Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌼MF ; C2D🌼


©Publishing 2019 Present Story

@ParkKpopperz present.

Lakonan
Mya Dylan Kim as Heroine || Taehyung Kim as Hero

Genres
Fantasy || Romance || Little Comedy



Prologue

Segelas wine berjenama Domaine de la Romanée-Conti Romanée-Conti Grand Cru disisip sedikit sambil mata birunya jatuh pada roh-roh jahat yang tidak mendapat keamanan berkeliaran di sekitar istananya. Bibir merah merekah mula terkumat-kamit satu ayat.

Zzass!

Gelas kaca berisikan wine merah pekat itu dilempar keluar ke tingkap. Cecair merah itu bertempiaran mengena roh-roh jahat itu.

Roh yang hina. ”

Akhirnya, hangus menjadi debu. Gelas kaca yang pegun di awangan dipandang. Mata dipejam celik, kemudian gelas kaca itu kembali berada di atas meja yang dipenuhi minuman keras. Tangan diletakkan ke belakang. Bulan penuh yang berwarna putih kekuningan itu ditenung lama.

Pintu ditolak , seorang lelaki melangkah kearah keberadaan seorang wanita yang berpakaian tradisional Korea .

Sajang-nim, nampaknya ada roh yang masih menganggu hidup manusia. ” Seorang lelaki seperti separuh dekad berdiri tidak jauh di belakang si DIA.

Tto-tto.. menyusahkan. ” Aura dingin membeku dapat dirasakan. Wajah dingin yang tiada secalit senyuman masih setia memanah bulan penuh itu.

Lelaki separuh dekad itu menundukkan kepala.

Nampaknya Sajang-nim harus uruskan mereka. ”

Mya Dylan Kim , berdehem menandakan ya. Mata dipejamkan kemudian satu bayangan muncul.

Bayangan seorang manusia berjantinakan lelaki berjalan atas bunga-bunga mawar menuju kearah dia yang berada di singgah sana Istana.
Tersenyum girang walaupun kaki putih mulus manusia itu sudah berdarah pekat akibat terkena duri pada tangkai Bunga mawar.

Berhenti. ”

Telapak tangan Mya Dylan Kim kehadapan. Serta merta langkah manusia itu terhenti. Memandang teguh kearah wajah cantik Mya Dylan Kim.

Kasut tumit tinggi itu memijak Bunga mawar , sekelip mata bunga mawar berduri itu terbang bagai ditiup angin.

Melangkah kearah manusia itu, tanpa diduga satu roh berada di belakang manusia itu. Jejaka itu sudah panik apabila mulutnya ditekup kasar oleh sepasang tangan sejuk berkulit pucat bersama lebam keungguan dan kebiruan.

Terketar-tekat tubuh sang manusia itu.

Meomcheo! ” Laungan kuat menyentakkan si manusia.

Bunyi raungan kuat oleh roh sebentar tadi apabila dirinya dicekik dan dibawa kehadapan Mya Dylan Kim.

Hapus.”

Roh itu bertukar menjadi debu halus dan diterbangi oleh angin.

Sepantas kilat Mya Dylan Kim dihadapan si manusia itu. Bercangkung untuk menyamai taraf . Si wanita itu menilik wajah manusia kacak dihadapannya.

Jari telunjuk Mya Dylan Kim mencuit kedua-dua bahagian tapak kaki manusia yang sarat dengan cecair bernama darah. Dengan ajaibnya luka berserta darah itu hilang sekelip mata.

Takdir yang misteri antara kau dan aku. ”
Sisi wajah manusia itu disentuh dan diusap-usap.

Mata dicelik serta merta. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Itulah mimpi dan bayangan yang sering muncul. Sarat kepala memikirkan jalan penyelesaian.

Kebelakangan ni, aku asyik dapat mimpi yang sama, tentang manusia. ”

Sajang-nim jarang bermimpi. ”

Itulah hakikatnya, jika dia bermimpi maknanya itulah takdir yang bakal berlaku. Takdir yang misteri dan mutlak.

“ Nanti aku turun ke dunia manusia . ”

••••

Seorang jejaka kacak menari girang sambil memegang batang mop sehingga hampir terlanggar kerusi cafe.

Harini dia datang awal ke kafe disebabkan mendapat mimpi indah yang mendambakan hati.

“ Janganlah kacau, kerusi ni . ” Rungut jejaka itu apabila kerusi mula bergerak sendiri.
Bukan dia tidak tahu, hantu yang menganggu nya.

Matanya bertembung dengan mata hantu
berwarna merah yang duduk diatas kerusi yang dibebelnya tadi. Terbeliak mata jejaka itu, mulut ditekup tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.

Jejaka itu melarikan diri jauh daripada keberadaan hantu itu.

Hari yang bahagia kerana dia mendapat mimpi yang dia bertemu dengan seorang wanita yang TERSANGATLAH cantik menyelamatkannya daripada hantu-hantu yang sering mengacaunya. Walaupun samar-samar tentang mimpi Indah itu tetapi dia tetap dapat mengenali setiap situasi pelik itu.

Sampaikanlah salam cintaku padanyaarghh!! ”

Terkejut bukan kepalang apabila ada hantu tiada kepala tiba-tiba menyergahnya. Terduduk jejaka itu apabila diserang kejutan yang tidak dijangka.

“ Jangan-jangan.. kacau! ”

Kim Taehyung, jejaka yang boleh melihat hantu yang bergelar roh. Menjadi Makin teruk apabila dia sering dikacau apabila dia dalam mod bahagia.

Tanpa dia sedar, seseorang memerhatikannya dari luar kedai. Menyilangkan tangan ke dada sambil bibir menyungging sinis melihat manusia kacak itu terduduk apabila disergah roh-roh sesat itu.

Menyeronokan.. ”


Shashashine
jmkabslock_

Collaboration with ;
parkjeman_cookies and storyline from her❤️ and I written this story🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro