14
𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆 𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖...
~~~
"Sieun!"
Sieun memandang Sungchan yang berada di hadapan pintu rumahnya itu.
"Gwaenchanha?" soal lelaki itu.
Sedangkan dia sendiri sudah tahu jawapannya. Melihat keadaan Sieun yang tidak terurus itu jelas menunjukkan gadis itu tidak okay.
"Macam mana aku nak okay? Omma dah tinggalkan aku,"
Sungchan terus memeluk tubuh itu. Dia mengusap belakang badan Sieun yang semakin kuat menangis.
Tiga hari lepas. Hari yang sepatutnya Puan Kim keluar dari wad berubah kepada hari pemergiannya. Doktor menjumpai Puan Kim yang terbaring di tandas dengan kepala yang berlumuran darah.
"Aku dah takde sesiapa lagi Sungchan ah,"
Sungchan meleraikan pelukan dan mengusap air mata Sieun.
"Awak ada saya Sieun ah. Saya kan kawan awak,"
Sungchan menarik Sieun masuk ke dalam rumah gadis itu sendiri. Dia mendudukkan Sieun di atas sofa.
"Omma saya ada bekalkan makanan,"
Sungchan menunjuk ke arah beg kertas yang dibawa bersamanya tadi. Kemudian dia ke dapur dan muncul semula dengan dulang yang berisi makanan yang dibawanya tadi.
"Awak makan ya?"
Sieun mengangguk perlahan. Sejujurnya dia memang lapar memandangkan dia sudah dua hari hanya minum air.
Baru sahaja suapan pertama, air mata Sieun mengalir lagi.
"Wae Sieun ah? Tak sedap ke sup ayam Omma saya?" soal Sungchan risau.
"Aniya. Sedap sangat. Cuma aku teringatkan Omma. Dulu kalau aku sakit mesti dia akan masakkan sup ayam untuk aku," Sieun tersenyum nipis.
"Lepas ni kalau awak teringin nak makan apa-apa, bagitahu saya. Saya akan minta Omma saya masakkan untuk awak,"
Sieun mengangguk. Dia kembali menikmati makanannya. Setelah selesai, Sungchan memintanya untuk naik ke bilik dan berehat.
Dia kini sedang berbaring di atas katilnya. Selimut ditarik sehingga menutup hampir seluruh wajahnya.
"Sieun ah," suara Sungchan kedengaran lagi.
"Saya kalau boleh nak temankan awak kat sini. Tapi, saya ada hal keluarga. Awak rehatlah, esok saya jemput awak. Kita pergi sekolah sama-sama,"
Sieun merasakan kepalanya yang di sebalik selimut itu diusap.
"Saya balik dulu,"
Bunyi pintu biliknya ditutup kedengaran. Dia menolak sedikit selimut dan melihat pintu yang sudah tertutup rapat itu.
"Gomawo Jung Sungchan,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro