12: My Nerd Love
"Cik muda masa untuk bangun."
Tubuh gadis genit itu cuba digerakkan penuh berhati. Jika dia terbuat Hyunna marah, silap-silap boleh kena pecat.
"Cik muda..." Wanita itu masih memanggil Hyunna.
Hyunna masih tidur lena. Tiada cara lain wanita itu terpaksa guna plan b.
Jari dipetik lalu seorang lelaki masuk. Dia mencempung Hyunna dibawa ke kamar mandi. Beberapa wanita lain diarahkan masuk untuk membersihkan Hyunna. Hyunna memisat mata menyedari ada air hangat-suam menyentuh tubuhnya
"Dah pagi?" soalnya.
"Ye cik muda," balas seorang dari mereka.
Hyunna mengambil berus dari tangan salah seorang wanita. Dia bersuara, "sampai sini saja. Saya mandi sendiri."
Mereka mengangguk-angguk faham.
Hyunna keluar setelah selesai membersihkan diri. Tubuhnya disarungkan seragam sekolah. Hyunna mencalit cleanser pada wajahnya yang tidak dikeringkan. Setelah itu dia menyertakan toner dan serum
Setelah selesai, Hyunna mengikat rambutnya tocang dua. Cermin mata putih tebal petak empat disarungkan. Hyunna tersenyum suka melihat pantulannya di cermin. Now perfect!
Hyunna turun ke bawah. Kelihatan para maid sudah tersusun bagaikan mengiringi dia. Mereka tersenyum ke arah Hyunna.
"Selamat pagi cik muda," tegur mereka lalu menunduk.
Hyunna hanya mengangguk.
Sebaik tiba di meja makan, Hyunna terkejut melihat imej garang wajah emaknya.
"Eh, ni eomma aku ke?" soalnya sendiri.
"Cik muda Hyun sekarang awak dah boleh bangun."
"MWO?"
Hyunna membuka mata dan terkejut melihat wajah ibunya yang mengerdip-kerdipkan mata.
Terkedu dia dibuatnya.
"Dah bangun kesayangan anak eomma?"
"Hehe dah." Hyunna bangun dari tempat tidurnya. Matanya tertumpu pada cermin bergantung yang terletak di hadapan katilnya.
"She is Hyunna after all."
"My princess pergi mandi dan turun bawah makan ya."
Hyunna tidak membalas kerana ibunya sudah beredar pergi sebelum dia jawab apa-apa.
------------------
Hyunna keluar dari kamar mandi. Dia siap memakai seragam sekolah. Pantulan dirinya dilihat dicermin. Penampilannya sentiasa sama setiap hari. Bertocang dua dan sering memakai kanta mata putih tebal di mata.
Ting! Dentingan notifkasi buatkan dia memeriksa
"Wah ada update dari artis idola dia."
Hyunna menekan notifikasi itu lalu terpapar gambar pada akaun artis itu.
"Omo, lawa seperti selalu." Setelah membaca captionnya, Hyunna mengetik dua kali. Memberikan like.
"Wishing my life like Anna Lee. But i like myself more. Hyunna is herself. Beauty with her own way."
Hyunna smirk.
---------------
Hyunna dihantar ibunya dengan skuter. Puan Kim menanggalkan helmet anaknya lalu mengemaskan rambut anaknya.
"Aigoo maafkan eomma helmet ni rosakkan rambut kamu."
Hyunna tersengih.
"Tak apalah eomma. Pergi cepat sana. Nanti customer eomma tertunggu pula."
"Ha yelah. Princess eomma belajar rajin-rajin ya. Buat eomma bangga."
Di sebelah sana tanpa mereka sedari ada kereta mewah memberhenti. Seorang lelaki turun. Dia terpandangkan ibu dan anak tersebut.
Hyunna mencebik ingin menangis. Matanya berkelip-kelip menahan air mata dari turun.
"Alololo anak eomma dah besar, suka sangat nangis ya."
"Eomma bagi ayat terharu macam mana tak sedih."
Puan Kim mengelus lembut pipi anaknya
"Aigoo uri dal. Kamu yipeo macam eomma."
"GEUROME!"
Kedua mereka tertawa gembira.
Lelaki yang bertindak memerhati mereka tersenyum saja melihat keletah ibu dan anak itu.
"Eomma jalga!"
Puan Kim mengangguk. Dia kemudian berlalu dengan skuternya.
Hyunna masih melihat ibunya yang menjauh pergi. Hyunna tersenyum.
Dia kemudian melangkah masuk ke dalam sekolah tanpa sedar lelaki itu terus melihatnya
-----------------
Hyunna merapatkan beg ke bahu. Buku berada rapat dengan dadanya. Hyunna melangkah tanpa menghiraukan orang yang memerhati di sekeliling.
Dia dikenali nerd di sekolah. Tak kira pelajar lelaki atau perempuan mengejek penampilannya. Tetapi Hyunna langsung tidak kisah. Its her life anyways.
Buk!
Tanpa disedari suatu perlanggaran berlaku. Habis buku Hyunna terabur ke bawah.
"Euw terlanggar dengan nerdy ni. Habis baju I." Seorang gadis menunjukkan langsung rasa tidak bersalah setelah melanggar Hyunna.
"Grrrr... Merosakkan mood." Buku yang baru dipegang Hyunna dia pijak lalu dia berlalu begitu saja.
Pelajar-pelajar lain yang melihat, bukan membantu. Mereka hanya jadi tukang pemerhati saja.
"Awak tak apa-apa?" Teguran seorang lelaki yang bertindak membantunya mengutip buku-buku miliknya membuatkan Hyunna terkejut.
Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu bagaikan memukau Hyunna.
Setelah siap mengutip buku-buku bertaburan, Hyunna mengucapkan terima kasih.
Lelaki itu membalas dengan senyuman. Tak keruan jantung Hyunna dibuatnya.
Tangan dihulurkan ke depan mengejutkan dia.
"Nae?"
"Saya Sunwoo. Kim Sunwoo. Selalu ternampak awak. Tapi saya tak berani tegur."
Hyunna menerima huluran tangan.
"Sa... Saya Hyunna. Pang... Panggil Hyun jek."
Lelaki itu menghadiahkan senyuman manis.
"Ish kenapa Sunwoo cakap dengan nerd tu?"
"Hurm tu la. Menyampah pulak tengok. Cari attention la tu."
Perbualan dua manusia itu didengari Sunwoo dan Hyunna. Tetapi mereka abaikan saja.
"Mari kita bertemu lebih kerap lepasni." Dia sempat mengerdipkan mata sebelum berlalu pergi
Hyunna tidak membalas. Dia sebenarnya berharap mereka tidak bertemu lagi. Sunwoo pelajar cemerlang di sekolah ini. Dia cemerlang tak kira dalam bidang akademik dan pelajaran. Itu buatkan dia begitu ramai peminat. Jadi dia tak mahu ada sebarang kaitan dengannya. Bimbang dirinya dibelasah lunyai oleh fan obses lelaki itu.
----------
"Eh, awak..."
Hyunna berlari saat terlihat Sunwoo.
Terlalu pantas, Sunwoo tidak sempat menahan.
Riak wajah Sunwoo bertukar mendung disebabkan Hyunna asyik mengelak bertemunya setiap kali.
-------------
Sunwoo berjalan sendirian. Langkah kakinya memberhenti saat matanya terlihat seseorang yang dikenali. Bibirnya perlahan menguntum senyuman
Dia menghampiri bersama senyumannya makin melebar saat si figura langsung tidak menyedari kehadirannya.
Kelihatan gadis itu sedang berada dalam dunianya sehinggakan Sunwoo mengambil tempat di sebelahnya pun dia tidak sedar.
Sunwoo menarik perlahan ear phone milik gadis itu disambungkan pada telinganya.
Merasa ada sesuatu bergerak, Hyunna membuka mata akhirnya. Alangkah terkejutnya dia saat melihat jejaka kacak berada di hadapannya. Bagaikan ini mimpi, Hyunna kaku memerhati lelaki itu dengan sedikitpun tiada kerlipan.
Ah, lagu some by bol4. Sunwoo juga gemar lagu ini.
Sunwoo melihat Hyunna yang ralit melihat ke wajahnya.
Dia memetik jari untuk menyedarkan gadis itu.
Klak! Bagai satu magis Hyunna tersedar. Eh, Sunwoo?
Dia ingin berdiri lalu bergerak pergi.
Tetapi tindakan Sunwoo menarik tangannya begitu mengejutkan
"Jangan lari lagi Hyun..."
Hyunna kaku. Terkedu namanya disebut.
'Eh, dia ingat nama aku?' Hyunna berfangirl dalam hati.
"Hyunna jadi rakan saya."
Hyunna menggeleng. Dia kemudian terus berlari.
Sunwoo mengeluh. Sukar benar dia ingin buatkan gadis itu menjadi temannya.
-------------------
"Eh, kucing tu!" Hyunna segera mendapatkan kucing kecil yang tersangkut pada pagar berdawai.
"Kesiannya." Hyunna membelai kucing itu lalu meletakkan di lantai.
Kelihatan bulunya bersih saja. Sudahlah comel, putih gebu.
"Nampaknya Jirae selamat lahirkan baby comel ni."
Hyunna terkejut menerima kedatangan Sunwoo. Kucing yang dipegang Sunwoo diletak ke bawah. Kucing putih bertompok hitam itu mendekat anaknya.
"Awh nama dia Jirae?"
Sunwoo mengangguk
"Kucing awak ke?"
"Tak... Saya selalu bagi makan je."
Hyunna tersenyum. Bulu kucing bernama Jirae itu dibelai.
"Jirae gwiyeo."
Sunwoo tersengih kecil melihat tingkah Hyunna.
Kelihatannya gadis itu tak larikan diri lagi.
-------------
"Ini... Saya bawakkan makanan juga." Jari Hyunna ditujukan pada sebungkus whiskers di atas bench.
"Jirae makan dengan berselera. Setelah tu dia susukan Haechan. Eomma yang baik."
"Yeah, baik macam eomma awak."
Hyunna mengusik, "hey, awak samakan eomma saya dengan kucing ke?"
Sunwoo menggelabah. Hyunna ketawa kecil
Sunwoo terkedu. Hyunna sungguh comel tertawa. Tetapi yang lebih menawan hati Sunwoo adalah hati Hyunna yang murni.
---------------
"Hyun shi. Awak boleh datang ke birthday parti saya tak?"
"Eh, parti?" Hyunna ketawa kekok.
"Saya bukan tak mau. Tapi saya rasa saya tak dapat pergi." Hyunna terus menolak mengandaikan pasti ramai rakan Sunwoo turut ada. Tak mahu dia diejek nanti.
"Hyunna please. Saya perlu kan awak hadir."
Melihatkan wajah Sunwoo yang terus memburu simpati itu buatkan Hyunna bersetuju
-----------------
Sebaik Hyunna masuk ke dalam rumah. Dia terlihat ibunya sedang berada di tingkat atas sibuk dengan telefon.
Hyunna tersenyum. Tahu ibunya mungkin sibuk hari ini, jadi dia tidak mahu menganggu.
Hyunna melangkah ke ruang tamu. Dia menghidupkan suis tv sambil makan keropok
"Cik muda patut tanggalkan baju sekolah dulu."
Mata Hyunna membulat.
"Eh, Ahjumma Son!" menjerit kecil dia dibuatnya
Uhuk! Uhuk! Hyunna tercekik
"Omo cik muda cuai sangat." Gelas berisi air dihulurkan
Setelah membaik, Hyunna menegur Ahjumma Son
"Apa Ahjumma Son buat kat sini."
Ketika itu ibunya berjalan masuk ke ruang tamu. Dentingan kasut Puan Kim buatkan mereka berdua sedar kehadirannya. Ahjumma Son menunduk hormat.
"Ahjumma Son akan kembali berkhidmat dengan kita. Appa dah tunggu kita dekat rumah sana."
"Kita akan kembali jadi macam dulu? Eomma biar betul?"
"Ye sayang. Kamu dah umur 18 tahun. Eomma rasa dah tiba masa semua tahu siapa perwaris Sunwoo Group."
Hyunna hanya diam.
-------------------
Hyunna pergi ke parti tersebut dengan imejnya yang dia gayakan di sekolah.
Benar tekaannya, kehadirannya kurang disenangi.
"Hyun. Saya ambil air sekejap. Awak tunggu sini."
Hyunna mengangguk kekok. Cermin mata tebal dibetulkan.
"Hey, perempuan nerd."
Teguran seorang perempuan mengejutkan Hyunna.
Keningnya terangkat menyedari perempuan itu pernah melanggar dia dan memijak bukunya.
"Awak nak apa?" Hyunna menunduk. Jarinya menyentuh cermin mata. Dia rasa tidak sedap hati.
Wajahnya didekatkan Hyunna.
"Kau ni tak sedar diri ek berani datang tempat ni?"
Gadis itu menolak bahu Hyunna. Namun mujurlah Hyunna masih dapat kawal tubuhnya.
Tak habis itu, bahu kirinya ditolak.
"Kau tak layaklah berkawan dengan Sunwoo."
Mata-mata yang memerhati seakan bersorak dengan perlakuan gadis itu. Tiada rasa simpati
"And one more dengan nerdy kau dan tak ada identiti macam kau, macam mana ya boleh masuk sekolah berpestij Chungha. Dah miskin tu buat cara miskin."
Hyunna masih diam tetapi jujur, hatinya terluka.
"HYA SARANG!"
Bentakan Sunwoo mengejutkan gadis itu.
Lengan gadis itu ditolak sekaligus menyebabkan gadis bernama Sarang itu terdorong ke belakang.
"APA KAU BUAT NI HA?"
"KAU TAKPAYAH BELA BUDAK MISKIN TU. DIA TAK LAYAK BERCAMPUR DENGAN KITA!"
"Dia bukan budak miskin. Dia ada nama. Jangan kau berani hina yeochin aku."
Kepala Hyunna terus terdongak mendengarkan itu.
"WHUT? YEOCHIN! GIBBERISH TALK!"
Tubuh Hyunna ditolak ke dalam kolam di belakang mereka tanpa sebarang isyarat. Sarang tersenyum puas.
Sunwoo merenung tajam ke arah Sarang lalu berkata," Sarang you better changes your atitude from now."
Sarang membalas renungan tajam Sunwoo. "Whatever!"
Sunwoo terjun ke dalam kolam menyelamatkan Hyunna.
-------------
Hyunna dibawa ke sebuah ruangan rehat. Sunwoo menyerahkan Hyunna tuala dan menyerahkan sehelai baju dan seluar kepada Hyunna.
"Awak pakai baju saya dulu. Tukar sebelum awak demam."
"Sunwoo... Awak nampak tak cermin mata saya?"
Sunwoo tersenyum. Cermin mata Hyunna dia capai dari atas meja lalu mendekati Hyunna
"Biar saya pakaikan?"
"Ha?"
Sebelum memakaikan cermin mata tersebut, dia sempat menilik wajah gadis itu. Sunwoo terkaku seketika akibat tenggelam dalam kecantikan Hyunna.
"Sunwoo... Awak ambil masa yang lama untuk pakaikan saya."
"Ah, maaf!"
Setelah Sunwoo memakaikan kaca mata Hyunna. Hyunna menukarkan pakaiannya kepada pakaian yang diberi Sunwoo.
Mereka berdua duduk berhadapan sambil Sunwoo hidangkan secawan teh hangat.
"Maafkan adik saya. Emosi tak stabil."
"Betul cakap dia. Saya tak patut bercampur dengan awak-"
Kata Hyunna dipotong.
"Stop it Hyun! Jangan dengar cakap dia."
"Saya tak mahu ada hubungan dengan awak lagi. Jangan cuba baik dengan saya. Jangan terlalu baik dengan perempuan. Awak akan buat mereka salah faham."
Lengan Hyunna, Sunwoo pegang lembut
"Tak Hyun-"
Kali ini Hyunna memotong kata Sunwoo.
"Kita patut kembali macam dulu. Tak patut saling kenal."
"No Hyun. Dah lama saya nak cakap benda ni. Be my yeochin please!"
"The answer is no!"
"Tak apa Hyun. Mungkin awak perlukan masa. Saya akan hantar awak pulang."
Kepergian Sunwoo menyentuh jiwa Hyunna. Sewaktu dalam kereta, mereka diam sahaja.
Sebaik sampai, Sunwoo menahan tangan Hyunna yang ingin keluar.
"Bagi saya peluang Hyun. Jangan buat keputusan terburu-buru."
"I will think about it," balasnya.
------------------
Di sekolah
Pengetua berucap
"Minggu depan sekolah kita akan adakan majlis tari-menari memandangkan beberapa minggu lagi kamu akan graduate. Theme majlis ini adalah Prince and Princess. So, ada pair lagi bagus. Kalau tak ada tu taebah ya. Pastikan semua hadir ya. Tak ada terkecuali. Kalau tak. Kamu tak dikira graduate."
Kelihatan semua teruja mendengarnya tetapi tidak Hyunna.
Dewan itu lenggang kemudian. Kedatangan Sarang kepadanya mengejutkan Hyunna. Bukan main berdebar teruk jantung dia.
"Yah. Aku minta maaf."
Tangan dihulur ke depan. Wajah dipalingkan ke arah lain dengan riak yang sukar ditafsirkan.
"Sarang... buat permintaan maaf betul-betul," tegur Sunwoo. Dia menghampiri mereka.
"FINE!"
Sarang memandang Hyunna.
"Maafkan aku berkasar dengan kau. Aku menyesal dan boleh tak kau terima op.. Pa aku."
Perkataan "oppa" ditekan lalu dia menjeling lelaki itu disebelahnya. Sunwoo sembunyikan sengihan.
"Sa... Saya..." Hyunna kekok tidak tahu mahu membalas apa.
"Nahaslah kau tak terima!" ugut Sarang.
"SARANG!"
"YES YES I AM SARANG." Sarang menjegil Sunwoo.
"Don't dare to start all over again!"
"As you pleases ma lovely bro."
"Good ma lil pumpkin!" Rambut Sarang diusap lembut. Sarang menjeling lelaki itu.
Setelah Sarang berlalu pergi, Sunwoo menahan Hyunna yang ingin berlalu.
"Hyun. Tunggu."
"Ye Sunwoo?" Riak wajah Hyunna serius. Cermin matanya dibetulkan.
"Awak pergi kan majlis tu?"
"Saya tak berminat."
"Wait. Majlis tu diwajibkan..."
"Saya tak cakap saya takkan pergi."
"Please. Saya nak get pair dengan awak."
"No Sunwoo. Saya minta maaf. Saya rasa tak boleh."
"Hyunna maafkan saya."
Tindakan Sunwoo melutut di lantai mengejutkan Hyunna.
"Sebagai seorang abang, saya gagal mendidik dan jadi contoh terbaik pada adik saya. Saya betul-betul minta maaf kerana Sarang berkasar dengan awak."
"Sunwoo bangun-'
"Tak. Selepas awak maafkan saya. Dan setuju jadi pasangan saya haritu?"
Hyunna meroyan. Macam-macam betul si Sunwoo ni.
"Baiklah saya setuju dan sekarang awak bangun."
Sunwoo terus tersenyum lebar.
"Yesh! Dan jadi yeochin saya?"
"Mwo? Tak nak."
"Hyun..."
Pout Sunwoo buatkan Hyunna menggelabah.
"Aish, yelah!"
"YES! YES! YES!"
Dan pada hari itu Sunwoo meraskan dia adalah lelaki yang paling terbahagia.
-----------------
Drttt... Drtt...
Telefon bergetar tanda ada mesej masuk.
Hyunna memeriksanya
"See you my yeochin petang ni."
Hyunna tersengih sendiri membaca mesej tersebut.
-------------
Di mall
"Sunwoo kita buat apa kat sini?"
Sunwoo hanya tersenyum.
"Hyun. Awak kena cuba pakai semua dress yang saya dah prepare kan."
"Apa? Sa... Saya..."
"A NO NO! Dilarang menolak."
Sunwoo menghadiahkan senyuman paling manis buat Hyunna.
------------
Salon
"Sunwoo ah kita nak buat apa lagi?"
"Awak tunggulah nanti."
Seorang gadis berpakain seragam formal meminta izin untuk memulakan kerjanya pada Hyunna.
-----------------
Setelah siap dia membeli pakaian buat majlis tersebut dan dirinya di make-over, Sunwoo nyata terpukau dengan kecantikan gadis itu.
Hyunna yang dia lihat sekarang, sungguh cantik tanpa kaca mata. Rambutnya yang lurus dan bibirnya yang mungil menyerlahkan kecantikan sedia ada.
"Sunwoo. Saya tak biasalah pakai contact len ni. Rasa pelik."
"Kalau awak tak selesa. Awak boleh pakai cermin mata awak nanti."
Hyunna mengangguk.
"Sunwoo argh-" Hyunna cuba bercakap sambil berjalan. Tetapi langkahnya menjadi tidak stabil disebabkan kasut tumit tingginya.
Fikirnya dia sudah tersembam ke lantai namun Hyunna lega saat Sunwoo sempat menyambutnya.
Tika itu Sunwoo mengambil peluang untuk menilik wajah putih bersih milik Hyunna.
"You look so gorgeous beauty."
Dan Hyunna tenggelam dalam renungan anak mata milik Sunwoo
-----------
Majlis tari-menari. Hall Queen Elizabeth. (Cewah, nama tak nak kalah)
Sunwoo menanti Hyunna yang katanya akan datang tidak lama lagi.
Setelah 15 minit, muncul sebuah kereta mewah memberhentikan di hadapannya.
Dia terkejut melihat Hyunna turun dari kereta tersebut.
Namun penampilan Hyunna yang ketika itu sebenarnya lebih memukau perhatian Sunwoo.
Hyunna mendekati Sunwoo menyedari lelaki itu setia menunggu.
"Maafkan saya Sunwoo. Saya tak ambil masa lama kan?"
"Tak... Tak..." Sunwoo hilang fokus disebabkan Hyunna.
Hyunna hairan melihatnya.
Tangannya dilambaikan pada lelaki itu
"Sunwoo awak okay."
"O... Okey." Dia masih gagap.
"Shall we get in princess?"
"As we should," balas Hyunna.
-------------
Melangkahnya Hyunna ke dalam majlis tari-menari itu semua mata terpukau melihatnya. Habis terlopong mata dan mulut mereka. Tidak terlepas juga Sarang, kembar Sunwoo hampir tersedak melihat kecantikan Hyunna yang begitu menyerlah.
Mengenakan sepasang kasut kaca bertumit tinggi berkilau dipadankan dengan gaun biru labuh ala princess yang mendedahkan bahunya. Hyunna biarkan rambutnya melurus panjang. Wajahnya pula diserikan dengan solekan nipis sahaja kerana wajah Hyunna sudah semulajadi cantik. Hyunna tidak memakai kaca mata. Sebagai gantinya dia memakai eye lens berwarna neon blue. Keanggunan Hyunna diserlahkan lagi dengan perhiasan yang terpakai. Rantai berlian sapphire blue dipadankan dengan anting-anting berbentuk T.
Muzik orkestra dimainkan oleh sekumpulan band.
Lampu dimalapkan menjadi ala romantik.
Sunwoo menunduk lalu menghulurkan tangan ala ingin confess
"Sudikah cik adik menari dengan saya?"
"Dengan senang hati," balas Hyunna.
Tangan Sunwoo naik melingkar pada pinggang Hyunna. Manakala Hyunna menyentuh bahu Sunwoo lembut.
Mereka mulai menari mengikut rentak muzik
Hyunna dan Sunwoo tersenyum bahgia bagaikan hari itu adalah hari mereka.
Setelah muzik terhenti. Kaki sebelah Sunwoo melutut ke lantai.
Sekuntum bunga ros dia keluarkan dari poket seluar dihulurkan pada Hyunna.
"Hyunna. Kali ni saya akan buat secara serius. Sudikah awak jadi yeochin saya?"
Hyunna terdiam
Sorakan menyuruhnya bersetuju buatkan dia terkejut.
Tidak menyangka saat ini mereka menjadi perhatian semua.
"Hya, terima jelah. Aku pun nak oppa aku bahagia. Hanya kau jelah boleh bahagiakan dia."
Hyunna mendongak. Dia terlihat Sarang berkata-kata lalu mengangguk meyakinkanya.
"Ba.. Baiklah."
Sunwoo bangun lalu memeluk erat Hyunna. Pelukan dileraikan seketika sebelum Sunwoo mencium dahi Hyunna. (Sorry takut nak taip bibir 😭😭)
Dia berbisik lembut di telinga Hyunna, "Terima kasih Hyun." Sunwoo kembali memeluk Hyunna.
Hyunna mengigit bibir dalam senyuman
Dia turut membalas pelukan Sunwoo.
"Ehem!"
Dehaman dari atas pentas membuatkan semua saling menumpu.
"Terima kasih semua kerana hadir. Sebelum kita bergerak ke slot seterusnya, saya ingin memberitahu majlis kita ditaja sepenuhnya oleh Yujung Lee.
Hyunna terkejut melihat ibunya menghampiri pengetua Park.
Yujung Lee dan Pengetua Park berlaga pipi lalu saling membalas pelukan sebelum Pengetua Park meneruskan katanya.
"Yujung Lee adalah rakan kongsi saya. Kami rakan lama sejak sekolah rendah. Dia banyak menyumbang dana di sekolah ini. Anak Yujung Lee jug bersekolah di sini. Di sana, Hyunna Kim merupakan anaknya. Sempena umur Hyunna yang ke 18 tahun, Hyunna Kim akan didedahkan menjadi perwaris keluarga tersebut."
Melopong luas mata yang berada di situ. Tidak terlepas Sarang turut sama.
Sunwoo menjongketkan kening meminta kepastian dari Hyunna.
"Maaf tak bagitahu."
Sunwoo masih terkejut.
--------------
Setelah majlis itu selesai Sunwoo bertemu dengan Yujung Lee. Hyunna dan Sarang turut ada bersama.
"Sunwoo. Kalau benar kamu suka anak saya, tolong jaga dia dengan baik dan jangan lukakan dia."
Sunwoo mengangguk.
Sarang yang turut ada tiba-tiba bersuara.
Sunwoo ada bercerita tentang kali pertama dia terlihat ibu Hyunna.
Hatinya tertanya sesuatu.
Dia yakin ini masa yang sesuai untuk bertanya.
"Maaf kalau saya bertanya. Kenapa Puan berpura jadi orang susah sebelum ni?"
Sunwoo terjongket keningnya. Tidak menyangka soalan itu meluncur keluar dari bibir adiknya.
Hyunna dan ibunya saling memandang.
Yujung Lee kemudian menjawab tenang, "kami sekeluarga cuba hidup seperti orang biasa kerana memang itu cara hidup kami. Ramai orang ambil kesempatan kerana kami kaya. Kami lakukan kerana ingin kehidupan Hyunna selamat dan tenang."
Sarang memandang Hyunna setelah mengangguk faham. Tangan dihulur ke hadapan.
"Maaf sebab berkasar dengan kau. Aku harap dapat jadi kawan baik kau."
Hyunna tersengih.
Dia menyambut huluran tangan Sarang.
"Ye. Mestilah!"
Sunwoo dan Yujung Lee turut tersengih.
Itulah yang Sunwoo suka tentang Hyunna. Baik, cantik dan sangat manis. Dia seorang gadis luar biasa baginya.
Dan begitulah bagaimana kisah My Nerd Love. - Hyunna Kim
The end
Maaf kalau story nya bosen. June actually berhenti banyak kali sebab otak stuck tak keluarkan ilham. Tapi syukur berjaya siapkan. Thnks sudi request and June dah cuba yang terbaik untuk hasilkan imagine request Hyun. Hope sangat Hyun suka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro