4: CEO PARK
Krek!
Dedaun pintu dibuka lalu Yoora menjengulkan kepala.
"YOORA!"
Teguran itu buatkan Yoora memejam matanya. Benar tekaan dia bahawa makciknya datang.
'Sempat lagi nak lari. Cepat Yoora gerakkan kaki kau,' Yoora berbisik dalam hati.
Tubuhnya dipalingkan. Kakinya sudahpun mengatur ke depan. Yoora menghembuskan nafasnya.
"Han Yoora!"
Namun nafas Yoora tersekat dan langkahnya mati akibat tangannya ditarik dari belakang.
Yoora menolehkan wajah ke belakang lalu terlihat abangnya sedang tersenyum. Yoora menolak pipi lelaki itu mengejek, "hya, lepaskan tangan kau. Sakitlah. Dahlah senyuman kau jijik."
Lelaki itu menarik rambut Yoora. "Kau kata senyuman aku jijik. Hei, aku tak nak bagi kau duit kalau kau nak pinjam lagi lepas ni."
"Aku tak hamaklah duit kau. Arghhh! Dahla lepaskan rambut aku." Yoora pula bertindak menarik rambut lelaki bernama Han Jisung itu.
"Mentang-mentang kau dah kerja. Kau berlagak ya."
"Yelah aku takkan menagih duit kau lagi aaargh lepaslah."
Bergegar satu rumah disebabkan dua beradik itu. Puan Han memicit pelipis kepala. Ada anak dua tapi macam dua puluh. Pening!
Makcik mereka terasa rimas dan terganggu dengan pergaduhan mereka. Dia segera meminta diri pulang.
Han Jisung serta merta melepaskan cengkaman tangannya pada rambut Yoora. Rambut adiknya dikemaskan lalu diusap. Dia bertanya "sakit ke aku buat kau?"
Yoora mendecit halus. "Rambut aku hampir botak dibuatnya."
"Kau patut bersyukur aku tolong halau makcik dari tanya soklan bila kau nak kahwin." Han Jisung menggosok hidung bangga.
"Tak ada terima kasih. Kau patutnya kahwin dulu. Kalau tak, tak ada makcik nak soal lagi." Yoora masih
menggosok rambutnya yang kesakitan.
"Kalau macam tu kau carilah seorang dekat aku. Takpun... Aku kahwin dengan kau jelah senang cerita."
Yoora mencubit lengan abangnya kuat. Mengaduh kesakitan Han Jisung sampai terangkat kakinya.
"Kau jangan merepek boleh tak gila? Kita adik beradik okay."
Han Jisung menjarakkan sedikit dirinya jauh dari Yoora lalu menambah kata lagi. Memprovok adiknya. "Ha yelah kau tak tahu eomma kutip kau dari tong sampah jek dulu. Kau anak angkat jek."
Yoora mengangkat meja kopi berura menghentak pada kepala abangnya. Biar hilang ingatan terus. Boleh nanti dia balas balik beritahu Jisung anak angkat.
Han Jisung berlari dalam tawa yang meledak kuat. Puan Han hanya jadi tukang permerhati sejak tadi. Mulutnya tidak henti mengunyah limau mandarin yang manis. Manis macam Puan Han.
"Eomma tengok oppa tu. Perangai dia macam mintak kaki."
Puan Han menyokong Yoora. "Yelah dia jadi tak berapa betul lepas kena tinggal dengan ex."
Yoora terdiam. Timbul rasa kasihan pula saat mengenangkan Jisung mengurung dirinya seharian dalam bilik dan kurang bercakap selama seminggu disebabkan ex dia berkahwin dengan rakan baik sendiri.
"By the way Yoora. Macam mana kerja kamu? Okay tak bos kamu?"
Puan Han separa berbisik kemudian, "dengar kata hensem. Ada tak chance kamu mengurat."
Yoora menghenyakkan punggung duduk bersebelahan ibunya.
"Eomma ku. Sangat cliche untuk PA dan bossnya bercinta. Tambahan pula dia dah ada girlfriend pun."
Yoora mengeluh lalu merampas limau dari tangan ibunya. Selamba saja dia menyuap limau baru dikupas ibunya ke dalam mulut. Ternganga Puan Han dengan tangan kosong. Mujur tak masuk lalat. Bertuah punya budak.
"Tak cliche bagi eomma sebab appa dan eomma pun adalah bos dan PA. Tapi tak apalah. Dia pun dah berpunya."
"Yer tapi hubungan dia orang macam tak baik sejak belakangan ni. Yoora selalu terdengar dorang gaduh setiap kali Yoora dipanggil masuk bilik bos." Yoora masih merembat limau Puan Han.
Puan Han yang pasrah akhirnya berhenti makan limau.
"Yah, Yoora carilah calon cepat atau hujung minggu ni eomma aturkan blind date."
"Apa?" Membulat mata Yoora.
"Tak mahulah eomma. Sepatutnya oppa yang hadiri blind date tu. Oppa yang kena kahwin dulu."
"Oppa kamu dah cakap. Dia nak adik dia kahwin dulu supaya dia rasa lega tanggungjawab dia dah terlepas ke orang yang sepatutnya. Lagipun ini pun harapan mendiang appa." Puan Han memandang Yoora dengan tenang.
Yoora jeda lagi. Sungguh dia tersentuh dengan abangnya yang memegang teguh amanah appa mereka.
Drrrt... Drrtt..
Telefon berdering meminta dia jawab.
Yoora menolak butang hijau segera menjawab panggilan.
"Yoora..." Suara serak basah lelaki ini sentiasa membuatkan jantung Yoora berdebar.
"Ye... Ye boss."
"Saya akan ambil awak petang ni. Jadi bersiap tepat masa."
"Tak... Takpe boss. Saya naik bas jek."
"Tak perlu Yoora. Naik saja dengan saya. Lagipun kita perlu cepat siapkan event tu sebelum malam. Pastikan awak dah siap bila saya sampai."
Yoora akur.
Yoora kemudian terpandangkan Puan Han. Wanita itu sekadar menjongketkan keningnya dengan wajah tenang.
Yoora berkerut dahi. Bingung dengan perlakuan ibunya. Hurm...
----------
Drrrt... Drttt.... Bangunlah Yoora... bangun... Cepat... Cepat
Yoora berkerut cuba membuka mata dalam mamai.
Telefonnya masih bernyanyi. Senak telinga Yoora mendengar penggera milik suara Han Jisung. Bingit dengn volume penuh. Sejak tadi ulang benda yang sama. Ini mesti kerja Jisung. Kerja menghanat saja.
Yoora menggosok mata sambil menguap mengerling ke muka skrin.
"OMO!" Mulut dia terlopong.
Tinggal 15 minit sebelum bossnya datang. Yoora terus melompat dari katil dan menerjah kamar mandi. Dia tertidur petang akibat terlalu lelah. Yoora mulai gelabah, bimbang bossnya yang anginnya tak menentu ribut taufan itu mungkin akan bertindak memecatnya disebabkan kelewatan dia ini.
Yoora membuka pili air namun tiada air yang keluar. Mata Yoora terasa pedih disebabkan syampu yang dia pakai di kepala menitik. Yoora menjerit menggila.
"Lah kenapa tiba-tiba tak ada air ni. Ini Seoul okeh. Seoul!" tibe-
Dengan wajah yang turut penuh dengan calitan pencuci muka Yoora berlari keluar menuju kamar Han jisung.
"Hya oppa aku nak pinjam bilik air kau jap."
"Arghhhhhh!" Jisung yang baru keluar bilik air menjerit terkejut mengandaikan hantu kak limah muncul tiba-tiba.
Yoora menampar pipi Jisung membuatkan Jisung sedar, itu bukan hantu kak limah tetapi adiknya yang jadi hantu. Garang betul!
"Dah pergi sana!" Yoora menendang Jisung sehingga lelaki itu bergolek ke lantai.
Yoora masuk ke dalam kamar mandi mencuci rambut dan wajahnya. Mujurlah berfuntion bilik air Han Jisung. Maklumlah ada tempat penyimpanan air.
Yoora menyarungkan baju yang dia ambil random dari almari lalu kasut tumit dia turut capai. Berlari kelam kabut dia turun ke bawah dengan pengering rambut dia bawa sekali.
Puan Han melambai dari ruang tamu.
"Yoora, boss kamu dah sampai."
Kelihatan lelaki itu duduk di sofa sedang tersenyum.
Mata Yoora terbeliak. Pantas dia sarungkan kasut lalu berlari pada bossnya.
"Boss. Saya dah siap."
Lelaki itu menutup mulut menahan tawa.
"Ke... Kenapa?"
"Baju awak terbalik. Kasut awak sebelah merah. Sebelah hitam."
Yoora membuntang luas mata melihat dirinya. Terus dia berdesup hilang naik ke atas menukar segalanya.
----------
Dalam kereta Yoora hanya diam. Masih terkesan dengan peristiwa tadi. Yoora mengerling bossnya yang dari tadi fokus pada pemanduan. Langsung tiada riak wajah. Risau Yoora bossnya marah.
"Boss... Saya minta maaf lambat."
"Hurmm..." Kelihatan lelaki itu seperti tiada mood. Tadi bukan main ketawakan dia. Ha sudah, period ke?
Sebelah tangannya menguak rambut ke belakang. Lidahnya membasahkan bibir yang kering. Lelaki itu meneguk air liur serta merta menggerakkan halkumnya. Keluhan berat terlepas. Bossnya sesekali mengerling mata ke luar. Tingkahnya kelihatan seperti orang gelisah sahaja. Yoora terganggu.
------------
Mereka sampai di Pulau Jeju. Kelihatan ramai orang memenuhi sedang menyiapkan event malam ini.
"Yoora bagitahu semua kita ada meeting sekejap."
Yoora mengangguk faham.
Mereka kemudian berkumpul di sebuah meja bersebelahan tasik.
Kelihatan lelaki itu serius membincangkan persediaan yang telah tersedia setakat ini. Yoora menjadi tidak dapat fokus. Dia terganggu dengan visual yang dimiliki lelaki itu. Rambut lelaki itu bergerak berpunca angin membuatkan Yoora tidak tentu arah.
"Yoora telefon semua tetamu terpenting. Pastikan tetamu kerhomat datang tepat masa."
Yoora mengangguk faham. Awal lagi dia sudah bersiap sedia. Pengawal yang terlatih juga telah ada untuk mengiringi sepanjang majlis.
Yoora dan bossnya berjalan melihat sekeliling. Yoora melihat ipadnya sambil dia menjelaskan segala aktiviti yang akan berjalan hari ini.
Langkah lelaki itu terhenti saat matanya terpandangkan seseorang yang dia begitu kenali.
"Jimin!" tegur wanita itu saat mata mereka bertemu.
"Clara. Apa kau buat kat sini?"
"What? Apa awak fikir saya datang sebagai yeochin awak. Oh man. No! Saya VVIP untuk event ni. PA awak tak bagitahu?"
Mata wanita itu melirik pada Yoora.
"Ah, saya ingat boss tahu." Yoora bersuara seperlahan mungkin. Sedar, dirinya perlu menerima kesalahan.
Jimin diam. Wajahnya kelihatan tegang saja.
Masih terbayang kejadian wanita itu curang bersama seorang lelaki di belakangnya. Mereka bermesra tanpa sedar dia ada disitu. Alasan kecurangan wanita itu adalah Jimin tidak cukup hebat dibandingkan lelaki itu yang merupakan anak konglomerat. Biarpun hakikat ya Jimin juga jutawan yang berjaya dalam bisnessnya.
Mata Jimin masih tetap pada wajah wanita itu. Langsung tiada rasa bersalah.
Bertambah geram, Jimin sudah memberi amaran supaya wanita ini tidak lagi menunjukkan wajahnya. Berani sahaja dia datang kemari.
Setelah wanita itu pergi, Jimin menegur Yoora. "Tukar baju awak Yoora."
"Ha?" Yoora bingung.
Lengan Yoora ditarik hingga mereka tiba di kereta Jimin. Beg kertas dihulurkan pada Yoora. Jimin sempat mencapai kotak kecil baldu merah masuk kedalam poketnya.
"Malam ni awak bukan PA saya."
"Habis saya apa?"
Jimin memandang Yoora serius tanpa sekelumit pun senyuman. Gadis itu berdehem.
---------
Event tersebut dimulakan. Jimin merasmikan sekaligus memberikan ucapan sepatah dua kata.
Tiba-tiba lampu dipadamkan satu persatu meninggalkan lampu utama di atas pentas sahaja. Lampu malap berwarna warni memenuhi ruangan audiens.
Jimin memetik jari mengisyaratkan Yoora keluar. Kelihatan gadis itu berjalan kekok dengan tangan menutup bahagian bahunya yang terdedah. Dia berjalan berhati-jati dengan heelsnya disebabkan kain gaun yang berjuntai. Yoora tidak terbiasa.
"Ark!" Sebaik menghampiri Jimin, Yoora tidak sengaja terpijak kainnya menyebabkan dia jatuh ke dalam pelukan Jimin.
Dia mendongakkan kepala dan terlihat lelaki itu tersenyum.
Jimin menolak pinggang Yoora merapatkan Yoora ke sisinya.
"Saya perkenalkan semua. Tunang saya Han Yoora. Kamu semua akan menjadi saksi cinta kami."
Jimin mengeluarkan kotak dari poketnya lalu sebentuk cincin yamg bersinar dikeluarkan, disarungkan ke jari manis Yoora.
Terbeliak mata Yoora dibuatnya. Bukan dia sahaja, Clara turut sama begitu.
--------------
Usai event selesai. Yoora masih kekok disamping Jimin. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri. Tidak menjangka kejutan Jimin
Yoora cuba menanggalkan cincin itu dari jarinya. Dia yakin Jimin hanyalah sedang berlakon. Demi menyakiti hati Clara.
Yoora tertekan. Cincinya tidak mahu tertanggal. Berkerut habis dahi. Jimin berkalih melihat Yoora.
"Maaf boss cincin ini tak nak tanggal la."
"Yelah, sebab cincin tu direka khas untuk tunang saya."
"Maksudnya?"
"Selagi cincin tu tak boleh ditanggalkan selagi tu la awak tunang saya."
Mata Yoora melopong.
PAP!
Tanpa sebarang isyarat pipi Yoora ditampar.
Yoora memegang pipi yang berpijar. Kelihatan Clara begitu marah.
"Clara. Kenapa dengan kau?" Jimin mencengkam tangan Clara kuat.
"Jimin. Why her? Dia cuma nak harta awak la."
Jimin tersengih sinis. Lengan Clara ditolak hingga wanita itu terdorong ke belakang.
"Cakap dengan cermin ke? Sebelum nak cakap, tengok diri sendiri dulu Clara."
Clara tersengih sinis.
"Saya dah beri amaran. Jangan menangis nanti harta kena kikis." Clara berlalu pergi.
Yoora mengepal penumbuk. Dia hanya mampu menahan geram.
-------
Mereka berdua senyap sahaja sewaktu dalam kereta. Jujur Jimin merasa begitu bersalah. Namun kelihatan Yoora tidak akan mudah memaafkan.
---------
Han Jisung kebetulan berada di luar sedang menyiram pokok. Di tengah malam buta ini. Dia menegur Yoora.
"Yoora, baru balik..."
Han Yoora meluru ke arahnya lalu mendakapnya erat. Empangan mata Yoora pecah.
"Dia cakap aku pengikis harta oppa. Aku nak siat mulut perempuan tu."
Jisung terdiam. Belakang adiknya digosok lembut.
"Aku akan pastikan dia tak tenang sebab lukakan hati kau."
Yoora tidak membalas. Dia terus menangis dalam pelukan Jisung.
Jimin di hujung sana masih memerhati dalam keretanya. Dia melepaskan keluhan berat.
----------
Yoora tidak dapat lepas dari memandang bossnya yang bernama Jimin.
Hari ini Jimin makan malam dirumahnya atas undangan ibu mereka.
Banyak lauk yang ibu Yoora masak
Malah Jisung kelihatan begitu mesra dengan Jimin walau baru sahaja berjumpa.
Yoora tersenyum melihat mereka.
Namun Yoora masih tidak senang.
Lain benar lelaki itu sekarang. Layanannya terlalu VVIP.
Setiap pagi, dia menerima bunga.
Bila tengah hari mereka makan bersama.
Jimin tanpa jemu menghubunginya tiap malam
Sudah hampir dua bulan itu berlaku.
Yoora mengeluh.
--------
"Boss..."
"Jimin. Panggil Jimin."
Yoora mengangguk.
"Saya rasa boss. Eh Jimin... Awak perlu hentikan semua ni."
Jimin menjongketkan keningnya.
"Hentikan apa?"
"Saya rasa dah cukup lakonan kita. Saya tak harapkan apa-apa dari boss."
Jimin merenung jauh ke dalam anak mata Yoora.
"Tapi saya serius Yoora.. Saya nak awak jadi isteri saya."
Mata Yoora melopong.
Tangan Yoora dicapai.
"Saya rancang nak jumpa eomma dan abang awak dulu sebelum melamar awak."
"Tapi... Macam mana? Dan kenapa?"
Jimin sengaja mendekatkan wajah mereka. Dia tersenyum nakal
"Awak ingat saya tak tahu awak selalu perhati saya senyap-senyap."
Yoora tersentak.
"Ma.. Mana ada."
Jimin tersengih. Suka benar dia mengusik.
"Jangan persoalkan lagi. Saya tak perlukan alasan untuk cintakan awak. Saya tak peduli apa orang cakap. Sebab bidadari ni dah berjaya tawan hati saya."
Yoora masih diam. Tidak berpuas hati dengan jawapan Jimin. Tak mungkin semudahnya hatinya berubah biarpun disakiti.
"Clara is my past. You are my future Yoora. Iam Ceo Park, have fallen for you. So, will you accept me?"
"I dun deserve you..."
"Shhh..." Jimin melekapkan jari telunjuknya pada bibir Yoora.
"Saya yang tak layak untuk awak Yoora. Saya anak yatim. Tak pernah rasa dicintai dan dipeduli. Tapi awak dan keluarga awak buat saya rasa indahnya ada keluarga. Dari awak baru saya kenal kasih sayang."
Jimin memandang tenang wajah Yoora.
"Jadi?"
Yoora menangguk dengan senyuman.
Jimin mencuit hidung Yoora.
"Thanks love."
"Thanks too dear," balas Yoora.
The end.
I hope you like it Yoora. Sorry sebab panjang. Tengah malam baru dapat idea tskk tskkk. Byeee. Esok saya kena kirija. ❤❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro