Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20: Married with my enemy

"Hya kat situ lagi."

Tidak berpuas hati. Suara itu bergema kembali

"Kat situ lagi "

Sengihan puas diberikan

"Ish!" Hyunna mengetap gigi geram. Biarpun marah tetapi dia tetap melaksanakan arahan yang diberikan

Dasar ketua kelas kerek

Hyunna mengeluh mengenangkan mengapalah hari bertugasnya tiba terlalu cepat.

"Dah selesai!"

Hyunna meletakkan tuala kecil itu ke dalam baldi.

"Eh, eh mana habis lagi. Ada lagi tu!"

"Dah eloklah.. kau cuba cek ni."

Jari-jemari Hyunna mencalit sisa habuk di tingkap itu lalu Hyunna bergerak ke arah lelaki itu dengan senyuman sinis.

"Hya, kau nak buat apa?" jeritnya.

"Tak ni aku nak bagi skincare kat kau. Pakai krim ni konfem kau meletops tiptop bertambah hensem."

"Jangan kau berani dekat kalau tak aku taekwando kau!"

"Eleh datang sini sila! Kau tu penakut mana berani!"

Makin ke belakang langkahnya diundur. Lelaki itu jatuh bergolek akibat berlanggar dengan sebuah meja

Hyunna ketawa puas.

"HAHAHAHAHAHAHA lawak gila muka kau."

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu tiba-tiba membuatkan kelas itu menjadi sunyi.

Kelam kabut pelajar lain kembali ke tempat. Tetapi tidak Xion dan Hyunna yang  seolah dalam dunia mereka sendiri.

"Woi, woi kau jangan maen kasar." Hyunnna menumbuk padu muka Xion.

Bush! Bush!

Tidak habis itu, Hyunna makin mengganas.

"Rambut aku woi! Botak aku!" Xion menjerit separuh menggila.

Kedua mereka sedang saling  wrestling  kat atas lantai.

Terlihat Xion banyak kali ditumpaskan Hyunna.

Tu la cari pasal lagi.

Girl selalu menang. Take note. Tibeh-

Jongkook saem bercekak pinggang menghampiri mereka berdua. Tangan disilangkan ke dada bersama muka tegang.

"IKUT SAYA KE BILIK DISIPLIN SEKARANG!" ujarnya senafas.

Terhinjut bahu kedua mereka akibat terkejut.

"Ni semua salah kau!"

"Salah kau la taguna," marah Hyunna kembali.

Hyunna menarik rambut Xion manakala Xion pula mencubit pipi Hyunna.

Depan Jongkook Saem pun dia orang boleh buat hal. Lelaki itu menepuk dahinya pening

"Kamu berdua ni saya kahwinkan baru la tahu!"

Bentakan Jongkook itu menyentakkan mereka. Serta merta tingkah mereka tadi terhenti.

Jongkook masih memandang mereka dengan serius.

"Lari satu padang sekolah. 10 round."

"Mwo?"

Kedua mereka terperanjat.

"Tak nak?" Jongkook menjongketkan keningnya ke atas.

Kedua mereka terkebil-kebil memandang guru disiplin itu

"Kalau tak nak, saya panggil tok kadi suruh kahwinkan korang cepat-cepat."

Mwo?" Serentak kedua mereka membalas.

"TUNGGU APA LAGI. BERGERAK CEPAT!"

"AYE AYE CAPTAIN." Kedua mereka menjerit paras suara Jongkook.  Terpejam mata lelaki itu dalam bibir diketap rapat. Pekak telinga Jongkook dibuatnya.

*********

"Ini semua salah kau tahu tak?" Hyunna marah dalam kaki dia melangkah laju.

Xion di belakang tidak mahu mengalah. Masih  bertikam lidah dengan gadis itu.

"Salah engkau okay. Aku yang hensem ni tak salah apa!" jeritnya. Padahal jarak mereka tidak jauh mana.  Hyunna pandang lelaki itu kecik besar kecik besar jek.

"Dah aku pergi dulu." Xion menyamakan langkahnya dengan Hyunna. Ubun kepala Hyun disentuh Xion.

"Gudluck ya teruskan larian."

Entah mengapa jatung Hyunna debar menggila tiba-tiba. Pipinya merona merah dengan tindakan Xion tadi.

"HYA SON DONGJU TUNGGU AKU."

Dari arah sana lelaki itu menjerit kuat mengejeknya

"KIM  HYUNNA KAKI PENDEK. KIM HYUNNA TAKKAN MENANG. BOO~"

"HYA SON DONGJU MATILAH KAU AKU KERJAKAN HARI NI."

"MAK TACHOD!"

Sekarang ini suasana di padang itu sudah menjadi  aksi kejar-mengejar

Xion berlari sekuat mungkin seolah nyawanya  akan terancam.

"Run for your life..."

"Dasi run run! Lareyyy!" teriak lelaki itu sambil menyanyi.

Hyunna pula agresif mengejar lelaki itu. Tangkas mengejar mangsanya.

Jihyo Saem selaku guru hal ehwal pelajar dan Jongkook guru disiplin menggeleng melihat mereka dari atas bangunan itu.

*******

Hyunna menjeling geram.

Dekat sekolah dahlah suka cari pasal. Dekat rumah pun dia cuba cari nahas.

"Itu aku punyalah."

"Kau punya sedap jugak."

Suara hati Hyunna menangis.

Cupcake aku.

"Hye penatlah aku buat. Jangan makan semua."

"Lah kau buat cupcake untuk makan kan? Bukan untuk jadikan hiasan."

"Yelah tapi jangan habiskan. Kang kepala kau, aku pancung jadikan hiasan."

Xion tiba-tiba maju ke arah Hyunna mendebarkannya.

"K-kau nak buat apa?"

Lelaki itu tersengih sinis.

Belakang tubuh Hyunna bersandar dinding. Kedua tangan lelaki itu menyentuh dinding mengunci pergerakan Hyunna.

Gadis itu tampak tidak selesa.

"APA KAU NAK BUAT NI?" Hyunna menjerit dalam wajah sudah mencebik. Tinggal masa nak menangis sahaja.

Xion tersengih.

Ubun kepala Hyunna dia usap.

Pipi Hyunna yang merona merah mencuit hati Xion.

"Kau fikir apa ha?" Xion tersengih nakal. Dia mengatur langkah ingin pergi.

Hyunna geram dengan Xion yang cuba mempermainkannya.

"HYA NANTI!"

Tidak berpuas hati Hyunna menarik lengan baju Xion membuatkan lelaki itu menjerit dengan mata membulat. Dia hilang imbangan.

Bagaikan slow mo lelaki itu terjatuh ke lantai bersama Hyunna.

Dalam posisi sebelah menyebelah, Xion menolehkan wajahnya. Saat itu wajah mereka terlalu dekat sehinggakan Hyunna dapat rasa hembusan nafas lelaki itu.

Mereka berkeadaan begitu lama tanpa sebarang suara.

Meanwhile di ruangan sana

Puan Son menegur Puan Kim

"Eh, dah senyap pulak dia orang tu."

Puan Kim mengeluh

"Mereka berdua tu kalau sehari jumpa tak gaduh tu bukan dorang lah."

"Ha yelah tu."

Berdekatan sana kelihatan Tuan Son dan Tuan Kim tersengih sambil minum teh melihat isteri mereka. Yang jadi rakan baiknya mereka berdua. Nak tak nak si suami pun turut jadi kawan baik

"Jadikan plan kita tu?" tanya Puan Son

Puan Kim sudah tersengih-sengih di situ.

"Eh, jadi apa tak jadi!"

Kedua wanita itu ketawa kuat mengalahkan pontianak

"HO HO HO HO!" Setelah itu mereka gelak acah ayu tutup mulut.

********

Hyunna memejam mata berharap dia dan Dongju tidak akan bertemu.

Kejadian semalam masih bermain segar dalam ingatannya.

Hyunna malu setiap kali mengenangkannya.

"Hyunn."

Arghhhhhh! 'Kenapa terjumpa.' Hyunna menyoal dalam hatinya

Xion menggaru leher turut merasa janggal.

Jika diikutkan dia tidak mahu berjumpa Hyunna tetapi dia perlu jalankan tugas kutip buku yang diminta HaHa saem.

"Okay aku ambil kejap "

Hyunna mencapai buku dari begnya lalu diserahkan pada Xion.

"Gumawo." Xion berlalu pergi setelah itu.

"Mwo, gumawo? Dia salah makan ubat ke?"

Setahu Hyunna, Xion tidak pernah beradab dengannya.  Maka dengan itu dia kebingungan.

*******

Xion dan Hyunna saling sepi sejak tadi. Kedua orang tua mereka dipandang pelik.

Ingin mereka bertanya hasrat pertemuan ini tetapi jujur Xion dan Hyunna masih saling malu sesama sendiri.

"Ehem." Akhirnya Tuan Son membuka suara.

"Dongju, Hyunn. Kami..."

Kedua mereka segera bereaksi.

"Kami nak kahwinkan kamu berdua!"

"MWO!" Serentak kedua mereka berdiri tegak. Berpandangan tidak puas hati. Habis terbang rasa malu kelmarin

"Xion tak nak dengan Hyunn."

"Hei  ingat aku nak dengan kau? Dahlah kerek. Pelik. Dan clumsy."

"Kau diamlah kaki pendek. Silap-silap aku jadi lauk dia hari-hari kalau aku kahwin dengan dia. Ini tak boleh terjadi."

Hyunna dan Xion saling membelakangi. Tangan mereka disilang ke dada. Kedua mereka saling menjeling.

Puan Son cuba menjernihkan suasana.

"Sekarang eomma nak tanya. Xion sayang tak Hyunn?"

Riak wajah Xion terus berubah. Wajah Hyunna dikerling.

Tipulah jika dia tak rasa sayang.

"Tak!" Namun egonya membataskan semua.

"Baiklah, Hyunn. Apa perasaan Hyunn pada Xion. Takkan langsung tak ada rasa apa sedangkan kau orang kawan dari kecil."

"Hyunn. Hyunn suka-"

Xion terkedu mendengar bicara Hyunna yang terhenti

"Tak! Hyunn tak sayang dia. Rasa menyampah setiap kali tengok muka dia."

Kedua mereka saling membelakangi kembali.

Puan Son mengeluh.

Nampaknya rancangan mereka untuk menyatukan bukanlah mudah

*********

"Hyunn."

"Kalau eomma nak cakap pasal Xion. Hyunn tak nak terima."

"Hyunn ah." Kepala Hyun diusap lembut Puan Kim.

"Tahu tak kenapa kami beria nak satukan Hyunn dengan Xion?"

Hyunna tidak memberi reaksi. Dia tidak berminat ingin tahu.

Puan Kim masih sabar memujuk anaknya.

"Sebab Xion dan Hyunn dah kenal sejak kecil. Lebih senangkan hubungan korang tu nanti."

"Tapi kami kan cuma kawan dan lagipun Hyunn baru 18 eomma."

"Bila lagi kami nak satukan korang. Eomma takut bila kamu dah masuk universiti, kamu berdua akan berpisah. Lagipun boleh la eomma terus rapat dengan bestie eomma tu. Jumpa hari-hari kalau kamu kahwin."

"Eomma ni!"

*******

"Ingat pesan eomma." Puan Son meninggalkan pesan sebelum menutup pintu bilik Xion.

Ingatan kata ibunya bermain semula.

"Kami hanya harapkan Xion sebab Xion tahu penyakit Hyunn. Hyunn sendiri tak tahu dia ada masalah jantung berlubang. Lagipun kamu pernah derma buah pinggang untuk Hyunn. Jadi tak ada masalah kan?"

Xion merebahkan tubuh ke lantai menendang selimut dan bantal ke bawah.

Dia acah berteriak frust.

AAAAAAAAAAAA~~~~ *Dolphin mode*

*********

Di hari yang indah

Burung-burung terbang bebas pada langit membiru luas. Bunyi kicauan burung yang hinggap atas dahan menambahkan keserian hari itu

Perkahwinan yang suci bakal dilangsungkan

Amat mengejutkan sekali kedua mereka akhirnya merelakan perkahwinan itu setelah didesak berkali.

Xion menunggu dihujung aisle menanti Hyunna.


Lelaki itu kelihatan sungguh tampan sekali.

Hyunna dan ayahnya berjalan perlahan menghampiri Xion yang tampak jelas sungguh berdebar.

Tangan Hyunna dirangkul Xion.

Setelah mendengar ikrar perkahwinan dan melafazkan persetujuan, Xion menarik Hyunna mendekati wajahnya. Bibir Hyunna dipagut lembut.

********

Sangkanya perkahwinan itu akan mejadi setenang-tenangnya.

Tetapi hari-hari mereka bergaduh.

"SON DONGJU BANGUN! DAH PUKUL BERAPA NI?" Kuali dilayangkan ke atas kepala lelaki itu.

"Yelah aku bangun ni!"

Xion menyambung tidurnya setelah mengucapkan itu. Air  basi meleleh dari bibirnya.

"XIONNNNN!" Bergegar rumah itu dengan penangan suara gadis itu.

Hyunna menarik penyanggul kepalanya dibaling ke arah Xion. Nasib lelaki itu sempat mengelak.

Xion berada dalam posisi mengiring. Sebelah tangannya menahan kepalanya. Sebelah lagi mengorek hidungnya.

"Fuh hebatkan aku?"

"Hya engkau pengotor, pergi mandi cepat."

Bush! Bush!

Xion selamat dihempuk bantal berkali-kali.

Dia berlari ke arah bilik air tetapi Hyunna turut dicempung bersama.

"Kau mesti tak mandi lagi kan. Sehari di dapur. Jom mandi sama-sama."

Hyunna melihat pakaiannya. Ye, dia belum mandi lagi sebab sibuk kemas rumah. Setiap saat dan minit rumah itu bersepah. Xion suka letak mainan dia merata. Itu belum ada anak. Kalau ada, mau pening dia nanti.

"Hya Xion. Turunkan aku. Taknak!"

Tetapi Xion tidak mempedulikannya.

ARGHHHHHHH!

******

"Kau ni lambatlah."

"Eh engkau yang lambat."

Hyunna kelam kabut mengunci pintu.

"Dah pegang kuat-kuat."

Vrommm! Vrommm! Pemegang dipulas kuat. Setelah masukkan gear, motor berkuasa tinggi itu meluncur laju membelah jalan raya.

Hyunna memeluk erat Xion. Takut pula dengan gaya rempit  Xion nanti buatkan dia terbang tak kembali sudah.

*******

Tanpa sedar hampir lima bulan usia perkahwinan mereka.

Hubungan Xion dan Hyunna akhirnya menjadi lebih akrab.

********

Kedua mereka saling membaring melihat gugusan bintang di langit.

Hyunna tidur beralaskan tangan Xion.

Xion bersuara menegur Hyunna, "cantik kan bintang tu?"

Hyunna mengangguk

"Cantik macam kau." Kata-kata Xion itu membuatkan Hyunna blush teruk.

Bahu Xion ditampar.

Lelaki itu ketawa suka.

"Hyunn ah."

"Nae."

"Kau tak pernah cakap kau cintakan aku."

Hyunna terdiam. Malu.

"Aku cintakan kau Hyunn."

Hyunna masih diam.

"Hya." Xion menggeletek Hyunna geram. Perempuan itu ketawa.

"Okay okay. Aku pun cintakan kau."

Xion berlari pergi setelah mencium bibir Hyunna secara drastik.

Hyunna terkesima.

"Hya Xion!"

Hyunna berlari mengejar Xion.

Married to my enemy! That's how our story written. May happiness belong to us always.

The end

I have tried my best.
Im sorry kalau tak best 😔

seonuuxion

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro