13: Two young men
"Batalkan meeting saya hari ni. Saya perlu pergi satu tempat."
Cik Min yang menjadi PA, Personal asistant mengangguk mendengar kata bossnya.
"Boleh saya tahu Encik Park nak ke mana?"
Lelaki yang dipanggil Encik Park itu membuang pandangnya ke luar dinding berkaca itu melihat langit yang membiru.
Pandangan wajahnya redup saja. Dirinya bagai sedang memikirkan sesuatu.
"Ada seseorang yang saya dah lama tunggu dia kembali."
"Nae?" Cik Min menjongketkan keningnya berserta kepalanya. Bingung dengan sebaris kata yang baru dia dengar tadi. Namun tiada lagi balasan dari lelaki itu.
************
"Encik Park?" Seorang gadis berpakaian t-shirt lengan pendek putih, disertakan kain melilit pada pinggangnya menegur.
"Panggil Jimin sahaja." Datar sahaja dia membalas.
"Selepas dua tahun, hari ni awak akan dibebaskan. Saya harap awak dapat jalani kehidupan seperti biasa."
Lelaki bernama Jimin itu terdiam. Mungkin ada banyak perkara yang bermain dalam mindanya.
"Baiklah, saya mintak diri dulu."
"Nanti!" Langkah gadis tadi terhenti saat dia ditahan lelaki bernama Jimin tadi.
"Ye?" Gadis itu memandang tenang wajahnya.
"Kopral Han Yoora, boleh cik temankan saya?" Jimin tak terbiasa kerana lama di penjara. Dia perlukan sedikit kekuatan.
Gadis itu masih beriak tenang. Dia menjawab, "dengan senang hati."
Gadis didakwa bernama Yoora tadi berjalan mendahului Jimin mengikuti di belakangnya.
Sebaik mereka keluar dari konkrit tinggi dilitupi dawai itu, matahari kelihatan terang memancar tepat ke arah mereka.
Jimin menghadang wajahnya yang terkena sinaran mentari dengan belakang tapak tangannya.
Matanya dipejam seketika lalu nafas dihela sedalam mungkin. Sebaik nafas dilepaskan lembut, Jimin membuka mata dan saat itu senyuman lebar Yoora menghiasi ruangan matanya.
'Perempuan ni la yang dah banyak bantu aku,' bisik hatinya.
Jika bukan disebabkan Yoora menemui bukti mengenai penderaan ayahnya, dan laporan kesihatan dera Jay saat itu barangkali hukuman penjaranya masih panjang. Disebabkan Jimin berkelakuan baik sepanjang dalam tempoh dia dalam penjara, Jimin akhirnya dipertimbangkan pihak mahkmah untuk diringankan hukumannya.
"Jimin, awak okay?" Teguran Yoora buatkan Jimin tersedar dari lamunannya.
"Awak pandang saya lama-lama tu dah kenapa? Tahulah saya cantik." Yoora menyilangkan tangan pada dadanya setelah mengatakan itu. Wajahnya dibawa memandang ke arah lain.
Jimin tersengih.
"Cik ni perasanlah."
Yoora tersenyum. Sengaja juga dia berkata sebegitu itu untuk mengusik lelaki itu. Sikapnya yang agak pemalu membuatkan Yoora suka benar menyakatnya setiap kali.
"Awak, tunggu seseorang ke?"
Jimin tersentak. Imej seseorang terus terpapar di ruangan matanya saat kata itu terungkap.
"Jay...," bisiknya.
"Awak tunggu adik awak?"
Semua tentang Park Jimin, Han Yoora tahu. Dia tahu apa yang terjadi dari awal hingga akhir kejadian tu sejak dari pertemuan mereka di bangunan penjara ini.
"Dia tak pernah datang walau sekalipun. Agaknya apa yang dia buat sekarang? Adakah dia bencikan hyung dia?"
"Kalau nak tahu, kita kenalah jumpa dia."
Jimin menggeleng
"Saya tak mahu imej adik saya buruk disebabkan saya. Kami tak patut berjumpa lagi."
"Jimin, adik awak tak pernah lupakan awak. Dia selalu datang, cuma tak berani nak tunjukkan muka depan awak. Setelah tu, dia mintak saya tengokkan awak sebab dia janji akan datang jumpa awak lagi bila tepat masanya suatu hari nanti."
"Tapi kenapa-"
"Sebab dia rasa bersalah. Saya pun rasa dia dah tak mahu ungkit hal ni. Awak dah keluar. Mulakan hidup baru."
Jimin terdiam mendengar kata dari bibir Yoora.
"Hyung."
Jimin terkedu seketika.
Suara itu. Panggilan itu. Dia kenal sangat si gerangannya.
"Hyung. Kau tak sudi pandang aku ke?"
Jimin masih kaku. Wajahnya tertunduk menekur lantai.
Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan adiknya. Rasa malu dan hina menguasai dirinya.
"Aku rindukan kau hyung. Akhirnya kau kembali juga hari ni."
Jimin menggengam tangannya kuat mendengar luahan hati adiknya itu. Yoora memberanikan diri menyentuh tangan Jimin, menyalurkan lelaki itu kekuatan.
Jimin membalas dengan menatap wajah Yoora bersama pandangan mata berkaca.
Ikutkan hati mahu dia hamburkan sebak yang menyesak. Tetapi dia tidak mahu kelihatan lemah di depan gadis itu.
Senyuman lebar Yoora begitu menyentuh hati Jimin. Anggukan yang diberikan buatkan dia akhirnya berani berpaling.
Sebaik matanya memaparkan imej adiknya, Park Jimin terkejut melihat perubahan ketara lelaki itu.
Dia benar-benar sudah berjaya kini. Berpakaian seperti seorang 'ceo'
Lelaki itu memajukan langkahnya ke arah abangnya lalu tubuh abangnya itu dia tarik dan dakap seeratnya melepaskan segala rasa kerinduan.
Tangisan berlagu hiba diantara mereka.
Yoora yang menyaksikannya juga kalah dengan air mata. Penyatuan dua beradik ini sangat menyentuh jiwanya.
Setelah pelukan terlerai, Park Jimin menyentuh bahu adiknya. Fizikal dan personaliti itu benar-benar banyak berubah. Lelaki itu tersenyum bangga.
"Hya, kau selangkah maju dari hyung. Ini tak adil."
"Eh, tak... hyung dah jauh ketinggalan kat belakang sebenarnya."
Jimin ketawa mendengar gurauan kasar adiknya itu.
Yoora disebelah sana dipandang. Gadis itu masih tersenyum melebar.
Seraut wajah adiknya ditenung lama, saat itu peristiwa dua tahun lalu kembali mengulit.
Pang!
Lelaki itu memegang pipinya berpijar.
Tidak habis itu dia menerima jerkahan.
"Aku cakap bagi aku duit!" Kolar baju Park Jongseong dicengkam kuat oleh bapanya.
"Sa... saya tak... tak ada duit appa."
"Kau jangan nak tipu aku. Hari-hari kerja sambilan takkan tak ada duit! Bodoh! Nak tipu aku pun agak-agak."
"Su... sumpah appa."
Tidak berpuas hati tubuh lelaki itu dihempas ke dinding kuat setelah itu dia memijak perut Park Jongseong berkali-kali.
"Kau bodoh! Pergi mampus sajalah! Hidup menyusahkan. Kau, hyung kau dengan eomma kau yang dah mampus semua menyusahkan aku."
"Appa, ampun appa... ampun." Park Jongseong sedaya upaya menolak kaki lelaki itu tetapi dia tidak berdaya dengan keadaannya yang sedang sakit demam dan keletihan bekerja lewat malam semalam.
"Appa jebal!" Raungan dan rayuan Jongseong langsung tidak pedulikan. Malah dia dibentak dan dipukul tanpa langsung rasa simpati.
Tidak habis perut ditendang, kini batang leher Jongseong pula menjadi mangsa cengkaman lelaki itu.
"Engkau! Mampus!" Si bapa terus bertindak luar kawal mencekik anaknya sehingga separuh nyawa.
"Appa!" Jeritan dari belakang tidak dihiraukan.
Buk!
Akhirnya lelaki itu jatuh terduduk akibat menerima hentakan botol kaca dari Jimin.
Jimin masih di tempatnya. Keadaanya tidak terkawal. Nafas Jimin terhela tidak stabil. Renungan mata Jimin menunjukkan dia sangat marah dan kecewa. Tapak tangannya juga sudah terluka akibat kesan botol kaca yang dia pecahkan atas kepala bapanya tadi.
"MACAM NI KE APPA BUNUH EOMMA DULU?" Jeritan Jimin nyata menyentak bapanya.
"TAK CUKUP KE APPA PUKUL EOMMA DAN BUNUH DIA KEMUDIAN KAMI ANAK-ANAK TIRI APPA PUN APPA SANGGUP PUKUL. SEKARANG APPA NAK MEMBUNUH LAGI?"
Dia meneruskan kata memandangkan si bapa masih dalam kondisi tidak sedar sepenuhnya akibat kesan mabuk dan hentakan botol tadi.
Park Jongseong yang masih mencari-cari nafas dikerling Jimin seketika. Kelihatan lelaki itu masih tidak stabil akibat dicekik sebentar tadi.
Melihat keadaan yang tidak boleh dia siakan, Jimin membuka langkah untuk bergerak pergi.
Sempat juga bibirnya menuturkan sebaris kata.
"Jimin akan laporkan pada polis. Appa tak boleh dibiarkan lagi."
"HEI, JANGAN BERANI ENGKAU!"
Si bapa yang merasa tercabar kemudian bangun dalam kepayahan. Rambut Jimin dia tarik dari belakang.
Jimin menyentuh tangan bapanya dalam wajah menahan kesakitan.
Dirinya berjaya terlolos. Tetapi tidak sangka ayahnya menghampirinya lagi.
Kali ini tangannya memegang botol kaca yang sudah pecah Jimin jatuhkan di lantai sebentar tadi.
Zzap! Zzap!
Perut Jimin ditikam berkali-kali membuatkan lututnya longlai dan akhirnya rebah ke lantai. Banyak darah memancut keluar.
Tidak habis itu kepala Jimin kemudian ditolak lalu dihentak-hentak ke dinding berkali-kali.
"Hyung!" Park Jongseong laju berdiri menahan tangan bapanya. Tetapi kerana kondisinya yang memang tidak sihat itu membuatkan dia jatuh terbaring ke lantai.
Lelaki itu menangis.
Menangis memikirkan kehidupannya.
Sampai bila lagi mereka harus hidup mnederita begini.
Botol kaca yang terhempas ke lantai, diambil bahagian hujungnya yang tajam, Park Jongseong menghampiri bapanya lalu bahu lelaki tua itu ditarik, Park Jongseong menusuk matanya hingga berdarah.
Lelaki tua itu terduduk lalu menjerit kesakitan.
"Arghhhhh!"
Jimin yang sudah tak berdaya terbaring lemah dekat dengan adiknya.
"Kau bodoh! Sial! Kau mampus dengan hyung kau hari ni!"
Si bapa menjadi agresif kali ini. Pisau di dapur dia capai. Sementara ayah mereka pergi, Park Jongseong memimpin abangnya untuk dilarikan keluar.
"MAMPUS KAU ORANG!" Jeritan dari belakang buatkan mereka menoleh. Si bapa yang mendekat dengan pisau dilayang ke atas buatkan Park Jimin menolak Park Jongseong ke tepi. Park Jimin bergelut dengan ayahnya
Park Jimin cuba mempertahankan dirinya dari pisau tersebut manakala si bapa sedaya upaya mahu menikam anaknya lagi kali ini.
Biarpun lelah bersama kesakitan tikaman yang mencucuk tadi, Park Jimin masih terus kuatkan kudratnya demi Park Jongseong. Dia tak kisah mati asalkan adiknya harus teruskan hidup.
Melihatkan ke bawah, Jimin tekad. Dia menolak lelaki itu tanpa banyak berfikir.
Difikirkan rancangannya berjaya tetapi dia juga ditarik sekali bersama.
Kedua mereka tergelincir terjatuh ke bawah bangunan.
Namun nasib mereka baik kerana kedua mereka sempat berpaut pada pemegang konkrit bangunan tersebut.
Park Jongseong menarik tangan Jimin, manakala si bapa mereka dibiarkan bergelut sendiri.
"Huh! Huh!" Hembusan nafas kurang stabil mereka hamburkan saat berada di atas bangunan itu semula.
Di situasi sana
Pegangan lelaki tua itu terasa tidak kuat lagi
"Jay! Jimin! Tolong appa!" Rayuan itu Jongseong tidak hiraukan.
Jimin yang semakin lemah dan tidak berdaya itu berbisik perlahan, "selamatkan appa."
"Selamatkan lelaki yang dah tikam kau banyak kali dan bunuh eomma kau nak selamatkan lagi?"
"Kalau tak. Kita sama saja macam dia."
Park Jongseong tersentak.
Dia bangun semula melihat ke bawah.
Namun semuanya sudah terlambat.
Buk!
Lelaki itu jatuh menyembah lantai bersama mata yang terbuka.
"H-hyung. D-dia mati."
*********
2 hari kemudian.
Suasana di balai polis sangat kelam kabut.
"Tak! Aku yang bunuh appa! Jangan tahan hyung aku. Dia pun cedera!"
Jimin tetap tidak mengalah bersuara
"Tak... saya yang penyebab appa saya mati. Sila tangkap saya."
"Hyung... kau bodoh!"
Jimin membentak Jay
"Kau yang jangan bodoh nak jadi suspek. Tutup mulut kau dan berambus dari sini!"
Jay terdiam.
"Aku tak nak tengok muka kau! Berambus!"
Jay menunduk. Beberapa saat kemudian dia bangun lalu melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Jimin bersuara dalam tangisan. Posisinya menunduk kepala
"Tangkap saya cik. Saya yang tolak appa saya. Saya penyebab dia jatuh."
Gadis yang bergelar polis itu menggelengkan kepalanya.
Pening dengan pernyataan dua orang beradik itu.
Yoora la yang bertanggungjawab mengendalikan kes mereka.
Setelah meneliti dan menilai.
Jimin akhirnya dipenjarakan.
Ingatan dua tahun lalu itu akhirnya menghilang.
Jimin masih setia memandang adiknya.
Lelaki itu telah menjadi lebih baik seperti yang dia harapkan.
Dua tahun lalu, Jimin hanyalah bekerja sebagai buruh manakala Jay belajar dan buat kerja sambilan.
Dia bersyukur akhirnya mereka dipertemukan kembali.
Yoora yang tidak betah menjadi pemerhati akhirnya bersuara.
"Dah la kau orang. Pergi balik sana dan berehat okay."
"Eh, jap cik nak pergi mana?"
Teguran Jay menghentikan Yoora
"Tugas saya dah selesai. Saya nak balik."
"Marilah keluar raikan hyung saya yamg baru keluar ni. Lagipun cik banyak berjasa."
"Ah, ye betul. Saya akan kecil hati kalau Cik Yoora tolak."
Yoora yang baru ingin menolak terkejut dipotong katanya oleh Jimin
"Baeklah. Kita nak kemana?"
"Lady first!" Jay mempersilakan Yoora untuk jalan dulu.
Sementara Yoora di hadapan, Jay dan Jimin bergaduh sesama sendiri
"Hya, aku kenal dia dulu. Dia yang selalu datang melawat aku!"
"Eh, kalau aku tak suruh dia lawat hyung. Tak adanya dia nak hadap muka buruk hyung!"
"Engko!" Kedua mereka berpandangan dengan renungan tajam. Masing-masing nak tackle Yoora.
Si Yoora pula memandang ke arah mereka
"Kau orang lambat lagi ke?"
Kedua mereka berlari kelam kabut mendapatkan Yoora. Itu pun saling menolak antara mereka. Aduhai!
Yoora hanya blur memandang tingkah mereka berdua.
Dah kenapa!
The end
Maaf lambat updateeee. June siapkan review 😩
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro