11: Kiss or shut up
Diamond multi-art High School (ingat nak letak Hanlim tapi ubahlah)
Suasana pagi itu kelihatan hening sahaja. Di awal pagi itu sudah ramai pelajar yang hadir ke sekolah. Samada dengan kenderaan ibu bapa mereka atau kenderaan sendiri.
Kelihatan dua tiga motosikal berkuasa tinggi masuk. Terlihat juga dua tiga kereta mewah memasuki perkarangan sekolah. Mereka yang ada kenderaam sendiri dibenarkan membawa ke sekolah. Tidak jauh beza dengan Park Mirae. Cuma gadis itu lebih senang menunggang basikal.
Banyak mata menumpu pada Mirae setiap kali dia masuk menaiki basikal ke dalam sekolah. Dia sebenarnya masih baru di sekolah ini. Baru tiga hari. Mirae berpindah dari Amerika ke Korea. Disebabkan bapanya bertukar kerja di Korea. Terpaksalah dia akur.
Setelah Mirae ada sebuah motosikal menuju masuk laju memintas Mirae. Bukan main laju sehinggakan rambut dan kain Mirae bergerak
Langkahnya terhenti kerana matanya difokuskan pada lelaki itu.
'Eh, tu macam budak kelas aku!' bisik hati Mirae.
Kemudian dia teringat pelajar-pelajar perempuan di kelasnya menghalangnya cuba berkawan dengan lelaki itu kerana lelaki tersebut membenci yeoja.
Mirae hairan kenapa lelaki itu membenci yeoja. Dia ingin tahu.
Matanya dialihkan pada lelaki itu semula.
Eh, kosong?
Mirae cuba tercari lelaki itu dan saat retina matanya memaparkan imej lelaki itu, senyuman Mirae terbentuk kembali
"Dia pandang sini?"
Kelihatan lelaki itu memandang ke arah Mirae. Tetapi dengan suatu jelingan menyebabkan Mirae berkerut hairan.
'Sombong betul,' bisiknya.
Lelaki itu kemudian berlalu pergi.
Mirae terus berbisik sendiri, "just wait and see. Im gonna make you be my friend."
Mirae tersenyum lebar.
-----------------
Sebaik Mirae masuk ke dalam, kelas menjadi riuh. Gadis berambut pendek paras bahu, dan berwajah feminin itu menjadi perhatian kerana sikapnya yang ceria dan friendly.
"Mirae ah morning." Mirae ditegur sekumpulan rakan perempuan.
"Morning!" Mirae membalas dengan senyuman.
"Mirae sini."
Mirae bergerak ke arah sekumpulan tadi.
"Wae irae?" soalnya.
"Kau nak masuk tak kelab sastera tak?"
Mirae menggeleng.
"Hurm malaslah. Aku tak minat perkataan."
"Kalau macam tu kau nak try renang?"
Mirae menggeleng. "Aku aquaphobia. Hurm maaf."
"Habistu kau nak kelab apa Mirae? Yang tinggal hanya taekwando."
"Taekwando? Hurm kalau aku tak sertai apa-apa kelab boleh ke?"
Mereka menggeleng. "Tak boleh Mirae. Sekolah ni wajibkan semua pelajar sertai kelab."
Mirae kemudian terdiam sambil berfikir. Kelab sastera dan renang sudahpun dia blacklist. Terpaksalah dia pilih taekwando.
Mereka kemudian menyerahkan Mirae borang keahlian. Siap mengisi ruangan diberikan, Mirae menyerahkan kembali pada mereka.
"Eo? Kau kena serahkan pada ketua kelab, Renjun."
"Renjun?"
"Ye Huang Renjun."
Oh ya, lelaki yang menjeling dia pagi tadi dan anti-perempuan. Hurm
Mirae memberanikan diri menegur lelaki itu. Tidak berfikir apa reaksi balasnya, Mirae menyapa dia mesra.
"Hai, awak Huang Renjun ketua kelab taekwando kan? Saya ahli baru nak serahkan borang."
"Hurmmm." Kata balas dari lelaki itu benar-benar menyentakkan Mirae. Dengan wajah dingin dan tidak sedikitpun memandangnya. Memang anti betul la dia dengan perempuan
"Dah bagi kau boleh belah."
Mirae terdiam. Dia masih berdiri di situ.
Teragak-agak juga dia ingin mendekat si lelaki dingin itu. Tak memasal kena bentak free. Mau dia badmood seharian.
Wajah mereka dirapatkan. Mata Renjun membulat saat dia dapat rasa hembusan nafas dari Mirae.
"Awak... Jangan anti sangat dengan perempuan. Yang lahirkan awak dan besarkan awak tu perempuan. Nanti awak kahwin pun dengan perempuan."
"Shut up! Or i will kiss you."
"Saya tak yakin awak berani. Hehe." Mirae berjalan pergi dengan ceria dari situ menuju ke tempat duduknya.
Huang Renjun merenung Mirae dengan pandangan tajam.
-----------------------
Mirae memandang kelas yang lenggang dari sebarang manusia. Barangkali masing-masing membeli makanan di kantin dan hanya makan di sana.
Dia mencari tempat duduk di sana tadi tetapi kelihatannya semua dah penuh. Mirae malas mahu menjejak ke taman. Jadi, dia pilih untuk makan di kelas.
"Eh, itu..."
Mirae tersenyum
Tidak menyangka lelaki itu masih ada. Siap kepalanya terpakai headphone dan tangannya sibuk melakar sesuatu.
Mirae mendekatinya.
"Hei, awak tak turun kantin?"
Renjun terkejut ditegur namun dia abaikan saja gadis itu.
Mirae tidak mengalah. Dia benar-benar ingin mencuba berkawan dengan Renjun. Mirae ingin mengetahui sebab Renjun anti- perempuan.
"Wah, pandai lukis rupanya awak!" puji Mirae.
Renjun mendongak muka menatap Mirae dengan riak wajah mendatar.
Mirae buat tidak endah saja.
"Ajarlah saya. Saya tak berapa pandai tapi berminat."
Renjun tutup buku tersebut. Dia berdiri ingin melangkah ke suatu tempat.
"Jangan ikut!" tegahnya saat melihat Mirae cuba mengekori.
"Aku nak pergi tandas."
Mirae mengeluh
---------------------
Mirae menuntun basikalnya pulang ke rumah. Sempat Mirae menyepak roda basikal itu. Boleh pula dia pancit waktu nak balik rumah.
Mirae melihat ke depan. Pemandangan yang disaksikan di hadapan buat matanya melopong.
Seorang perempuan berpakaian sekolah dikerumuni ramai lelaki. Kelihatan perempuan itu takut-takut dan terus mengundurkan dirinya ke belakang.
"Jangan apa-apakan saya," pesannya.
Mirae yang terasa terpamggil untuk membantu perempuan itu membaling batu ke arah mereka.
"Woi, takde kerja ke kacau anak dara orang?" perlinya
"Uwoh ada perempuan terhangat la kat sana."
Renjun tidak sengaja memberhenti kerana lampu isyarat merah, perasan akan bunyi bising berdekatan sebuah lorong. Dia memberhentikan motosikal dia bahu jalan cuba melihat apa yang sedang berlaku.
"Perempuan terhangat atuk kau. Pergilah main jauh-jauh. Jangan ganggu perempuan tu."
"Hei, kau! Kami jadikan mangsa baru kau tahu!"
"Ha marilah kalau berani!" Mirae mencabar.
Lelaki-lelaki itu kemudian menuju ke arahnya.
Sejak tadi sekadar menjadi pemerhati, Renjun terus setia menanti tindak-tanduk sekumpulan lelaki itu.
"Cik adik. Mulut tu jangan celupar sangat. Nak kami jadikan lauk je malam ni." Salah seorang dari mereka menjilat bibir.
"Hya! Aku nampak macam daging lembu ke ha kau nak makan."
"Eh, dia ni!" Mereka semakin dekat namun Mirae berjaya menahan kemaraan mereka.
Pewangi disembur ke arah mata-mata lelaki itu lalu Mirae mengorak langkah berlari dari situ.
Fikirnya mereka akan mengalah tetapi Mirae terusan dikejar.
Jantung Mirae berdegup pantas. Kakinya terus berkerja berlari laju semungkin
Buk!
Namun tanpa disangka.
Mirae terlanggar lubang kecil jalan lalu tersembam ke atas lantai.
"Argh!" Dia mengaduh kesakitan.
"Wowo kau tak dapat lari lagi!"
Mirae terkejut menerima sekumpulan itu kembali. Tubuhnya diusahakan mengundur ke belakang.
Nafas Mirae menjadi tidak stabil saat belakang tubuhnya menyapa dinding Konkrit. Menyedari dia mungkin akan menerima akibat yang buruk, Mirae masih tidak mahu mengalah.
Tubuh lelaki yang mendekat, Mirae tolak sedaya upaya dengan tangannya. Namun itu hanya seketika cuma, pergerakan Mirae dikunci. Tangan Mirae dincengkam lalu dirapatkan ke dinding. Mirae meronta cuba meloloskan diri. Tetapi apa sajalah kudrat yang dia ada.
Rasa takut dan sebak mulai hadir. Mirae tidak berfikir perkara seperti ini perlu dilaluinya.
"JANGAN CUBA SENTUH AKU SETAN. KAU ORANG BUKAN MANUSIA!"
Suara tawa gamat mememuhi. Seolah kata Mirae sebentar tadi adalah suatu jenaka
"Garang ye cik adik. Tabaik la."
Mirae meludah ke wajah mereka membuatkan satu persatu dari mereka bengang.
Salah satu tangan dari mereka naik ingin menampar Mirae. Tetapi tumpuannya beralih pada suatu panggilan
"Hoi!"
Mirae terus memejam mata akibat terlalu takut
"Tak adil betul lima lelaki lawan satu perempuan. Kau orang ni memang bodoh tak diajar ya? Memang tak ada kerja ke selain nak mengacau orang? Pergi mampus sanalah! Malu mak kau lahirkan kau!"
"Menyibuk jelah dia ni. Jom habiskan dia."
Mereka berlima menghantar isyarat mata.
Kepergian mereka menyebabkan Mirae tersandar di lantai bertar. Dia lemah untuk membuka mata kerana harapannya dia ada bersama disamping keluarganya sekarang.
Renjun membiarkan satu persatu dari mereka cuba mendekatinya untuk menyerang. Namun tiada satupun yang mengena tepat pada dia.
Renjun tersengih mengejek melihat mereka mulai lelah. Padahal dia tak buat apa apapun
Lelaki-lelaki tadi kemudian berlari mendengar hon dari kereta peronda polis. Maklumlah kawasan ini berdekatan balai..
"Hya!" Renjun menegur Mirae.
Kelihatan gadis itu masih menutup matanya.
"Hya!"
"Argh! Jangan sentuh! Jangan dekat!"
Renjun tersentak.
Bahu Mirae dicengkam
"Ni aku. Bukak mata kau!"
"Tak nak! Jangan sentuh aku! Aku jijik! Kau setan jauh dari aku."
Renjun tersentak sekali lagi. Terkejut dia disetankan.
"Hya aku selamatkan kau. Tapi Setan kau panggil. Kalau tak tau jadi macam ni kenapalah kau berani sangat!"
Dahi Mirae ditunjal.
Mirae memberanikan diri membuka matanya.
Melihatkan hanya ada Renjun di hadapannya dia menghembus nafas lega.
Tetapi dia masih cemas saat lelaki itu ingin menyentuh tangannya bagi membantu dia berdiri.
"Ikut aku!"
Mirae hanya biarkan sahaja lelaki itu menariknya.
-------------------
Mirae masih mendiamkan diri sejak tadi. Minuman yang Renjun beli langsung dia tidak sentuh.
Sudah buntu Renjun dengan Mirae. Dah la dia tak pandai memujuk. Bukankah dia patut tinggalkan sahaja perempuan ini? Tetapi dia tak sampai hati. Renjun masih ada jiwa kemanusiaan.
"Aku dah lalui apa yang kau lalui hari ni..." Renjun membuka cerita. Dia berfikir mungkin dengan meletakkan dirinya di tempat yang sama dengan Mirae akan menenangkan gadis itu
Mirae mendongak kelihatan berminat.
"Adik aku jadi mangsa lelaki-lelaki tak berhati perut tu. Aku tak dapat buat apa-apa sebab aku masih sembilan tahun waktu tu. Aku lemah dan aku bencikan diri aku yang waktu tu sebab tak dapat pertahankan adik aku sampaikan dia mati."
Mirae menunjukkan rasa simpati.
"Sebab tu ke awak belajar taekwando?"
Renjun hanya diam. Tidak membalas.
"Adik awak mesti bangga sebab awak dah berani sekarang. Awak selamatkan saya. Dia mesti tersenyum dari atas sana."
Renjun masih juga diam menatap wajah Mirae. Melihatkan gadis itu sudah bersuara itu bermaknanya dia sudah bisa kendalikan dirinya.
"Aku hantar kau balik."
"Basikal saya..."
"Aku ikut kau dari belakang. Kau tuntun basikal ni cepat."
Mirae terharu.
"Geraklah cepat," arahnya dengan wajah tiba-tiba bertukar dingin
Sesampainya di hadapan rumah, Mirae mengucapkan terima kasih.
Telefon Renjun bernyanyi tanda dia menerima panggilan
Renjun menjawabnya, "nae saeng? Oppa dah nak balik ni."
Mata Mirae membulat
"Wait. Adik kau hidup lagi ke? Habis cerita tadi?"
"Ouh aku reka je. Dah bai."
Mirae terkedu. Hidup-hidup dia ditipu.
---------------------
Mirae pergi ke sekolah esoknya dan dia terus menganggu Renjun. Hampir setiap hari Renjun perlu bertabah kerana Mirae tidak pernah berputus asa untuk mengubahnya
Akhirnya Renjun mengalah dan dia bersuara setelah sekian lama bertahan.
"Kau tak penat ke Park Mirae asyik ganggu aku?"
Mirae menggeleng.
"Aku... Bla bla..." Mirae membebel panjang.
Renjun yang tidak betah mendengar bebelan Mirae akhirnya mendaratkan bibirnya pada bibir milik Mirae.
Mata Mirae membuntang luas.
Setelah tiga saat, tautan itu dilepaskan
"First kiss aku."
"Kau bising sangat. Jangan salahkan aku okay. Aku dah bagi amaran sebelum ni."
-------------
Sebulan berlalu
Sebulan berlalu dan Mirae masih tidak mengalah. Dia ingin tahu punca Renjun anti-perempuan
"Renjun. Malhae kenapa awak jadi macam ni?"
Renjun menghentikan langkahnya
"Jangan ingat aku baik sebab selamatkan kau haritu. Jangan cuba kawan dengan aku."
"Renjun, saya cuma risaukan awak. Lagipun saya perlu balas balik jasa awak selamatkan saya. Jadi izinkan..."
CHUP!
Kata Mirae tadi terhenti saat bibir mereka saling bertemu.
Mata Mirae melopong
--------------
Mirae berjalan keluar dari kelas saat tamat waktu persekolahan
Dia tak sengaja terserempak Renjun di pertengahan jalan.
Mirae melopong.
Dia masih malu dengan kejadian tadi.
Mirae berlari menutup mukanya dari Renjun
Tertawa kecil lelaki itu dengan tingkahnya. Comel!
"Eh!" Renjun menampar pipi cuba menyedarkan diri
Dia mesti sudah hilang akal
---------------
Training di kelas taekwando menjadi kekok kerana Mirae perlu berhadapan Renjun. Ikutkan hati dia tak mahu datang. Tetapi kehadiran diwajibkan
Mirae terusan tidak dapat mengikut rentak yang diajar buatkan dia frust. Hurm mesti effect kiss tu la.
Mirae ditegur berkali-kali kerana dia wrong stepped.
Akibatnya Renjun diminta untuk mengajar Mirae secara private
--------------
Mirae tak tentu arah. Yang menjadi rungutannya hanya tinggal dia dan Renjun sahaja di situ. Sudahlah kekok, bertambah kekok dia.
"Kau nak terus diam ke?"
"Hurm habis saya nak cakap apa?"
"Entah. Haih, jomlah mula."
Renjun sabar mengajar Mirae satu persatu langkah.
Disebabkan hampir setengah jam mereka berlatih Mirae tidak senang hanya membisu.
Dia mulai berani bersuara menegur Renjun
"Dah la saya tak larat lagi. Jangan paksa saya gerakkan lagi. Badan saya dah lenguh."
"Itu baru basic tau."
"Yelah basic. Wajarlah saya tak pandai. Saya mana pernah belajar taekwando sebelum ni..."
Kata Mirae terhenti saat Renjun memegang kedua bahu Mirae. Jantung Mirae berdebar menggila.
"Kau bising lagi..."
Bibir Mirae dikucup.
Mirae masih terkejut biarpun ini bukan kali pertamanya
---------------
"Huang Renjun. Awak masih tak nak cerita kenapa awak anti-perempuan?"
Renjun diam. Tetapi langkah kakinya masih terus melangkah bersama Mirae
"Hya! Sampai bila nak berahsia? Dah hampir sebulan kita kawan."
"Aku bukan kawan kau?"
"Habis hubungan kita apa?"
"Mungkin ini dapat bagi jawapan kau."
Bibir Mirae dipagut lembut. Kali ini Renjun lakukannya kerana rasa cintanya. Dia terjatuh cinta dengan gadis ini.
Renjun melepaskan tautan.
"Jadi yeochin aku?"
Mirae mengangguk
Dan Renjun mula menjelaskan mengapa dia anti-perempuan
The end
Yey! Bjya update. Sori kalau tk best😭 Enjoy your story
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro