⬛️◼️◾️▪️ Leeya_Jimin ▪️◾️◼️⬛️
Hyura pov
"Oppa Hyu minta maaf." Kataku apabila terlanggar air abangku dan terkena bukunya.
"Yaishh! Tak guna! Kau ni kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?"
Aku dah menitiskan air mataku bila abang ku kata begitu.
"Oppa Hyu minta maaf."
"Jangan panggil aku 'oppa' la. Kau tahu tak aku benci bila dengar kau kata macamtu. Disebabkan kau omma aku mati kau tahu tak."
Aku dah tertunduk. Dah biasa dengar abangku kata macamtu.
"Aku dah jadi anak yatim piatu disebabkan kau. Appa aku mati. Sekarang ni omma aku pulak. Eh. Kau ni memang pembawa sial la!!"
"Oppa!!" Aku dengar kakak datang kearah aku
"Apa oppa kata ni. Omma oppa, omma kami jugak. Bukan disebabkan Hyura omma mati. Oppa kene percaya takdir la." Kata kakak lagi.
"Hyeri ah. Kalau dia tak lahir omma tak mati tau. Kalau dia tak lahir omma masih lagi ada dengan kita. Faham tak sebab apa oppa benci dia."
"Dia masih 7 tahun oppa. 7 tahun! Mana dia tahu apa - apa. Omma pon dah pergi 7 tahun lalu. Jangan la ungkit. Appa kami ada kan jaga kita semua. Appa kami sayang semua walaupun oppa bukan anak dia. Oppa sedarlah."
"Hyeri nak cakap apa, Hyeri cakap. Oppa tetap benci dengan dia. Sampai mati pon oppa benci dia. titik!"
Abangku terus masuk bilik dan hempas pintu.
"Hisk- hisk! Oppa! Hyu minta maaf. Oppa! Oppa!! Hyu janji tak buat lagi. Oppa!"
_
"Oppa~"
Aku terus celikkan mataku. Bau ubat terus menusuk masuk kedalam hidungku. Kelihatan beberapa orang di sekelilingku.
"Hyura? Kau dah bangun." Kata Jisoo.
Aku nampak ketua Kim dan Ketua Yoon pon ada. Perlahan lahan aku bangun untuk duduk.
"Awh!" Aku mengaduh kecil. Rasa senak dan sakit kat pinggang aku.
"Perlahan - lahan. Kau belum sembuh lagi ni." Kata Yoongi
"Huh" Aku terus mengeluh
"Kami yang bawak kau kat sini sebab kau pengsan" Kata Yoongi lagi.
Aku baru nak tanya tapi dia dah jawab. Haih.
"Pengsan?"
"Yup kau pengsan semalam kat rumah." Kata Sungwoon.
"Hyura Are you okey?" Tanya ketua Kim prihatin.
"Eung" ringkas je aku jawab.
Aku masih terfikir kenapa aku mimpikan perkara tu. Apa sebab benda tu datang balik. Haih, kakak, terima kasih sebab ada dengan Hyu walau apa yang terjadi. Aku pandang luar pintu bila rasa bosan.
_
Author pov
"Hyura!! Kami datang bawa makanan ni!!" Kata Jimin dan terus melulu masuk ke dalam bilik Hyura.
"Yaishh! Kau ni senyap la sikit. Kita kat hospital bukan rumah." Marah Jisoo, dan Jimin hanya tersengih.
"Nah, Makanlah. Aku tengok makanan hospital ni tak bersentuh langsung." Kata Yoongi.
"Em. Thanks." Kemudian Hyura membuka plastik makanan yang mereka beli.
"Korang tak makan ke."
"Tak. Kami tungg--ah." Belum sempat Sungwoon menghabiskan kata, Jungkook dah pijak kakinya.
"Kami dah makan. Kau makan la." Kata Jungkook. Mereka semua memandang Jungkook.
Beberapa minit kemudian Jisoo tanya apa yang sedang berlegar legar di kepalanya.
"Arm, Hyura. Nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah"
"Apa maksud kau orang - orang Youngjae cari kita? Yang belasah kau tu budak Youngjae ke?"
Hyura hanya mengangguk.
"Macam mana kau tahu tu budak Youngjae?" Tanya Yoongi
"Aku tahu lah. Siapa lagi kalau bukan dia."
"Kalau macamtu. Kita jumpa Youngjae. Dalam penjara pon boleh buat hal." Kata Jimin pula.
"Bila aku boleh keluar?"
Semua memandang Hyura.
"Dalam 3 ke 4 hari lagi. Kau kena duduk sini sampai luka kau sembuh. Kenapa kau tanya?" Kata Yoongi.
"Haish." Hyura meraup mukanya.
"Tak boleh ke aku keluar harini atau esok?" Tanya Hyura lagi
"Tak! Kau baru masuk semalam dah nak keluar? Lagipon luka kau belum sembuh" Terkejut Jisoo.
"Kenapa kau nak keluar?" Tanya Jungkook.
"Aku nak jumpa Youngjae sendiri."
"Jangan! Mana boleh macam tu." Kata Sungwoon.
"Kenapa tak boleh?"
"Keadaan kau tak mengizinkan. Kau duduk je lah sini. Biar kami settle kan Youngjae tu." Kata Yoongi dalam intonasi yang lembut supaya Hyura faham.
"Ishh! Aku ok lah. Tahu lah aku jaga diri aku. Lagi pon luka sikit je ni." Kata Hyura degil.
"Sikit? Dengan lebam sana sini. Kepala berbalut. Tangan kau tu pon berbalut. Kau kata sikit?" Kata Jimin pula.
Hyura memandang tangannya yang siap dibalut oleh kain anduh tak ubah seperti orang patah tangan. Dia mengeluh. Takpernah dia rasa perasaan yang begini.
"Sebab aku dah tahu kelemahan dia" Kata Hyura perlahan.
Yang lain pon tak tahu nak cakap apa. Semua rasa bersalah dengan Hyura.
"Boleh. Tapi lepas habis je soal siasat kau kena masuk sini balik. Deal?" Semua memandang Jungkook tidak percaya.
"Kau biar betul Jungkook?" Terkejut Jimin.
"Betul la. Habistu kau ada idea lain ke. Nanti meraung tak tentu pasal kau nak buat apa?" Kata Jungkook bersahaja.
Mereka semua senyap tak tahu nak kata apa. Kemudian semua pandang Hyura semula.
"Deal ke tak ni?" Tanya Jungkook semula.
"Aku kena masuk dalam ni semula"
"Yes. Sebab kau belum full sembuh. Nanti kami usahakan macam mana nak keluarkan kau esok. Tapi lepas habis je soal siasat Youngjae, kau kena masuk sini balik." Kata Jungkook panjang lebar.
"Aishh! Macam orang gila je kena kurung kat sini." Hyura merungut.
"Kau nak ke taknak?" Tanya Jungkook lagi.
"Fine! Deal. Aku setuju."
Semua melepaskan satu keluhan.
Jungkook ni pon satu. Dah satu hal pulak nak pujuk nurse tu bawak Hyura keluar.
Malam tu semua suruh Jungkook jaga Hyura sebab partner dia satu kumpulan. Semua ada kerja masing - masing. Malam pon masih lagi bertugas mencari sesuatu.Wah! Detektif terbaik. Jungkook direhatkan kerana Hyura ada di dalam hospital.
Hyura bangun tengah malam apabila dia bermimpi lagi. Dia hairan kenapa dia sering dihantui dengan mimpi kisah hidupnya dulu. Dia terlalu rindukan keluarganya.
Dia memandang ke kanan apabila terdengar dengkuran kecil. Jungkook sedang tidur di atas kerusi menghadapnya. Kepalanya terangguk angguk apabila tiada penghadang.
Hyura tersenyum. Dia menarik perlahan kepala lelaki itu supaya tidak terjaga dan meletakkannya di atas katil. Hyura mengambil tangan Jungkook menjadi bantal kepalanya.
Jungkook bergerak sedikit. Hyura bagi Jungkook tidur dengan selesa kerana sanggup menemaninya sehingga tertidur.
Dia cuba untuk melelapkan mata walaupun kenyataannya dia susah untuk tidur dek kerana mimpinya.
_
Hyura dapat keluar dengan bantuan Jungkook dan Jimin. Entah macam mana diorang menipu nurse dengan doktor tu. Diorang ni memang kaki menipu la.
"Macam mana korang cakap kat doktor tu ha?" Tanya Sungwoon.
"Huh! Ingat senang ke? Aku kena buat muka comel aku ni dekat depan muka doktor perempuan tu bagi cair." Kata Jimin bersahaja.
Yang lain be like -_-
"Tch. Tapi doktor tu tak cair pun" Kata Jungkook yang mengundang tawa semua.
"Yah. Tapi dia kasi jugak Hyura keluar"
Jungkook hanya tersenyum sinis dan buat muka takda perasaan dia tu.
"Seriously! Apa kau buat" Tanya Jisoo
"Tak perlu tahu."
"Huh! Macam hebat sangat" Kata Yoongi menjeling.
"Aku tahu kau jelaous. Sekurang - kurangnya aku dah keluarkan dia." Kata Jungkook lagi
"Ha yela." Kata Sungwoon yang malas nak dengar masuk bakul angkat sendiri Jungkook tu.
Kemudian mereka bincang apa nak buat pada kes Youngjae ni.
_
Bilik soal siasat
Hyura duduk mendiamkan diri dihadapan Youngjae sambil menyelak helaian kertas di dalam fail mengenai biodata Youngjae.
Dah 10 minit dia begini. Youngjae hanya memandang tajam.
"Kau nak buat soal siasat ke tak ni?" Tanya Youngjae. Hyura masih mendiamkam diri.
"Yaish! Kau dengar tak! Ke kau ni pekak!" Tengking Youngjae.
"..."
"Kau ingat aku tunggul ke kat sini." Youngjae tak puas hati.
"..."
"Haish! Lebih baik tak payah panggil. Buang masa je." Youngjae memandang luka dan lebam Hyura. Dia tersenyum.
"..."
"Woi! Kau dah kenapa ha! Kalau macamni aku blah" Youngjae menghentak meja dan berdiri.
Plak
Youngjae memandang pintu apabila ada seorang lelaki masuk dan duduk disebelah Hyura.
Kemudian dia duduk dan memandang dua pegawai polis dihadapan.
"Apa korang nak? Kan aku kata taknak bagi apa - apa keterangan."
"Masih mempertahankan kawan kau?"
"Wait! Kawan kau ada datang?" Tanya Hyura pula.
Youngjae senyap. Dia menggenggam penumbuk di bawah meja.
"Kawan kau tahu tak kau dalam ni? Takkan peguam kau tak bagitahu. orang - orang kau ke?" Tanya Hyura lagi dengan senyuman sinis.
"Diorang banyak kerja." Ringkas saja dia menjawab.
"Banyak kerja sampai lupa kawan sendiri." Kata Hyura selamba.
Youngjae sudah menahan marah.
"Suruh la budak - budak kau cakap kat diorang, jamin kau balik." Kata Hyura lagi menguji kesabaran Youngjae.
"Apa kau nak"
"Ke orang - orang kau tak buat kerja?" Hyura masih bermain dengan Youngjae.
"Diorang tak khianati aku."
"Bukti?"
"Aku percayakan diorang"
"Ataupun diorang semua lari dari kau."
"Takkan!" Youngjae dah meninggikan suaranya.
"Bukti? Huh kalau macamtu lebih baik aku sendiri yang jumpa diorang." Kata Hyura dan berdiri.
"Luka kat muka kau." Hyura tersentak.
"Apa kena mengena?"
"Ceh, kau tak tahu ke? Aku yang suruh budak - budak aku pukul kau. Itu dah membuktikan yang diorang tak khianati aku." Kata Youngjae lagi sambil tersenyum sinis.
"Finally, kau dah mengaku tanpa ditanya." Kata Hyura selamba dan duduk. Yongjae tersentak.
"Choi Youngjae anda dikenakan bla...bla...bla.."
"Yaish! Tak guna kau! Aku boleh buat lebih la dari suruh diorang pukul kau! Aku nak bunuh kau! Yaish! Bodohlah!" Youngjae dah menengking.Yoongi dan Sungwoon masuk dan mendapatkan Youngjae
"Kenapa tak bunuh je aku? Kau la yang bodoh." Kata Hyura apabila Youngjae dibawa keluar.
Dia meronta menjerit nak dilepaskan. Kemudian Hyura memandang manusia di sebelahnya.
"Kenapa kau pemalas sangat ek."
"Aku ikut rancangan kau pun dikira baik" Kata Jungkook dan berlalu pergi.
●●●
Annyeong! ha ha author rasa part ni sedikit membosankan. Siapa agaknya oppa hyura ek? Ha. Teruskan membaca chap seterusnya.
Jangan lupa vote and comment.
^_^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro