin berdiri. Gadis itu diarahkan duduk di atas sofa. Kelihatan langkahnya tidak stabil saat mahu menuju ke dapur. Seo Rin menahan tangan Doojoon membawa lelaki itu duduk.

Seo Rin kemudian ke dapur.

Terjerit kecil dia melihat ada kucing melompat dari sinki.

Habis sisa makanan bersama pinggan pecah menghiasi lantai

Seo Rin memegang dadanya cuba mengatur nafas stabil.

Dia kemudian mengemas segalanya sebelum kembali semula ke Doojoon menyerahkan dia air.

Tangan Seo Rin, Doojoon pegang tiba-tiba. Seo Rin tersentak.

"Boleh tak kau luangkan masa dekat sini? Sehari saja."

Seo Rin menggeleng memikirkan dia tunang Gikwang. Mereka bakal berkahwin minggu depan.

"Aku takkan buat apa-apa. Aku bersumpah. Cuma aku nak kau pastikan aku boleh tidur lena malam ni."

Seo Rin akhirnya mengangguk setelah lama berfikir.

---------------

Seo Rin tidur di atas katil. Manakala Doojoon tidur di atas tilam pada lantai.

Suasana menyepi kerana masing-masing mendiamkan diri.

Katil yang asyik bergerak buatkan Doojoon tersengih.

"Rin. Kau tak boleh tidur ke?"

"Ah ye? Ye. Hurm..."

Dia bangun lalu duduk.

Doojoon turut duduk di tempatnya.

"Terima kasih sebab temankan aku malam ni."

Seo Rin tersenyum.

"Hal kecil je. Tak sama dengan kau yang selalu ada untuk aku. Tiap kali aku bangun dari mimpi ngeri dan nangis. Kau pujuk aku dan peluk aku kuat-kuat. Terima kasih Doojooon. Aku tak tahu apa yang akan terjadi dekat aku kalau kau tak ada kat sisi."

Doojoon membalas dengan senyuman.

Kata hatinya membalas, 'cukuplah kebahagiaan kau jugak kebahagiaan aku.'

"Kau nak tahu apa yang aku hajatkan sebelum aku tiup lilin kek haritu?"

Doojoon mengangguk.

"Aku doa kau dapat perempuan yang dapat jaga kau sebagaimana kau jaga aku."

Doojoon terkedu. Senyuman Seo Rin begitu menyentuh hatinya.

------------

Doojoon berjalan pantas menuju ke dalam ruangan lobi. Kot putih yang terpakai di tubuhnya dia perkemaskan.

Kaki itu kemudian melangkah masuk ke dalam ruangan kecemasan.

Kelihatan ramai pesakit yang akan memenuhi wad hari ini.

"Bagitahu keadaan pesakit?"

"Dia terlibat kemalangan Dr. Yoon. Dahinya macam sedikit terbelah. Tak ada kecederaan parah. Cuma kakinya   tidak dapat bergerak."

Doojoon mengangguk faham

"Baiklah, masukkan dia ke wad biasa setelah bagi jahitan dekat dahi."

"Doktor.. Tolong periksa kaki saya." Teguran itu buatkan dia bereaksi.

Doojoon kemudian memeriksa kaki pesakit yang dinyatakan tadi.

Bahagian lututnya diketuk dengan satu alat.

"Encik, dapat rasa apa-apa tak?"

Lelaki itu merespon dengan gelengan.

Doojoon kemudian memandang ke sebelah. Dia bertanyakan hasil pemeriksaan kaki pesakit itu.

"Tiada bahagian yang patah atau tercedera teruk."

Doojoon cuba menggerakkan kaki itu, terutama jari-jemari kaki pesakit itu.

Lelaki itu masih menggeleng.

Doojoon kemudian menulis laporan memberitahu pesakit itu lumpuh.

"Denyutan nadi?"

"Normal dokor."

Doojoon bergerak ke katil sebelah. Suara itu menarik perhatiannya. Kelihatan seorang gadis sedang menguruskan seorang pesakit.

Dahinya berkerut.

'Orang baru ke?' soal hatinya.

Tak pernah pulak dia nampak sebelum ni.

Pesakit tadi batuk-batuk menyebabkan termuntah darah. Dia pengsan kemudian. Keadaannya menjadi tidak stabil menyebabkan dia perlu dibawa ke ruangan bedah.

Doktor perempuan itu mengarahkan katil pesakit itu dibawa pergi.

Perlanggaran bahu dia antara Doojoon menyebabkan dia segera membongkok memohon maaf.

"Doktor baru?"

Teguran Doojoon menerima anggukannya.

"Saya pergi dulu. Semoga kita berjumpa lagi."

Doojoon terus memandang belakang tubuh gadis itu yang menjauh pergi.

Kata-kata itu terkesan di jiwanya.

Dirinya mempersoalkan  mengapa mereka perlu bertemu lagi.

------------

Doojoon masuk ke kafeteria. Dari sebelah sana kelihatan Seo Rin melambai-lambai. Gikwang di sebelah hanya tersenyum

Doojoon mengambil tempat di hadapan mereka.

"Air kosong saja lagi?" tegur  Seo Rin.

"Biarlah dia...," ujar Gikwang lalu menghirup airnya.

"Anni. Dia dah kurus macam lidi. Tapi diet pulak." Gikwang tersengih dengan kata Seo Rin.

Doojoon juga sama. Sarapan pagi tadi sudah cukup buatnya.

"Hai, doktor!" Teguran dari sebelah buatkan dia berpaling.

"Kita bertemu lagi."

"Ah ye..."

Gadis di ruangan kecemasan tadi.

"Hya Bomi ya!"

Gadis itu bereaksi pada Seo Rin.

"Omo Doktor Seo Rin!"

"Hya kau pindah sini ke kenapa tak bagitahu aku?"

Kedua mereka berpelukan gembira bagai tak mahu lepas.

Gikwang dan Doojoon hanya menggeleng melihat mereka.

Gadis bernama Bomi itu berlalu pergi kemudian. Sempat dia meninggalkan pesan pada Doojoon.

"Nikmati lunchnya doktor."

Kelihatan Doojoon tersenyum. Dia masih terpandangkan gadis itu walau langkahnya sudah jauh pergi.

Seo Rin dan Gikwang berpandangan dalam senyuman.

Semoga dengan kedatangan Bomi dapat menambat hati  Doojoon dan merawat lukanya.

Doojoon layak memiliki yang terbaik

The end


Hope you like it Rin..thanks sbab repeat request. Hehe ❤️

Need to sleep now. Bye bye. Esok saya kirija.











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro