Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5:Perkahwinan

|Vendetta dell'amore|
KTH


Aku itu hanya menatap pantulan wajahku yang tidak beriak melalui cermin yang terhidang cantik dihadapan iris matanya.Tiada segaris senyuman yang terloret. Kaku dan beku.

"Betul ke semua yang aku buat ni?" Aku mula mengutarakan butir bicara sendirian. Seperti orang kurang siuman pula.Minda mengatakan ini semua salah namun kehendak hatiku membentak hebat supaya aku meneruskan perancanganku.

Rambutku menjadi mangsa raupan tanganku apabila pengelutan antara minda dan hati berlaku. Tertekan itu pasti kerana dia perlu membuat pilihan untuk masa depannya.

Namun siapa yang sudi menggunakan minda apabila nafsu mula membuas didalam hati. Sudah semestinya hati menjadi keutamaan.

"Keputusan aku muktamad. Dendam ini akan bermula, Olivia Jung." Kata-kata itu diutarakan dari bibirku sebelum terloret senyuman sinis. Dendam didalam hatinya mula membuak-buak hari demi hari sehinggakan dirinya tidak sabar untuk melampiaskan semua dendam ini.

__________________

Author pov.

"You may kiss your bride." Kata-kata yang terbit dari paderi itu mula menimbulkan ketidakselesaan dalam hati lelaki yang bernama Kim Taehyung. Matanya sengaja diliarkan di segenap dewan mewah itu. Bebola matanya sempat menikam mata Olivia dihadapannya yang tersenyum dari tadi. Gedik desis hati kecil Taehyung.

Supaya tidak menimbulkan gosip panas dikalangan ahli keluarga dan peminat-peminatnya. Dia harus merelakan semua yang tidak patut dia relakan. Peminat? Ya, dirinya dipaksa oleh Yeojung supaya memberitahu yang dirinya mula berstatus suami orang. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang menolak namun dendam tetap dendam tiada yang dapat menghalang.

Tangan kekar Taehyung mula merangkul perlahan pinggan ramping milik Olivia. Di wajahnya sengaja dicalitkan senyuman palsu untuk mengaburi mata-mata yang memandang. Iris matanya cuba menikam mata Olivia namun perasaan jijik lebih menguasai diri.

Bibirnya menyentuh perlahan dan hanya mengambil masa yang amat singkat sebelum Taehyung meleraikan ciuman jijik itu.

Kelihatan wajah Olivia berubah riak dengan perlakuan Taehyung sebentar tadi. Hati perempuan Olivia sedikit terusik namun cepat-cepat diusir dan berfikiran sedikit positif.Mungkin dia penat sebab nak uruskan majilis ni. Hati kecil Olivia berdetak kecil.

Olivia sedaya upaya tersenyum kembali. Dia tidak ingin majlis yang paling berbahagia dalam hidupnya habis dengan kesedihan dan kehambaran. Namun pula dengan Taehyung wajahnya diukir senyuman sinis kerana telah membuat Olivia sedih.

Bebola mata Taehyung mula tertacap di seorang bekas wanitanya. Dahinya berkerut sedikit kerana tidak menyangka bekas wanitanya hadir di majilis perkahwinannya. Setelah melihat keadaan yang tidak akan menimbulkan kontroversi antara dirinya dan wanita tadi.

Derap langkahnya merapati figura wanita itu. Dia memperbetulkan sedikit langkahnya supaya tidak kelihatan terlalu terburu-buru. Terus sahaja dia terpacak dihadapan wajah wanita itu.

"Lily,right?" Pertanyaan Taehyung tidak semena-mena mendapat tawaan sinis yang terbir dari bibir wanita itu. Wajah wanita itu seakan-akan tidak terkejut melihat kehadirannya.

"Yes,i'm lily. Your ex-girlfriend." Otenansi suara itu seakan mengejek dirinya. Ya,Taehyung tahu dirinya sedikit playboy ketika dulu namun telah berubah apabila hadirnya permata hati miliknya, Aurora. Namun tidak sampai setahun usia perkahwinanya permata itu telah menghembuskan nafas terakhir.

"I tak sangka lepas kakak mati. Adik pula jadi pilihan you." Kutukan dan ejeken dari Lily ingin diabaikan tetapi entah kenapa hatinya sedikit panas dengan pernyataan Lily. Dia menghembus kasar nafasnya sebelum berkata lanjut.

"You jangan nak hina-hina i pulak. I berhak nak pilih siapa jadi isteri i. Kata aje lah you cemburu sebab i tak pilih you." Sengaja Taehyung menyakitkan hati bekas wanitanya dengan memprovok sedemikian walaupun pada hakikatnya perkahwinan ini hanya mainan semata-mata. Tiada istilah cinta dalam perkahwinan ini.

"I cemburu? Lambat lagi. Tapi i just nak cakap hidup you takkan pernah bahagia kalau ada musuh dalam selimut dalam keluarga you." Suara Lily sedikit tegas dengan pernyataannya dan mata gadis itu seperti tertumpu pada suatu arah. Aku cuba melihat arah yang sama namun Lily cepat sahaja mencelah.

"I pergi dulu. Tak hamak tengok musuh dalam selimut you tengah perhatikan i. Tak pasal-pasal i pula yang mati." Sebaik sahaja Lily mengutarakan bicara itu dia melangkah keluar dari dewan mewah ini. Aku melarikan iris mataku pada arah itu kembali namun hanya ada Olivia Jung disitu.

"Aku dah agak kau yang jahat. Bodoh punya perempuan." Dan makin bertambah kebencian dan dendam yang sedia banyak di dalam hati Taehyung. Wajahnya sudah tertampal wajah dingin dan dipenuhi dendam.

"Aku akan pastikan kau sengsara. Kau akan hidup dan mati dengan kesengsaraan Olivia Jung. Takkan ada lagi istilah kebahagiaan dalam hidup kau. Kau tunggu." Kata-kata yang terbit Taehyung itu seakan-akan satu azam yang takkan pernah menghilang dari hati dan mulutnya.

______________________

Hai? Maaf lambat update!
So macam mana chapter kali ini.

Hambar bukan?

Siapa yang jahat sebenarnya ini?

Haaa nantikan ya.

Si Taehyung makin banyak bekas wanita ye.

Terima kasih sebab masih tunggu update ff ni.Dah sampai 700+ ff ni. Terharu tau. T_T

💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro