Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15

JAY menggunakan kain tuala yang sudah dilembapkan dengan degreaser. Tangannya penuh berhati-hati mengelap ekzos motosikal kesayangannya itu.

Seorang diri di rumah besar yang kosong itu, apa lagi aktiviti yang boleh dilakukannya?

Semalam, seharian dia menghabiskan masa bersama teman-temannya di litar walaupun sekadar menjadi pemerhati. Rasa sedikit canggung, seolah-olah kehilangan rentak yang suatu ketika dulu cukup sebati dengan dirinya.

Bukan satu pilihan profesion, tak lebih kepada hobi untuk mengisi masa lapang. Lebih banyak waktu yang terbuang di litar, semakin kurang masa yang perlu dihabiskan di rumah. Dia benci dengan kesunyian yang menginap di segenap penjuru rumah besar itu. Menyedarkan Jay betapa kosong hidupnya.

Sekarang, dia masih mengatur rancangan untuk menyusun kembali hidupnya yang tak teratur. Sesuatu yang sebelum ni tak pernah dibiarkan membebani kepala otaknya.

Jikalau orang tuanya bekerja keras untuk memberikan kesenangan kepadanya sehingga mengabaikan tanggungjawab penting mereka sebagai ibu bapa, sekurang-kurangnya yang dia boleh lakukan bagi 'menghargai' usaha tersebut adalah menggunakan sepenuhnya kesenangan tersebut. Atau itulah yang difikirkan oleh akal tak matangnya dulu.

Tapi dia sedar kini yang Kuzer Harmy bukan sesiapa sehinggalah dia mampu membuktikan kepada dunia di luar sana yang dia boleh hidup sendiri tanpa bergantung kepada nama bapanya yang gah itu. Ah!

Dia juga perlu membuktikan bahagian gelapnya sudah terkubur bersama Kuzer Harmy yang dulu. Kalau dia mahu hidup bersama jutaan manusia lain di dunia luar sana, dia perlu hidup dengan baik. Tanpa sebarang muslihat menjatuhkan mahupun helah untuk mengelirukan.

Kecuali pada masa-masa kecemasan atau bilamana keadaan memaksa, hah!

"Mak Teha kata ni dah kali ketiga dalam minggu ni Jay basuh motor. Should I be worried about this level of obsession?" Suara itu membuatkan bibir Jay membentuk satu senyuman.

Dia berpaling.

"Kak ngah, lama tak jumpa. Seronok bercuti di Sydney?"

Maira Athira menanggalkan kaca mata hitamnya, kelihatan langsung tak teruja. Wajahnya merupakan satu ekspresi kepenatan.

"Kerja, Jay, kerja. Tak ada istilah bercuti dalam kamus hidup kak ngah. Well, at least not this year." Selamba saja dia menjawab.

"Balik sini tak reti nak beritahu, kan?" tambahnya, berpura-pura kecil hati.

Sepanjang adiknya menetap di Auckland, hampir setiap tahun dia berkunjung ke sana. Satu aktiviti rutin yang tak diberitahu kepada sesiapa pun sama ada mamanya, papanya atau pun kak longnya.

Itu pun setelah dia berjanji dengan Jay untuk tidak membawa sebarang berita dari Malaysia ke sana. Lucu tapi itulah salah satu cara yang diaplikasikan oleh adiknya itu dalam usaha memperbaiki diri.

Yang mana nampaknya membuahkan hasil.

Athira perasan apabila dia menerima laporan daripada Mak Teha mengenai rutin baru Kuzer Harmy sejak seminggu yang lepas.

Daripada membuang rasa susah hatinya dengan menelan pil-pil tak ketahuan atau pun berpesta di kelab sehingga esok subuh, Jay sebaliknya cuba mengalihkan tumpuan dengan membasuh motosikal tersebut berulang kali.

Pelik pada pandangan, tapi satu perubahan yang sangat baik.

"Nanti jumpa juga kat sini. Tu yang tak beritahu tu," balas Jay, kini leka mengelap badan motosikal tersebut.

"Girlfriend Jay tak ikut balik sekali ke?" usik Athira.

Berkali-kali sudah Jay menerangkan tentang hubungan sebenar dirinya bersama wanita comel kacukan Melayu-Cina bernama Ermeelia itu, namun tetap juga dia mahu menyakat. Sengaja dia mahu memberi kekuatan kepada adik lelakinya itu untuk memulakan kehidupan baru, jika masih ada ketakutan yang menghalang Jay daripada mengambil sebarang langkah.

Rasa takut yang telah meletakkan satu stigma di dalam kepala Jay menyatakan dia tak cukup baik buat sesiapa pun. Maira Athira tahu, walaupun tak pernah sesekali anak muda itu menyuarakannya. Dia boleh melihatnya dengan jelas sekali.

Aduh, Kuzer! Mana hilang keyakinan, keteguhanmu yang dulu? Hati Athira berdetik.

"Girlfriend yang mana satu ni? Spesifik sikit boleh tak?" gurau Jay kembali, hambar.

Athira memeluk tubuh, merenung tajam ke arah adiknya yang sengaja buat-buat tuli. Masih enggan membuka cerita tentang apa juga yang mengganggu fikirannya.

"Lepas ni bolehlah basuh kereta kak ngah pula. Nampak macam ada banyak masa terluang."

Menggaru-garu kepalanya, Jay mengangguk.

"Sure, but only after you sign the release form stating that I won't be held responsible for any kind of damage."

Masih lagi dalam mood bergurau Si Jay ni.

Athira berjalan mendekati Jay dan lantas menghadiahkan satu tamparan tepat ke tengkuk anak muda itu dengan geram.

Jay mengaduh kesakitan. Memandang Athira dengan riak tak puas hati dan hairan yang bercampur.

"Spill, now! What's bothering you?" Dengan bercekak pinggang dan muka yang garang, Athira bertanya.

Kalau Jay tak nak beritahu cara baik, kena guna cara kasar sedikit. Lagipun tak perlu merasa kasihan terutama sekali apabila subjek yang terlibat adalah Kuzer Harmy. Adiknya itu punya daya tahan sakit yang cukup mengagumkan.

Terbukti apabila Jay mampu memaksa diri pulang ke rumah dengan menunggang motosikal meskipun tangan kanannya tercedera selepas terjatuh di litar dulu. Tangan yang kemudiannya disahkan terseliuh oleh doktor dan terpaksa beranduh selama hampir dua minggu.

"Tak ada apalah. Bosan, tu saja. Kalau ikutkan hati, pokok-pokok bunga ni semua Jay nak siram tapi takut Pak Tam tak ada kerja pula nanti." Jay bangun, mengeliat malas sambil meletupkan jari-jemarinya yang kelenguhan.

"Dah bosan, kenapa tak keluar lepak dengan kawan-kawan? Kalau dulu, nak nampak batang hidung kat rumah pun susah."

"Dulu dengan sekarang tak sama. Lagipun, Jay mana ada kawan." Belakang kepalanya digosok-gosok sehingga rambut yang semakin panjang itu kelihatan sedikit kusut.

Mendengar itu, lagilah berganda rasa curiga Athira.

Semua orang tahu Jay ada seorang kawan baik dan seorang bekas buah hati merangkap partner in crime. Jadi apabila tiba-tiba dia mengaku tak punya teman, bukankah itu tanda adiknya itu mempunyai masalah melibatkan salah seorang atau pun kedua-dua manusia tersebut? Dan kerana sangat mengenali Jay, Athira rasa dia sudah tahu punca kepada masalah tersebut.

Apa lagi kalau bukan kerana pertunangan yang terjalin antara Lily dan juga Ed?

"Tak keluar dengan Ed ke? Dia mungkin sibuk dengan syarikat barunya tu tapi takkan sampai tak ada masa untuk kawan sendiri?" duga Athira, sengaja mahu memancing reaksi Jay.

Namun tak ada sebarang perubahan di wajah tersebut, tetap tenang dan kosong. Sebaliknya dia menguap kebosanan. Satu lakonan yang buat Athira rasa nak cekik saja makhluk bernama Kuzer Harmy ni. Nasib baiklah lelaki tu adiknya, kalau tak memang dah kena ketuk dengan beg tangannya ini.

"Ed mana pula ni? Sorry, don't know any Zaed Akram." Berkerut dahi Jay, seolah-olah sungguh tak kenal. Namun ketelanjuran adiknya itu membuatkan Athira menggigit bibir menahan tawa.

"Tak sebut pula Zaed Akram tadi rasanya," balas Athira lantas membuatkan Jay tersedak sendiri.

Anak muda itu berdehem.

"Apa-apa sajalah. Jay penat. Masuk dalam dulu, nak tidur." Tidak menunggu barang sedetik, pantas saja Jay melangkah masuk ke dalam rumah.

Athira menggeleng.

Hmmm... Seperti biasa, melarikan diri memang kepakaran Kuzer Harmy. Tak perlu dipertikaikan lagi.

Mungkin remeh tapi ia satu urusan yang memerlukan campur tangan segera. Terutama sekali apabila Jay sudah sampai ke tahap berpura-pura tak mengingati kawan rapat sendiri. Kawan rapat yang pernah dikategorikan Jay sebagai salah satu daripada lima perkara terpenting kepada dirinya.

Lantas Athira mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya, mencari satu nama dalam direktori panggilan lalu menekan butang Dial di skrin.

Menunggu beberapa saat dalam talian sebelum satu suara lembut menyapa dengan ceria.

Maira Athira tersenyum senang.

"Assalamualaikum, Lily dearie. Sibuk tak petang nanti?"

Mata Athira tak lepas merenung wajah si gadis manis yang enggan mengangkat muka, sedari tadi hanya tunduk menyedut minuman. Soalannya tadi juga dibiarkan tidak berjawab.

Sesuatu hal selalunya menjadi rumit apabila wujud pihak yang tidak mahu berterus terang, seolah-olah susah benar untuk berlaku jujur. Tapi apa yang nak dihairankan, dia sedang berdepan dengan dua manusia paling licik yang pernah dikenalinya. Tidak berlaku jujur tu merupakan satu kelebihan, sifat semula jadi mereka.

Mempunyai raut comel yang polos, Lily Nadira selalu dianggap sebagai mangsa manipulasi Jay yang tak bersalah. Kelebihan yang sering menyelamatkan gadis itu daripada dihukum atau pun dipersalahkan. Tambahan pula Lily merupakan salah seorang pelajar yang mempunyai rekod pencapaian baik, bersesuaian dengan personaliti manisnya. Dua gabungan yang membuatkan dia lebih dipercayai serta diharapkan. Padahal mereka tak tahu kelicikan Lily tak ada beza dengan adiknya yang satu itu.

Kalau tidak, takkanlah gadis itu mampu menimbulkan kekecohan ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG apabila tiba-tiba saja di tengah pembentangan, slaid bajet yang sudah disediakan beberapa hari lebih awal bertukar menjadi slaid dokumentari beruang polar di Kutub Utara dan juga habitat orang utan.

Satu hasil kerja yang penuh dengan cap jari Lily Nadira di dalam usahanya mensabotaj guru yang menyediakan slaid tersebut kerana pernah mengkategorikan salah satu lakaran seni gadis itu sebagai tak mempunyai jiwa dan terlalu 'terancang'.

Namun tentu sekali suspek utamanya adalah Jay yang rela hati menerima tuduhan tersebut demi melindungi Lily. Lagipun, adiknya memang sukakan perhatian, terutama sekali jika ia dapat membuat mama dan abah panas hati.

"Dah seminggu Jay tak bercakap dengan Ed?" Athira menukar soalan.

Lily mengangguk.

"Mereka dah berkawan 15 tahun. Takkan kerana perkara macam ni sampai nak putus sahabat. Gila sungguh Si Jay ni," omel Athira.

"Jay tak boleh terima pertunangan kami. Dia anggap Ed tu pengkhianat." Lily memberitahu.

"Kalau Ed tu pengkhianat, Lily dia anggap apa pula?" Sengaja Athira mahu menduga.

Oleh kerana gadis itu berkeras tak mahu berlaku jujur, dia perlu menukar strategi permainan.

Dia yakin Jay berasa dikhianati kerana perasaannya yang masih setia dan sentiasa ada buat Lily. Jikalau perasaan anak muda itu neutral seperti yang dikatakan, dia patut berasa gembira kerana tak ada orang lain lagi yang boleh menjaga bekas kekasihnya itu dengan lebih baik selain Ed.

Masalahnya di sini, Jay tak boleh melihat Lily bahagia dengan orang lain terutama sekali apabila orang itu adalah kawannya sendiri. Kenapa lagi kalau bukan kerana cemburu?

"What's worse than a traitor? Sebab dia memang tak nak bercakap dengan Lily langsung."

"Kiranya Lily tak jumpa Jay lagilah ni?"

"Selepas dia dapat tahu perkara sebenar, tak lagi. Entahlah, sungguh Lily tak tahu nak buat apa. Ed cuba nak berbaik tapi sikit pun dia tak kesah. Jay will always be Jay, a hot headed, stubborn monkey," getus Lily, tangannya mencarik-carikkan tisu di tangan seolah-olah mencerminkan rasa hatinya yang berserabut dengan pelbagai ledakan emosi.

Athira meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas tangan gadis tersebut, senyuman yang tulus terukir di bibir.

Hanya ada satu penyelesaian kini dan kuncinya ada pada Lily.

"Lily ada cuba cari Jay, bercakap dengan dia secara berdepan?"

Wajah Lily bertukar suram. Lambat-lambat dia menggeleng.

"Kenapa? Lily tahu kan nak cari dia kat mana selama seminggu ni? " Athira membetulkan duduknya.

"Kak ngah faham kalau Jay terkejut. Considering your past together, this is actually a big of a deal to him. Dia baru balik setelah sekian lama dan kemudian, Ed dan Lily buat macam tu. Kau orang berdua merupakan orang yang selalunya dia harapkan untuk berlaku jujur, tapi tiba-tiba memilih untuk menyembunyikan perkara sebenar. Lagilah dia rasa terpinggir, dikhianati."

"He left me! Apa dia fikir Lily nak habiskan masa tunggu dia? Dia lukakan hati Lily, malukan ibu dengan ayah." Lily menarik tangannya kembali, wajahnya kemerahan menahan marah.

Kalau kemarahan boleh mengusir pergi rasa yang terlalu degil untuk menjauh, Lily rela membiarkan dirinya ditelan bahang amarah tersebut sungguhpun ia sangat menyakitkan.

Patah hati memang satu kes yang serius. Tak kiralah betapa dia memenangkan Jay, dia tak ada jalan lain kini kecuali bersama Ed. Kerana dia bukan seperti raksasa itu yang tak tahu berpegang kepada janji!

Ketenangan Athira menimbulkan sedikit keanehan dalam hati Lily. Langsung tidak terkesan dengan kemarahannya tadi seperti satu respons yang sudah dijangka.

"Kenapa tak beritahu semua ni kepada Jay sendiri? Dia mungkin bukan seorang yang boleh dibanggakan tapi dia tetap berhak mendengar penjelasan Lily, perasan sebenar Lily. Berlaku jujur untuk pertama kalinya supaya dia lebih faham. Biar dia tahu keadaan sungguh dah berubah."

"Tapi... Tapi Lily... Lily tak nak dia terluka."

"Dah terlambat. He's already hurting. Atau sebenarnya Lily masih ada perasaan terhadap Jay? Sebab tu Lily tak nak jelaskan apa-apa, supaya keadaan antara kau orang berdua tak berubah?"

Keraguan terpancar di riak gadis itu.

Ah, cinta tiga segi! Tak pernah bosan dengan kisah cinta sebegini. Athira membuat konklusi.

"Tak! Selepas apa yang dia dah buat, tak mungkin Lily akan sayang dia lagi. Cuma... Susah nak bercakap dengan Kuzer Harmy. He listens to no one but himself."

Menggeleng, sekali lagi tangan Lily disentuhnya lembut.

Sebuah persahabatan tak sepatutnya menjadi korban permainan cinta tiga segi. Lily bahagia bersama Ed dan perlu terus bahagia bersama lelaki itu. Jay pula perlu melepaskan Lily sama ada dia suka atau pun tidak. Ini bukan sebuah drama dan mereka berdua harus berpijak di bumi yang nyata.

Lagi cepat mereka menerima hakikat sebenar, lagi mudah perkara ini diselesaikan.

"Jay tetap Jay dan Lily tetap Lily. And we both know that there's this one person he'll always listen to other than himself."

Lily mengangkat muka.

"Yes, only you can talk some sense into him. Gunakan kelebihan ni untuk perbaiki keadaan antara Ed dan Jay. Jangan ragu-ragu."

"Tapi..."

"Tak perlu terus berikan dia harapan. Keadaan dah berubah sekarang. Lily tunang orang. Kalau Lily nak Jay mulakan hidup baru, you have to cut him loose."

Lily termangu, hilang dalam kekeliruan yang bertandang memenuhi benak fikiran.

Kalau Lily nak Jay mulakan hidup baru, you have to cut him loose.

Cut him loose.

Itu yang seharusnya dilakukan. Perkara yang selama ni dibiar berlanjutan antara mereka tanpa penamat.

Tapi... Daripada mana dia nak cari kekuatan untuk lepaskan sesuatu yang sudah lama menjadi sebahagian daripadanya?

Tak, tak... Ia terlalu sukar.

Oh Lily Nadira, kau perlu buat satu keputusan!

Kuzer Harmy atau Zaed Akram?

"Apa kau buat kat sini?" Kasar sekali soalan itu diajukan. Riak tegangnya usah dicerita lagi, cukup untuk buat sesiapa saja kecut perut.

Bengang kerana kedamaian malamnya diganggu.

Bingkas bangun bersama gitar di tangan, dia mencapai kunci motosikal di atas meja dan berura-ura untuk masuk. Tidak kuasa untuk menghabiskan malamnya mendengar apa juga penjelasan yang bakal membingitkan telinga, tambah membuat hati panas.

"Kkk... Kita perlu bercakap. Tolong jangan lari sekali lagi, Jay," pinta Lily. Tangannya pantas mencapai lengan Jay.

Tubuh lelaki itu pegun. Setelah menyedari ketelanjurannya, cepat-cepat Lily melepaskan pegangan.

"Jangan lari sekali lagi. Kau kena dengar apa aku nak cakap," ulangnya semula, kali ni lebih perlahan.

Dia sudah buat pilihan dan lelaki ini perlu tahu tentang pilihannya itu.

"Ed hantar kau untuk pujuk aku? How cliche," desis Jay, masih membelakangi Lily. Cuba mengawal emosi yang bertaburan sebaik saja matanya mendarat kepada sesusuk tubuh itu beberapa ketika tadi.

Susuk tubuh milik seorang wanita yang cuba dijauhinya sejak seminggu yang lalu.

Keputusan terbaik untuk mereka semua. Jadi, kenapa perlu dirumitkan keadaan dengan menawarkan penjelasan?

"Aku datang kerana kau," ujar Lily. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro