Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2: We together

14 tahun lalu

"Appa... Eodiseo?" Shin Seo Rin berjalan tanpa arah. Dia mamun kerana baru bangun dari tidur. Saat sedar bapanya tiada.

"Appa, Seo Rin takut." Seo Rin mulai rasa hendak menangis. Lagi bertambah ketakutan Seo Rin saat yang menyapa ruangan matanya adalah permukaan berair.

"Kat mana ni?" Seo Rin melihat sekeliling. Kiri dan kanannya hanya ada pokok. Di hadapannya air manakala di belakangnya ada sebuah lorong gelap. Burung-burung keluar berterbangan dari pokok mengejutkan Seo Rin.

Langit masih membiru. Siang masih panjang namun suasana sepi yang menggamit membuatkan hati Seo Rin tidak tenang.

Seo Rin terus melihat sekeliling. Bingung apa yang harus dilakukannya.

Mata Seo Rin terhenti pada bunga yang mekar di celah batu. Bunga kegemarannya. Bunga itu jarang untuk ditemukan. Ada rama-rama hinggap padanya. Seo Rin menghampirinya kerana tertarik

Perlahan dia berjalan meredah batu yang licin.

"Shin Seo Rin!" Suatu teriakan tiba-tiba menyapa gegendang telinganya. Seo Rin yakin itu suara bapanya. Dia mengatur langkah teruja ingin menemui bapanya namun entah silap di mana Seo Rin tergelincir.

Dia terjatuh ke dalam air. Seo Rin tenggelam kerana dia tidak tahu berenang. Seo Rin cuba naik ke atas permukaan. Tangannya terkapai-kapai. Hidung dan bibirnya terus dimasuki air. Seo Rin cuba menjerit minta tolong dalam kepayahan. Dia hilang kudrat. Seo Rin akhirnya tenggelam.

Suasana di sekeliling gelap dan dingin. Seo Rin mulai rasa pandangannya berpinar. Mungkinkah hayatnya sampai di sini sahaja? Seo Rin rasa sesak akibat terus menahan nafas.

Air tadi menjadi buih dan bergoncang kerana ada yang menghampiri Seo Rin.

Debar. Seo Rin tidak dapat melihat apapun dalam air sungai itu. Mungkinkah ada haiwan berbahaya menghampirinya?

Tangan Seo Rin dicengkam. Seo Rin meronta-ronta ingin dilepaskan namun cengkaman itu makin kuat. Seo Rin yang tiada daya membiarkan dirinya ditarik oleh entiti itu.

Seo Rin merasakan tubuh belakangnya menyentuh permukaan tanah lembut. Dia separuh sedar. Dalam samar dia melihat figura tubuh berlainan jantina sedang menepuk pipinya lembut

"Kau okey? Hya! Bangunlah. Kalau kau tak bangun... Aku buat cpr."

Seo Rin masih menunjukkan tanda dia tidak akan bangun. Si figura itu menghampiri wajah Seo Rin, berfikir tiada cara lain lagi.

Seo Rin tiba-tiba membuka mata lalu terbatuk hingga mengeluarkan air. Dia bersyukur melihat ada manusia di hadapannya. Sebak mulai bertandang. Seorin memeluk lelaki yang dikenalinya itu. Empangan tangisannya pecah.

"Aku takut. Mujurlah kau datang."

Lelaki itu membalas pelukannya.

"Aku ada. Jangan takut."

Pelukan dileraikan.

"Lepas ni kau jangan berjalan sendiri lagi."

"Aku tertidur. Bila sedar appa tak ada. Macam mana kau boleh jumpa aku, Gikwang?"

"Aku rancang nak mandi dekat kawasan ni. Tiba-tiba aku nampak ada orang lemas. Aku tak sangka tu kau."

Seo Rin tersenyum petak

"Kau datang sini dengan siapa?"

"Dengan keluarga."

Lelaki yang bernama Gikwang kemudian bangun. Dia membantu Seo Rin berdiri.

"Jum cari keluarga kita sebelum dia orang risau."

Gikwang menahan Seo Rin yang ingin melangkah.

"Sekejap..."

"Wae irae?"

"Aku risau aku kehilangan kau lagi. Lepas tadika kita terputus hubungan. Beberapa tahun lalu kau pindah sebelah rumah aku. Aku gembira. Aku tak mahu jadi kawan kau lagi."

Seo Rin tergamam. Riak wajahnya bertukar mendung.

"Kau cakap kau gembira. Aku tak faham. Kau nak putuskan hubungan terus ke sebab takut berpisah lagi?" Seo Rin menduga

Gikwang menggeleng.

Naik pusing Seo Rin dengan lelaki ini. Fikirnya perempuan sahaja merumitkan. Tetapi lelaki sama sahaja. Tak ada beza.

"Aku tak nak kita jadi kawan sebab aku nak kau jadi teman special aku. Jadi yeochin aku."

Seo Rin terkedu.

"Kau tak suka?"

Seo Rin menggeleng. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman

*******

Sejak itu Seo Rin dan Gikwang sentiasa ke mana sahaja bersama. Tidak pernah berpisah.

Tiap malam Gikwang akan menghantar pesanan mesej berbentuk wish night pada Seo Rin.

Mereka ke sekolah bersama. Berjalan hingga sampai ke sekolah. Tiada yang tahu hubungan mereka. Gikwang akan berjalan di belakang manakala Seo Rin akan berjalan agak jauh di hadapan.

Gikwang curi-curi melihat Seo Rin dikelasnya.

Mereka luangkan masa rehat di rooftop.

Seo Rin dan Gikwang lakukan perkara yang sama tanpa jemu tiap hari. Sehinggalah mereka menapak ke alam menara gading.

Seo Rin dan Gikwang masih kekal sebagai kekasih.

Hubungan yang terbina ada pasang surutnya.

Kadangkala mereka akan bertekak. Tidak lama. Selepas limit minit empat puluh lapan saat mereka akan berbaik semula. Rasa bersalah yang menghantui akan buatkan mereka tidak tenang. Bersalah kerana masing-masing akan menyalahkan diri.

Seo Rin sikapnya sentiasa memahami. Gikwang pula seorang yang berfikiran terbuka. Pokoknya, keduanya mudah bertolak ansur dan sentiasa menganggap hubungan mereka adalah anugerah. Permulaan lembaran kehidupan baru dimulakan pada esok hari. Seo Rin dan Gikwang sering menganggap hubungan mereka adalah masih baru pada esoknya walau sudah lama mereka bersama.

--------

14 tahun berlalu

Seo Rin umurnya sudah menginjak ke 27 tahun. Kehidupan Seo Rin sibuk setelah bekerja. Dia tiada masa untuk berseronok dan hampir seharian hidupnya dihabiskan di ruangan meja kerja.

Ting!

Bunyi notifikasi masuk membuatkan Seo Rin memeriksanya.

"My gummy bear. Jangan skip makan... Jangan balik lewat dan aku akan jemput kau balik macam biasa."

Seo Rin tersenyum menerima pesanan dari Gikwang. Lelaki itu sahajalah pemghibur hatinya. Biarpun masing-masing sibuk dengan pekerjaan, tetapi hubungan mereka masih kekal utuh.

Ting!

Notifikasi masuk lagi.

Jarang dia menerima mesej sebanyak dua kali dari Gikwang.

Dia mengagak mesej kali ini pasti penting.

"Seo Rin. Kau tak berkerja sebelah malam boleh tak? Keluarga kita nak berjumpa."

Seo Rin menekan keypad mula menaip mesej balas.

"Keluarga kita? Appa dan omma tak pesan apa-apapun."

Sent

Gikwang menghantar mesej balas kemudian.

"Cuba kau cek peti mesej kau. Mana tahu terlepas pandang."

Read

Seo Rin segera memerika peti mesejnya. Ternyata benar, ada pesanan dari orang tuanya. Seo Rin juga terlepas beberapa panggilan.

Seo Rin meraup wajah. Lelah mulai terasa. Dia sibuk sepanjang hari ini berlari sana sini semata untuk siapkan event bagi produk baru.

-------

Seo Rin dan Gikwang saling berpandangan. Kelihatan serius sahaja kedua orang tua mereka di hadapan.

"Ehem..."

Seo Rin dan Gikwang masih fokus.

"Kami rancang nak kahwinkan kau orang berdua. Dah lama sebenarnya perancangan ni. Kami rasa ni masa yang sesuai. Kau orang pun dah bekerja."

Seo Rin dan Gikwang terkejut. Tidak sangka orang tua mereka dalam diam sebenarnya berhasrat menyatukan mereka.

"Appa..." Seo Rin berencana untuk menjelaskan hubungan mereka namun kelihatan orang tua mereka rancak berbual.

Gikwang mengenggam tangan Seo Rin. Kedua mereka membalas senyuman. Syukurlah mereka berdua tidak perlu berfikir untuk menjelaskan lagi.

----------

Seo Rin duduk di hujung kolam. Bapanya datang menegur

"Termenung apa tu?"

"Rin tengok kolam ikan ni appa. Terfikir nak besarkan lagi."

Si bapa menanggalkan kaca mata. Mata digosok.

"Rin dah tak takutkan air?"

Seo Rin menggeleng. Sejak kecil dia mengalami aquaphobia. Pernah lemas dan kejadian di hutan itu membuatkan kemungkinan phobianya hilang agak mustahil.

"Maafkan appa sebab tinggalkan kau haritu."

Seo Rin mendapatkan bahu bapanya. Dia menggeleng. Lelah sudah asyik mendapat permohonan maaf dari bapanya gara-gara si bapa ke tandas seketika.

"Appa ni... Kan Rin cakap jangan ungkit lagi hal tu."

Bahu ayahnya dipeluk manja.

"Amboi appa dan Rin. Dah lewat ni. Masuk cepat Nanti kau orang demam kena angin luar."

Si ibu menghampiri mereka.

"Alah eomma jeleslah tu tengok kita orang bersawit."

"Mana ada." Si ibu berdalih. Bapa Seo Rin mentertawakannya.

Seo Rin memeluk ibu dan ayahnya dari belakang.

"Appa... Eomma.. Rin nak bagitahu sesuatu."

"Apa tu?" Keduanya mereka bereaksi.

"Sebenarnya Rin dan Gikwang dah lama bersama."

Keduanya saling berpandang dengan senyuman.

Mereka ketahuinya. Kerana itulah mereka ingin menjodohkan keduanya.

Tangan Seo Rin diusap lembut.

"Eomma harap Gikwang jaga Rin dengan baik."

Si bapa menambah, "kalau ada apa-apa berbincang dahulu ya."

Seo Rin mengangguk. Kedua ibu bapanya dipeluk erat.

"Anak eomma ni manja ya."

Si bapa mengelap air mata. Khuatir ingin melepaskan anaknya pergi nanti. Si ibu mentertawakannya.

Seo Rin masih kekal bermanja.

Dia harapkan semuanya berjalan lancar

We are together for the longest time and hoping our relationship last more than longer. Till our last breath - Shin Seo Rin.

----------

Maaf andai tak memuaskan and sorry for 1K. Puas seharian June perah kepala akhirnya berjalan jugak otuck. Harap suka. Maaf atas kekurangan.

Seo_rin89

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro