💔Bab 1🖤
🖤
Milo disisip sedikit dari hujung cawan kerana masih panas.Roti bakar digigit sambil mata aku leka membaca surat khabar.
"Omma,selamat pagi!"
Ucapan selamat pagi diucapkan kepada omma yang sedang berjalan menuju ke meja makan.
Belum sempat omma melabuhkan punggung di kerusi,aku bingkas bangun daripada kerusi dan terus memeluk omma.
"Omma,Yoongi rindukan omma sangat-sangat.Dah dua bulan kita tak jumpa.Omma rindu Yoongi tak?"ujarku sambil merehatkan kepala di bahu omma.
Fikirku,omma akan memeluk aku semula.Jangkaan aku meleset nampaknya.
Omma tidak memeluk aku kembali.Dia malah menolak badan aku kasar.
"Jangan sentuh aku dengan tangan malang kau.Aku tak suka kau peluk aku.Aku jijik."
Omma menjeling aku sekilas lalu dia mengatur langkahnya kembali ke meja makan.
Hati aku terluka yang mendengar kata-kata sinis omma dibiarkan sahaja.Aku dah terbiasa dengan kata-kata omma sebegini.
"Omma,macam mana dengan misi ketenteraan omma di Amerika Syarikat dua bulan lalu?Okay?"soalku mengambil berat.
Bunyi cawan diletak kuat ke meja jelas menandakan omma sedang marah pada aku.
"Siapa suruh kau duduk semeja dengan aku?Nanti tak pasal-pasal malang kau melekat pada aku pulak."
Tidak sempat aku mahu berkata apa-apa,omma terlebih dahulu beredar dari meja makan.
Air mata yang menanti masa untuk jatuh dikesat.Aku tak boleh lemah.
Aku kena kuatkan hati untuk buat omma dapat terima aku.
"Tak apa,Yoongi.Aku tahu kita boleh buat ni.Hari ni mungkin kau tak berjaya nak ambil hati omma.Tapi hari esok masih ada.Fighting dearself!"tekadku penuh keazaman.
💔🖤
"Daechwita daechwita ja ullyeora daechwita.Daechwita daechwit-"
Nyanyian sumbang aku terhenti tatkala mata aku menyaksikan adegan buli membuli di hadapan aku.
Seorang pelajar perempuan dengan tag nama Min Yoonji ditolak kasar ke lokar besi pelajar.
Beberapa pelajar perempuan yang lain menarik rambutnya lalu menghentak kepalanya ke lokar.
"Woi!"
Jerkahan aku mengalihkan perhatian pembuli-pembuli itu kepada aku.Yoonji yang teruk dipukul turut memandang aku.
"Kau siapa?Kenapa?Kau nak tolong betina tak guna ni?Jangan masuk campur kalau kau tak nak aku pecahkan muka kau."ugut pelajar perempuan dengan tag nama Chunseo itu.
Ketawa sinis terlepas keluar tatkala mendengar ugutan Chunseo itu.
Mata aku merenung tajam Chunseo membuatkannya tidak berani mahu bertentang mata dengan aku.
"Yoongi,t-tolong aku.Tolong aku.A-aku takut."pinta Yoonji cuba meminta pertolongan daripada aku.
Mendengar Yoonji meminta tolong daripada aku,langkah diatur segera ke arah Chunseo dan rakan-rakannya yang sedang mengelilingi Yoonji.
Sampai sahaja di hadapan Chunseo,aku memandangnya atas bawah sebelum memberinya renungan maut.
"Aku tak suka."ujarku membuatkan Chunseo tertawa.
"Kau ingat aku kisah kalau kau tak suka?So,apa kau nak buat kalau aku pukul dia?"soal Chunseo.
Bahu Chunseo ditepuk.Mata aku menikam tepat ke matanya.
"Aku tak suka kalau kau tak pukul Yoonji kuat-kuat.Lain kali kalau kau nak pukul dia,pukul mulut dia kasi berdarah-darah."
Chunseo terkejut besar mendengar kata-kata aku.
Yoonji apatah lagi.Siap melopong mulut dia dengar aku cakap sebegitu.
"T-tapi aku ingatkan kau nak marah aku seb-"
"Sebab kau pukul Yoonji?Aku lagi suka kau pukul dia.Aku sebagai sepupu dia mengizinkan kau untuk pukul dia.Dengan segala hormatnya aku mempersilakan."
Malas mahu membuang masa lebih lama lagi di sini,aku beredar meninggalkan Chunseo dan juga Yoonji yang masih tercengang mendengar jawapan aku.
💔🖤
Halaman muka surat 256 daripada buku Tales of Korea Cursed Myth diselak ke halaman 257.
Mata aku fokus membaca setiap butir perkataan sehinggalah Hoseok merampas buku itu.
"Kau boleh senang hati baca buku kat sini sedangkan Yoonji tengah dipukul oleh Chunseo di sana.Kau ada hati perut tak,Yoongi?"soal Hoseok dengan soalan yang sama setiap kali aku malas mahu mengambil kisah tentang orang lain.
Aku tertawa halus mendengar soalan Hoseok.Tapak tangan aku letakkan di dada kanan.
"Sebab aku ada hati perut la aku tak tolong Yoonji."balasku pendek.
Riak muka bingung dipamerkan oleh Hoseok.Sah dia tak faham dengan apa yang aku cakap.
"Apa maksud kau?Aku tak faham."soal Hoseok lagi.
"Cuba kau bayangkan.Macam mana kalau diorang terpukul hati dan perut aku masa aku tolong Yoonji?Mestilah hati dan perut aku sakit."
Sudah dapat mengagak apa jawapan aku yang seterusnya,Hoseok mula menepuk dahinya.
"Aku tak nak sakit hanya semata-mata sebab nak selamatkan orang lain.Yoonji pun ada kaki tangan sendiri.Pandai-pandailah dia pertahankan diri sendiri."
Bukk!
Meja aku diketuk kuat oleh seseorang.Pandangan dikalihkan ke arah sumber bunyi itu.
"Min Yoongi,kenapa kau tak tolong aku tadi?Aku ni sepupu kau tahu.Kau sanggup biarkan sepupu kau ni dibelasah tadi.Kau ni memang tak ada hati perut!"
Yoonji yang datang entah dari mana memarahi aku di kantin.Lebih tepat lagi dalam khalayak pelajar di sini.
Sekali lagi ungkapan "Kau tak ada hati perut" disebut.
Aku dah naik muak dengar orang cakap ungkapan yang sama pada aku.
"So,kalau kau sepupu aku,aku kena tolong kau?Kalau ayah aku sendiri pun aku tak tolong masa rumah aku terbakar dulu,kau rasa aku akan tolong kau ke?"
Bibir aku menyenget sedikit membentuk senyuman sinis.
"Aku nak kau minta maaf pada aku sekarang sebab kau tak tolong aku tadi.Kalau kau tak nak minta maaf,aku akan sebarkan gambar separuh bogel kau di Instagram,Facebook,Twitter,dan Whatsapp."ugut Yoonji tidak berpuas hati dengan aku.
Yoonji menekan-nekan skrin telefonnya.Dia menunjukkan gambar aku yang didakwanya separuh bogel itu.
Aku tertawa lucu melihat gambar 'separuh bogel' aku itu.Ini yang dikatakan separuh bogel?😏
"I don't f*cking care if you have my nude,you b*tch!Because i also have yours too."
Yoonji kaget mendengar bicara aku.Dia mula menjarakkan diri seakan-akan dia takut dengan aku.
"M-macam mana kau boleh a-ada gambar nu-"
Percakapan Yoonji yang tergagap-gagap itu terhenti tatkala dia melihat aku meletakkan sebatang pen.
"Kau ingat kau seorang je yang pandai skodeng aku masa aku tengah pakai baju?Aku pernah bagi pen yang sama pada kau.Kau rasa apa yang aku dah tengok melalui bahagian atas pen ni?"
Mata aku melihat Yoonji atas bawah berulang kali.Bahagian bawah bibir digigit perlahan lalu lidah aku menjilat kawasan bibir penuh menggoda.
Yoonji serta merta melarikan diri setelah melihat aku berkelakuan sebegini.Agaknya dia takut dengan aku kut.
"Weh,sejak bila Yoonji jadi expensive girl kau ni?Dalam diam kau skodeng anak dara orang eh.Nakal."celah Namjoon yang tiba-tiba sahaja muncul.
"Bukannya kau kata kau tak berminat dengan Yoonji lepas apa yang dia dah buat pada punggung kau ke?All men do is lie."sampuk Hoseok pula tanpa sempat aku mahu bersuara.
Bahagian atas pen yang diperbuat daripada kaca itu aku hempuk dengan buku teks bahasa Inggeris.
"Yoonji bukan expensive girl aku dan aku tak bohong.Korang rasa aku akan habiskan duit aku untuk beli kamera hanya semata-mata untuk skodeng Yoonji?"
Bahagian atas pen yang sudah hancur akibat dihempuk itu ditunjukkan kepada Hoseok dan Namjoon.
Tiada sebarang kamera mahupun peranti tersembunyi di bahagian atas pen itu.
"Guys,benda boleh bohong buat apa nak jujur.Kalau dengan berbohong boleh memberi manfaat kepada kita,aku rasa tak salah untuk kita berbohong.Lagipun..."
Sengaja aku meleretkan ayat agar Hoseok dan Namjoon menyambung bicara aku.
"You only live once!Yolo!"sambung Hoseok dan Namjoon penuh semangat.
"By the way,jangan lupa misi kita malam ni.Ada orang nak roh maharaja Min Yeonki.Katanya dia akan bayar kita mahal kalau kita berjaya dapatkan roh maharaja Min Yeonki tu."pesanku kepada Hoseok dan Namjoon.
Setiap kali malam jumaat menjengah tiba,roh-roh orang mati akan bangun daripada kubur dan merayau di tempat kematian mereka.
Dan itulah peluang emas untuk kami bertiga mengaut keuntungan dengan menangkap roh mereka.
To be continued💔🖤
A/N:
Panas tak bab 1?😏
Rasanya korang dah boleh agak kut perangai Yoongi dalam ff ni🤫
Bad boy,huh?🤬
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro