21: The ghost bride
Bum! Suatu perlanggaran terjadi
Street!
Sebuah kereta meluncur laju pergi begitu sahaja setelah melanggar orang.
Orang ramai mengerumuni situ. Suasana kelihatan riuh melihatkan mangsa tersebut bermandi darah. Kelihatan dia separuh nyawa antara sedar dan tidak.
Huh! Huh!
Nafas terhela tidak stabil.
Wajah didongakkan ke langit.
Rintik-rintik hujan mulai turun di balik awan dan langit yang gelap.
Sebelum mata itu menutup, suara hatinya membisik
'Tuhan berilah aku satu peluang lagi.'
Mata itu terpejam rapat kemudian
Ni no ni no!
Siren ambulans bergema kuat.
********
Di dalam train
Jihyun bangun setelah melihat stesen seterusnya tidak jauh di hadapan. Kelihatan train pun bergerak perlahan menunjukkan ada tanda ingin berhenti
Jihyun mengenggam pemegang train itu untuk mengimbangi dirinya. Wajahnya jelas mempamerkan rasa lelah. Seharian bekerja membuatkan tenaga tubuh badannya tinggal separuh saja.. Mujurlah esok hari cuti. Bolehlah dia berehat seketika.
Sejenak, kulit tangannya merasakan ada sentuhan tangan lain. Sejuk sekali suhu tangannya.
Jihyun serta merta menoleh ke belakang.
Zzap!
Kosong.
Tapi Jihyun sempat merasa angin laju melintasi di hadapannya.
Jihyun mulai berasa tidak sedap duduk.
Di ruangan itu hanya ada dia sendiri. Jadi barangkali ada entiti menemaninya. Pada pukul 11 malam, train ini hanya dinaiki orang tertentu.
"Fuh!" Melepaskan hembusan nafas lega. Jihyun bersyukur train itu akhirnya memberhenti.
Fikirnya kejadian tadi berakhir di situ saja.
Tap! Tap!
Telinga Jihyun jelas menangkap derapan langkah kasut tidak jauh darinya.
Tetapi saat dia menoleh tiada siapa pun di sekelilingnya.
Dalam malap simbahan cahaya lampu neon yang berkelip-kelip.
Tiada siapapun di atas jalan raya besar itu.
Jihyun sendiri.
Langkah dipercepatkan
Jihyun lebih risau akan orang yang berniat jahat dari hantu.
Mendekati pagar rumahnya, Jihyun membuka lock mangga rumahnya dalam keadaan segera.
Setelah dia masuk ke rumah, Jihyun segera mengunci pintu utama tersebut.
Jihyun bergerak ke arah dapur mendapatkan air. Tekaknya terasa kering setelah seharian.
Tok ! Tok!
Jihyun mendengar ketukan pintu maha kuat dari hadapan.
Dia menghampiri perlahan pintu utamanya. Langsir diselak ke tepi, dalam malap lampu disimbah cahaya luar, Jihyun melihat tiada siapapun di luar
Jihyun kalihkan tubuhnya ke belakang.
Saat itu matanya terbeliak luas.
"Argh!" Bibirnya spontan menghambur jeritan kuat.
Jihyun jatuh terduduk ke atas lantai akibat terkejut..
Lembaga hitam di hadapannya cukup mengerunkan.
Jihyun mengesot ke belakang sehinggalah tangannya menghampiri sebuah meja lampu.
"Hiyah! Balingan kain kuning ke atas lembaga tadi membuatkan dia menjerit seksa.
Jihyun memeluk lututnya.
Dia memejam mata bersama nafas terhela tidak stabil.
Ketakutan.
Perkara ini bukanlah baru baginya. sejak kecil dia selalu diganggu roh jahat. Kata pawang dan penilik nasib, Jihyun ada tarikan dengan roh-roh berunsur negatif.
Jihyun dikatakan pembawa malang dan pembunuh ibu ayahnya.. Sedangkan mereka terkorban disebabkan kemalangan.
Jihyun mengasingkan dirinya dari bergaul dengan manusia lain sejak itu.
********
"Sambungkan defibrilator," arah seorang doktor setelah melihat kondisi kritikal pesakit itu.
Keadaan di situ menjadi kelam kabut dan tidak terkawal.
Tit... Tit...
Mesin yang menyambungkan pesakit itu menunjukkan garis-garis lurus dan lekuk sesekali
*********
"Maafkan eomma tapi kamu pergilah tenang di sana."
"Puan mesyuarat perlantikan c.e.o setengah jam lagi."
"Sediakan kereta," arahnya pada P.A itu
Wanita tadi memandang anaknya semula setelah P.A dia pergi.
"Biar eomma uruskan semua sekarang. Kamu berehatlah selamanya."
Air mata mengalir seiring jari-jemarinya disarungkan ibunya sebentuk cincin.
Kata-kata doktor itu kembali berulang di ingatannya.
"Bersiap sedia apa kemungkinan. Keadaan dia dah terlalu memburuk."
Wanita itu kemudian memandang anaknya itu tanpa berperasaan.
**********
Sinaran mentari yang menerobos masuk melalui celah jendela menyinari pipi Jihyun membuatkan dia tersedar.
Jihyun menggeliat kecil membetulkan lehernya kemudian. Dia tersenyum mengenangkan hari ni hari cutinya. Dapatlah dia berehat sepuasnya
*********
Setelah tiba di taman berdekatan rumahnya, dia menyumbat ear bud ke dalam telinganya. Sebuah lagu diputarkan sambil dia berjogging sendiri di situ.
Cuaca pagi cukup baik.
Keadaan di taman itu juga kelihatan turut lenggang tanpa sebarang manusia.
Setelah cukup beberapa round dia akhirnya mengambil keputusan untuk merehatkan diri di atas bench.
Jihyun meneguk air dari botolnya lalu mengelap peluh yang jatuh menuruni dahinya.
Sejenak ruangan matanya memaparkan sekotal baldu merah.
Ianya terletak di hujung kerusi.
Jihyun mendapatkannya lalu memeriksa
Fikirnya mungkin ada yang tercicir. Dia bercadang mahu kembalikannya.
"Argh!"
Suara bising di hadapannya tiba-tiba mencuri perhatiannya.
Kelihatan seperti riuh.
Tanpa Jihyun sedar dia memasukkan kotak tadi ke dalam poketnya.
Jihyun pergi ke arah suara itu.
Rupanya ada keluarga beriadah dekat situ. Jeritan tadi berasal dari anak dia yang gaduh. Fikir apalah tadi.
*********
Jihyun pulang ke rumah. Dia merancang untuk tonton movie sepanjang hari ini.
Tapi kesudahannya, movie tersebut yang menontonnya.
Jihyun tidur lena dari jam dua petang sehingga 8 malam.
Biarpun tidur selama itu, Jihyun tetap masih rasa mengantuk.
Semasa hendak membersihkan diri, Jihyun sedar akan kotak baldu yang dia temui. Cincin itu dibelek. Jihyun cuba menyarungkan di jari manisnya.
Cantik!
'Esoklah aku pulangkan,' bisik hatinya. Dia terfikir untuk serahkan cincin tersebut pada pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan itu.
Malam itu dia hanya menghabiskan masanya dengan scroll di telefonnya. Semua apps dia tekan. Dan akhirnya dia tertidur.
Merasakan hangat di wajahnya. Jihyun membuka mata. Dia menghadang sinaran matahari yang menyuluh.
Jihyun mengalihkan tubuh ke kanan, tubuhnya kaku seketika saat otak cuba mencerna apakah pemandangan di hadapannya.
'Aku tak bermimpi kan?' soal hatinya.
Jari-jemari Jihyun naik ingin menyentuh hidung mancung manusia dihadapannya tersebut.
'Tetapi lelaki ini terlalu kacak untuk dikatakan mimpi,' bisik hatinya lagi.
Tangannya akhirnya menyentuh hidung jejaka itu.
"Huh?" Dia bangun dari baringannya dalam mata terbeliak
"Ommmaaa ada pervert dalam bilik Jihyun."
Tanpa berfikir panjang lelaki itu diketuk-ketuk dengan bantal.
Bukan main terkejut lelaki tersebut. Terjaga dari tidur dalam keadaan mamun.
"Jageumman cik apa dosa saya?"
"Apa dosa awak? Ni awak buat apa dalam bilik saya ha?" Bentakan Jihyun menyentakkan lelaki itu.
Matanya kelihatan menumpu pada sesuatu.
Jarinya kemudian diluruskan ke arah jari-jemari Jihyun.
"Igeo-"
"Cincin? Wae?"
Jihyun dapat melihat benang yang tiba-tiba kelihatan menghubungkan cincin mereka.
"Cincin ni la penyebab aku ada kat sini. Kita dah kahwin. We are husband and wife now."
"Mwo? Mengarut!"
Jihyun cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi tidak berjaya.
Kesudahannya dia berguling di lantai akibat terlalu tertekan.
Lelaki tadi sekadar tersenyum melihatnya. Posisi tubuhnya mengiring ke arah Jihyun. Selamba habis.
*******
Jihyun bersiap untuk ke tempat kerja.
Nanti sajalah dia uruskan lelaki itu. Dia dah terlambat.
"Hya, jangan kau menghendap aku mandi tau. Nanti aku report polis."
Jihyun mandi cepat-cepat. Risau lelaki itu buat hal bukan-bukan
Sarapan pagi itu hanya hidangan sekeping roti dan susu saja menjadi alas perutnya.
Jihyun menghala matanya ke arah lelaki tersebut yang berada di ruang tamu.
Kelihatan lelaki itu sedang ketawa menonton televisyen. Tak tahulah apa yang lawak. Sedangkan dia tengah tengok cerita live kanak-kanak.
"Hya kalau nak makan ambik je kat dapur. Balik ni kau tunggu aku handle kau."
Lelaki itu sekadar memandang Jihyun tanpa balasan. Dia terus menonton tv.
********
Malam
Jihyun akhirnya pulang juga ke rumah. Dia berasa sungguh letih.
Rumah yang gelap menghairankan dia.
"Mana lelaki tu?"
Dia menghidupkan suis lampu tetapi keberadaan lelaki itu langsung tak kelihatan.
Prang!
"Eo? Kau kat dapur ke?" Jihyun terjenguk-jenguk ke dapur.
Tetapi ruangan itu hanya gelap dan tiada sebarang suara membalas.
Tap! Tap!
Jihyun mengorak setapak demi setapak langkah. Secara perlahan
"Hya kau kat dapur ke?"
Plup!
Jihyun terkejut melihat rumah itu menjadi gelap gelita tiba tiba.
"HYA JANGAN MAIN-MAIN." Ada getaran pada nada suaranya.
Bum!
Jihyun dengar bunyi barang dijatuhkan.
Jarinya segera menekan suis lampu dapur. Saat cahaya menerangi ruangan itu, mata Jihyun terbeliak melihat lembaga penuh berdarah mencerlung tajam ke dalam anak matanya.
"Argh!" Dia menjerit dan membuka langkah untuk berlari. Namun, lembaga itu menahannya. Rambutnya ditarik dari belakang. Jihyun jatuh rebah terbaring ke lantai.
Lembaga itu merapatinya, lehernya dicekik kuat bersama hilaian tawa dan mata yang merenung tajam.
"Hek!" Jihyun sesak nafas. Cengkaman lembaga itu cuba dileraikan tapi tidak berjaya.
Buk!
"Arghhh!"
Lembaga itu tewas ke lantai. Dia dibakar oleh lelaki yang ada di rumah Jihyun pagi tadi.
Jihyun menyentuh lehernya yang masih terasa sesak. Lelaki tersebut membantu Jihyun menstabilkan pernafasannya semula.
Leher Jihyun yang luka bergaris itu disapu ubat oleh lelaki tersebut.
Puas Jihyun menegah tetapi dia akhirnya akur setelah dicerlung tajam oleh lelaki yang mendakwa menjadi suaminya itu.
********
Pagi
Jihyun menapak ke arah ruang tamu. Kelihatan lelaki itu masih tidur di sofanya.
Selesai masak sarapan pag itu, Jihyun tersenyum.
Dia memalingkan tubuh dan berura untuk pergi menggerakkan lelaki itu.
"Ah, kamchagiya!"
Jihyun terkejut melihat lelaki itu sudah ada di situ.
"Kau masak semua ni untuk aku ke?"
Senyuman lebarnya buatkan Jihyun terpukau.
"Ah ye, ke mana awak pergi semalam rumah gelap?"
"Aku pergi jalan-jalan. Saja ambil angin. Tunggu kau balik lambat sangat."
Lelaki tersebut terus makan dengan lahapnya. Senyuman terus meniti di bibirnya.
Jihyun turut tersenyum
"Sedap kau masak," pujinya.
"Gumawo pasal semalam er-"
Kata Jihyun terhenti kerana dia tidak tahu namanya.
"Joshua. Nama aku Joshua."
Seolah tahu Jihyun bertanyakan namanya. Dia spontan membalas.
"Esok saya ambil cuti. Kita pergi satu tempat."
Lelaki bernama Joshua itu mendongak. Sudu yang dipegangnya diletakkan ke atas meja semula.
"Eodiyo?"
Jihyun hanya tersenyum.
*******
Pasar Hongdae
Lelaki itu kelihatan cempera melihat banyak betul makanan dan barangan di situ.
Joshua melihat ke arah Jihyun.
"Kita kat syurga makanan ke ni? Aku tak pernah pergi tempat macam ni."
Jihyun sekadar tersengih. Hari ini dia mahu beli makanan yang sudah lama dia craving. Alang-alang dah ada suami baik dia ajak teman. Tak ada la sunyi nanti.
"Jihyun." Teguran dari belakang mengejutkannya.
"Eo, Mingyu."
Ex-namchinnya.
"Buat apa kat sini?"
Lengan Joshua ditarik merapatinya.
"Date dengan namchin."
"Mwo, namchin?" Lelaki itu tercari-cari. Jihyun memberitahu dia ke tandas.
"Ingatkan tak laku dah. Tahniah jumpa pengganti."
Teman wanitanya, Cindy dirapatkan ke sisinya. "Jom kita pergi sayang."
"Nae baby." Cindy membalas dalam rengekan manja.
Jihyun menjeling mereka. Pegangan cuba dileraikan namun Joshua menahannya.
"Wae, kau tak sudi ke pegang tangan suami kau?"
"Anni-"
"Kajja sayang!"
Kata-kata Joshua buatkan Jihyun blush.
*********
Esoknya (menara Seoul)
"Jihyun, kau tak kerja ke?"
"Tak.. Saya ambil cuti dua hari."
"Mwo? Sebab aku ke?"
"Ye, saya tak nak tinggalkan awak macam tu aja. Jadi saya belikan apa yang perlu untuk awak kat rumah dan memandangkan saya nak ambil angin saya bawalah awak keluar."
"Gumawo."
"Anni gumawo."
Seorang lelaki tiba-tiba melanggar bahu Jihyun.
Gadis itu ditarik Joshua jatuh ke dalam dakapannya.
Saat itu mata mereka saling bertaut lama
Keduanya tenggelam dalam pandangan masing-masing
*********
Tanpa sedar sudah hampir sebulan mereka tinggal bersama.
Adanya Joshua di rumah membuatkan Jihyun senang hati.
Rumahnya terurus dan cantik dirapikan Joshua. Jihyun juga tak perlu keluarkan duit untuk membeli makanan di luar.
Joshua belajar memasak untuk Jihyun. Sungguh husband material.
"Jihyun ah kau dah balik?"
"Nae suami saya."
Jihyun makan dengan berselera sampaikan Joshua pun dia tak nampak depan mata.
Lelaki itu tersengih. Tak sia-sia dia ambil kelas untuk menjadi suami mithali masa dia hidup dulu.
********
"Joshua! Suamiku, eodiseo?"
Jihyun tercari-cari suaminya di mana-mana namun tidak ketemu.
"JOSHUA!"
Jihyun menekup mulutnya terkejut melihat Joshua rebah di lantai. Tangannya kelihatan separuh menghilang. Kakinya juga.
Jangan pikir alien gais (ಥ_ಥ)
"JOSHUA APA TERJADI? BANGUNLAH" Jihyun mentangisi lelaki itu.
"Jihyun." Joshua tersedar dari pengsannya. Tangan dan kakinya kembali terlihat. Lelaki itu terus memeluknya untuk menenangkan.
"Shhh, aku ada. Kenapa kau nangis?"
"Jangan tinggalkan saya," ucap Jihyun dalam tangisan
*********
Jihyun menyiasat latar belakang Joshua sejak kejadian itu. Dia sungguh terkejut saat mengetahui Joshua berasal dari sebuah keluarga kaya-raya. Namun setelah dia terlibat dalam kemalangan dan koma semua hartanya telah jatuh ke tangan ibunya.
Jihyun menemui Joshua di sebuah hospital.
Bergetar tangannya naik ingin menyentuh lelaki itu.
Rupa mereka sama.
Sukar untuk Jihyun percaya.
Lelaki itu masih hidup.
"Joshua, saya datang. Saya isteri awak."
Tit..tit...
Setelah dari kata itu, tubuh Joshua tiba-tiba bergoncang hebat.
"Doktor!" teriak Jihyun cemas sambil tangannya memekan butang merah di kepala katil.
"Joshua bertahan!" teriaknya setelah doktor tiba.
******
"Macam mana keadaan dia doktor?"
Melihatkan wajah sugul doktor itu membuatkan Jihyun menjadi resah.
"Dia berjaya melepasi tahap kritikal lagi. Tetapi tak pasti samada dia boleh bertahan lagi atau tidak."
Doktor itu berlalu pergi setelah mengatakan itu.
Jihyun merapati Joshua bersama air mata yang setia menemaninya.
"Joshua bangunlah. Saya sunyi sejak awak menghilang. Saya rindu nak makan masakan awak. Saya rindu nak tengok senyuman awak. Saya rindu nak dengar awak panggil saya sayang. Saya nak peluk awak kuat-kuat. Saya sayang awak Joshua. Apa saya nak buat kalau awak pun tinggalkan saya. Semua orang tinggalkan saya. Jebal, awak kena bertahan."
Jihyun menggengam tangan Joshua erat. Wajahnya didaratkan pada tangan itu. Air matanya jatuh menitis mengenai tangan tersebut.
Buat seketika Jihyun merasakan tangan Joshua yang berada dalam genggamannya bergerak-gerak.
"Joshua?"
"Doktor!" Dia berteriak setelah Joshua membuka mata.
**********
One years later.
"Appa!" Seorang kanak-kanak perempuan berlari laju. Nampak sungguh teruja.
"Hey, Jade jangan berlari nanti jatuh."
Sebaik sampai pada ayahnya, tubuh ayahnya itu didakap erat.
"Laju betul dia lari. Penat saya kejar."
Joshua tersengih melihat Jihyun.
Joshua mendukung Jade lalu tangannya naik memperkemas rambut Jihyun.
"Jom cepat sukaneka dah nak mula."
Joshua mengangguk. Tangan Jihyun dia genggam erat.
Sempat dahi Jihyun dia kucup saat anak mereka melihat ke arah lain.
Mereka bertiga berjalan bersama menuju ke event tersebut.
Terima kasih tuhan kerana mempertemukan aku dan dia. My ghost bride. He is my human husband now - Jihyun
Maafkan aye kalau tak best xiao❤️
😔😔😔 i had try my best
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro