8: Bajet
|Vendetta dell'amore|
KTH
"Minggu ni kita tinggal di rumah mummy dulu sebelum masuk pindah rumah aku." Tutur Taehyung dengan suara tanpa nada dan masih dikekalkan dengan wajah tidak beriak. Malah tangannya sibuk mengemaskan tali pinggang yang dipakai.
Olivia hanya mengangguk akur dengan kehendak Taehyung jika menolak mahu ditampar dan dipukul dirinya. Baik dia akur sahaja. Dia mengetap bibir bawahnya sebelum mengutarakan soalan dengan berhati-hati.
"Hm..awak Tata mana?" Wajahnya diangkat sedikit untuk menatap raut wajah kacak suaminya namun cepat-cepat ditundukkan kembali setelah mengetahui dirinya menjadi mangsa renungan mata tajam Taehyung.
Hatinya berdebar tiada siapa yang tahu. Seperti jam detik yang ingin meletup bila-bila masa sahaja. Dia bermain dengan jarinya setelah tiada jawapan dari Taehyung.
"Kenapa kau nak tahu Tata dekat mana? Supaya senang kau nak bunuh dia ke? Lepas bunuh isteri aku sekarang kau nak bunuh anak aku pulak!" Tempelak Taehyung kuat tanpa menghiraukan perkara lain dan terus menjerut leher Olivia kasar. Teriakkan Olivia dibiarkan tanpa belas kasihan.
"A-awak d..dah salah faham. S..saya cuma tanya..tiada niat lain pun." Olivia membalas dengan suara yang penuh kesakitan. Tangannya naik ingin meleraikan jari-jemari Taehyung yang kemas di lehernya.
Taehyung yang sedar wajah Olivia sudah mula memucat kerana cengkaman kuat tanganya terus dilepaskan namun masih beriak biasa supaya tidak terlalu ketara risaunya kepada Olivia.
"Kau..." Ketukan bertalu-talu di pintu bilik hotel itu menghentikan percakapannya yang ingin terus memaki Olivia. Dia mendengus perlahan sebelum membuka daun pintu. Kelihatan wajah Puan Kim dan Tuan Kim yang terpampar.
"Er..mummy..pa.." Suara Taehyung seakan-akan tidak menyangka kehadiran dua orang tuanya yang sedang tersenyum manis memandangnya. Taehyung cuba mencalit senyuman palsu supaya tidak kelihatan yang hubungan antara dia dan Olivia tidak sebahagia yang disangka.
"Mana Olive? Kenapa korang tak bersiap lagi nak balik?" Pertanyaan Tuan Kim kepadanya hanya disambut senyuman sebelum melaungkan nama wanita yang paling dia bencikan.
"Olive sayang, jom kita dah nak gerak balik." Penuh dengan penipuan dan kepalsuan butir bicara lelaki bernama Kim Taehyung. Wajah sengaja dimaniskan melihat Olivia mengangguk patuh.
Benci. Aku benci kau perempuan.
_________________
Kediaman Kim-
7 petang |
"Memandangkan aku sememangnya tak cintakan kau. Dan kau dilarang cintakan aku. Aku akan buat peraturan."
Aku terus membuat muka apabila mendengar tutur kata Kim Taehyung. Wajah Taehyung sedingin ais yang mampu membuatkan sesiapa yang memandangnya turut terasa kedinginan telah memenuhi ruang bilik itu.
Memang silap aku jatuh sayang dekat lelaki macam Taehyung desis hatiku namun masih menunduk menekur lantai. Tidak berani bertatapan dengan mata helang Taehyung yang seakan-akan membunuh. Terlayar balik peritiwa di hotel pagi tadi menambahkan gugup yang sedia ada.
Kedengaran keluhan berat dari bibir merah Taehyung sebelum dia menapak mendekatiku dan berbisik perlahan dan hanya beberapa inci sahaja dadanya ingin bertemu dengan wajahku.
Kenapa wajah? kerana ketinggianku yang hanya menyamai separas bahu Taehyung membuatkan diriku terasa kerdil.
"Peraturan tu akan berlansung apabila kau dan aku tinggal di rumah aku." Suara garaunya menerpa deria telingaku sebelum otakku mencerna pantas. Terus anggukan sebagai balasan. Mulutku seakan-akan terkunci untuk berkata hanya anggota badan sahaja yang membalas.
"Dan lagi satu. Mummy dan papa aku tak tahu dan tak perlu tahu yang aku kahwin kau sebab yea dendam. So act like normal couple married infront of them. Understand? "
Dan sekali lagi anggukan hanya sebagai balasan. Namun Taehyung yang tidak berpuas hati dengan balasan yang ku berikan dia mencengkam tulang dagu kasar dan membuatku terdongak menatapnya walau serba tidak rela.
"Bercakap dengan aku guna mulut dan tengok mata aku,sayang." Sempat tangan Taehyung menyelitkan juntaian rambutku di telingaku sebelum mengukir senyuman sinis. D-dia macam tengah g-goda aku.
"B-baik." Satu patah perkataan yang sahaja mampu aku ungkapkan kerana hatiku masih berdetak laju dengan kelakuan Taehyung. Bibir bawahku menjadi mangsa gigitan. Malu.
"Turun makan. Mummy aku dari tadi lagi tunggu kita." Ajakan Taehyung yang berbaur arahan hanya aku patuh dan mencalit senyuman manis kearahnya. Mana tahu tergoda kan.
"Taehyung..." aku seru namanya perlahan namun lain pula balasan Taehyung yang mampu membuat semua sistem dalam tubuhku terhenti seketika.
Dia-
______________
Maafkan aye hambar menyapa.
Dan typo bermaharaja lela.
Thanks for waiting this update 💜
Btw Taehyung menguda bukan?
Spam ' Taehyung ' for next update!
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro