Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07

𝑻𝒉𝒆 𝒅𝒂𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒇𝒊𝒏𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒂𝒄𝒄𝒆𝒑𝒕𝒆𝒅 𝒎𝒆 𝒂𝒔 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒇𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅 𝒘𝒂𝒔 𝒕𝒉𝒆 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒊𝒆𝒔𝒕 𝒅𝒂𝒚 𝒐𝒇 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆...

~~~

"Omma, bila balik?"

Sieun yang baru turun itu mendapatkan ibunya yang sedang duduk di ruang tamu.

"Baru je sayang. Kaki kamu dah okay?" soal Puan Kim.

Sieun melihat kakinya yang sudah tidak berbalut itu. Selepas mandi tadi, dia sudah tidak membalutnya kerana dia rimas.

"Macam mana Omma tahu kaki Sieun sakit?" soalnya hairan.

"Saya yang bagitahu,"

Sieun automatik menoleh ke arah suara yang tiba-tiba muncul itu. Kelihatan Sungchan berjalan dari dapur sambil menatang dulang berisi minuman.

"Yaa! Kau buat apa kat sini?"

"Sieun, kenapa kasar sangat dengan Sungchan?"

"Omma kenal dia?" soal Sieun.

Puan Kim menyambut huluran gelas berisi air suam itu. Dia meneguknya perlahan sebelum kembali memandang puteri tunggalnya itu.

"Omma terserempak dengan Sungchan kat luar tadi. Kamu ni tak baik biarkan kawan kamu kat luar lama-lama,"

"Kawan?"

Sieun memandang Sungchan dan lelaki itu hanya tersenyum.

"Sieun ah, Omma nak berehat,"

"Sieun tolong,"

Dia membantu ibunya untuk ke bilik yang berada di tepi tangga. Masuk sahaja ke bilik, dia membaringkan Puan Kim ke katil.

"Omma tak tahu pula yang anak Omma ni dah ada kawan semula,"

"Tch, mana ada. Dia tu cuma budak baru yang suka menyibuk. Sieun tak berkawan dengan dia pun,"

Sieun menjawab sambil membetulkan selimut di badan ibunya.

"Sampai bila kamu nak hidup sorang-sorang macam ni sayang? Kalau Omma takde nanti, sekurangnya kamu ada lah kawan,"

"Omma! Kenapa suka cakap macam tu? Omma dah janji kan dengan Appa nak jaga Sieun?"

Puan Kim tersenyum nipis.

"Ya sayang. Tapi kalau dah tertulis takdir Omma pergi dulu. Keadaan Omma pun kamu tahu kan macam mana? Kamu kena lah ada kawan yang boleh Omma harapkan untuk tengokkan kamu,"

Sieun hanya diam. Dia benci bila ibunya itu asyik menyebut tentang kematian. Ya, dia tahu penyakit ibunya semakin teruk. Tetapi dia tetap tidak suka bila ibunya membuka topik itu.

"Sieun. Tak semua orang tak boleh dipercayai macam-,"

"Jangan sebut nama dia Omma,"

"Okay sayang. Kamu berkawanlah dengan Sungchan ya? Dia nampak ikhlas nak jadi kawan kamu,"

"Boleh ya Sieun? Anggaplah ini permintaan terakhir Omma," tangan Sieun dipegang.

Sieun akhirnya mengangguk.

"Sieun keluar dulu,"

Puan Kim mengangguk. Sieun terus keluar dan dia melihat Sungchan sedang duduk di sofa sama seperti tadi.

"Yaa!"

Sungchan yang sedang ralit dengan telefon terus memandangnya.

"Wae Sieun ah?"

"Tentang apa yang kau cakap semalam. Hmm, aku setuju," ujar Sieun sambil mengusap belakang lehernya.

"Semalam? Maksud awak- omo, awak setuju nak jadi kawan saya?" soal Sungchan teruja.

"Omma aku yang suruh. Kalau tak jangan harap,"

Usai menghabiskan ayatnya, Sieun terus berjalan ke dapur.

"Yes, akhirnya!"

Sungchan tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro