
20 (End)
𝑻𝒉𝒊𝒔 𝒊𝒔 𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 𝒐𝒏 𝒓𝒂𝒊𝒏𝒚 𝒅𝒂𝒚𝒔...
~~~
One Year Later
"Betul ni, tak nak balik dengan kami?" Puan Yang menyoal Sieun lembut.
Sieun mengangguk.
"Sieun ada tempat nak pergi Aunty. Aunty dengan Jeongin balik lah dulu," balas Sieun lembut.
Puan Yang mengangguk. Bahu Sieun diusap lembut.
"Kalau macam tu kami balik dulu. Nanti malam, kita makan kat luar sempena kamu berdua dah tamat sekolah,"
Sieun mengangguk. Selepas kepergian Sungchan, pasangan Jung sudah berpindah. Mereka menyalahkan Sieun atas apa yang terjadi pada anak mereka. Katanya, kalau Sungchan tidak berkawan dengan Sieun, pasti Jongho tidak akan berdendam dengannya.
Dan Sieun, dia kembali rapat dengan Jeongin. Makan minumnya juga diuruskan dan dibantu oleh ibu Jeongin yang dulunya juga sangat rapat dengan mendiang Puan Kim.
"Jeongin,"
Jeongin yang baru ingin mengikut langkah ibunya itu terhenti.
"Ini,"
Sieun mengeluarkan sesuatu dari beg miliknya. Sebuah kotak berbalut kemas dihulurkan pada Jeongin.
"Hadiah dari aku,"
"Gomawo. Jumpa malam nanti,"
Sieun sekadar tersenyum. Dia kemudian melangkah pergi dari situ. Sehinggalah dia kini berada di pagar belakang sekolah. Pintu pagar besi itu dibuka dan dia mula berjalan ke kawasan berbukit itu.
Dan akhirnya dia berhenti bila sebuah tasik kini berada di hadapannya.
"Sungchan ah, kita dah sampai," ujar Sieun.
Beg sekolahnya dibuka dan dia mengeluarkan satu bingkai gambar. Gambar Sungchan dalam uniform sekolahnya yang dia dapatkan dari kelab majalah sekolah.
Topi graduasi yang berada di dalam beg juga dikeluarkan dan dipakai kembali. Kemudian dia mula mengambil gambarnya bersama 'Sungchan'.
"Cantik gambar graduasi kita," skrin telefon diusap dengan senyuman.
Namun ianya tidak lama. Sieun tiba-tiba teresak kecil.
"Dulu kau nak sangat datang sini, tapi aku tak pernah pedulikan kau. Mianhei Sungchan ah,"
Bingkai gambar Sungchan dipeluk erat.
"Sungchan ah, kau ingat tak kau pernah tanya aku kenapa aku suka hujan? Dulu aku suka hujan sebab aku boleh menangis sepuasnya dalam hujan. Tapi sekarang, aku benci hujan. Setiap kali hujan, aku mesti teringatkan kau,"
Sieun hanya membiarkan air matanya mengalir membasahi pipi. Matanya dipejamkan.
"Aku rindu kau Jung Sungchan,"
Dan setitis air tiba-tiba jatuh mengenai pipinya.
Hujan.
Pada masa yang sama, satu pesanan masuk ke dalam telefon bimbitnya.
Jeongin
Kau kat mana?
Jangan balik lambat,
hari macam nak hujan.
Sieun tidak membalas sebaliknya dia mematikan alat nipis itu dan diletakkan ke dalam beg.
"Aku rasa aku takkan balik Jeongin,"
Sieun bangun dan berjalan menghampiri tasik. Dia memanjat besi penghadang yang berada di sekeliling tasik tersebut. Besi yang dipasang sebagai peringatan supaya tidak menghampiri tasik dalam itu.
"Sungchan ah, kau ingat tak malam tu kau cakap apa? Kita bertemu waktu hujan dan kita berpisah pun waktu hujan kan?"
Sieun yang sudah berada di atas besi itu mendongak memandang langit. Pelukan pada bingkai gambar Sungchan makin dieratkan.
"Dan sekarang, kita akan berjumpa semula dalam hujan juga Jung Sungchan,"
Sieun memejamkan matanya lalu tubuhnya sendiri dijatuhkan ke hadapan. Ke dalam tasik yang sudah menjadi saksi betapa banyak insan yang menamatkan hidup mereka di situ.
~The End~
Thank You for reading♡
Sorry lah tak pandai buat sad ending. Hopefully korang yang baca ni enjoy the story♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro