05
𝑰'𝒎 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒕𝒐 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒕𝒓𝒐𝒖𝒃𝒍𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝑰'𝒎 𝒕𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒍𝒚 𝒐𝒏𝒆 𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖...
~~~
Sungchan berjalan keluar dari tandas dan dia terus ke tangga untuk ke kelas semula. Sampai sahaja di aras tiga, dia terhenti di anak tangga paling terakhir.
Dari situ dia dapat melihat Sieun yang sedang berdiri di hadapan mesin layan diri yang menjual pelbagai jenis minuman.
Gadis itu memasukkan duit dan memilih air. Malangnya tiada satu tin pun yang keluar dari mesin tersebut.
"Alaa, kenapa ni?" suara rungutan Sieun kedengaran.
Sungchan menahan senyumnya melihat Sieun. Selama hampir dua bulan dia duduk di sebelah gadis itu, ini kali pertama dia mendengar suara rungutan yang agak comel dari dia.
Selalunya Sieun bersikap dingin. Gadis itu tidak pernah bercakap dengannya di dalam kelas. Lebih-lebih lagi selepas kejadian tempoh hari.
"Tak guna punya mesin! Kau dah telan duit aku!"
Bukkk!
"Auchh!"
Sungchan segera mendapatkan Sieun yang sudah terduduk sambil memegang buku lalinya itu.
"Sieun! Awak okay?" soal Sungchan cemas.
"Kau rasa?"
"Kenapalah awak pergi sepak mesin ni? Tengok, kan dah dapat penyakit," ujar Sungchan.
"Dah mesin ni ambil duit aku. Takkan aku nak biar je,"
"Kaki awak okay?" soal Sungchan lagi.
"Okay. Kau jangan sibuklah," Sieun cuba bangun namun belum dapat dia berdiri sepenuhnya, dia hampir terjatuh kembali.
"Cis, nak menipu pula," Sungchan bersuara mengejek sambil tangannya memaut lengan Sieun dari terduduk kembali.
"Jom, saya hantar awak ke bilik rawatan,"
"Makmal Biologi pun tak jumpa, ada hati nak bawa aku pergi bilik rawatan,"
Sungchan hanya tersenyum dengan kata-kata Sieun. Ya, baru beberapa hari lepas dia lambat masuk ke kelas Biologi kerana tidak menjumpai makmal.
"Saya baru je habis pusing satu sekolah. Dan saya tahu bilik rawatan tu ada kat mana,"
"Aku boleh pergi sendiri lah,"
"Jangan degil boleh tak? Awak nak bangun pun susah, inikan nak berjalan sendiri ke bilik rawatan," perli Sungchan.
Sieun mengetap bibirnya memandang lelaki di hadapannya itu.
Tapi apa yang dikatakan Sieun memang benar. Kaki dia memang sangat sakit. Sekarang pun dia sedang mengumpul kekuatan untuk berdiri.
"Okay fine! Kau tolong aku. Tapi, kau nak tolong macam mana?" soal Sieun.
Sungchan tersenyum dengan jawapan gadis itu. Dia kemudiannya duduk bercangkung membelakangi gadis itu.
"Cepat, naik atas belakang saya," ujarnya.
"Yaah, kau biar betul? Aku ni berat lah,"
"Takpe Sieun. Awak naik je. Cepat, waktu rehat dah nak tamat ni," ujar Sungchan lagi.
Sieun akhirnya menurut lalu naik ke atas belakang lelaki itu. Kemudian Sungchan bangun dan mula membawanya menuruni tangga ke aras dua untuk ke bilik rawatan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro