6: Sakit
|Vendetta dell'amore|
KTH
S
ebaik sahaja habis berlangsung perkahwinan mewah Kim Taehyung dan aku. Orang ramai mula mengambil langkah untuk beransur pulang. Perkahwinan itu berlangsung dengan agak meriah memandangkan model terkenal yang berkahwin.
Dewan mewah itu mula kosong dan hanya tinggal beberapa ahli keluarga yang masih bercerita itu ini. Mungkin sudah lama tidak bersua. Aku yang mengenakan busana pengantin yang berwarna putih yang dipenuhi labuci mula terasa rimas malah badanku terasa melekit kerana seharian hanya tersenyum dan melayan tetamu-tetamu yang hadir.
Kaki aku mula melangkah masuk kedalam hotel yang disediakan di tempat itu. Kain yang meleret di atas lantai aku angkat tinggi dan kakiku melangkah dan menghiraukan perkara lain dalam perjalanan wajahku hanya dihiasi dengan senyuman manis. Teramat manis kerana kegembiraan yang dialami.
Mataku tertacap di nombor bilik kepunyaanku maksud aku, bilik kepunyaan aku dan Taehyung. Aku menolak daun pintu dengan perlahan supaya tidak kedengaran di halwa telinga Taehyung.
Taehyung,dia terlebih dahulu masuk ke dalam bilik ini katanya mahu melelapkan mata. Aku hanya bersetuju kerana mengetahui kepenatan yang dihadapi olehnya.
Terjengkit-jengkit aku menderapkan langkah dan aku mula mengambil peluang menikam wajah Taehyung yang terlelap di katil bersaiz King. Comel. Kataku perlahan sebelum menguntum senyuman manis.
Tangan kananku segera mencapai tuala mandi yang tersidai elok di dalam almari.Jemari kiriku khusyuk melonggarkan dandanan sanggulku yang terhias di kepala.Tak berfikir panjang, aku mengorak langkah ke dalam bilik air.
_____________________
"Aduhai, Olivia kenapa lah kau cuai sangat? Lain kali tolong lah ingat benda senang macam ini?" Olivia mula menghantuk perlahan kepalanya di dinding tandas itu apabila mengetahui salah dan silapnya. Otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian yang perlu diambil untuk semua ini.
"Takkan nak suruh Taehyung kan. Hmm?" Olivia mula berjalan kehulu dan kehilir. Pening dibuatnya apabila semua pakaiannya termasuk 'kakak dan adiknya' berada di luar tandas itu. Diurut perlahan pelipis dahinya.
Mungkin Taehyung dah tidur kut ucap Olivia perlahan kepada dirinya.
Cukup berhati-hati dan berjaga tiap langkah Olivia. Bibirnya diketap apabila dirinya tidak sengaja terlanggar pasu kecil yang terletak elok di hujung dinding. Nasib tidak hancur berderai pasu itu dibuatnya.
"Kenapalah kau ada dekat sini? waktu-waktu macam ni pula tu pasu oi. Kalau Taehyung bangun macam mana. Kan susah." Olivia berkata sendirian sambil meletakkan jari telunjuknya disisi bibir seperti pasu itu sesuatu yang hidup dan mampu memahami ucapannya.
"Memang aku dah bangun pun." Suara serak-serak basah lelaki mula kedengaran di cuping telinga Olivia. Nasib dirinya tidak melatah apabila terkejut dengan teguran Taehyung. Diurut pelan dadanya menghilangkan rasa debar.
"E-emm sa-saya baru le-lepas mandi,awak t-tak nak mandi dulu ke sebelum tidur." Tergagap Olivia membalas. Barangkali berdebar oleh kerana pertama kali bersama dengan lelaki itu di dalam satu bilik. Tualanya dipegang kemas supaya tidak terlucut dari lilitannya. Mahu malu setahun jikalau terlucut.
Hanya kedengaran Taehyung berdecit halus sebelum mengukirkan senyuman sinis di hujung bibirnya. Mata Taehyung bertikaman mata milik Olivia sebelum mengucapkan perkataan yang mampu merobek isi hati seorang wanita yang bergelar isteri.
"Gembira sebab dapat rampas suami kakak kau sendiri. Kau tak terasa malu ke dengan diri sendiri ataupun kau memang tiada rasa malu sehinggakan semua perbuatan tu kau halalkan sehingga sanggup membunuh orang."
"A-apa awak cuba cakap ni Taehyung? Macam mana awak boleh ta-" Belum sempat Olivia menghabiskan butir-bicaranya terlebih dahulu ayatnya dicantas Taehyung.
"Macam mana aku tahu? Tch." Taehyung berdecit kasar sambil mencengkam kasar lengan Olivia sehinggakan kukunya tertusuk sedikit di isi lengan Olivia.
Olivia hanya mengaduh perlahan kerana tidak mahu menaikkan kemarahan Taehyung yang sedia ada. Malah di hanya mengetap bibir menahan sakit. Matanya juga seakan-akan mahu menitik titisan air mata.
"Kau tak payah nak menangis bagai perempuan. Ni tak sesakit macam mana kau buat dekat Aurora." Herdikan Taehyung sedikit sebanyak menambahkan perasaan sakit. Lagi sakit dari lengannya yang dicengkam itu. Ia sakit yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
"B-bukan..." Olivia cuba membela dirinya namun lain pula balasan Taehyung.
_______________
Assalamualaikum.
So macam mana?
Hambar kan T_T
I'm here just wanna say this story had reach 1K readers. Thanks a lot darling 💜.
I love you.
Thanks to iamyourcupcake sebab beri tunjuk ajar. ❤
Haa boleh la usha ff senpai tu. Semua best ii ye anak ii semua.
Kalau ada typo maaf ye. Hehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro