18: why you?
Cebisan kertas diletakkan ke atas kepala Hyejin. Junhui berlari bersama tawa setelah melakukan itu.
Hyejin membersihkan rambutnya. Terbebel kecil Hyejin disebabkan lelaki itu.
Di kelas
"Wen Junhui!" teriak Hyejin.
Lelaki itu memusingkan tubuhnya ke belakang memandang Hyejin.
"Mworago!"
Dia mendekati Hyejin lalu mengacah gengster.
"Kau ada tak puas hati dengan aku?" tambahnya.
"Ye, aku memang tak puas hati!" Hyejin menjerit di telinga Junhui.
Apa lagi bukan main bergegar Junhui.
"Hya pekak telinga aku." Junhui mengurut telinganya yang berdesing.
"Serves you right!" Hyejin smirk.
"Kalau kau masih cuba buli aku. Aku akan akan laporkan pada pihak atasan," ujar gadis itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.
"Kau!" Jari telunjuk Junhui melurus tepat pada batang hidung Hyejin.
"Aku takkan lepaskan kau!"
Tidak pula gentar, Hyejin merapatkan posisi mereka.
"Aku tak takut pada kau Wen Junhui. Berubahlah sebelum terlambat."
Hyejin berjalan ala cat-walk ke tempatnya.
Junhui tersengih sinis. Rasa tercabar.
*******
Buk!
Perlanggaran yang disengajakan itu membuatkan buku-buku Hyejin jatuh terabur ke lantai.
Hyejin mengetap bibir menahan marah. Sudahlah panas terik boleh pula lelaki ini cuba bermain api dengannya. Rentung juga dia buat nanti.
Junhui yang berada di situ langsung tidak membantu. Dia sekadar melihat dengan senyuman mengejek.
"Nak bantuan ke baby girl?"soalnya.
Jelingan dari Hyejin serta-merta buatkan Junhui tersentak. Air liur Junhui ditelan payah. Garang, rawr!
"Nak aku tolong. Bagitahu jek. Tak payah berlagak sangat."
Hyejin menghentikan tingkahnya. Matanya menghala tepat pada kanta mata Junhui.
"Kau nak tolong?"
"Geurome!" jawab Junhui tidak serius.
"Sini kau tolong!"
Buk! Buk!
Amat malang sekali Junhui menjadi mangsa pukulan bertalu-talu Hyejin. Dua rakannya yang selalu bersamanya bukan membantu, malah hanya menonton sambil tertawa. Dasar!
Junhui menemplak Hyejin, " hya malang bakal suami kau nanti dapat kau."
Hyejin membetulkan rambutnya yang serabut. Dia senyum sarkastik.
"Suami aku biarlah! Yang pasti bukan kau suami aku!"
Perbuatan mengetuk dengan buku bertalu-talu disambung semula.
"Aw sakit. Woi! Sudahlah! Adoi!"
Namun begitu Hyejin langsung tidak mempedulikannya.
**********
Di taman (hanya ada Hyejin bersendiri)
Niat di hati ingin saja Hyejin menghempuk mamat itu sehingga lumat. Tetapi tidak sanggup la pula.
Buk!
Bekas roti yang terletak pada tangan Hyejin ditolak kasar oleh satu tangan yang tiba datang menyergah.
Hyejin memandang hampa roti itu yang kemudiannya dipijak melekat ke lantai. Sosnya memercik mengotori tempat.
"Hya, apa korang buat ni ha?" bentak Hyejin langsung tidak rasa gentar dengan lima pelajar lelaki itu yang tiba-tiba datang mengelilinginya.
Hyejin menggenggam tangan mengepal penumbuk.
Wajah satu persatu mereka diamati. Hyejin bingung sejenak. Dia seperti tak pernah nampak mereka.
"Jadi, nilah perempuan yang cuba rampas tempat pertama adik aku."
Pap!
Pipi Hyejin ditampar tanpa sebarang isyarat.
Mata Hyejin membulat menyentuh pipinya.
"Kau tahu adik aku sakit sebab kau. Kau rampas kedudukan paling terpenting dalam hidupnya."
Wajah lelaki itu kelihatan menyeramkan buat Hyejin.
Satu demi satu langkah kaki diatur maju lelaki itu, datang mendekat dia
Hyejin tidak selesa
Perlahan dia mengundur ke belakang.
Tidak takut? Tipulah jika dia bilang dia tidak takut.
"DIA DIPUKUL APPA AKU SEBAB GAGAL DAPATKAN PERTAMA. SEMUANYA SEBAB KAU."
Mata Hyejin berkaca. Tangannya mengenggam kuat cuba mengumpul segala kekuatan melawan segala rasa takut.
Hyejin memberanikan diri membalas balik, "ITU MASALAH KAU ORANG. TAK ADA KAITAN DENGAN AKU. SEGALANYA KETENTUAN!"
Lelaki tadi tersengih.
"Ketentuan?"
Wajahnya berubah drastik. Tahap kemarahannya berada di paras maksima.
Tangan dijulang tinggi bersedia untuk menampar Hyejin sekali lagi.
Hyejin menutup mata menunduk lalu menjerit dalam kolam mata sudah mengalir dari kelopak mata tertutup.
"Andwae!"
"Hya!"
Satu tangan dari belakang berjaya menghentikan tingkah lelaki tadi.
"Kau siapa?" Lelaki itu membentak seraya tangannya ditarik pergi.
Hanya sengihan sinis membalas kata lelaki itu.
"Kau berambus. Jangan kacau kerja aku!"
Tangannya dimajukan lagi ingin menampar wajah mulus Hyejin. Gadis itu masih menutup matanya.
"Geumanae!"
Tangan lelaki itu ditahan kembali.
"Dia milik aku. Hanya aku boleh buli dia. Kau tak layak."
Lelaki tadi tersengih sinis.
"Lah nak acah hero pulak. Uwau terharunya."
Tepukan tangan diselangi tawa mengejek bergema kuat oleh lima lelaki tersebut.
Saat mereka leka meraikan, Junhui menarik tangan Hyejin pergi.
Seraya itu lelaki itu menjerit lantang
"KEJAR DORANG!"
Junhui melarikan Hyejin selaju mungkin. Namun mereka jadi membuntu saat jalan mati menjadi tatapan mata mereka.
Junhui cemas.
Dia melihat ke sebelah.
Stor lama. Mereka tak ada pilihan.
Junhui menarik Hyejin ke dalam pelukannya. Hyejin dipeluk erat Junhui. Dalam pada itu sempat Hyejin merasa jantungnya berdebar menggila disebabkan kedudukan mereka yang begitu rapat ini.
"Kau lepas-"
"Shhh... Mereka datang."
Jari telunjuk Junhui diletakkan pada bibir mungil Hyejin.
Gadis itu terkesima.
Bebola matanya merenung lama lelaki itu.
Terpesona. Hyejin bagaikan terpukau dengan struktur wajah yang dimiliki Junhui jika dilihat dari tepi ini. Cukup sempurna. Dia kacak tetapi personalitinya tidak sebagus anugerah wajahnya.
"Mereka mungkin ada kat dalam. Kunci tempat tu!" Tawa berhamburan kuat usai kata itu dihambur.
Pintu stor itu dikunci dari luar lalu dihadang dengan segala barang berat dan besar menutup pintu.
Hyejin dan Junhui berpandangan cemas
Tuk! Tuk! Selamatkan kami juseyo! Sesiapa! Jebal!" jerit Hyejin tetapi tiada berguna.
Dia melihat sekeliling. Bilik itu sungguh gelap. Kepala Hyejin rasa berpinar. Segala rasa ketakutan mulai menyerang. Ingatan umur sepuluh tahunnya kembali menjengah.
Hyejin dihukum dalam bilik gelap setiap kali membuat masalah atau gagal mengekalkan prestasi cemerlangnya di sekolah.
"Argh..." Hyejin mengerang kecil.
Peluh menuruni laju dari dahinya. Junhui merasa khuatir dengan Hyejin.
"Hya. Kau okay tak? Jawab aku."
"A-aku... Hek!"
Nafas Hyejin menjadi tersekat akibat terlalu cemas dan ketakutan.
"Kejap aku-"
"Ja-jangan tinggal-"
Hyejin tidak dapat meneruskan katanya dek rasa sesaknya makin menghimpit. Dadanya kesakitan.
Junhui tetap bangun. Dia perlu berbuat sesuatu atau nyawa Hyejin boleh melayang bila-bila masa.
Cahaya skrin dari telefonnya diaktifkan. Terkedu saat dia melihat keadaan Hyejin yang sungguh terseksa menahan derita.
Tubuh Hyejin ditarik masuk ke dalam pelukannya.
"Kendalikan diri kau! Kau kena lawan semua perasaan tu. Aku ada. Kau jangan takut."
Hyejin masih memejam mata dalam kerutan. Dia mengenggam kuat hujung baju Junhui.
"Lawan Hye!"
Seketika itu dinding memori Hyejin terasa diketuk. Satu imbasan ingatan kembali berlayar di mindanya.
"Lawan Hye!" Suara itu milik seorang kanak lelaki yang dia ingat itu adalah rakan sepermainannya. Lelaki itu ada ketika susah senangnya.
Tetapi mereka akhirnya terpisah kerana takdir menentukan.
Kejadian ini sama seperti ingatan dalam zaman kecilnya.
Hyejin berlawan perasaan sendiri.
Dia menjerit kuat
Krek!
Pintu yang terbuka tiba-tiba mengejutkan
"Yeongin Saem?"
"Kamu main dekat sini rupanya. Ada pelajar report pasal kalian. Kamu berdua ditahan lepas sekolah sehingga pukul enam. Renungkan diri sepanjang tahanan itu.
Tanpa sempat Junhui berkata apa-apa mereka ditarik pergi.
******
Kedua mereka ditahan dalam sebuah kelas.
Suasana menyepi sejak tadi.
Junhui hanya memerhati Hyejin yang sibuk mengemaskan pakaian dan rambutnya yang tidak kemas.
"Ini-"
Hyejin melempar sapu tangan pemberian Junhui.
Lelaki itu tersentak.
"Hye!"
Hyejin tersentak sejenak mendengar nama panggilan yang hanya orang tertentu boleh panggil.
Dia jeda lalu langkah kakinya dibawa ke belakang.
"Kau siapa?"
"Nampaknya kau still tak ingat aku."
"Takkanlah kau budak lelaki tu-"
"Kau dah ingat?" Wajah Junhui tampak begitu tenang.
"Maldo andwae!" nafi Hyejin
Hyejin terus mengundur ke belakang tanpa sedar tubuhnya terlanggar meja hingga hilang imbangan.
Tapi mujurlah Junhui sempat mendapatkan Hyejin.
Kedudukan wajah mereka terlalu dekat.
Mata mereka bertautan agak lama.
Hyejin cuba meloloskan diri tapi dihalang Junhui
"Kau dah ingat aku kan Hyejin?"
Gadis itu terdiam
"Kau tahu kenapa aku selalu buli kau?"
Hyejin masih diam
"Aku kesal kau langsung tak ingat aku sedangkan kita rapat sejak kecil. Kenapa kau putuskan hubungan dan menyepi?"
"Sebab kita tak sesuai berkawan. Appa kau bagi amaran jangan dekati kau lagi."
"Mworago!" Junhui tergamam
Junhui dan Hyejin tak beza kayanya cuma keluarga Junhui sudah ada rancangan untuk menjodohkan Junhui dengan orang lain
Tindakan Junhui memeluknya erat buatkan Hyejin tersentak. Tubuh Junhui ditolak tetapi tak ada guna. Makin erat pelukan itu.
"Kau tak tahu ke aku rindu kau separuh mati?" luah lelaki itu agak sebak di hujung suaranya.
"Aku tak tahu dan tak nak ambil tahu." Balasan kata Hyejin menambahkn rasa sakit di jiwanya.
Pelukan tadi serta merta longgar.
Junhui memandang ke arah lain
Hyejin nyata terkedu dengan tindakan Junhui. Bukan maksudnya untuk berkata begitu.
Junhui tiba-tiba meneruskan kata, "aku sanggup datang sini semata kerana kau Hyejin. Aku datang ke negara ini dan sekolah ini semula kerana kau."
Hyejin terdiam. Matanya dibawa menekur lantai.
"Tapi aku tak kisah kalau kau masih menolak aku." Junhui cuba tersenyum. Tetapi jelas senyuman itu terlihat palsu.
Junhui segera membawa dirinya duduk di hujung kelas itu. Pandangan dihala ke luar tingkap
Hyejin sekadar melihat lelaki itu tanpa sebarang reaksi. Dia duduk di sebuah kerusi berdekatannya.
********
Habis saja waktu tahanan mereka, Hyejin dan Junhui bergerak keluar dari kelas itu.
Hyejin berjalan perlahan di belakangnya. Manakala Junhui pula berjalan di hadapan dalam tangannya menyeluk poket seluar.
Langkah yang dihentikan tiba-tiba buatkan Hyejin tidak sedar lalu melanggar belakang Junhui.
Wajahnya melekap pada belakang lelaki itu.
"Hya kau kenapa berhenti tiba-tiba?"
"Anni. Eomma dan appa aku..."
"Mwo?"
Mereka berdua terkejut melihat ibu dan ayah Junhui berada di situ. Tetapi yang anehnya ada juga ibu Hyejin. Gayanya seperti berbincang sesuatu serius.
Junhui dan Hyejin berpandangan sebelum menghampiri mereka.
"Eomma!" tegur Hyejin pada ibunya.
"Hyejin ah," balas wanita itu.
Junhui dan Hyejin masih berpandangan bingung.
Ada apa agaknya mereka bertemu? Barangkali membincangkan bertanyakan hal Junhui. Maklumlah ibu Hyejin pemilik Sekolah berpestij tinggi ini.
"Kita akan ada temu janji makan malam ni. Jangan terlambat ya Hye." Teguran ibu Junhui pada Hyejin buatkan gadis itu terangguk perlahan.
Junhui tersenyum melihat Hyejin
Hyejin sekadar menjeling lelaki itu
******
Sebaik saja ibu bapa mereka bersurai, Hyejin bertemu Junhui bertanyakan hal tadi.
"Ada apa eomma dan appa kau nak jumpa aku dan eomma aku?"
"Kau rasa kenapa dorang benarkan aku sekolah sini semula?"
"Ha?" Kening Hyejin terjongket ke atas
"Akhirnya mereka mempertimbangkan permintaan anak mereka."
"Mwo?" Makin tidak faham si Hyejin. Penuh berteka-teki betul lelaki itu.
Hyejin mengejar Junhui untuk mendapatkan jawapan.
"Hya gila. Beritahulah!"
"Tak dengar. Tak dengar."
Hyejin mengetuk Junhui tetapi boleh pula lelaki itu ketawa.
Di sudut hati yang dalam Junhui berharap mereka takkan terpisah lagi
Why you? Cuz mereka memang ditakdirkan bersama. Biar jauh mereka dipisahkan realiti namun jika ada jodoh pasti akan ditemukan semula.
The end
maapkan aye tak best 😩😩😩 actually sepatutnya buat kelakar tapi terjadi story emosi pulak
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro