Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23: You're mine

Seo Rin berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Dari dinding berkaca itu, dapat dia melihat Gikwang melambai-lambai ke arahnya

Mereka berdua saling membalas dengan senyuman.

Gikwang ada recording sebelum persembahan pentas mereka.

Seorin kemudian membuka telefonnya. Jari-jemarinya meluncur laju menaip pada keyboard telefonnya

Too my sun❤️
Sayang gudluck for your comeback

Lelaki itu tersengih membaca mesej dari kekasihnya. Dia turut menaip mesej balas

Too my light❤️
Nae, sila ada di sisi sayang hingga ke akhirnya.

Seorin berdiri di bahagian paling hadapan sekali. Gikwang dan ahli kumpulannya naik ke pentas setelah dijemput.

Mereka mulai mempersembahkan lagu mereka saat muzik bergema

Too my sun❤️
Jalhaesso my sayang. You look so cool

Gikwang membalas mesej tersebut.

Too my light❤️
[Sticker tembak love bertubi-tubi]

*******

"Pemenang minggu ini adalah Highlight."

Sorakan meriah meraikan kemenangan itu.

Seorin menekup bibirnya turut gembira.

Sempat Gikwang dan Seorin bertaut mata dalam senyuman.

*******

Di rumah

"Erm mashieso," puji Gikwang sambil makan dengan teruja spageti buatan Seorin

"Sedap kan? Tengoklah siapa buat."

Seorin menggosok hidungnya bangga.

Gikwang sekadar tersengih melihatnya.

Dia kemudian bangun merapati Seorin. Pinggang Seorin dirangkul erat dari belakang.

"Gikwang, saya nak masak ni." Seorin bersuara lembut. Pinggang Gikwang dicubit.

Terletus tawa kesakitan lelaki itu.

"Lambat lagi ke, saya dah tak sabar nak makan sekali ni." Dia mencebik bibir.

Hidung Gikwang, Seorin cuit manja

Seorin menyenduk jogaetang (clam stew) yang terakhir ke dalam mangkuk lalu berkata, "dah siap."

Mereka bergerak ke meja makan

Gikwang menuangkan wine ke dalam gelas tinggi milik mereka berdua.

"Cheer!"

Setelah gelas mereka dilagakan kedua mereka menikmati kelazatan wine tersebut.

Usai mereka makan meraikan kejayaan Gikwang.

Mereka berdua bergerak ke beranda

Menikmati pemandangan malam ditemani gugusan bintang yang bertaburan dan bersinar.

Gikwang mendakap Seorin dari belakang. Dagu Gikwang didaratkan kemudian pada bahu Seorin.

Kelihatan mata lelaki itu kejap tertutup dan terbuka. Barangkali letih.

"Sayang, awak mengantuk ke tu?"

Seorin dapat rasa gelengan pada bahunya

Padahal matanya sudah tertutup rapat.

Seorin kemudian mengalihkan tubuhnya menyedarkan Gikwang dari kantuknya. Pipi Gikwang disentuh lembut.

"Cuba nak menipu ya. Kajja kita masuk tidur."

"Jigeum?"

"Nae," balasnya

Gikwang mengangkat Seorin tanpa isyarat mengejutkan dia. Tubuh Seorin dicempung lalu dibaringkan ke atas katil. Gikwang merehatkan kepalanya di riba gadis itu.

Seorin mengusap rambut itu membuatkan Gikwang terbuai dan mula tenggelam dalam lenanya.

Bibir mungil Seorin menguntum senyuman.

Dahi Gikwang menjadi tempat mendarat bibirnya. Dahi itu dikucup lama

Seorin kembali mengusap rambutnya.

"I love you," Seorin mengambil peluang membisikkan kata itu di telinga lelaki itu.

"I love you too." Jawapan balas dari Gikwang mengejutkannya.

"Eo, bukan dia tidur dah ke?"

Gikwang ketawa kecil.

Pipi Gikwang dielus manja

*******

Pagi

Gikwang membuka matanya dan tangannya bergerak mencari keberadaan Seorin.

Namun katil itu hanya ada dia sendiri

Dia mengalihkan wajahnya ke tepi

"Pagi!"

Gikwang menyentuh dada terkejut melihat wajah Seorin elok terpampang dengan senyuman.

Gadis itu ketawa kecil. Terhibur dengan riak wajah Gikwang.

"Awak dah bangun?" soal Gikwang. Tangannya naik mengemas rambut sambil menguap

"Sayang tak tahu, Rin tak tidur dan menatap wajah sayang sampai ke pagi. Wajah sayang terlalu mempesonakan sampai Rin tak boleh tidur."

Gikwang tergelak

Pipi Seorin dicubit lembut

"Rin pun cantik sangat. Lebih cantik dari bidadari."

Seorin tersengih sebelum dia berlari pergi setelah tiba-tiba menghadiahkan morning  kiss pada Gikwang.

Lelaki itu tersengih.

Nakal sekali.

**********

Gikwang makan roti buatan Seorin penuh berselera.

"Sayang ada show hari ni kan? Sesibuk mana pun jangan lupa balik jumpa Rin ya."

"Nae, sudah tentulah takkan lupa."

"Yeogi, bogo. Untuk tambahkan tenaga."

Seorin menyua pek kesihatan kepada Gikwang. Lelaki itu segera menyedut minuman itu tanpa banyak bicara.

"Jangan lupa rehat juga dan jangan skip meal okay."

"Baik Rin sayang."

Mereka berdua bergerak ke hadapan rumah

Kelihatan kereta milik pemandu syarikat mereka sudah berada menunggu.

"Rin pun jangan kerja kuat sangat. Kita jumpa malam ni."

"Nae."

Gikwang menghadiahkan ciuman pada Seorin sebelum berlalu pergi.

Seorin melambai-lambai dan dibalas lambaian semula oleh Gikwang.

Dalam senyum, Seorin menyentuh bibirnya. Hatinya berasa senang sekali.

*********

Dia masuk ke dalam rumah. Tugasan perlu dihantar hari ini. Seorin memulakan kerja menaipnya. Dia merupakan seorang penulis. Minuman vitamin turut disisipnya sambil jari-jemarinya itu pantas menari-nari di atas keyboard.

Setelah hampir sejam berjuang di tempat duduknya, gadis itu bangun lalu meregangkan tubuhnya

Dia merehatkan diri sebentar di atas sofa. Telefon bimbitnya diperiksa.

Ting!

Naik satu video pada layar tetingkap telefonnya.

Seorin segera mengklik video tersebut.

Itu adalah video  rancangan radio show yang dihadiri lelaki itu hari ini.

Seorin tersenyum-senyum sebelum slot surat dibaca membuatkan dia menjadi tidak tentu arah.

"Sunbae ah i love you- from your secret lover."

Kelihatan Gikwang tersengih-sengih di situ.

Jiwa Seorin rasa terusik.

Ditambah pula komen live yang dia baca.

Sungguh menghancurkan hati

Komen A : i wish they meet and confess their feeling

Komen B: i ship them sm

Komen C : Who dat gurl? I feel so jealous

Komen D: look he finally found his soulmate.

Telefon terus ditutup

Habis terbang mood dia pergi

Seorin mengambil keputusan untuk mengurungkan dirinya dalam kamar seharian.

Perasaanya lebih gusar dari memikirkan kerja yang tertangguh itu

******

"Rin." Gikwang tercari-cari gadis itu

Hairan rumah itu sunyi dan gelap gelita tanpa sebarang cahaya

"Rin, eodiseo?"

Gikwang menapak ke dalam kamar Seorin. Terkejut dia mendapat tahu Seorin demam panas setelah memeriksa.

"Rin macam mana boleh demam?"

"Sayang, awak sayang Rin tak?"

"Dalhyeonaji!"

"Kojimal."

Gikwang terkejut melihat Seorin menghamburkan tangisan.

"Mwoya? Kenapa Rin menangis?" Gikwang cemas.

Dada Gikwang ditumbuk berkali-kali. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja

Seorin akhirnya terlelap setelah keletihan. Gikwang resah melihat wajah pucat Rin. Sembap pada mata Seorin menambahkan kerisauannya.

Tangan Gikwang naik lembut mengelap dahi dan leher Seorin. Setelah itu dahi itu diletakkan tuala basuh.

Gikwang membaringkan dirinya disebelah Seorin. Dia turut terlelap.

*******

Pagi

Gikwang terdengar bunyi dari dapur. Dia terkejut melihat Seorin tiada

"Rin awak masih tak sembuh." Tegurnya saat berada di dapur.

"Anni. Saya kena masak sarapan sebelum sayang pergi."

Gikwang mendakap Seorin dari belakang

"Gwaenchana. Saya ambik cuti hari ni."

"Eo, nanti fan awak risau la Gikwang."

"You are important too love. How can i leave you behind knowing you are still not well."

"Don't mind me sayang. Just go. It's your work anyway. I had recover now and you see me doing the cooking right? I am already good now."

"Kojimal."

Hidung Seorin dicuit.

******

Saat di meja makan Seorin memberanikan diri bertanya hal semalam

"Sayang.."

"Nae.."

"Radio show semalam tu, surat tu... Sayang suka dia ke?"

"Mwo?" Gikwang berkerut.

Keningnya bercantum

"Aaaaa." Gikwang tersengih setelah memahami maksud kata Seorin.

"Jadi, Rin demam sebab tu ke?"

Seorin malu untuk mengangguk. Dia menunduk lalu sambung makan.

"Rin ah. There's no other girl can replace you. No. Never. It just you alone took all my heart"

Seorin tersenyum.

Tetapi dia masih terfikirkan surat kelmarin.

"Ouh ya pasal surat tu.."

Gikwang ketawa buatkan Seorin naik menyampah.  Tadi cakap sayang. Ni berubah pulak ke.

"Rin lupa ke Rin yang tulis surat tu. Sunbae pujaan.  I can never forget you."

Seorin tersentak.

Buat penat saja dia cemburu.

Itulah silap dia tengok dekat penghujung.  Tak sempat tengok dari awal. Terlupa ada live tika itu

"Rin ah watch my press conference for tomorrow."

Gadis itu mengangguk.

*******

Seorin menghidupkan televisyennya. Kelihatan ada sidang media kumpulan Higlight.

Tiba di giliran Gikwang, lelaki itu bersuara

"Saya nak buat pengakuan. Bahawa saya dah ada yeochin."

Pengumuman itu mengejutkan semua

********

Namun begitu hubungan itu tidak langsung ditentang para peminat. Malah mereka turut meraikan. Ditambah pula mengetahui Seorin pemilik surat yang dihantar pada Radio Show.

***********

Walaupun hubungan mereka diketahui umum. Seorin masih berasa tidak selesa kerana tempoh hari dia diserang sasaeng dalam perjalanan ke syarikatnya.

Dia dibaling telur dan diherdik. Tidak berakhir di situ rumah dia turut dikepung. Seorin rasa terancam.

**********

Nombor Gikwang didail

Seorin bersuara, "sayang, i've been thinking lot lately. Rin dah buat keputusan."

"Lebih baik kita berpisah," tambah Seorin memandangkan lelaki itu diam

"Rin.. Tut... Tut..."

*********

Seorin menarik bagasinya. Dia ingin menetap di London buat sementara waktu bagi menenangkan hatinya

Tut... Tut...

Telefon yang berdering diabaikannya. Melihatkan nama Gikwang di skrin telefon membuatkan Seorin bertambah tidak ingin menjawabnya.

"Rin..."

Seorin mendongak saat mendengar namanya diseru.

Kelihatan Gikwang berpeluh dan tercungap-cungap seperti baru melepaskan marathon larian.

"Rin jangan pergi!"

Kedua tangan Seorin diraih

Seorin cuba meleraikan namun ditahan oleh Gikwang.

"Please jangan tinggalkan saya, Rin."

"Kita tak mungkin bersama. Terimalah hakikat."

"Tak. Saya takkan lepaskan awak," tegas Gikwang

"Rin dan Gikwang perlu bersama semula. Kalian mesti bersama! KwangRin forever!"

Jeritan dari segerombolan peminat Highlight mengejutkan Gikwang.

"Rin, kahwin dengan saya."

"TERIMA! TERIMA!" jerit mereka.

Seorin masih tertunduk berlawan perasaan sendiri.

Gikwang disitu berwajah sugul.

Dia tak bersedia kehilangan gadis yang dicintainya.

"Baiklah!"

Sorakan bergema kuat.

Gikwang segera memeluk Seorin erat. Gadis itu membalas pelukan gadis itu.

Ibu jari tanda bagus dinaikkan pada membernya yang turut membantu dia mendapatkan Seorin semula

Tika itu Gikwang berbisik halus di telinga Seorin, " you're mine Seorin."

Gadis itu membalas dengan senyuman.

The end

Maaf kalau tak best 😔😔😔😔😔

Seo_rin89







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro