6: Take me nuna!
Stevhia Lee, siapa tidak kenal gadis korea berkacukan Kanada itu. Top 10 pelajar cemerlang di sekolahnya. Juga merupakan perenang paling handal. Dia sering memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan.
Stevhia memiliki tubuh langsing dan tinggi bak model. Dia tidak perlu mengenakan sebarang alat solek kerana wajahnya yang asli itu sudah cukup menyerlah.
Gadis itu menjadi pujaan ramai jejaka di Shinhwa High School. Dia dipikat ramai lelaki, tetapi Stevhia langsung tidak mempunyai keinginan bercinta. Stevhia bercadang untuk mengapai cita-citanya sebagai perenang dan penyelam yang memecah rekod dunia. Sudah lama dia menyimpan cita-cita itu.
Kelebihan yang dimiliki tidak pernah membuatkan dirinya sombong. Tetapi ramai yang bersikap dengki padanya.
Stevhia masih ingat ketika kali pertama dia menjejak ke sekolah itu.
"Satu... Dua... Tiga... Dia datang... Dia datang."
Stevhia melangkah masuk ke dalam kelas. Hari itu adalah hari pertamanya menjejakkan kaki ke sekolah. Sebuah baldi yang tergantung ditarik lalu jatuh ke atas kepala Stevhia. Baju Stevhia basah lencun. Wajahnya tidak kelihatan kerana tertutup dengan baldi tersebut. Makanan yang dibawanya lembut bercampur air.
Seluruh kelas mentertawakannya. Gelak tawa kuat bergema. Baldi tadi ditarik keluar. Stevhia memutarkan mata sekeliling. Tiada seorang pun yang menunjukkan rasa simpati. Seolah semua meraikan dan menganggap perbuatan terhadap Stevhia itu satu gurauan. Untuk berseronok.
Seorang gadis merapati Stevhia. Belakang Stevhia yang basah itu ditepuk.
"Hya chingu. Kesian ya kau basah. Jangan ambil hati. Kita orang bergurau jek. Actually macam nilah kita orang sambut budak baru masuk kelas kita orang."
Wajahnya dipalingkan ke arah kelas.
"Betul tak geng?"
Semua bersorak bersetuju.
Stevhia mengenggam tangan geram. Dia cuba menahan rasa sabar.
Tiba-tiba datang seorang lelaki menuangkan baldi berisi bedak ke kepala Stevhia.
"Ops... Tak habis lagi. Yang ni untuk kemuncaknya." Gadis itu ketawa setelah mengucapkan.
"Hyuna ah. Tangkap gambar dia buat kenangan." Permintaan seseorang itu buat dia tersenyum sinis.
Gadis yang didakwa bernama Hyuna itu segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Menangkap gambar keadaan Stevhia yang sudah bercampur air dan bedak.
"Okaylah bedak kan. Bukan benda buruk kita orang bagi. Baru kau wangi." Hyuna bermain rambut Stevhia. Gadis itu hanya memandang kosong ke arah Hyuna.
"Kenapa? Marah? Tak sporting betul kau ni."
Telinga Stevhia dirapati.
"Ini baru permulaan." Hyuna berbisik sinis.
"Jageumman apa berlaku?" Kemunculan sang pengetua membuatkan mata Hyuna membungkam.
Mata wanita bergelar sang pengetua itu membuntang luas saat melihat keadaan Stevhia.
"Stevhia ah apa dah jadi. Kenapa kamu macam ni?"
Stevhia menepis pegangan wanita itu. Dia menunduk kepala mengelak dari bertentangan mata dengan sesiapapun.
"Pe... Pengetua."
Wanita itu menjegil Hyuna yang gagap.
"Hyuna... apa yang telah kamu lakukan dengan anak saya?" Suara wanita itu naik meninggi seoktaf.
"Anak?" Semua dalam kelas itu mata terbeliak.
Stevhia menjeling wanita itu. Sudah dia beri amaran jangan didedahkan identitinya namun si ibunya mungkir.
Hyuna melihat ke dalam kelas. Mencari siapakah pembelot yang melaporkan pada pengetua.
Kelihatan setiap tempat duduk penuh. Dia yakin semua sudah bersekongkol dan merancang bersama. Tiada siapa mungkin berani mengingkari arahan darinya.
Stevhia menarik ibunya memaksa wanita itu pergi. Saat mereka sudah jauh dari kelas, Stevhia bersuara menegur ibunya. "Perlukah eomma buat Stevhia macam ni?"
"Mwo? Eomma hanya lindungi kamu. Kalau eomma tak beritahu siapa kamu, kamu yakin mereka takkan ulangi perbuatan yang sama?"
"Stevhia dah pesan pada eomma kita dah tak ada kaitan. Stevhia pindah ke sini sebab appa. Jangan harapkan apa-apa sebab Stevhia masih terima eomma atas wasiat appa. Lihatlah... Lepas semua ni layanan akan berubah sebab eomma."
Stevhia berlalu pergi begitu saja.
Jauh di sudut hati wanita itu langsung tidak tersentuh. Dia hanya memaparkan riak wajah tenang.
Stevhia menghampiri lokernya ingin mengambil baju lebih yang dibawa untuk ditukar. Saat tangannya ligat mencari, seutas gelang jatuh ke lantai.
Mata Stevhia fokus pada gelang itu. Dia kaku seketika.
Hatinya berbisik lembut, 'andai kau ada di sini pasti kau akan bela aku. Kau akan jaga aku...'
Stevhia memejam mata menghentikan kata hatinya. Dia mengepal penumbuk.
"Tak... Aku tak perlukan dia. Dia boleh pergi mampus sana."
Stevhia mencapai gelang itu kasar lalu tong sampah dihampiri. Dengan perasaan yang penuh bercampur baur Stevhia biarkan gelang itu jatuh ke dalam tong sampah.
Dia mengatur langkah ingin pergi tetapi kakinya serasa berat.
Stevhia memejam mata. Dia mendekati tong sampah itu semula lalu gelang yang tenggelam dalam timbunan kertas ditemui jua.
Stevhia menatap gelang itu penuh benci. Umpama ibunya.. Dia tidak boleh sepenuhnya membuang mereka dari hidupnya kerana masih ada rasa kasih tidak dapat dihapuskan. Stevhia bencikan rasa itu.
Ingatan imbas kembali itu menghilang
"Stevhia.."
Stevhia yang termenung sejak tadi tersedar dari lamunannya. Matanya dibawa melihat ke dalam loker. Penuh dengan pelbagai hadiah diberi ramai lelaki. Lokar itu ditutup.
Lelaki bercermin mata di hadapannya dipandang.
"Ya?" Wajah Stevhia membalas acuh tidak acuh.
"Saya hadiahkan tuala untuk awak. Semangat untuk latihan petang ini."
Stevhia menyambut dengan kepala mengangguk.
"Terima kasih. Saya pergi dulu."
Tuala kecil tadi dilempar ke dalam loker yang dibuka. Sudah tuala ke berapa dia terima, tidak dia tidak tahu.
Stevhia melangkah pergi tanpa langsung berkalih kemudian
Semua lelaki yang berada di situ menjadi menggila melihat Stevhia lalu. Perkara itu bukanlah biasa kerana ada yang sawan dan mengeluarkan buih dari mulut disbebabkan Stevhia.
Stevhia berjalan pergi tanpa mempedulikan sesiapapun.
Sebaik dia melangkah keluar dari blok itu, seorang lelaki menaikkan topinya berdiri di hujung dinding. Diam memerhati tubuh Stevhia yang membelakangi menjauh pergi.
----------
Stevhia pulang ke rumahnya. Seperti biasa dia melangkah ingin naik ke atas tetapi ditahan ibunya.
"Stevhia... Sekejap."
Stevhia memandang malas ibunya
"Apa eomma?" Dia memeluk tubuh melihat ke arah lain.
"Eomma nak perkenalkan appa baru kamu dan saudara baru kamu."
Tangan dihulurkan ke hadapan oleh sang lelaki yang baru diperkenalkan sebagai bapa tirinya.
Stevhia memandang sinis lelaki itu.
"Ouh ya setelah appa pergi eomma dah berani bawa dia pulang ya? Eomma dah berani tunjuk kecurangan eomma selama ini?"
Suasana sungguh tegang namun kehadiran seorang lelaki menjernihkan semula
"Hai, saya Dongpyo. Saudara tiri awak. Kita jarak setahun saja. Muda setahun. Gembira dapat bertemu ahli keluarga baru."
Stevhia memandang kosong huluran tangan lelaki bernama Dongpyo itu.
Dia mengatur langkah yang terbantut tadi.
Ibunya menjerit ke arahnya
"Hya Stevhia. Dongpyo yang tolong kamu masa kamu kena buli hari pertama sekolah tu. Kenapa kamu layan dia macam tu?"
Dongpyo beriak wajah tenang. Matanya terus memandang ke arah gadis itu yang sudah jauh naik ke atas.
"Ouh ya Dongpyo mana saudara kamu yang seorang lagi?"
Si bapa menjawab pertanyaannya. "Dia terima rawatan hari ni."
Wanita itu mengangguk faham.
-------------
Stevhia membuka mata. Saat sedar dia terjerit
"Hye!" Imej hidung besar Dongpyo mengejutkan
"Arghhhhhh! PEROGOL!"
Nasib Dong Pyo tidak baik kerana dia dihempuk bantal berkali-kali.
Dong Pyo mencengkam tangan Stevhia menghalang dia dari terus memukul.
Mata mereka saling bertemu.
Saat itu Stevhia bagaikan tersedar sesuatu. Anak mata lelaki itu mengingatkan dia pada seseorang.
Dongpyo tersengih melihatkan Stevhia tenggelam dalam renungan jauh lelaki itu.
"Kenapa? Saya hensem sangat ker sampai awak pandang tak berkelip."
Stevhia melempar bantal ke arah Dong Pyo. Tubuh Dong Pyo ditolak bersama bantal yang menutupi muka lelaki itu. Dong Pyo ditolak keluar.
"Jangan sembarangan masuk bilik ni lain kali. "
Stevhia membuka kembali pintu biliknya.
"Ouh ya panggil aku nuna lepas ni. Nu...na. Okay. Faham?"
Pintu dihempas kuat menutup.
Dong Pyo menarik bantal lalu tersengih
----------
"Awak kajja sekali."
Stevhia menjeling Dong Pyo. Bibirnya bergerak perlahan ingin mengajar Dong Pyo menyebut nuna.
Dong Pyo tersengih. "Yeah nuna. Nuna nuna nuna nuna nuna. Puas?"
Stevhia menjelingnya. "Tak payah.. Aku boleh naik kereta sendiri."
Dong Pyo tersengih sendiri.
Stevhia terbuntang mata luas melihat tayar keretanya pancit.
"Ish masa ni la. Aku pergi naik teksi jek."
"Kejap nuna." Dong Pyo menghalang laluannya.
"Kita pergi sekali. Nuna tak mahu terlambat untuk latihan nuna kan?" Dong Pyo menjongketkan keningnya.
"Yelah!" Stevhia menghentak kaki geram menghampiri motorsikal berkuasa tinggi Dong Pyo.
Dong Pyo tersengih. Tidak sia-sia dia pancitkan tayar kereta tu. Dapatlah dia berduaan dengan Stevhia.
Helmet dihulurkan. Stevhia menyambut dalam bersuara, "hya kau sampai ke naik motor tu. Kalau aku jatuh macam mana?"
Dong Pyo sekadar tersengih. Dia membalas, "kalau nuna peluk saya kuat-kuat nuna takkan jatuh."
"HYA!" Stevhia menjeling lelaki itu.
Dong Pyo naik ke atas motor. Sarung tangan hitam sudah terpakai di tangan. Stevhia naik perlahan di belakang. Dong Pyo menghidupkan enjin motor lalu helmet hitam menutupi wajahnya. Sebaik minyak dipulas, motor berkuasa tinggi itu laju membelah jalan raya. Dong Pyo tidak mahu Stevhia terlambat untuk kelas latihan renang petangnya.
---------
Dong Pyo setia menanti Stevhia sepanjang kelas berlangsung.. Bibirnya menguntum senyum melihat Stevhia kelihatan lincah dan tangkas di dalam air. Semua lawannya tewas dengannya.
Sebaik Stevhia keluar dari kolam renang, Dong Pyo menolak mereka yang ingin menghampiri Stevhia.
"Nah." Dia menghurkan tuala dan botol air.
"Hya kau masih di sini?"
"Yelah. Nuna tumpang saya. Lupa ke?"
Stevhia ingin merampas tuala kecil dari Dong Pyo tetapi lelaki itu lebih pantas mengelap wajah Stevhia yang basah. Biarpun Stevhia tinggi lampai tetapi Dong Pyo juga tidak jauh tingginya. Dahi mereka berada di kedudukan yang sama.
Lelaki-lelaki didakwa menjadi crush Stevhia yang turut mengerumuni situ semata Stevhia menjadi cemburu. Habis ditelan tuala yang mereka pegang
Penutup botol air dibuka lalu dihulurkan. Stevhia sempat menjeling sebelum mengambil botolnya dari Dong Pyo.
-----------
Dong Pyo berjalan-jalan ingin menuju ke kamarnya. Langkahnya terhenti pada kamar Stevhia saat sedar pintu bilik terbuka. Bilik mereka bersebelahan saja.
Dong Pyo mencuri masuk dan terlihat Stevhia seolah sedang nyenyak tidur di mejanya. Banyak kertas dan nota yang tertulis. Lelaki itu tersenyum. Selimut di atas katil dia ambil lalu selimutkan.
Dong Pyo keluar setelah menutup lampu
Stevhia membuka matanya. Selimut tadi ditolak ke tepi.
Apakah tujuan lelaki itu berbaik dengannya?
----------
"Appa eomma kami ke sekolah sekali," ujar Dong Pyo sebaik melihat Stevhia dari jauh.
Dongpyo bangun dari meja makan. Dia berlari ke pintu utama.
Stevhia menghentikan langkahnya.
"Hya. Aku naik kereta aku je. Kau tak payah hantar."
Dong Pyo merampas kunci kereta dari tangan Stevhia.
Dia selamba masuk ke dalam kereta milik gadis itu.
Stevhia menendang tayar kereta
"Hya! Tu kereta aku la."
Dong Pyo tidak mempedulikanya. Kaca mata dipakai. Dong Pyo menghon kereta menyebabkan Stevhia menjeling sebelum masuk
Stevhia memandangnya, "Hya kau boleh bawak kereta ke? Macam mana kalau kita kemalangan."
Dong Pyo tidak menjawab. Pedal kereta ditekan sebaik handbrake digerakkan. Kereta sport itu meluncur laju membelah jalan raya.
Tersandar Stevhia ke tempat duduknya disebabkan impak kelajuan kereta itu.
------------
"Nah." Dong Pyo menghulurkan sekotak susu dan sebungkus roti
"Tak payah. Aku boleh beli sendiri."
"Rezeki orang bagi jangan tolak."
Stevhia mengigit plastik pembungkus roti geram. Dia menyumbat kesemua roti dalam mulutnya. Dong Pyo tersengih lalu tangan diseluk ke dalam poket. Lelaki itu berlalu pergi kemudian
----------
"Kau balik dengan aku lagi?"
"Yelah.. Mana saya bawak motor pagi tadi." Kunci kereta dirampas dari tangan Stevhia.
"Dong Pyo kenapa kau buat semua ni?"
Langkah Dongyo yang membelakangi terhenti.
Wajahnya serius.
"Eomma cakap kau selamatkan aku haritu. Jadi kau perhatikan aku semenjak tu kan?"
Stevhia jadi syak kerana Dong Pyo mengetahui waktu kelas renang petangnya.
Dong Pyo terdiam. Memang benar semua yang diperkatakan Stevhia. Dia tidak sengaja melihat Stevhia dibuli. Dong Pyo melaporkan pada ibu Stevhia. Juga sejak itu dia sering memerhati Stevhia dalam diam.
"Kalau kau buat semua ni sebab kau suka dengan aku. Hentikan saja. Kita tak sesuai bersama."
Dong Pyo tersengih sinis
Langkahnya diatur laju menuju ke arah gadis itu. Wajah mereka didekatkan
"Jangan anggap saya budak kecil nuna. Umur bukanlah alasan segalanya. Saya takkan berhenti di sini saja. Jangan halang saya. Kalau nuna tak suka. Baiklah..."
Lelaki itu berjalan pergi.
Stevhia ingin menahannya namun melihatkan Dong Pyo menahan rakannya dan naik menumpang motorsikal itu menghentikan tindakannya.
-------------
Dong Pyo duduk menunduk di tempatnya.
"Dong Pyo..." Panggilan suara lemah itu buatkan dia terdongak..
Dong Pyo kaku ditempatnya. Dia emosi
"Hyung... Apa aku tak layak untuk bahagia?"
"Kau semakin berubah Dong Pyo. Hyung rindukan sikap ceria kau. Sikap keanakan kau."
"Dong Pyo yang tu dah mati. Mati disebabkan eomma dan appa."
Pandangan mata berkaca dibawa menatap abangnya yang berada di katil.
Lelaki bergelar abang Dong Pyo itu mengukir riak mendung.
"Semua salah hyung. Maafkan..." Kata lelaki itu terhenti saat tersedar Dong Pyo berada dalam pelukannya. Bahunya terasa basah. Hanya kedengaran esakan halus memenuhi kamar sepi itu
-----------
Jejak Dong Pyo bagai menghilang.
Stevhia langsung tidak berselisih atau bertemu mata dengan lelaki itu.
Hendak dikatakan dia menunjuk protes, tetapi Dong Pyo tidak pernah mengalah.
Dia meninggalkan roti dan air sewaktu Stevhia rehat. Juga meninggalkan air dan tuala kecil buatnya. Pada waktu malam, dia akan menutup lampu kamar Stevhia dan menyelimutkannya
--------
Stevhia tersedar akan Dong Pyo melintasi
"Hya Dong Pyo!" Jeritannya menghentikan Dong Pyo.
Lelaki itu berkalih
"Dong Pyo." Stevhia menarik nafas sedalamnya. Dong Pyo terkebil-kebil
"Jadi namchin saya?"
Mata Dong Pyo langsung tidak berkelip. Riak wajah kosong
Stevhia menendang kaki Dong Pyo menyebabkan lelaki itu tersedar ini bukan mimpi
Tubuh Stevhia dipeluk erat.
Dong Pyo membisik, "gumawo for take me nuna."
-------------
Sejak itu mereka lakukan semua aktiviti bersama. Dong Pyo cuba berkelakuan manis di belakang ibu bapa mereka. Boleh pula mereka main tendang kaki bawah meja. Tidak habis itu Dong Pyo memaksa Stevhia menerima suapan darinya.
Dong Pyo sentiasa berkepit dengan Stevhia. Mereka tidak pernah terpisah. Sedar tidak sedar sudah seminggu usia hubungan mereka.
-------------
Dalam samar cahaya, mata itu melihat wanita itu tidur.
Dirinya hairan melihat ibu bapanya tidak tidur bersama sedangkan sudah berkahwin. Katil mereka berasing
Stevhia menarik selimut menutupi tubuh ibunya. Tiba-tiba tangannya ditarik. Mata Stevhia terbuntang luas. Wajah ibunya dipandang. Mata itu berkaca.
Kelihatan ibunya sudah tahu dia sering pedulikan ibunya dalam diam. Sebenci mana Stevhia pada ibunya, Sayangnya tetap melebihi kerana dia hanya ada ibunya.
------------
"Hari ini tetamu istimewa akan pulang."
Kening Stevhia terjongket. Wajahnya dipalingkan pada Dong Pyo. Lelaki itu tersenyum
Kelihatan semua sudah tahu cuma tinggal dia saja. Stevhia memandang Dong Pyo dengan pandangan-siaplah-kau-nanti
Pintu utama terbuka lalu Stevhia dihidangkan dengan pemandangam yang tidak terduga
"Dong... Dong Han."
Kelihatan lelaki bernama Dong Han itu mendongak
Dong Pyo berkerut. "Kau orang kenal?"
"Stevhia?" Tindakan lelaki itu memeluk Stevhia mengejutkan semua. Termasuk Dong Pyo.
"Stevhia awak dah balik ke Korea rupanya. Puas saya cari awak di Kanada."
Dong Han memegang gelang di tangan Stevhia.
"Awak masih pakai gelang pemberian saya?" Lelaki itu tersentuh
Hati Dong Pyo hancur. Apa yang sedang terjadi sekarang?
Stevhia menepis tangan Dong Han. Wajah Dong Pyo dipandang.
Dong Han kemudian terpengsan. Keadaan menjadi kelam kabut.
Dia baru saja pulang kerana keadaan stabil tetapi dia harus masuk ke hospital semula.
"Keadaan pesakit kritikal...," khabar doktor.
Stevhia mengalirkan air mata. Tidak menyangka punca Dong Han meminta perpisahan kerana dia sakit teruk.
Stevhia menemukan Dong Han.
Lelaki itu tersenyum lalu berkata, "saya dah boleh pergi dengan tenang sekarang. Syukur awak baik saja."
Stevhia menggeleng dalam air mata.
"Awak akan baik saja Dong Han. Saya takkan tinggalkan awak lagi."
Donghan menolak perlahan tangan Stevhia.
"Tak boleh Stevhia. Kisah cinta kita terlarang. Kita tak mungkin dapat bersama."
Stevhia berkerut.
Ibu dan ayah tirinya dipandang.
Kelihatan lelaki itu terus keluar dari situ. Ibu Stevhia pula kaku beriak mendung.
Dunia Stevhia menjadi segelap-gelapnya saat dia mengetahui dia dan Dong Han merupakan saudara satu bapa. Itu menjadi penguat alasan Dong Han meminta perpisahan.
Hati Stevhia hancur mengetahui bapanya juga berkahwin dalam diam dengan ibu Dong Pyo. Mereka pasangan dewasa yang saling mencurang antara satu pasangan.
Dong Han sakit sejak kecil. Bapa Dong Pyo tiada pilihan lain selain menjaga dan membesarkan anak itu setelah isterinya meninggal.
Hubungan mereka dimulai kerana rasa cinta namun berakhir dengan rasa tanggungjawab mempertahankan karier mereka. Ibu Stevhia bersama bapa Dong Pyo kerana ingin menyelamatkan syarikat mereka.
-------------
"Dong Pyo..." Stevhia memanggil lelaki itu.
Tubuh lelaki itu tidak berkalih. Membelakangi gadis itu
"Jaga dia nuna. Jaga hyung sehingga nafas terakhirnya. Itu saja permintaan saya."
Dong Pyo melangkah pergi
Stevhia tahu betapa Dong Pyo begitu menyayangi Dong Han. Dia menganggap Dong Han segalanya kerana hanya Dong Han peduli padanya.
Dong Pyo tidak pernah mendapat perhatian ibunya. Ibunya melebihkan Dong Han. Bapa mereka membenci kerana mereka lahir dari rahim ibu mereka. Dong Pyo dikawal sepenuhnya oleh ayahnya kerana lelaki itu anak kandungnya.
Stevhia menjerit.
"Dong Han boleh jaga dirinya. Dia pasti akan sembuh."
Dong Pyo menghentikan langkahnya. Wajah Stevhia dipandang
"Kalau itu terjadi. Tolong bersama dia."
Stevhia menggeleng.
"Anni. Kami adik beradik. Kau gila ke?"
"Kita juga tak ada harapan nuna." Dia tidak sanggup melihat abangnya menderita. Jika abangnya tidak dapat memiliki Stevhia biarlah dia juga sama
"Jaga diri nuna."
Lelaki itu melangkah pergi meninggalkan situ
Stevhia memejam mata membiarkan air matanya mengalir
---------
Dong Pyo akhirnya ke Kanada. Dia menyambung pelajaran kerana perlu mewarisi syarikat ayahnya
Stevhia juga berhijrah ke Malaysia. Dia melanjutkan pelajaran di sana.
Dong Han dijaga ibu Stevhia dan ayahnya sehingga dia kembali sembuh
The end
--------------
Seharian June cari ideaaaaa. Hope sangat stevhiaaaa sukaaaaa❤️ mian kalau tak best
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro