15: Hate to love u
"Xiao Yu kamu kena pergi."
Gadis itu mengenggam lembut bahu ayahnya
"Ayah akan ikut sekali kan?"
Tuan Liu menggeleng.
"Tak Xiao. Ayah kena uruskan banyak benda dekat sini. Kamu kena pergi dulu. Ayah dah siapkan semuanya di sana. Jaga diri."
Ciuman dihadiahkan pada dahi Xiao Yu setelah mengucapkan kata itu.
"Ayah..." Xiao Yu mengenggam lembut tangan Tuan Liu bersama matanya yang sudah berkaca.
Tuan Liu mengusap lembut rambut anaknya.
"Jangan risau. Ayah akan menyusul. Ayah cuma nak pastikan keselamatan kamu terjamin saja."
Xiao Yu menggeleng. Air matanya mengalir laju.
"Xiao takkan dapat pergi tanpa ayah. Macam mana kalau ada sesuatu berlaku. Xiao tak boleh kehilangan ayah.. Cukuplah Xiao tak dapat rasa kasih ibu."
"Xiao..." Tuan Liu bersuara lirih. Dia menarik anaknya masuk ke dalam pelukan.
"Ayah janji ayah takkan apa-apa." Pelukan dileraikan. Tuan Liu menyentuh kedua pipi anaknya.
"Yang ayah risaukan kamu sekarang. Tolong jangan percaya sesiapa. Jaga diri baik-baik dekat sana."
Xiao Yu mengangguk.
Klak!
Satu petikan jari menjemput seseorang keluar.
Xiao Yu mengerutkan dahi melihat figura yang dia yakin seratus peratus dia tidak kenal.
"Siapa dia ayah?"
Xiao Yu bertanya setelah melihat mereka selesai berbicara.
"Dia bodyguard kamu. Mulai hari ini dia akan awasi kamu."
Xiao Yu berdecih.
Dia menyambung kata, "ayah. Xiao Yu tak perlukan sesiapa la. Ayah tahu kan Xiao Yu boleh jaga diri. Ayah tak percayakan seni pertahanan diri yang Xiao ada?"
Tuan Liu menggeleng. Tidak dia nafikan Xiao Yu sangat hebat dan semua orang gerun dengannya. Wajahnya yang sentiasa beriak dingin dan dirinya yang tegas serta memegang teguh prinsip buatkan ramai orang menghormatinya.
Jika hendak diikutkan, Xiao Yu sudah layak untuk mengambil tempatnya. Tetapi nyawa Xiao Yu pula menjadi taruhan. Disebabkan dia merupakan anak Tuan Liu jadi ramai orang menjadikan dia sasaran. Tuan Liu tidak mahu kejadian buruk yang hampir meragut nyawa Xiao Yu berulang kembali.
"Ayah! Dengar tak ni? Kenapa mengelamun? Xiao tak mahu bodyguard la!"
"Dia bukan bodyguard biasa. Tempat yang kamu nak pergi ni Korea. Dia lebih arif tempat tu kerana dia tinggal di sana. Lagipun ayah kenal dia sejak kecil. Jika tak, pasti ayah dah jadikan dia anak murid. Tetapi dia ada pilihan berbeza."
Lelaki itu sekadar tersenyum.
Jujur dia tidak menyangka mereka akan bertemu kembali. Sebelum ni mereka hanya berhubung melalui telefon.
Prang!
Bunyi pecahan kaca menyentak mereka.
Tuan Liu menolak Xiao Yu. Sempat dia memandang lelaki tadi
"Pastikan Xiao selamat sampai di sana."
Lelaki itu mengangguk
Xiao Yu menyentuh bapanya.
"Ayah! Tidak!"
"Maaf cik, tapi kita kena pergi." Jun memegang lembut Xiao Yu
"Pergi cepat Xiao." Tuan Liu mengusap lembut tangan anaknya.
Prang!
Bunyi kaca menghempas lantai kedengaran lagi. Tetapi kali ini lebih banyak kaca yang dipecahkan.
Tap! Tap!
Langkah tapak kaki kedengaran tidak jauh.
Tuan Liu mencapai sniper yang tergantung di dinding.
Jun menarik pergelangan tangan Xiao Yu membawa gadis itu larikan diri ikut pintu belakang. Xiao Yu masih tidak mengalihkan pandangan matanya dari melihat ayahnya.
Prang!
Beberapa das tembakan terlepas sebaik sekumpulan berpakaian hitam menghampiri. Tembakan tadi turut mengenai barang-barang kaca di sekeliling rumah Tuan Liu.
"SERAHKAN ANAK KAU!"
"LANGKAH MAYAT AKU!"
BUK!
Satu tembakan hendap dari belakang menyebabkan Tuan Liu jatuh menyembah lantai. Peluru tadi mengena tepat pada dadanya
"AYAH!" Jeritan Xiao bergema seisi rumah.
Dia meronta ingin mendapatkan ayahnya tapi Jun lebih pantas. Xiao Yu dipengsankan Jun. Leher Xiao Yu diketuk menyebabkan dia tidak sedarkan diri lagi.
********
Lapangan terbang, China
"Ish, lepaslah tangan aku!"
Sebaik sedar Xiao Yu asyik marah-marah Jun. Semua serba tak kena. Xiao Yu marah kerana Jun tak menyelamatkan ayahnya sebaliknya larikan diri padahal mereka boleh saja melawan mafia tadi. Dia boleh lawan, Jun juga begitu. Sumpah, dia rasa Jun pentingkan diri.
"Aku kata lepaslah! Kau nak aku balas dengan kekasaran ke? Aku tak sanggup sebab fikir kau bodyguard aku tau tak!"
Jun masih mencengkam tangan Xiao Yu.
"LEPAS!"
Jun fikir dia perlu tenangkan Xiao Yu sebelum keberadaan mereka disedari.
Cengkaman dilepaskan.
"Okay, Cik Xiao. Dengar!"
"Yelah aku dengar!" Tangan disilangkan ke dada bersama wajah sudah cemberut.
"Nyawa Cik Xiao lebih utama.. Saya hanya jalankan tugas saya."
"Habis ayah aku! Ha! Kau tak fikir ke ha? Macam mana kalau dia terkorban! Aku tak nak kehilangan ayah aku! Aku tak sanggup."
Xiao Yu menampar-nampar dada Jun kegeraman bersama air mata yang sudah mengalir ke pipi.
Jun menarik Xiao Yu masuk ke dalam pelukannya. Belakang Xiao Yu digosok lembut.
"Cik Xiao tak percayakan ayah Cik Xiao? Dia lebih kuat dari Cik Xiao sangkakan."
"Macam mana aku nak percaya kalau aku nampak ayah aku sendiri jatuh terbaring lemah dekat lantai."
Xiao Yu melorot di atas lantai. Dia lemah. Tak sanggup memikirkan nasib ayahnya.
"Aku mesti dapatkan ayah. Aku perlu tahu dia hidup lagi ke tak."
"Cik Xiao!"
Mujurlah Jun sempat menarik pergelangan tangan Xiao Yu.
"ARGH!" Bunyi jeritan diselangi tembakan bertalu-talu menyebabkan suasana di lapangan terbang itu menjadi hingar-bingar.
"Kita tak ada masa Cik Xiao. Mereka dah sampai sini."
Jun melarikan Xiao Yu, mereka menghampiri balai pelepasan. Dia menyerahkan pasport mereka lalu diperiksa
"ARGHH!" Jeritan bergema lagi tetapi kali ini sekumpulan polis bersama pelindung datang menghalang sekumpulan lelaki tadi.
Jun melihat ini sebagai kesempatan mereka untuk melarikan diri.
Mereka berdua berlari pergi.
Korea (malam) - hotel
Xiao Yu merebahkan dirinya di atas katil.
Habis lenguh seluruh tubuhnya disebabkan hal yang terjadi hari ini.
Xiao Yu melihat sekeliling. Dia mulai merasa rindu rumahnya. Juga ayahnya.
Xiao Yu berbisik sendiri, 'mungkin benar cakap laki tu. Aku takkan larikan diri waktu lihat ayah kena tembak waktu tu kalau aku tahu dia akan mati. Aku yakin ayah selamat. Aku harus percaya ayah.'
Xiao Yu bangun dari baringan membuatkan Jun yang baru keluar dari kamar mandi mengejutkannya.
Lelaki itu memakai bathrobe mendedahkan dadanya yang berotot. Rambutnya dikibaskan lalu dikeringkan dengan tuala menyebabkan Xiao Yu terpaku seketika dengan kekacakkannya.
"Ehem!" Xiao Yu berdehem saat mata mereka saling bertemu.
"Cik Xiao nak mandi?"
"Ah, aku... aku nak keluar."
"Saya ikut."
"Ish tak payahlah! Aku nak pergi beli pakaian jek."
"Kita turun sekali. Boleh kita beli makanan sekali."
Jun menyentuh tangan Xiao Yu.
"Hya, kau nak pergi dengan macam tu ke?"
"Tak apa. Macam ni pun okay!"
"Haish, pergi pakai bajulah!"
Tindakan Jun membuka bathrobe-nya mengejutkan.
"ARGHHHH!" Xiao Yu mentutup muka.
Muka Jun ditampar-tampar kemudia dengan mata yang menutup
"Hya! Awak berani berbogel di hadapan saya?"
Jun mengenggam tangan Xiao Yu
"Tenang Cik Xiao. Buka mata tu."
Xiao Yu membuka matanya. Kelihatan lelaki itu hanya berseluar pendek mendedahkan atas tubuhnya yang berotot.
Xiao Yu masih malu. Mukanya merona merah.
"Pakai baju la!" gesanya.
"Yup.. Ba... baik."
********
Pagi - in Korea
"Kita nak pergi mana? Dan mana awak dapat kereta ni?"
Xiao Yu mengarahkan kakinya pada kereta sport merah yang sedang mereka naiki.
"Ini kereta saya. Kita akan pergi ke vila yang ayah Cik Xiao sediakan."
Setelah itu hanya suasana sepi menemani.
*********
Vila - korea
Rumah itu agak besar dan mewah. Tetapi Xiao Yu lebih menyukai rumahnya. Lebih bagus, jika ayahnya ada bersama sekali.
Seharian berada di rumah itu, Xiao Yu merasa bosan.
"Cik Xiao!" Xiao Yu menggulingkan biji matanya menyampah Jun asyik menganggunya.
"Apa? Apa? Apa lagi?"
"Cik Xiao nak kemana? Saya perlu ikut."
"Awak tahu tak ayah saya pun tak macam awak tahu. Asyik kawal saya 24 jam. Saya dah menyampah tengok muka awak."
"Tapi ini tugas saya.."
"Aku tak peduli."
**********
Pasar jalan Hongdae
Xiao Yu berjalan dengan riak kurang senang.
Figura di belakang dikerling. Rasa tidak puas hatinya bertambah-tambah.
Xiao Yu menghentikan langkahnya.
Senyuman sinis terukir. Dia berencana untuk mengenakan lelaki itu.
"Wah, lawanya penutup telinga arnab ni. Sesuai dengan kau Jun."
Xiao Yu memakaikan telinga arnab di kepala Jun. Comel! Terdetik hatinya, Jun agak comel.
"Cik Xiao pun kena pakai."
Telinga kucing dipakaikan.
"Comel betul Cik Xiao pakai ni."
Xiao Yu menjelingnya.
"Kau bayar!" arahnya dengan nada mendatar.
"Aku nak ni! Yang ni! Dan yang tu!" Xiao mengarahkan Jun membayar dan membawakan barangnya.
Habis penuh barang sampai tak cukup tangan Jun. Muka dia pun turut terlindung disebabkan barang tersebut.
"Wah, sedapnya! Jun kau nak tak?"
Jun membuka mulutnya memikirkan dia akan disuap namun telahannya salah. Xiao Yu menarik semula tteopokki itu lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
Lelaki itu hanya tersenyum.
Xiao Yu menikmati segala makanan di gerai tersebut. Semuanya sedap. Hampir kenyang Xiao Yu dibuatnya.
Restoran itik femes
"Cik Xiao, nak makan lagi?"
"Apa? Ada masalah?" Xiao Yu menjeling Jun
Dia sebenarnya memang sudah kenyang. Tak ada keinginan nak makan pun.
Xiao Yu memesan hampir semua makanan yang ada dalam buku menu. Riak wajah Jun dilihat. Tetapi lelaki itu masih tenang. Dengan selambanya dia menyerahkan kad untuk membayar tadi. Xiao Yu menjeling lelaki itu.
Sebaik semua makanan yang terpesan sampai, Xiao Yu mengarahkan matanya pada Jun
"Yah, kau habiskan semuanya. Aku dah kenyang."
"Saya dah makan Cik Xiao."
"Habis kau nak kita membazir?"
"Tak apa kita boleh bungkus."
"No! No! Aku nak kau makan sekarang."
Jun menurut tetapi hanya satu pinggan saja tersentuh. Itupun tidak habis.
"Hey, habiskan semualah."
Jun terlihat sekumpulan kanak-kanak gelandangan lalu. Belum sempat dia ingin memanggil mereka masuk ke dalam, Xiao Yu terlebih dahulu mengajak mereka masuk.
"Terima kasih!" ujar mereka lalu penuh berselera mereka makan.
Jun terus tersenyum memandang Xiao Yu
***********
Xiao Yu bosan. Sudah hampir sebulan lebih dia di sini. Tetapi berita tentang ayahnya langsung dia tak terima.
Dia ingin keluar menenangkan dirinya. Kali ini dia mahu bersendiri. Kalau Jun ikut, dia takut terkantoi Jun melihat dia nangis.
Akal Xiao Yu mengeluarkan idea.
"Jun ahhhhhhh!" Bergema suara Xiao Yu memenuhi rumah.
Di suatu sudut - Korea
"Boss, saya dah jumpa dia."
"Bagus!" balas seorang lelaki melalui corong telefon.
Vila
"JUNNNN AHHH aku nak makan ini. Kau buatkan."
Jun mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Saya tak pandailah."
"Alah, aku nak jugak." Xiao Yu menggeselkan kepalanya di lengan Jun
Berterabur iman Jun dibuatnya disebabkan Xiao Yu. Terlalu comel.
"Baik Cik Xiao. Saya cuba."
"Yey! Sayang kau!"
Chup!
Tindakan Xiao Yu mencium pipi Jun mengejutkan kedua mereka.
Pipi Xiao Yu merona merah sebaik sedar
"Arghhhhh!" Xiao Yu berlari sambil menutup muka.
Jun tersengih tanpa sedar. Pipinya disentuh.
Melihatkan Jun sedang khusyuk menonton YouTube sambil terkial-kial mengambil bahan untuk guide dirinya memasak membuatkan Xiao Yu gunakan kesempatan keluar dengan senyap. Sempat juga dia tersengih melihat lelaki itu. Comel!
Xiao Yu memandu kereta keluar dari pekarangan rumah. Kerana enjinnya mesra pencemaran bunyi jadi Jun yang sedang memasak tidak menyedari apa-apa.
******
Xiao Yu memandu mengelilingi kota Seoul.
Dia menghentikan kereta di Sungai Han.
Xiao Yu melihat pemandangan, tenang sikit hatinya rasa.
Xiao Yu kemudian teringat ayahnya. Dia mencuba menghubungi ayahnya berkali-kali.
Akhirnya talian itu bersambung.
"Xiao..."
"Ayah..."
Xiao Yu tidak sempat meneruskan kata akibat telefonnya dirampas.
"Jumpa pun kau!"
Mata Xiao Yu membola luas besar melihat mafia-mafia itu berjaya menemukan dia.
Tanpa membuang masa, Xiao Yu lantas membuka langkah berlawan dengan mereka.
Keempat-empat lelaki bertopeng hitam itu berjaya dia tewaskan. Terbaring lemah mereka di lantai. Dia berlawan tanpa senjata sedangkan mereka ada pisau dan besi pemukul. Xiao Yu dapat tewaskan mereka semudah begitu sahaja.
Sebuah van hitam laju meluru ke arah mereka, memberhenti.
Xiao Yu berlari menaiki keretanya namun sedikit terlambat bergerak pergi. Lelaki-lelaki berpakaian hitam itu berjaya mengheret Xiao Yu masuk ke dalam van. Xiao Yu sudah tidak sedarkan diri akibat sapu tangan yang menutup hidung dan bibirnya membuatkan dia terpengsan.
Buk!
Kepala mereka terhantuk pada hadapan.
Salah seorang dari mereka marah.
"Hey, apa jadi?"
Sebuah kereta hitam menghalang laluan.
Turun seorang lelaki dari kereta itu menuju ke arah mereka berlawan lelaki-lelaki dalam van tersebut.
Sedas tembakan terlepas.
Dua tiga lelaki tewas
Lelaki itu diserang tetapi dia berjaya mengelak peluru dari mengenainya.
Van yang ingin bergerak pergi ditembak bertalu-talu oleh pistol lelaki itu.
"Aish!" Dia berdecit halus melihatkan van itu berjaya meloloskan diri.
Lelaki tersebut turut mengejar dengan keretanya.
Dalam keadaan van yang tidak terkawal kanan ke kiri, Xiao Yu sedar dari tidurnya.
Dia melihat ada kereta hitam mengejar mereka melalui cermin pandang belakang. Dia yakin itu Jun.
Tanpa berfikir panjang Xiao Yu mengigit tangan lelaki yang mencengkam dirinya. Xiao Yu menghentak leher mereka yang menghalangnya ke dinding kereta.
Tindakan Xiao Yu membuka pintu kereta menyentakkan setiap dari mereka.
Xiao Yu terjun ke luar jalan. Memandangkan jalan raya kosong kerana itu Xiao Yu memberanikan diri.
Kereta hitam tadi memberhenti.
Lelaki dari kereta itu berlari ke arah Xiao Yu.
"Cik XIAO!" teriaknya kuat.
Gadis itu segera dihampiri.
"J-Jun." Xiao Yu menutup matanya tidak menyedarkan diri lagi.
Xiao Jun mencempung Xiao Yu. Membawa gadis itu ke hospital.
********
Vila
"Cik Xiao!"
Xiao Yu tersedar dari pengsan. Dia melihat Jun di hadapannya.
"Cik Xiao ada rasa sakit tak? Rasa pening? Cik Xiao okay ke?"
Tersengih Xiao Yu dibuatnya.
Tak rilek betul si Jun ni.
"Cik Xiao, kita tukar ye kain luka tu dengan yang baru."
Jun menukar kain baru pada siku Xiao Yu.
Semasa Jun sedang khusyuk menukarnya, Xiao Yu tatap lama wajah Jun.
"T-terima kasih Jun."
Pelukan Xiao Yu mengejutkan Jun. Secara tiba-tiba ia terjadi tetapi Jun turut mengeratkan pelukan.
"Aku mungkin dah mati kalau kau tak datang."
Xiao Yu menangis dalam pelukan Jun.
"Saya ada untuk Cik Xiao."
********
Sejak itu Xiao Yu mulai berubah.
Dia sangat manja dengan Jun sampaikan Jun pun begitu hairan.
"Jun ahhhh~~~~ eodiseo?"
"Nae?"
Pantang sahaja Jun hilang mulalah Xiao merengek mencari.
"Jun, kau pergi mana?"
Terhenti langkah Xiao Jun saat melihat seseorang yang dia kenal.
"A-ayah?"
Terus mereka mengeratkan pelukan.
Mereka menangis semahunya dalam pelukan.
"Maafkan ayah punca kamu turut jadi mangsa mereka selama ni."
"Tak... tak ayah. Terima kasih kerana selamat."
Jun tersenyum melihat mereka. Tuan Liu memakai baju kalis peluru pada hari itu. Oleh itu, dia terselamat.
"Mereka dah ditangkap."
Xiao menekup wajah tidak percaya. Dia bersyukur.
"Mereka jadi buruan polis selama ni. Ayah pun dah berhenti dari semuanya Xiao. Kita akan mulakan hidup baru."
Xiao Yu bersyukur ayahnya akhirnya berhenti dari melakukan kegiatan mafia.
********
Sebuah restoran mewah.
Xiao Yu kelihatan sungguh cantik mengenakan gaun putih labuh bersama rambutnya panjang dilepaskan. Anting-anting dan rantai emerald yang terpakai menambahkan serinya.
Jun juga sama. Kacak dalam tuxedo yang dia pakai. Hensem seperti selalu.
"Jun ah, asal kau ajak datang sini."
"Sa-saya nak confess sesuatu."
"Ha?" Berkerut dahi Xiao Yu dibuatnya.
Muzik yang dimainkan buatkan Jun menjemput Xiao untuk bangun.
Mereka menari diringi muzik biola dan piano.
Xiao Yu tersedar Jun agak romantik juga ya.
Mereka makan steak daging sebelum Jun tiba-tiba bangun menghampiri piano.
Terkejut Xiao Yu tika itu.
Berbakat sungguh lelaki itu.
Penuh kejutan.
Xiao Yu tersenyum sambil menikmati alunan muzik dimainkan Jun
"Cik Xiao..."
Tindakan Jun melutut di hadapannya buatkan dia berdebar.
"Saya dah suka awak sejak dari awal lagi. Sudikah awak mengahwini saya?"
Tanpa ragu Xiao Yu mengangguk
Jun tersenyum bahagia.
Cincin disarungkan ke jari.
Jun mencium Xiao Yu.
**********
Hall, (in China)
Perkahwinan suci dilangsungkan hari ini.
Dua mempelai di hadapan paderi kelihatan sungguh cantik dan segak.
Sebaik ikrar dilafazkan, Jun mencium Xiao Yu.
Setelah itu,
Mereka pulang ke rumah yang Jun sudah sediakan.
********
Mengetahui Jun pernah menjadi perisik, kerja dengan kerajaan begitu mengejutkan Xiao Yu. Jun membuat keputusan berhenti dan membuka syarikat perisikannya sendiri. Tuan Liu mengetahui tentang syarikat itu jadi, dia pergi menemui Jun sendiri meminta untuk menjaga anaknya, Xiao Yu.
Jun tidak menolak memandangkan mereka memang saling kenal pun
"Mama!" Jeritan dua kembar dari arah sana menyedarkan Xiao Yu dari lamunan.
Kelihatan ayah mereka mengejar dari belakang. Xiao Yu tersengih.
Si ayah dibuli oleh si kembar. Pasti penat berlari sana sini.
"Papa Xiao mari makan, Xiao an, Xiao bei mari sekali."
Notes: maafkan June kalau nama dia tak okay 😭😭😭😭
Xiao Yu meletakkan pinggan berisi biskut teddy bear ke arah mereka.
Berebut-rebut tiga mereka biskut itu.
Xiao Yu hanya menggeleng dengan senyuman melihat mereka.
"Jangan berebut. Ada banyak lagi."
"Terima kasih mama!" ujar ketiga mereka.
Xiao Yu membalas dengan senyuman paling manis.
From hate to love~~~ i love you Wen Junhui (Xiao)
I love you too Xiao~~~ (Jun)
The end
Maafkan June lambat. June dah taip semalam tapi June terlelap. Idea dtang waktu malam😭😭 once again June mintak maaf. Harap awak suka
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro