Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 :My boyfriend is Vamp

"Kau ada dengar tak, hari ni ada pelajar baru nak masuk?" Kelihatan dua pelajar perempuan sedang bergosip

Mirae yang kebetulan berada di belakang mereka hanya dengan dunianya. Earphone disumbat ke dalam telinga. Disebabkan cikgu tak hadir, jadi dia nak luangkan masa selesaikan kerja yang belum siap.

"Dengar kata hensem..." Kedua perempuan tadi ketawa mengilai. Dah macam hantu Kak Limah.

Tuk! Tuk!

Suasana kelas riuh tiba-tiba bertukar menjadi sepi.

Mirae mendonggakkan kepala.

Sengihan sinis terukir.

'Padanlah senyap, Pakcik sihir Si Hyuk muncul,' bisik hati Mirae.

Di sebelah pengetua Bang Si Hyuk ada seorang lelaki. Sungguh kacak wajahnya. Visual gitew!

Lelaki itu bersuara setelah menerima isyarat. "Selamat berkenalan, Saya Hong Joshua." Dingin sekali wajahnya. Tetapi itu membuatkan pelajar-pelajar perempuan dalam kelas itu menggila.

"Disebabkan Kim Saem tak hadir. Jangan buat bising. Buat kerja sekolah yang tak siap. Kalau ingkar, saya akan jual kamu seekor-seekor dekat penunggu atas loteng sekolah ni." Bang Si Hyuk meninggalkan pesanan.

"Gulp!" Kelihatan mereka takut dengan ancaman yang diberi.

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

Mirae lepak di library sekolah seperti biasa. Sekotak susu yang dia bawa dari rumah, sudah cukup untuk dia isi perut. Mirae memasuki ruangan buku rujukan dan sejenak sesuatu melintasi laju di hadapannya.

Tenang. Mirae sudah terbiasa dengan perkara paranormal di sekolah ini. Buat-buat biasa sahaja

Mirae mengambil tempat di meja. Matanya fokus terhadap pembacaan tidak menghiraukan kerusi yang bergerak bagaikan ada yang duduk sambil menghenjut ke depan belakang. Tidak habis itu, suara kanak-kanak berlari di sekeliling meja sambil ketawa tidak mengentarkan Mirae.

"Shhh..." Mirae mendengar suara yang bertindak menghentikan kanak-kanak itu dari berlari.

Kring!

Bunyi loceng bergema menandakan waktu rehat sudah habis.

Mirae bergerak menuju ke kelas. Semasa melalui koridor hidung Mirae bergerak-gerak terbau sesuatu

Bau hanyir kuat memenuhi rongga.

Mata Mirae terbeliak saat menyaksikan pemandangan ngeri tidak terduga. Seorang pelajar perempuan tergantung di siling. Kepala di atas dan bibirnya terjelir. wajahnya berlumuran darah tetapi yang menarik perhatian Mirae adalah gigitan di lehernya.

"Kematian di sekolah?" Mirae tidak menyangka kejadian abnormal yang biasa baginya telah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri. Buat kali pertamanya.

Mirae segera kembali ke kelas setelah pelajar tadi dilaporkan pada guru hal ehwal pelajar.

-------

Sewaktu dalam perjalanan pulang, fikiran Mirae masih mengenangkan hal tadi.

Dia terlalu memikirkannya sehingga tidak menyedari ada sekumpulan lelaki berlagak taiko menghalang laluannya.

"Kau lalu sini jadi bayar. Tempat ni aku punya. Cepat!"

Mirae menjeling lelaki tersebut. Silap dia melalui sini akibat asyik hilang fokus.

"Cepatlah bayar kalau tak..." Lelaki tadi tersengih sinis.

"Apa?" Mirae segera mengundurkan diri ke belakang. Dia berura ingin berlari namun rambutnya ditarik dari belakang. Mirae ditolak kuat hingga dia jatuh tersungkur ke lantai. Lelaki tadi menghampiri Mirae dengan senyuman sukar ditafsirkan.

Mirae memejam mata dalam tangan menggenggam kuat

Kedebuk!

"Argh!" Jeritan nyaring bersatu bunyi tersembam jatuh ke lantai kedengaran kuat sekali.

Mata Mirae membuka perlahan dalam ragu-ragu.

Pandangan dingin Joshua menghiasi ruangan matanya.

Lelaki itu terus sepi memandangnya tanpa kata.

"Terima kasih selamatkan aku," ujar Mirae.

Joshua menghulurkan tangannya. Mirae menyambut lalu dia ditarik Joshua sehingga dagu Mirae bersentuh dada Joshua. Kepala didongakkan. Mirae bertemu mata dengan Joshua lama.

--------

Sejak itu mereka menjadi rakan. Kemana sahaja Mirae pergi disitu adanya Joshua.

Joshua masih kurang mesra. Hanya bercakap bila perlu. Dia sangat kedekut senyuman.

Tetapi kejadian pembunuhan itu tetap berlaku. Hari demi hari tanpa siapapun tahu pelakunya

Joshua. Mirae sangsi dengan lelaki itu. Dia selalu menemui Joshua tidak terurus di awal pagi. Sikap Joshua juga pelik. Sedingin-dinginnya. Bibirnya langsung tidak bergerak menguntai sebarang kata. Kayak orang bisu gitu.

Mirae ke rumah Joshua hari itu memandangkan dia tertinggal buku teksnya di kelas. Ini kali pertama dia singgah, jika tidak dia sekadar lalu sahaja.

Pintu diketuk dan nama Joshua diuntai. Tiada balasan. Mirae ingin mengetuk lagi namun pintu itu bergerak tiba-tiba kerana tidak rapat.

Mirae mengatur langkah masuk dalam kegelapan. Berpandukan cahaya dari tingkap hujung, Mirae berjalan.

Keadaan di rumah itu kelihatan tidak teratur, namun yang menyesakkan Mirae adalah bau ini seolah dia pernah bau.

Bau hanyir. Darah.

Mirae ragu-ragu untuk meneruskan langkah memandangkan sunyi sahaja.

Sungguhpun begitu Mirae nekad setelah mendengar bunyi nafas bersama suara yang termengah-mengah.

Mirae terus melangkah dan terhenti saat tiba di hadapan sebuah kamar. Sebelum dedaun pintu ditolak, Mirae menarik nafas sedalamnya.

Pintu ditolak kuat lalu mata Mirae membungkam luas melihatkan darah memenuhi lantai. Bebola mata Joshua yang kemerahan mengentarkan. Joshua terkejut melihat Mirae.

Bibirnya berlumuran darah dari leher manusia yang dia hisap. Wajah Joshua penuh dengan tompokan darah. Termasuk tangannya yang sudah berwarna cecair merah itu.

Kaki Mirae terasa longgar. Sedikit menggeletar. Mirae hampir pitam namun dia mengagahkan diri berlari dari situ.

Buat beberapa hari Mirae tidak ke sekolah. Dia buntu memikirkan cara untuk berhadapan dengan Joshua. Yang paling dia takuti dia bakal jadi mangsa seterusnya.

-------

Mirae tekad. Dia perlu hadapinya jua. Sampai bila dia harus sembunyikan diri.

Mirae ke sekolah esoknya. Dia menganggap Joshua seolah halimunan. Mirae memberi amaran supaya Joshua menjauhinya.

---------

"Mirae dengarkan aku..."

Mirae merentap tangannya dari cengkaman Joshua.

Langkah dipercepatkan tetapi kaki Mirae kaku saat Joshua muncul entah bagaimana tiba-tiba dihadapannya. Masa bila teleport?

"Bagi aku peluang Mirae."

"Peluang untuk kau jadikan aku mangsa seterusnya?" Sinis nada diungkapkan

"Aku perlukan kawan. Aku perlukan kau hentikan aku."

Langkah Mirae atur, terhenti.

Wajahnya dipalingkan pada Joshua.

"Aku tak dapat kawal diri aku... Aku nak berubah."

"Apa kau boleh buat? Pelajar-pelajar kat sekolah ni mati sebab kau. Lepas kau datang semuanya huru-hara."

"Kalau macam tu aku akan pergi."

Mirae beriak wajah tegang

"Bertanggungjawab atas perbuatan kau."

"Macam mana?"

-----------

Mirae dan Joshua menemui keluarga-keluarga mangsa. Mereka cuba tunaikan permintaan yang tak sempat mangsa lakukan sebelum mati.

---------

"Joshua kenapa kau berubah?"

Joshua menyambut pemberian air kotak susu dari Mirae.

"Sebab kau."

Mirae menjongketkan keningnya bingung.

"Aku takut hilang kau. Aku takut kau benci aku. Mungkin aku tersuka kau."

Hampir ingin tersembur air Mirae tengah minum.

"Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku. Aku menyesal dengan perbuatan aku."

Mirae tersenyum.

Joshua tiba-tiba memeluk Mirae. Mirae biarkan sahaja kerana dia berasa selesa dalam pelukan hangat itu.

"Jadi yeochin aku?"

Mirae terkedu.

Akhirnya anggukan diberikan oleh Mirae.

Boyfriend Mirae vampire. Mirae tidak lagi takut pada Joshua.

Masih wujud sebenarnya manusia separuh vampire ini. Mereka ada dekat dengan kita tanpa disedari. Shhh...

The end

Sorry sampai 1K. Enjoy!

mirzkyu


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro