Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17

𝑰 𝒘𝒊𝒔𝒉 𝒘𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒆𝒑 𝒈𝒆𝒕𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒄𝒍𝒐𝒔𝒆𝒓...

~~~

Sieun berjalan dengan laju bila dia perasan pelajar-pelajar yang berada di kaki lima itu sedang memandangnya. Berita tentang apa yang terjadi di stor sukan semalam sudah mula tersebar.

Sieun masuk ke tandas dan terus menuju ke kubikel kosong dan mengunci pintu. Air matanya mengalir juga. Rasa takut sama seperti saat video nya tersebar dahulu kembali lagi.

Pandangan dan bisikan pelajar lain terhadapnya membuatkan dia berasa panik. Rasa menyesal pula kerana dia ke sekolah hari itu.

Drttt!

Telefon bimbitnya dikeluarkan.

Jung Sungchan
Saya tunggu awak kat kelas.

Mereka semua telah dipanggil untuk mesyuarat disiplin pelajar tadi. Choi Jongho dibuang sekolah manakala rakan-rakan yang bersubahat dengannya digantung sekolah.

Ibu Jongho tidak berhenti menyalahkannya tadi dan mengatakan Sieun perempuan tidak tahu malu. Sedangkan semuanya jelas salah Jongho.

Sieun mengusap air matanya. Dia harus keluar dan berhadapan dengan Sungchan. Dia masih belum mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sejak semalam.

Sampai sahaja di kelas, dia melihat Sungchan yang sedang berdiri di tepi tingkap.

"Sungchan ah," panggilnya perlahan.

"Hey,"

Sieun berdiri di hadapan lelaki itu.

"Gomawo," ujarnya perlahan.

"Kan saya dah cakap yang saya akan lindungi awak," Sungchan tersenyum.

"Tapi, aku dah abaikan kau hampir dua minggu. Dan kau tetap pilih untuk tolong aku," ujar Sieun serba salah.

"Gwaenchanha. Saya tak pernah ambil hati pun dengan apa yang awak buat. Tentang apa yang saya cakap haritu, awak lupa kan je lah. Saya tahu awak takkan balas perasaan saya. Awak dah terima saya sebagai kawan pun saya dah happy," kepala Sieun diusap.

"Macam mana kau tahu aku dekat situ semalam? Bukan kau dah balik?"

"Jeongin bagitahu. Dia kata dia terdengar perbualan antara awak, Hyunjin dengan Bomin. Nasib baik saya belum keluar dari kawasan sekolah lagi,"

Sieun mengangguk faham.

"Sieun, jom ikut saya balik rumah. Omma saya nak jumpa awak,"

"Untuk apa?"

"Dia nak berkenalan dengan awak. Tadi kan dia tak sempat nak jumpa awak,"

"O-okay,"

Sungchan tersenyum lagi. Rasa tak percaya Sieun tidak menolak ajakannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro