16: The untitled love
"Hya! Ppaliwa!" Aeyoung bercekak pinggang,
Aera dan Aaron sebaliknya tidak mendengar kata. Mereka berlari-lari sambil menjelirkan lidah. Menguji kesabaran betul.
"Kakak kira sampai tiga. Siapa tak mandi lagi tak dapatlah keluar hari ni." Aeyoung tersengih sinis setelah mengucapkannya.
"Okay!" Serentak mereka bersuara lalu kelam kabut berlari ke bilik air.
Aeyoung tersengih sebelum menjerit. "Jangan lari budak-budak oi jatuh karang."
"Aku dulu!"
"Eh, aku yang masuk dulu."
Bush!
"HAHAHAHAHA!"
"Basah baju aku siot! Ko tunggulah!"
Aeyoung menggelengkan kepala. Pening ada dua orang adik sebegitu.
Aeyoung terpandangkan sebuah bingkai yang tergantung elok di dinding. Foto itu ada gambar keluarga mereka. Ibu bapa mereka terkorban setelah terlibat dalam kemalangan setahun lepas. Aeyoung dan adik-beradiknya dijadikan anak angkat kepada ibu saudara belah ibu mereka. Sunghoon anaknya. Mereka bersaudara.
Rindu. Tetapi dia hanya pendamkan segalanya dalam hati. Aeyoung tabahkan diri demi adik-beradiknya.
*********
PIN!
Bunyi hon kereta dari luar membuatkan kedua adik Aeyoung berlari keluar.
Aeyoung menjerit menegur mereka, " jangan lari la. Jalan perlahan-lahan!"
Tetapi kata-katanya tidak diendahkan
Ada adik kembar 12 tahun memerlukan kesabaran yang tinggi.
"Aeyoung..." Teguran suara lunak itu bagaikan menyentak Aeyoung.
"Sung... Sunghoon?"
"Wae? Macam nampak hantu je?" Sunghoon mengukir senyuman lebar.
Aeyoung terkesima. Terbuai seketika dengan ketampanan yang dimiliki lelaki itu.
Sunghoon melambaikan tangan di hadapannya untuk menyedarkan.
"Ae, kau okay tak?"
Aeyoung cepat-cepat mengalihkan mata saat tersedar. Dia menunduk. Sunghoon yang melihat pipi Aeyoung merona merah tersengih kecil.
'Gwiyeo,' bisik hatinya.
"Kajja!"
Sunghoon menggengam tangan Aeyoung lembut ingin membawa Aeyoung pergi. Tetapi tubuh Aeyoung tidak mahu beri kerjasama.
Mata Aeyoung sedikit membulat dengan tindakan Sunghoon. Jantungnya berdegup kencang bagaikan mahu terkeluar. Beginilah dirinya saat bertemu mata dengan lelaki itu. Macam dijampi setiap kali bersama lelaki ini.
"Kakak, ppali! Nak bersweet berapa lama dengan abang Hoon tu!" Jeritan serentak dari pasangan kembar itu kembali menyentakkan Aeyoung.
Pipi Aeyoung kembali merona merah.
'Nahas budak-budak ni! Tunggu balik japgi aku bancuh!' bisik hatinya.
Sunghoon yang terpandang wajahnya dengan senyuman melebar memadamkan kemarahan Aeyoung. Makin tidak tentu arah saat menyedari tangan mereka masih bersatu.
"Kau nak aku dukung kau ke?" bisik Sunghoon halus dalam suara gemersik di telinga Aeyoung
Menyedari itu, Aeyoung terus berlari anak masuk ke dalam kereta. Sunghoon tersengih melihat tingkah Aeyoung. Comel dan comel!
********
Di mall
"Kakak, kami nak pergi main game. Kita jumpa kat sini balik dalam setengah jam."
Berlari pasangan kembar itu tanpa Aeyoung sempat membalas apa-apa.
"Ish dorang ni..." Aeyoung mulai terasa risau.
"Jangan risau. Dorang dah besar. Pandailah dorang urus diri nanti."
"Tapi..."
Melihatkan ada kanak-kanak berlari ke arah Aeyoung. Sunghoon menjerit, "hati-hati!"
Lengan Aeyoung ditarik lembut lalu sebelah tangannya lagi menyambut bahu gadis itu. Jika terlambat, mungkin Aeyoung sudah terbaring di atas lantai. Tangan Aeyoung drastik memeluk leher Sunghoon akibat terlalu cemas.
Mata mereka bertaut lama.
Telinga Sunghoon bertukar warna merah manakala pipi Aeyoung turut bertukar warna itu.
"Ehem! Lama lagi ke korang nak macam tu?" Teguran dari sebelah sana mengejutkan mereka. Aera tersengih suka. Tak sangka dapat saksikan pemandangan ini pula.
Tempat gamenya diselenggara. Terpaksalah patah balik.
Si Aaron pula sibuk mengambil gambar.
Klik! Klik!
Bunyi kamera berselang seli dengan cahaya darinya.
Aeyoung dan Sunghoon cemas melihat mereka sudah menjadi tontonan ramai. Fikir dia orang tengah shooting drama ke!
**********
Setelah siap membeli barang untuk majlis sekolah, mereka bergerak pulang. Sambil itu Aeyoung sempat berbelanja untuk keperluan rumah.
Aeyoung sibuk mengemas segala barang yang dia beli ke dalam almari. Sunghoon berjalan masuk ke dalam dapur memeriksa gadis itu.
"Ae, nak aku tolong ke?"
"Anni-"
Sunghoon tersengih melihat Aeyoung terginjat-ginjat cuba mengeluarkan barang yang tak penting dari almari tersebut.
Mata mereka saling bertemu saat Sunghoon menghulurkan barang itu pada Aeyoung.
Aeyoung terkedu seketika. Posisi mereka sekarang terlalu dekat. Hatinya rasa berdebar. Tambahan pula lelaki itu sedang berdiri berhadapannya sambil tersenyum.
"Kita buat sama-sama. Cepat sikit kita dapat siapkan tugasan sekolah tu nanti."
Aeyoung mengangguk
*********
Hanlim multi art school
"Bawak tak?"
Aeyoung mengangguk. Dia menyerahkan dua beg kertas yang berisi hadiah mereka balut kelmarin.
Mata mereka dialihkan pada pentas.
Sambutan untuk acara sukan akan dimulakan sebentar lagi.
*******
Preeeet!
Bunyi wisel bergema kuat.
Sunghoon bersama empat peserta lain berlari selaju mungkin di atas padang
Aeyoung dari sebelah sana memerhati lelaki itu dengan penuh debaran. Berharap dia akan menang.
Suara sorakan dan jeritan bergema kuat dari ruangan pelajar. Ditambah keadaannya makin sengit dengan peserta lumba lari yang semuanya berlatar belakang atlit sekolah. Masing-masing berada dekat dengan garisan penamat.
Sorakan akhir memenuhi ruang udara lama.
"Sunghoon menang!" Gamat suara menyambut kemenangan memenuhi. Dah macam olimpik.
Gembira tak terkata Aeyoung tika itu.
Saat tiba gilirannya, Sunghoon segera berlari pergi menemuinya.
"Ae shi, hwaiting!" Gaya tangan dinaikkan ke atas dilakukan bagi menyalurkan semangat pada gadis itu.
Tetapi riak gadis itu kelihatan resah.
Sunghoon segera menggengam tangan Aeyoung.
Hangat! Aeyoung rasa selamat seketika walau debar turut sama mengiringi.
"Aku yakin kau boleh. Jangan gentar. Kita dah berlatih bersama untuk hari ni."
Gadis itu masih tidak menunjukkan tanda dia bersemangat.
Sunghoon tidak berfikir panjang.
Tubuh gadis itu lantas didakap. Sunghoon menepuk bahu Aeyoung perlahan lalu meleraikan. Ubun kepala Aeyoung diusap.
"Hwaiting. Aku tunggu kau kat garisan penamat."
Aeyoung akhirnya memberi reaksi. Sunghoon tersenyum. Saat kakinya mengorak langkah pergi, Aeyoung sedar dia diperhati.
Dia tahu apa yang terjadi tadi dilihat pelajar-pelajar lain. Tetapi renungan yang dia lihat itu sungguh tajam.
Aeyoung cuba mengabaikan
Dia sudah berdiri di garis permulaan
Setelah wisel dibunyikan Aeyoung berlari sekuatnya.
Sunghoon fokus tidak mengalihkan sedikitpun perhatiannya dari Aeyoung.
Seperti yang diduga, Aeyoung memenangi perlumbaan itu. Akibat terlalu gembira, kedua mereka tidak sedar kedua mereka meraikan kemenangan itu dalam pelukan.
Aeyoung menjarakkan dirinya saat sedar. Sunghoon tampak bingung seketika. Kedua mereka merona merah pipi dan telinga.
Mereka tersenyum janggal sambil melihat ke arah lain.
"Oh ya, aku ambikkan air untuk kau. Tunggu sini kejap ya."
Sunghoon berlari pergi. Aeyoung masih tidak lekang dengan senyuman.
Nafas dihela sedalam mungkin. Sejak tadi dia berbolak-balik dengan perasaan sendiri. Aeyoung yakin ini masa yang sesuai. Sampai bila lagi dia perlu memendam segala rasa sendiri.
******
Langkah diatur ke ruangan air. Senyuman Aeyoung pudar saat melihat ada gadis lain bersama Sunghoon. Ditambah sebaris kata yang terungkap dari bibirnya.
Aeyoung tergamam.
"Saya suka awak Sunghoon. Dah lama."
Riak Sunghoon sukar ditafsir
Entah lelaki itu suka atau tidak padanya.
Sunghoon tersengih sambil garu belakang kepala.
Aeyoung yang melihatkan itu terasa sudah tidak betah berlama. Dia berlalu pergi
*********
"Aeyoung!" Sunghoon mengejar gadis itu. Puas dia mencari akhirnya bertemu juga.
Aeyoung segera berlari pantas, cuba menghindarkan diri darinya. Tak sanggup dia berhadapan Sunghoon dengan matanya yang sembap disebabkan banyak menangis.
Takut pula dia akan pecah tangis dihadapannya.
Aeyoung terus berlari sehingga tidak sedar ada sebuah kereta pemandu mabuk meluru ke arahnya.
"Aeyoung!" Jeritan Sunghoon bergema sekuat mungkin.
Tetapi segalanya sudah terlambat.
Aeyoung terbaring lemah berlumuran darah di lantai setelah melambung tinggi di permukaan udara.
"Ae! Jangan tinggalkan aku!" jerit Sunghoon dengan suara yang sudah sebak. Mata dia sudah berair.
"Ae shi, aku sayang kau!" teriaknya lagi dalam wajah yang sudah mengalirkan air mata.
Pipi lembut Aeyoung disentuh lama. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Matanya terpejam bersama darah mengalir laju dari kepala.
********
One years later
"Aeyoung shi." Teguran Sunghoon buatkan Aeyoung sedikit terkejut.
"Nu-nugu?"
Sunghoon tersenyum tenang. Aeyoung kehilangan ingatan setelah kejadian kemalangan itu.
Meskipun bersedih kerana Aeyoung tidak mengingatinya, namun Sunghoon bersyukur Aeyoung masih hidup. Itu pun sudah cukup baik baginya.
"Ini..." Sekeping foto dihulurkan
Aeyoung menyambutnya lembut.
Foto mereka berdua ini waktu mereka di mall.
Keadaan Sunghoon yang memeluk Aeyoung buatkan Aeyoung terkedu seketika. Wajah Sunghoon diimbas. Namun tindak balas yang diterimanya hanyalah kosong.
Sunghoon menggenggam lembut tangan Aeyoung. Tidak pula gadis itu menolak. Sebaliknya rasa hangat dan selamat dalam tautan lelaki itu.
"Geojanghajima. Aku akan bantu kau ingat semuanya."
Aeyoung sekadar membalas dengan pandangan tenang.
Klik!
Bunyi kamera mengalihkan perhatian mereka..
Aaron sibuk ambil gambar.
Aera pula tersengih kalah kerang busuk di situ.
"Buatlah sweet bebanyak. Kami nak tangkap gambar lagi," ujarnya sejenak.
Kedua kembar itu ketawa sambil bertampar tangan. High five
Sunghoon kemudian memandang Aeyoung. Senyuman terukir di bibirnya.
Lama sekali mereka bertaut mata.
Tanpa sedar Aeyoung turut membalas senyuman itu.
The end
Maafkan june ya ae sebab lambat. ❤️ maaf kalau kurang sempurna
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro