PART 15
"WHAT! KAKAK DIA--" Tak sanggup lagi Yoongi nak teruskan ayat dia.
Tak pernah disangka perkara ini akan terjadi. Ketua Kim sudah tunduk rasa bersalah. Suasana senyap seketika.
"Kesian Hyura." Sedih Jisoo
"Tapi sekurang - kurangnya dia dah tahu punca kematian kakak dia." Jungkook memandang Ketua Kim yang senyap.
"Itu yang dia mahu , kan?" Sambung Jungkook lagi.
"Memanglah. Tapi mungkin dia terkilan kakak dia kene bunuh dengan orang yang dia tengah siasat sekarang ni." Kata Yoongi memikirkan gadis itu.
"Lagi - lagi dapat tahu kakak dia tu pelacur." Semua mengangguk dengan pernyataan Jimin.
"Sebab tu kita kena bagi semangat kat dia. Mungkin dia dah tiada siapa lagi selain kita. Hyura tengah sedih. Tak salah kan kalau kita buat macam tuh?"
Kata Jungkook memberi pendapat. Dia tahu serba sedikit tentang Hyura. Jadi dia mahu menolong Hyura.
"So now , nak cari dia kat mane?" Tanya Sungwoon.
"Nak cari buat apa?" Tanya Ketua Yoon pula.
"Kata Jungkook kita kena bagi semangat kat dia. Jadi kita kena la cari dia dulu. Mana tahu dia nak bunuh diri pulak ke." Tebak Sungwoon
"No! Dia takkan buat macam tu." Ketua Kim meninggikan sedikit suara.
Semua memandang Sungwoon tajam. Mulut tu tak pernah jaga. Main cakap je.
"Sorry." Sungwoon meminta maaf.
"Tak payah cari dia." Semua memandang Yoongi.
"Kenapa pula?" Tanya Jisoo.
"Dia akan balik juga kat sini." Kata Yoongi beriak tenang.
"Mana kau tahu?" Tanya Jimin.
"Aku tahu la. Sekarang ni kita cuma perlu menyusun stratergi untuk menangkap semua ahli Got 7 ni."
_
Jungkook keluar menuju ke halaman rumah yang disediakan bangku dan meja. Kelihatan Yoongi berseorangan sambil memegang telefon pintarnya.
"Ehem." Jungkook berdehem memberitahu kehadirannya.
Yoongi terus meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Jungkook duduk berhadapan dengannya.
"Banyak kau tahu tentang Hyura kan?" Tanya Jungkook. Yoongi tersenyum.
"Aku dah lama kenal dia weyh. Sebelum kakak dia pergi lagi. Dah masak dah dengan perangai dia." Terang Yoongi.
Jungkook mengangguk. Dia memandang ke langit menikmati angin malam yang sejuk itu. Bintang tidak kelihatan satu pun pada malam itu.
"Kenapa kau tanya?" Yoongi memandang Jungkook.
"Saja."
"Kau pun. Mesti Hyura dah cerita dengan kau kan?" Tanya Yoongi. Jungkook mengangguk kecil.
"She told me everything about her family and also her life." Kata Jungkook.
"So kau tahu la mana dia pergi sekarang?" Tanya Yoongi. Jungkook menggeleng.
"Aku baru je kenal dia." -Jungkook
"Kalau kau tahu, dia pergi mana sekarang?" Tanya Jungkook.
"Rumah lama dia." Jawab Yoongi dengan yakin. Jungkook hanya mengangguk.
"Kenapa kau tanya? Kau suka dia ke?" Tanya Yoongi semula
"Aku? Suka Hyura? Memang tak lah. Minah kerek tu. Dah la perangai macam lelaki. Bukan type aku lah."
Kata Jungkook. Yoongi hanya tersenyum sinis.
-
Mata Hyura membengkak. Mungkin kerana menangis terlalu banyak malam tadi. Dia masih duduk termenung di atas katil lama itu.
Dia perlu bersendirian. Untuk melepaskan segalanya. Tenangkan fikiran , maybe. Buku diary milik kakaknya dipeluk erat.
Air matanya mengalir entah kali ke berapa. Hyura menarik nafas dalam. Fikirannya dikosongkan. Kemudian dia bangun menuju ke meja kecil di dalam bilik itu.
Telefon pintarnya di ambil. Hampir 50 miss call yang mucul di notification nya. Dia mengeluh perlahan. Dia tahu mereka semua merisaukannya. Hyura terus memakai kasut untuk pulang ke rumah mereka.
_
Plak!
Pintu utama rumah 3 tingkat ini dibuka. Hyura memandang keadaan rumah yang sunyi.
Mana mereka semua pergi? Hyura mengorak langkah manaiki tangga menuju ke biliknya.
Sudah 2 hari dia tidak balik ke rumah ni. Diorang makan apa selama 2 hari ni? Terdetik hati Hyura memikirkan mereka.
Dia bergerak turun semula menuju ke dapur. Peti sejuk di buka dan terlihat pelbagai jenis bahan ada di dalam. Hyura terfikir dan dia tersenyum. Terus dia menuju ke sinki untuk membersihkan tangannya.
_
"Haih nampaknya kita kena order food delivery lagi la hari ni." Kata Sungwoon berjalan menuju ke pintu utama rumah.
"Jangan risau lah. Harini aku belanja." Kata Jimin dengan wajah riaknya mengharapkan mereka bangga dengannya.
"Betul ke?!" Terkejut Sungwoon.
"Aku nak order yang mahal ii la! Sesekali orang belanja." Mereka semua ketawa bila Jungkook kata begitu.
Jisoo mengeluarkan kunci rumah untuk membuka pintu. Tetapi dia pelik. Kenapa pintu tak kunci?
"Korang tak kunci pintu ke?" Tanya Jisoo.
"Siapa yang keluar last pagi tadi?" Tanya Yoongi.
"Jungkook kan?" Kata Jimin.
"Aku kunci la! Kau nampak kan Yoongi." Jungkook mempertahankan dirinya.
"Apa kata kita masuk dulu." Kata Yoongi."
_
"Sedap nya bau! Macam ada orang masak." Mereka semua berlari ke dapur.
Terkejut mereka melihat makanan banyak dia atas meja. Terdapat satu nota kecil tertulis di situ. Jisoo ambil dan baca dengan kuat.
Aku minta maaf kalau dah buat korang risau dan tak balik dua hari ni. Mesti korang kene buat kerja tanpa aku kan? Aku dah masakkan korang makanan untuk tebus kesilapan aku. Aku tahu korang lapar.
Sorry ^-^
Hyura ~
"HYURA?!" Jerit mereka terkejut membaca nota itu.
Yoongi tersenyum lega. Jungkook memandang kertas itu lama. Dia juga turut tersenyum tanpa dia sedar.
"Jom serbu bilik dia. Mesti dia ada kat atas kan?" Mereka mengangguk selepas Jimin berkata.
Kemudian mereka terus mendaki tangga menuju ke bilik Hyura.
_
"Dah lama kau balik?" Tanya Yoongi yang berada di meja makan.
"Lama dah." Hyura juga turut berada di situ makan bersama yang lain.
"Baguslah kau dah balik. Kami risau kan kau tau." Kata Yoongi lagi.
"Aku tahu. Aku banyak menyusahkan korang kan? Sorry." Hyura menunduk rasa bersalah.
"Hey jangan cakap macam tuh. Kami semua ada kat sini untuk bantu satu sama lain. Kalau kau ada masalah kongsi la dengan kami. Mana tahu kami dapat bantu."
Bebel Jisoo sambil menyiku pinggang Hyura yang berada di tepinya. Hyura tersenyum. Tak menyangka mereka akan mengambil berat tentangnya.
"Alaaa! Tak dapat nak habiskan duit Jimin harini." Kata Jungkook protes.
"Thank you Hyura sebab masakkan." Kata Jimin dengan gembira. Hyura memandang pelik mereka berdua.
"Apa jadi ni?" Mereka hanya mampu ketawa bila Hyura tak tahu apa ii.
_
"Ini rakaman CCTV yang ke-99." Kata Jisoo lemah kepada Jimin yang sedang tekun duduk di depan laptopnya.
"Thank you Jisoo" kata Jimin.
"Huwaaa ngantuknya! Penat lah nak cari pakcik tu." Kata Jisoo lagi, penat.
"Haih kita kene cari juga. Ini je satu ii bukti yang kita ada." Kata Jimin lagi masih tekun melihat rakaman CCTV di laptopnya.
"Korang dah jumpa ke?" Tanya Yoongi. Mereka menggeleng.
"Korang pasti ke ini bukti yang kita ada?" Tanya Hyura di belakang Yoongi.
"100% pasti weyh. Aku berani bersumpah dia nampak segalanya." Kata Jimin memandang mereka semua.
"Dan ini yang ke-100." Jisoo meletakkan rakaman CCTV di hadapan Jimin.
Jimin melihat jam. Hampir pukul 4 pagi dan mereka masih belum tidur.
Drrttt...Drtttt
Yoongi melihat nama yang tertulis di skrin telefon pintarnya.
성운
Sungwoon
« Slide to answer »
"Ha! kau nak apa?"
"Aku dah jumpa orang tu"
_
Done part 15!
Sorry la kalau hambar. Aku tahu tu.
Teruskan vote and comment.
♡●♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro