PART 3
Hyura, Yoongi, Woojin dan Daniel masuk kerja seperti biasa. Ketua Kim masuk dan menuju kearah mereka.
"Hyura! Yoongi! Lepas ini ikut saya."
"Ha! Nak pergi mana?" Tanya Hyura.
"Lunch nanti datang kat restaurant yang saya bagi alamat, faham?" Arah Ketua Kim
"Ok, Baiklah."
_
"Kau rasa betul ke restaurant ni?" Tanya Yoongi yang ada bersama Hyura di dalam kereta.
"Mana aku tahu. Kau yang pandu."
"Kau yang tengok alamat dia kan" Yoongi memberi jelingan tajam kepada Hyura.
"Oh! Ok. Alamat ni kata dekat sini la. Kenapa?"
"Tak de lah. Tempat ni macam mewah sangat."
"Ikut je lah apa yang ketua kasi."
"Ergh! Jom keluar."
Kemudian mereka keluar dan melangkah masuk ke dalam restaurant itu. Mata mereka melilau mencari dimana Ketua Kim berada.
Kemudian, mereka ternampak satu tangan melambai - lambai ke arah mereka. Mereka terus menuju ke arah tangan itu.
"Sorry lambat." Kata Yoongi.
"Ah, It's ok. Duduk la." Kata Ketua Kim.
Mata mereka tertumpu pada 5 orang di depan mereka. Mereka duduk perlahan. Mata Hyura tertumpu dekat seorang lelaki depan dia ni begitu juga lelaki itu. Matanya terbutang bila nampak Hyura didepan matanya.
"Kenapa?" Tanya Yoongi berbisik dekat Hyura.
"Ni la mamat yang aku cerita haritu. Yang dah buang masa aku tu."
"Seriously?! Not bad. Tapi aku lagi handsome." Kata Yoongi dalam keadaan berbisik. Hyura dah gulingkan matanya mendengar ayat Yoongi.
Dalam pada masa yang sama, lelaki tu pun berbisik dengan kawan disebelahnya.
"Ni la minah kerek yang aku cerita haritu. Macam mana dia boleh ada kat sini?" Kata Jungkook dalam keadaan berbisik sambil memandang tajam kearah Hyura.
"Yeke? Betul la kata kau. Macam international killer je." Kata Jimin. Mereka bercakap secara berbisik.
"Ehem!" Ketua Kim berdehem bila dia nampak mereka semua macam berbisik bisik.
"Okey, Saya tahu. Kamu semua mesti tak faham apa yang berlaku sekarang ni. Sebelum tu. Kita kenalkan diri dulu. Saya Yoon Jisung. Bertugas di Balai polis Busan. Boleh panggil saya Ketua Yoon" Kata Ketua Yoon perkenalkan dirinya.
"Saya Kim Junmyeon. Bertugas di Balai terbesar di sini. Balai polis Daegu. Boleh panggil saya Ketua Kim." Ketua Kim menyusul untuk perkenalkan diri.
"Oh. Hye." Kata Jisoo. Kemudian mereka semua senyap.
"Arm, Korang boleh perkenalkan diri korang." Kata Ketua Yoon.
"Oh! Sorry, Ha Sungwoon. Boleh panggil saya Detektif Ha. Saya bertugas di Balai polis Busan." Kata Sungwoon.
"Saya Yoon Jisoo. Detektif Yoon. Adik kepada Ketua Yoon. Bertugas di Balai polis Busan. Arm, anyway, nice to meet you guys." Kata Jisoo. Dia memang banyak cakap sikit. Terlebih peramah katakan.
"Oh, Saya ek. Arm, saya Park Jimin. Boleh panggil saya Detektif Park. Bertugas di Balai polis Busan." Kata Jimin pula.
"Arm, Saya Jeon Jungkook. Detektif Jeon. Bertugas di balai polis Busan." Jungkook juga perkenalkan dirinya. Kini mata mereka tertumpu kepada Yoongi dan Hyura.
Yoongi yang perasan terus perkenalkan dirinya. "Min Yoongi. Detektif Min. Balai polis Daegu." Ringkasnya. Laju saja dia cakap. Macam rapper pon ada 😆
"Song Hyura. Detektif Song. Sama tempat dengan Yoongi." Mereka semua hanya anggukkan saja kepala.
Jungkook be like -What-the. -dia-detektif-jugak-
"Ok. Kita dah kenal kan. So kita boleh mulakan perbincangan ni." Kata Ketua Kim.
"Wait. Ni bincang tentang apa. Kenapa kami tak tahu apa - apa?" Tanya Hyura yang dapat anggukan daripada Yoongi.
"Ok. Hyura, Yoongi, I'm really sorry. Saya tak bagitahu kamu awal. Ni adalah mission kamu seterusnya. Kamu kena bergabung dengan mereka berempat untuk selesaikan mission ni." Terang Ketua Kim
"What. Dengan diorang. Kenapa baru bagitau sekarang?" Tanya Yoongi pula.
"Habis tugas kami kat sana?" Tanya Hyura pula.
"Ok, Sabar. Saya tahu kamu berdua marah dan keliru. Tapi sabar. Tugas korang kat sana saya bagi Woojin dan Daniel. Saya pilih kamu berdua sebab kamu adalah detektif terbaik kat balai polis itu." Terang Ketua Kim lagi.
"Then. Apa yang kami kena buat?" Tanya Hyura.
"Look. Sekarang, mission kita untuk tangkap penjenayah terbesar dekat sini. Dia ada banyak syarikat palacuran dekat sini mahupun luar negara. Mereka juga dah banyak kali seludup dadah. Dekat Busan, kami dah tangkap banyak orang - orang dia. Tapi sekarang, kami nak tangkap Ketua terbesar dia." Terang Ketua Yoon panjang lebar.
"Saya dan Ketua Yoon dah mulakan mission ni lama. Tapi kami hanya dapat sedikit saja maklumat. Sekarang ni, kami berdua nak minta tolong kamu berenam untuk jalankan misi ini pula. Kami serahkan kepada kamu berenam. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya sekarang." Sambung Ketua Kim pula.
"Armm. Apa nama dia?" Tanya Jimin.
"Oh. Itu kami akan bagitau. Sebab sekarang kita kat public." Kata Ketua Kim.
"Macam mana korang tahu yang dia ada banyak sayarikat pelacuran. Seludup dadah semua." Tanya Hyura.
"Sebab tu saya kata yang kami dah siasat lama mission ni. Banyak cara kami buat. Menyamar, Pergi setiap pusat pelacuran dekat sini. Tu yang kami tahu benda ni semua di bawah agensi dia." Kata Ketua Kim lagi.
"Kenapa tak terus tangkap je. Kan senang." Kata Yoongi selamba.
"Tak boleh. Sebab dia ni licik. Banyak lagi yang kami belum tahu. Macam mana nak tangkap kalau tempat tinggal dia pon kami tak tahu?" Kata Ketua Yoon pula.
"Kenapa tak follow je pengikut dia pergi mana? kan senang." Kata Hyura lagi
"Thats right. Itulah yang kami nak korang buat. Follow diorang. Nanti kami kasi tempat mana yang banyak pengikut dia. Remember it. Korang dalam satu pasukan. Korang kena bincang macam mana nak bahagikan tugas dan cara nak selesaikan tugas. Sebab tu kami berdua pilih korang semua. Detektif terbaik di balai masing - masing. So, Get it?" Terang Ketua Yoon.
"Ok note." Kata Jisoo diikuti Jimin yang hanya mengangguk tanda setuju dan faham.
"Ada apa - apa soalan lagi?" Tanya Ketua Kim.
"Arm, Nanti kami tinggal kat mana?" Tanya Sungwoon.
"Itu kamu semua jangan risau. Kami dah sediakan satu rumah untuk kamu berenam tinggal. Arm, Hyura dan Yoongi boleh packing barang untuk tinggal di sana?" Kata Ketua Yoon.
"What? Kena pindah! Kenapa?" Tanya Hyura.
"Lebih senang korang nak bincang kalau satu rumah." Kata Ketua Yoon.
"Satu rumah je?" Tanya Jisoo.
"Yup. Kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Ketua Kim.
"Nope. Takkan lah nak tinggal serumah dengan lelaki, kan Hyura." Kata Jisoo dan pandang kearah Hyura.
Tapi Hyura pandang Yoongi yang dah tahan ketawa.
"Chil la, serumah. Bukan sebilik." Kata Hyura selamba.
"Tch." Dan Jisoo balas dengan cebikan.
"Jungkook? Takde soalan?" Tanya Ketua Yoon dan dapat gelengan dari Jungkook.
(Aku baru perasan yang Jungkook tak bercakap dari tadi.)
"Ok. Kalau tak ada apa - apa, kami balik dulu. Arm, Yoongi! Pandu kereta. Nanti saya kasi alamat. Nah kunci. Kereta ni muat untuk 6 orang. Kereta yang awak bawak tu kasi saya pandu." Kata Ketua Kim dan mereka bertukar kunci.
Selepas selesai mereka berdua beredar dari situ. Tinggal lah mereka berenam dengan perasaan yang awkward gile.
"Arm, Hyura. Kau tak kisah ke kalau satu rumah dengan lelaki?" Tanya Jisoo.
"Buat apa nak kisah. Sebelum ni pun aku duduk dengan lelaki." Kata Hyura selamba. Mereka semua terkejut dengan apa yang Hyura cakap.
"Seriously! kau duduk dengan lelaki. Berapa orang?" Tanya Jimin yang terkejut.
"3" Ringkas Hyura.
"Ha! 3 orang dan kau sorang je perempuan?" Tanya Sungwoon pula.
"Buat apa nak takut. Bukan kami buat apa - apa pun." Kata Yoongi.
"Tah. Kalau diorang masuk bilik aku, aku dah terajang diorang keluar." Kata Hyura.
"Kau ingat aku nak masuk sangat ke bilik kau. Tengok badan kau pun aku tak lalu." Kata Yoongi selamba. Dan diorang semua senyap.
"Kau ingat aku nak sangat ke kat kau. Acah swag. Muka macam mayat aku tengok. Tak sangka aku serumah dengan mayat." Balas Hyura semula.
Ok. Itu deep.
"Yaish. Kau ni. Kau ingat kau swag sangat ke. Dari atas sampai bawah macam lelaki je aku tengok. Tak ade langsung ciri perempuan." Yoongi tak nak mengalah. Yang lain hanya tengok saja drama di depan mata mereka ini.
"Macam lelaki ni la yang kau nak kawan. Kau suruh buat apa - apa minta aku juga kan? Lepasni jangan harap nak suruh aku buat apa - apa" Kata Hyura pula.
"Eh. Kau ingat-- Berhenti!!" Belum sempat Yoongi ingin berkata, Jungkook dah potong. Dan sekarang ni mereka berdua pandang Jungkook tak puas hati.
"What? Aku cuma nak berhentikan korang dari bergaduh je. Korang tak malu ke?" Tanya Jungkook
"TAKK!!" Jawab mereka berdua serentak.
"Ok, sambunglah." Kata Jungkook yang dah malas nak layan.
"Ok! Stop! Sekarang ni kita bincang tentang rumah. Korang nak sebilik dengan siapa?" Tanya Jisoo.
"Aku sebilik dengan Jungkook. Takkan sebilik dengan Jisoo pula kan~" Kata Jimin dengan tekankan perkataan Jisoo dan wink.
"Pervert." Kata Jisoo dan dapat gelakan dari semua.
"Armm. Kalau macam tu aku dengan Yoongi lah " Kata Sungwoon.
"Aku on je."
Kemudian mereka semua gerak pergi rumah baru mereka semua.
●●●
Settle part ni. Kalau korang tak faham boleh bagitau atau komen.
Teruskan vote and comment.
>_<
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro