9 : Bulan madu?
|Vendetta dell'amore|
KTH
Tangan Olivia hanya bermain menguis makanan yang berada dalam pinggannya sebelum memutar layar kembali kejadian yang berlaku didalam bilik tadi.
"Panggil aku abang,sayang." Olivia yang terpingga-pingga dengan ayat yang meluncur dari bibir merah milik Taehyung. Terjungkit sebelah kening Olivia meminta penjelasan darinya. Dia mendengus perlahan namun masih didengari oleh Olivia. Jangan la dia cekik aku lagi. Desis hati kecil Olivia.
Matanya saling bertikaman dengan mata Taehyung. Taehyung yang mengetahui gadis di hadapannya kelihatan keliru dengan pernyataan hanya menggelengkan kepalanya perlahan.'Taehyung apa yang kau cuba buat ni. Memalukan diri sendiri ke?' Gumam Taehyung perlahan.
"M-maksud aku bila depan keluarga aku panggil aku abang. Bagi lakonan kita nampak lebih real." Cepat sahaja mulut Taehyung mengutarakan ayatnya tanpa menatap mata hazel Olivia dan berdehem menghilangkan rasa janggal yang meliar.
"Baik awak." Hanya dua patah sahaja yang Olivia balas. Malas ingin menatap terus mata Taehyung yang memukau itu. Mahu meletup hatinya jika adegan mata ke mata masih diteruskan. Digigit pelan bibirnya sebelum menggaru kening kirinya menghilangkan rasa berdebar yang kian menular di hati.
"Cuba kau panggil aku abang." Pinta Taehyung selamba. Dia tahu ini semua gila namun dia sengaja ingin melihat reaksi Olivia apabila memanggilnya abang. Manalah tahu jika tersasul apabila berada di hadapan keluarganya nama lain.
Olivia yang mendengar permintaan Taehyung hanya menelan kesat air liurnya. Hendak tak hendak sahaja suaranya ingin keluar dari kerongkong. Dia hanya mendongak sedikit kepalanya dan menyebut perlahan.
"A-abang." Wajahnya kelihatan agak memerah menahan malu yang menebal. Tidak pernah-pernah dia memanggil panggilan itu kepada Taehyung malah dipinta oleh Taehyung.
"Olivia?" Terus mati semua kejadian yang terlayar difikirannyadan digantikan dengan wajah kedua ibubapa Taehyung yang menanti jawapannya. Erk.Wajahnya yang sedikit keliru dengan keadaan sekeliling hanya menghadiahkan senyuman kekok. Sempat dia menangkap mata Taehyung kelihatan bengang menatapnya.
"Mian, Olivia tak dengar soalan appa tadi?" Sebaik sahaja membalas wajahnya menjadi mangsa jelingan dua pasang mata. Dan pastinya itu adalah mata Taehyung dan Puan Kim. Dia sedaya upaya supaya tidak bertemu dengan dua pasang mata itu.
"Bukan appa yang tanya. Mummy kamu baru nak tanya." Jawapan Tuan Kim sedikit sebanyak mendebarkan hatinya inikan pula ingin menatap wajah Puan Kim yang sedia maklum membencinya. Namun dia hanya mencalitkan senyuman tipis.
"Ya,mummy." Aku mendongak sedikit apabila sejak dari tadi tunduk menekur pinggan yang masih penuh dengan makanan. Wajah Puan Kim yang tadi kelihatan sedikit merah menahan marah namun cepat ditukar apabila wajahnya menjadi mangsa tatapan. Supaya tidak kelihatan terlalu membenci menantunya itu.
"Mummy tanya kamu tak nak pergi honeymoon dengan Taehyung?" Olivia tahu Puan Kim terpaksa mengutarakan ayat itu kerana wajahnya tiada secebis pun senyuman malah jelingan tajam yang dia dapat.
Terus terdengar batuk kecil yang terbit dari bibir Taehyung. Kelihatan wajah putih Taehyung mula bertukar warna namun masih terbatuk-batuk kecil.
Olivia menyimpan senyum kerana wajah Taehyung sememangnya kelihatan kelakar apabila kemerah-merahan seperti sotong masak pun ada juga. Tangannya naik mengusap perlahan belakang Taehyung seakan-akan pasangan bahagia.
"Apa mummy ni? Tersedak Tae tau dengar soalan tu. Tiada soalan lain ke?" Terbit rungutan ringkas Taehyung dan mulutnya sedikit dijuihkan. Olivia yang lihat mahu sahaja memberhentikan masa untuk kekal melihat wajah Taehyung yang sukar dia dapat lihat.
"Betul lah mummy kamu cakap Taehyung. Takkan tak nak honeymoon kut?" Tersungging senyuman nakal di wajah Tuan Kim sambil menjungkit-jungkitkan keningnya kearah Taehyung. Olivia hanya menarik senyuman dalam diam.
Dia dan Taehyung berbulan madu. Mahu pengsan dia fikirkan perkara itu. Boleh sakit jantung dibuatnya.
"Erm..erm..haa Tata takkan Taehyung nak tinggalkan pula kan? Lagipun Olivia tak kesah kalau tak pergi honeymoon kan,sayang?" Pelbagai perkara dia gunakan sebagai alasan supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan berbulan madu. Terus tatapan matanya dialihkan pada wajah Olivia yang berada disampingnya.
Tangan kekar Taehyung mula melingkari pinggang ramping Olivia sebelum ditarik supaya merapatinya. Terdorong sedikit badan Olivia merempuh dada bidang milik Taehyung. Olivia yang masih terkejut dengan kelakuan Taehyung hanya mengangguk."Kalau itu kata abang. Saya ikut sahaja." Tutur Olivia perlahan namun masih didengari.
"Alah kamu ni Taehyung. Si Tata tu kakak kamu boleh jagakan lagipun dia suka budak-budak. Sekarang pun dia yang jaga kan." Terus mati kata dibuatnya apabila Tuan Kim mula bersuara. Taehyung melarikan matanya dari renungan Tuan Kim dan berdehem perlahan.
"Baiklah appa." Akhirnya kata putus itu yang hanya Taehyung balas. Tidak kuasa untuk berbahas lebih dengan appanya. Sempat mata helangnya menangkap senyuman nipis dari bibir Olivia. Sukanya dia desis hati Taehyung dan mencalit senyuman sinis.
Dia merapatkan bibir merahnya pada telinga Olivia dan berkata yang mampu membuatkan hati Olivia berdetak hebat tanpa perlu berlari. Terpana.
"Kau jangan ingat kalau kita pergi honeymoon kau diikhtirafkan sebagai isteri aku. Aku akan buat makin merana,wahai Olivia Jung wanita kesayangan malaikat maut." Ayat itu yang diutarakan tidak lupa juga decitan kasar yang dia perolehi dari Taehyung.
________________
Maaf lambat update dan hambar.
Korang rasa la kan chap kali ni
Sweet ke Kejam?Nak buat sweet tapi rasa makin kejam aje hehe.
Nah 💜 sudi baca hehe.
Spam '❤' please hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro